Usahawan Internet Sepenuh Masa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saban hari saya menerima emel daripada pembaca Majalah IM yang ingin berhenti kerja dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. Mereka ini nampaknya bersemangat dalam menghantar emel sambil membayangkan mereka tidak lagi akan terikat dengan masalah pejabat yang melecehkan. Bagi saya ini merupakan satu perkembangan yang  sangat bagus dan juga merupakan petanda baik bagi industri perniagaan Internet tanah air.

Saya membalas dengan bertanya mereka apakah perniagaan Internet yang mereka jalankan sekarang sehingga mahu berhenti kerja. Kebanyakannya membalas mereka masih belum lagi memulakan perniagaan Internet tetapi akan dimulakan sebaik sahaja berhenti kerja. “Wah, ini merupakan seorang usahawan sejati” detik hati saya. Saya bertanya lagi satu soalan yang agak simple tetapi memberikan kesan yang sangat besar iaitu apakah perancangan jangka panjang perniagaan Internet anda sehingga sanggup berhenti kerja? Mereka menjawab perancangan juga akan dibuat sejurus saya berhenti kerja.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya tahu anda semua sangat teruja dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh segelintir usahawan Internet yang sedia ada dan saya percaya anda juga yakin dapat melakukanya kerana anda juga manusia. Saya teringat ada satu pepatah Inggeris yang berbunyi “Don’t Move On Until Your Baby Has Grown Up“.

Realiti Perniagaan Internet

Saya sebenarnya menentang sekeras-kerasnya tindakan anda untuk anda berhenti kerja dan menjalankan perniagaan Internet kecuali anda sudah mempunyai pendapatan online yang sudah tetap. Saya teringat nasihat Alang dalam temubual eksklusif untuk Majalah IM edisi 7 dimana beliau juga memberi pesanan yang sama. Paling kurang sebelum anda berhenti kerja, anda perlu memperolehi pendapatan daripada Internet sebanyak 2-3 kali ganda gaji anda secara constant bagi 5 bulan berturut-turut.

Realitinya perniagaan Internet bukalan semudah yang disangkakan. Dalam apapun perniagaan sememangnya memerlukan masa untuk membuatkan sesuatu perniagaan itu stabil dan tidak terkecuali juga dengan perniagaan Internet. Contoh paling jelas anda boleh tengok Yahoo! dan Google juga megambil masa yang agak lama untuk betul-betul menjadi gergasi dalam industri Internet. Banyak perkara yang perlu anda belajar dalam perniagaan Internet ini dan tidak cukup sekadar anda mempunyai produk untuk dijual. Anda perlu juga belajar:

  • Bagaimana untuk membuat laman web.
  • Bagaimana untuk mengurus kewangan.
  • Bagaimana untuk melakukan pemasaran.
  • Bagaimana untuk meng”SEO”kan website anda.
  • Bagaimana ingin melakukan research terhadap sesuatu produk.

dan banyak lagi.

Tanpa anda menguasi beberapa perkara di atas, maka adalah mustahil untuk anda berjaya dalam perniagaan Internet. Anda juga pasti menghadapi banyak pesaing dan pengetahuan anda terhadap perkara-perkara di ataslah yang akan membezakan anda dan pesaing anda. Siapa lebih berjaya dan siapa yang akan kalah dalam persaigan di Internet.

Case Study Untuk Anda

Saya mengambil contoh terdekat dalam hidup saya iaitu saudara Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth dalam arena perniagaan Internet. Beliau merupakan sifu saya dalam arena perniagaan Internet yang banyak berkongsi ilmu dengan saya. Saya mula mengenali beliau pada 2 tahun lepas dan beliau sememangnya antara usahawan Internet yang berjaya. Setelah diselidik dan diselidik, terkejut saya kerana rupanya beliau masih bekerja dengan sebuah company IT walhal beliau sudah memperolehi puluhan ribu di Internet setiap bulan. Akhirnya pada bulan Julai tahun ini barulah beliau berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet.

Mengapa agaknya orang yang sudah berjaya buat duit ribuan ringgit di Internet perlu menunggu sehingga satu ketika yang betul-betul bersedia untuk berhenti kerja? Mengapa pula orang yang baru sahaja berangan-angan untuk menjalankan perniagaan Internet sangat mudah untuk berhenti kerja?

Pada pendapat peribadi saya ialah orang yang sudah menjana wang di Internet mengetahui realiti sebenar perniagaan Internet dimana ia tetaplah satu perniagaan yang pasti akan ada pahit getirnya. Manakala yang masih belum menjana wang di Internet hanya terpengaruh dengan khabar-khabar indah perniagaan Internet tanpa menyelidiknya.

