Wajah Baru & Laporan Hangat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana sudi melawat MajalahIM.com dan kini kami sekali lagi berwajah baru. Jika dahulu e-Majalah IM itu menjadi tumpuan utama, kini berbeza kerana kami lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat melalui blog. Saya rasa cara ini lebih mudah untuk disampaikan dan dapat menjimatkan masa ramai pihak terutamanya kami. ;)

Rekabentuk MajalahIM.com terbaru ini mengenengahkan konsep ringkas & mudah agar segala maklumat dapat disampaikan kepada pelawat MajalahIM.com dengan lebih mudah dan cepat untuk difahami. Insyallah. Warna hijau pula sudah tentu menjadi warna tema bagi MajalahIM.com sejak daripada dahulu lagi yang melambangkan duit. Tiada apa yang banyak boleh diceritakan kerana web ini masih belum siap sepenuhnya.

Membership yang dirancang masih lagi belum siap kerana ada sedikit masalah di bahagian scritp dan sedang menunggu pihak tertentu menyiapkannya. MajalahIM.com akan menjadi satu blog yang membincangkan pelbagai isu berkaitan pemasaran Internet. Jika dan mempunyai sebarang komen mengenai wajah baru kami pada kali ini, bolehlah meninggalkan pendapat di ruangan komen.

Laporan Hangat – 7 Kesilapan Memulakan Perniagaan Internet!

7 Kesilapan Memulakan Perniagaan Internet

Sepanjang kami bercuti ini, saya dan Zhafran sempat menyiapkan satu laporan ringkas menerangkan 7 kesilapan yang sering dilakukan oleh orang baru yang ingin memulakan perniagaan Internet. Sangat penting untuk anda mengetahui kesilapan-kesilapan ini agar anda tidak mengulanginya lagi. Paling penting, anda dapat menjimatkan banyak masa untuk terus berjaya. Buat apa nak ulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh kami kan?

Saya sudah memberi beberapa orang kawan membaca laporan hangat ini dan Alhamdulillah feedback yang kami terima sangat menarik. Rata-rata mengatakan bahawa laporan ringkas ini memberi banyak pengajaran dan peringatan buat mereka. Saya sangat percaya anda juga akan mendapat banyak pengajaran dan peringatan daripada laporan ini. Muat turun laporan PERCUMA ini dengan mengisi nama & email anda di bahagian kanan blog ini.

Selamat membaca!

p.s: Majalah IM edisi Julai tidak akan dilancarkan sehinggalah script membership itu dapat digunakan sepenuhnya dan forum juga akan dibuka selepas semuanya selesai. Harap maklum. ;)

{ 56 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

56 Responses to “Wajah Baru & Laporan Hangat!”

  1. miLsUm 说:

    Laporan yg sngt bermanfaat untuk org baru mahupun org lama!
    Download2…jgn tggu lagi!

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Yeah, orang lama pun kadang-kadang belum tentu sedar mereka buat kesilapan.

  2. gosipmelayu 说:

    camane nak berniaga dengan menggunakan blog gosip ni ye saudara adly?

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Banyak idea boleh generate daripada blog begitu. Apa yang penting tarik traffik dulu biar kaw-kaw. :)

  3. Hairul 说:

    Go go Majalah IM.

    Flarebiz makin berapi, Majalah IM makin mantap.

    All the best untuk semua krew Majalah IM.

  4. aman 说:

    Huhu. Tukar theme baru yerk. Nice. Clean and simple. Erm. Theme lama taknak release ker? Huhu.

  5. Tahniah buat team Majalah IM!

  6. yoji 说:

    pergh cun gila.. nampak simple dan kemas…

  7. ayuAhmad 说:

    simple but infomatif.

    Teruskan usaha anda. Tak sabar nk tunggu MI edisi Julai… :)

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Majalah IM Julai dah siap sejak 1hb lagi… tapi tunggu script membership siap baru proceed launching ;)

  8. udin9968 说:

    Tahniah dan terima kasih.

    Saya setuju dengan Azree Hanifiah, theme lama lebih sesuai.

    Walau apa pun ini lah majalah yang telah banyak memberikan saya (orang baru) panduan.

    Boleh dijadikan mentor!

    Teruskan usaha. Jangan lepaskan peluang dengan ilmu yang ada dalam majalah ini.

    Semuanya memang berbaloi-baloi……

  9. adie 说:

    sy suke ape yg ditulis mengenai penulis..pasal teman wanita bernama internet..memang letop

  10. fadli 说:

    wah…rase2nye pe yang dlam ebook 2 ckap macam sy jew…huhuhuhuhu..ebook yang bagus…

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Kalau bagus tolong sebarkan. :) Yang baik kita jadikan teladan dan yang tak baik kita buat sempadan.

  11. Raja Kamil 说:

    Arigato..best best

  12. rina 说:

    Banyak info yg baik. Terima kasih team Majalah IM

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      sama-sama… kami warga kerja Majalah IM sangat happy apabila anda semua mendapat banyak manafaat.