Saya tidak menafikan bahawa Internet memang benar-benar boleh buat duit namun adakah anda sudah memulakan perniagaan Internet anda sendiri?

Fikir Dahulu Sebelum Bertindak

Konklusinya ialah anda perlu fikir sedalam-dalamnya sebelum berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet. Ya, saya tahu anda ingin keluar daripada kekangan kerja, kekangan masa, perangai orang atasan dan sebagainya. Namun, cuba anda soalkan diri anda sendiri… adakah anda sudah bersedia?

Jika sudah bersedia, tunggu apa lagi? Berhentilah kerja sekarang :lol: Sayalah orang yang pertama menyokong tindakan berani anda. Apa pula pendapat anda?

Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.

{ 39 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

39 Responses to “Usahawan Internet Sepenuh Masa?”

  1. artikal ni memang betul kena pada diri saya,saya memang plan nak berenti keja tapi masalahnya saya sampai sekarang saya masih belum jumpa produk yang sesuai utk jalankan buss internet.kadang2 saya pun tertanya apakah internet ni boleh ganti kan pendapatan yg saya perolehi sekarang.saya selalu memikirkan nya.

    • rizal 说:

      Realiti atau angan-angan. Pastikan kita mencari yang realiti dari angan-angan MAt Jenin tu. Usaha dalam perniagaan internet ini sebenarnya memakan masa. Mungkin setahun baru hasil kita perolehi selain tidak jemu dan tabah.

      Ibarat kita memancing lama menunggu bukan tentu ada hasilnya tetapi jika kita sabar dan tahu teknik2nya kita akan berhasil.

  2. code7 说:

    ramai yg nak berenti kerja kerana nak ‘lari’ dari prob dari keje.. actually ‘lari’ itu mmg ‘bagus’ tapi sejauh mana anda mahu lari.. masalah tetap xkan selesai juga.. ebiz ni actually boleh mula kecil-kecilan.. bila dah ‘mengembang’ sampai orang kata ebiz tu mmg dlm 3 tahun pertama itu stable dan mmg untung.. lagipun faktor ekonomi negara juga perlu diambil kira.. minyak naik, harga letrik naik, barang naik, interest bank naik dan lain2 faktor kewangan diri anda sendiri, sama ada hutang (debt) atau lain2 liabiliti tanggungan mcm anak isteri/suami, rumah, keta sebagainya..

    kalo nak berenti keje tu, terpulang pd diri anda.. tp fikirlah masak2 dulu.. yg menanggungnya diri sendiri jg.. tp sy suka konsep MSI oleh jutawan Azizi Ali.. multiple streams of income.. dari makan gaji leh beli aset hartanah then buat biz dgn pelbagai jenis hartanah.. spttnya kita perlu bersyukur dgn rezeki yang ada dan menggandakannya lagi supaya dapat memberi manfaat yg lebih byk.. mcm konsep MSI..

  3. sarutobi 说:

    adess… aku pon sama kot… eh2 x sama lar.. aku bukan nak berhenti keje, tp nak berhenti belajar.. hux3… aku ingat nak berhenti je blaja ne.. dah malas dah sebab aku rasa boleh buat duit dengan mudah guna internet ne… ish3.. tp betul la jugak kan.. apesal aku nak berhenti ek… padahal aku x penah dpat duit pape pon dari tenet ne.. haha… kena keje dulu lah.. ambik masa kaji camne nak meniaga kat tenet ne dlu…. haaa… kpd abang2, akak2 tuuu… jgan lar nak berhenti keje sblum dpat income tetap.. oyess… :D

    Chaw~

  4. najibian 说:

    eh2…sarutobi,sama la ko py dilema ngn aku skrg!!rs nk berhenti je blaja then bt biz internet.tp blaja ttp prioriti.act,aku yakin biz internet adalah plg sesuai dgn jiwa aku(br dpt 1usd!!tp dah gembira gila babas!!)..dan aku plg suke ble bt kje pape pun bt kt umh,smbil lyn tenet,baring2 mkn keropok.haha
    tp bila fikir blk skg bukan msa yg seswai,sbb aku skg fnl yr..nt dah hbs zmn blaja aku pulun betol2.oh ye, aku jgk setuju 100% dgn azizi ali dgn konsep “multiple stream income” beliau.caiyokk!!