  13. suriaM 说:

    Tahniah dan terima kasih banyak-banyak to the team.
    masa mula-mula saya ‘terjumpa’ majalah IM dan sampai skrg sentiasa mendapat update secara percuma dari team, rasa mcm tak percaya yang kalian berkongsi semua ilmu ini dengan percuma.
    semua ilmu/info sangat berguna kepada orang yang amat cetek pengetahuan dlm bidang ini.
    tahniah, terima kasih, keep it up dan semoga kalian sentiasa murah rezeki. ameen.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Sama-sama dan terima kasih suriaM… takpe.. selagi hayat dikandung badan, kami semua kana berkongsi ilmu dengan PERCUMA dengan anda semua.

  14. Aqif 说:

    Salam majalah IM, Aqif di sini. :)
    Terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana bantuan pihak flarebiz dan majalah IM berikan selama ini banyak membantu saya memahami apa itu perniagaan internet.
    Alhamdulillah dengan terbitnya laporan terbaru 7 kesilapan perniagaan internet, saya kini sedar bahawa begitu mudahnya memahami perniagaan internet ini.
    Saya harap kita dapat bekerjasama suatu hari nanti.
    Sekali lagi, jutaan terima kasih saya ucapkan.

    TOGETHER TO THE TOP :)

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      w’mslm bro Aqif…. terima kasih dan yeah together to the top :D

  15. As 说:

    adly thanks coz kongsi free ebook ni.
    saya amat hargai..

    ehem2 kelakar tol la..”Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!”…

    ish memang la Adly ni kuat bekerja dengan internet tapi sampai cam tu skali…nak kata Gay bukan gay…hahaha…nyway tahniah atas setiap kejayaan adly.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Sama-sama kak As…

      Erk… haha takde… sebab single… tulah yang berkasih-sayang dengan Internet ni :D

  16. Zairi Zaidi 说:

    Alamak…
    Apa barang ni…
    FREE pulak tu…
    Baik sapu sebelum terlambat

  17. rizal 说:

    saya paling suka barang free..heee..hee
    tema kasih kerana bermurah hati….terlalu banyak info.
    berguna yang kita dapat, moga Allah melipat gandakan rezeki anda semua.

  18. Najib 说:

    Syabas kpd Majalah IM dan krew. Sebuah penghasilan yg tentunya membantu para IM terutamanya Newbie. InsyaAllah lebih mudah utk berjaya dlm perniagaan internet

  19. zamri 说:

    Terima Kasih dan teruskan pemantapan buat anda semua.

    Tq.

  20. rashid 说:

    Salam,
    Terima kaseh di atas laporan yang sangat bermakna buat saya, semuga segala usaha tean anda diberkati kerana sering ingat mengingati .

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      sama-sama dan terima kasih kerana download laporan ini.

  21. Nabieel 说:

    flarebiz.com pun di redirect ke majalahim.com…flarebiz.com dah dibubarkan ke atau menukar plan baru?

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Ini plan terbaru kami… just blogging di satu blog sahaja.

  22. aiereast 说:

    wah… dengan muka baru, tahniah krew majlah IM. semoga kalian terus memajukan industri IM di malaysia :-)

  23. ummifarhan 说:

    Salam… tahniah wajah baru majalah IM. Saya baru selesai membaca ebook 7 kesilapan memulakan perniagaan internet. Sangat berguna untuk orang baru seperti saya. Terima kasih.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      w’mslm, terima kasih dan semoga dapat elakkan 7 kesilapan tersebut.

  24. Halim 说:

    Mantap 2x :D

  25. Abang Em R 说:

    Salam… Terima kasih bagi laporan ini secara percuma.
    Lepas habis baca, Abang rasa memang terkena pada diri sendiri.
    Selama ini bukan tak tahu, tapi seringkali buat-buat macam tak tahu.. hehe..

    Moga kalian sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah
    oleh Yang Maha Kuasa. Amin!

  26. belalang tempur 说:

    ingatkan celcom je berbaloi-baloi

    laporan ni pn cambesh&berbaloi-baloi!!

    thankz sgt2.

    moga ALLAH prmudahkan segala urusan kita.

  27. abrablog 说:

    biasanya, tak ramai orang yang nak mengaku kesilapan sendiri..mungkin laporan ini akan lebih banyak membantu..

  28. Sarina 说:

    TQ SO MUCH!!!! I REALLY APPREACIATE IT.TQ

  29. azmir 说:

    assalamualaikum,… terima kasih bebanyak atas pemberian anda yang cukup bermakna dan berguna pada saya. saya masih lagi mengkaji tentang Internet marketing dan memang bercita2 untuk menjadi seorang IM yang berjaya. teruskan dengan support anda. terima kasih

  30. abusahlan 说:

    salam.bagus saudara ni

  31. abusahlan 说:

    salam.sudah lama saya tidak memberi pandangan.harap saudara memberi lebih banyak info supaya saudara lebih dikenali.salam hormat dari saya

  32. jking 说:

    peh banyak info tq

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)