  5. Firdaus 说:

    Ya bagi saya tindakan berhenti kerja jika mahu bergiat sepenuh masa boleh diambil setelah anda dah mampu menjana lebih RM10 000 sebulan dan terpenting anda mempunyai simpanan bank yang banyak melebihi RM100 000.

    Juga terpenting adalah jauhi hutang yang tidak harus anda ambil.Banyakkan simpanan

    Dan jangan berhenti berjuang dan menuntut ilmu setiap masa

    Semoga Allah memberkati

  6. Richie 说:

    mungkin tahap keyakinan bro shuth masa tu masih belum penuh lg..or dia amat suka untuk bekerja dengan company tu…maybe pengalaman tu yg dia nak..value tinggi tu..hehe..pengalaman!!!

  7. Adnin 说:

    Its depend on your spend for a month .

    For example you spend about rm1000 for eat/drinks,cloth,fuel,electrict/water . So its enough if you can make more than 1k .

  8. fadil 说:

    First thing buat part time dulu tapi nak start niaga internet kene kluar modal nak build website, research, study, beli e-book and lain-lain lagi tapi kene ngan caranya yang betul.. Start ngan cari niche market dan mengorak langkah-langkahnya. Jangan putus asa walaupun permulaan dapat sikit aje profitnya. Seterusnya tingkatkan usaha sungguh-sungguh, takwa dan tengok hasilnya lagi. Kalau dah berjaya buat satu atau dua cara, teruskan yang ketiga dan lagi lagi lagi maksudnya pelbagaikan income tu.. Kalau income dah agak-agak 3 atau 4 kali ganda dari gaji sekarang dan terasa boleh pergi jauh lagi barulah boleh berhenti kerja. Kalau tak jangan putus asa. Cuba lagi sehingga berjaya. Kalau agak kureng berjaya pelajarilah dari otai-otai yang dah berjaya menjadi IM full time. Saya dah lihat bagaimana mereka-mereka ini menjana income melalui internet dengan buat part time dulu dan mereka dah agak income tu stabil baru buat full time. Semoga berjaya untuk semua dalam perniagaan internet. Adios amigos.. :-)

  9. fadil 说:

    Nak add skit lagi. Kalau dah berjaya jadi IM full time tu you all kene ada backup skit maksudnya perniagaan offline la. Kalau boleh buat la.. Kalau tak stick ngan online business, allrite? That’s all.
    ‘Imagination is more valuable than knowledge’. TQ. :->

  10. zulblsb 说:

    Bagi saya,saya suka mengkaji dulu,sudah mejadi resam dalam berniagaan perlu ada pergorbanan,utk mencapai kejayaan bukannya mudah dan ia boleh dicapai.Selepas membaca majalah im edisi 7(alang)minda saya lebih terbuka

  11. ZAMRI MOHAMAD 说:

    Menjadi usahawan internet sepenuh masa dapat dicapai oleh sesiapa sahaja, dengan syarat apabila berhenti kerja itu bukn kerana tidak sukakan kerja itu dan berhenti kemudian bisnes. Tetapi apabila sudah mengkaji dan merancang jangka panjang keperluan bisnes itu barulah berhenti.

    ZAMRI MOHAMAD

  12. Azlihakim bin abdulah 说:

    Jika hendak menjadi jutawan internet .ilmu mestilah dicari sebanyak2 yang mungkin.jangan main boo saj.nak terus berhenti kerja.kalau kantoi ditengah jalan sapa yang susah,anda dan keluarga anda sendiri yang merana.

  13. ownroses 说:

    Tepuk dada tanya poket!….

  14. adik30 说:

    Ramai newbie yang ingat nak buat IM nie senang jer

    tapi mungkin x fikir dulu yang banyak perkara yang perlu belajar dahulu sebelum memulakan perniagaan nie

    ia perlukan banyak masa untuk belajar semua bukan untuk sekadar suka2

    bila x menjadi baru nak salahkan orang lain

    maaf kalau terkasar

  15. wak panuci 说:

    saya telah terpanggil untuk memulakan biz.. salah satu sebab yang buat aku yakin dlm biz adalah internet.. skrg dh setahun jalan biz.. Alhamdulillah masih mampu menyara kehidupan.. internet banyak membantu, sebagai penyelesai masalah..biz aku… jadi jika ingin berjaya jangan takut untuk berubah.. ariosss!!!!!

  16. janajutawansiber 说:

    bagi aku dalam usaha kita utk terjun ke bidang perniagaan alam maya ni memerlukan 3 benda asas yang aku pegang sekarang ni..yang pertama mesti ada minat,dari minat datangnya seronok,dah seronok barulah kita rela..mesti ada minat dalam perniagaan,seronok mencari ilmu2 tentang perniagaan,rela berkorban masa mengadap komputer/laptop…ha masa tu la idea datang mencurah2 camne nak dapatkan duit dari internet..duit ni lagi kita kejar,lagi la dier lari..lebih baik kita biar je duit tu lari..silap2 nanti duit tu jugak yang datan melutut kat kita he..he..apa yang aku merepek ni:D

  17. ash 说:

    teruja dgn biz ni…tp korang jgn cr penyakit berenti dulu sblm mula…plan btul2, biar ada back up jgka panjang & leh cover hidup korang…jgn redah jer….sabar…

  18. abd aziz 说:

    salam buat saudara kadang2 mereka ini terlalu teruja dgn blog2 yg seolah2 hari ni mula besok dapat duit nasihat abg semasa keja ni belajar dulu, banyak perkara2 yg misti kita pelajari,bukan mudah tapi senang bila ada ilmu.

  19. Fadli Hamed 说:

    Jangan terlalu gopoh nak berhenti keje sbb tidak semua ape yg kite planning akan menjadi kenyataan..itu hakikat yg perlu kite terima..walau mcm mane pun jgn putus asa utk teruskan usaha..ape pun artikel ni mmg sesuatu yg menarik utk direnungkan.

  20. nick 说:

    aku,sbgai student laa,slame aku prhatikn,mmg best prniagaan intrnt,prnah skali aku jual produk,sehari dpt 3 rtus lbih,tu pun tak tetap,tp ade jugak member aku,bukak kdai betul,sewe tmpt laa,dpt dlm lingkungan 4-5 ratuh tetap stiap ari,bukak cc,ade yg tu bukak kdai makan kat cafe collage,buat pnjmn smue laa,mmg kaye,blaja ttp blaja,kdai upah orng jage,pndptn sbulan tak pyh ckap arr,skng pakai perdane,n kdang2 lebih,aku rase baik bukak perniagaan betul laa, kbnykn orng kite ni tkut ambik risiko…aku pun sdng memikirknnye…dari msuk MLM,tindas orang situ sini,baik buat pnjmn bukak bsns sndiri…halal dan tnteram,n time tu laa baru gune intrnt bgi mluaskn gi bsns,stkt brgntung pd intrnt,i think cannot,maybe ade,tp sorng due je kot…ini pndngn aku laa…lpas pgi semina keusahawanan anjuran univrsiti aku…

    • aks 说:

      Perniagaan internet bukan saja memperoleh wang daripada menjual produk semata2. Banyak lagi. Malah, bukan hanya menjual produk kita, menjual produk orang juga boleh dapat RM400 lebih sehari. Banyak lagi perkara yang perlu belajar dalam dunia internet ni. Baru kita tahu, banyaknya wang yang boleh dibuat daripada internet.

      Namun, pengalaman is the best teacher. usaha dahulu, bila dapat hasil jangan cepat melatah. usaha lagi sehingga benar-benar mendapat hasil yang mencukupi dan stabil…barulah fikirkan untuk hal-hal lain… =) 2 cents

  21. akak debom 说:

    Berangan mmg best & senang nak jadikan reality aduissss perit babe…. nak berhenti kerja now tue belom terlintas lagi ….. maklumlah wang nie byk masuk byk juga yg keluar kan… tapi berharap dapat pencen awal lah hendaknya…. yg pasti tips dalam IM nie mmg bagus kene tunggu income 2 3 lebih dari makan gaji kerja n berturut2 utk 5 bulan bukanya mudah nak capai tue….. harap2 akan berjaya dalam kurang dari 3 tahun dari sekarang….

  22. fauzi 说:

    Saya nasihatkan kepada mereka yg nak berhenti kerja tu supaya jangan berhenti dulu. Jalankanlah dulu perniagaan internet selama 3 tahun dahulu di samping teruskan dengan kerja yg sedia ada. Lihat hasilnya dulu, berbaloikah atau tidak berhenti dari buat kerja utama. Ini kerana dalam perniagaan internet ada manis, masin, tawar, pahit, masam dan pedas. Mungkin itu belum cukup…Alamilah sendiri dulu.

  23. sah90 说:

    setuju..
    Semua tu bukannya senang lebih2 lagi kalau takde basic langsung.
    Kalau dah kerja yang ada sekarang pun tak tahan, bisnes on9 grenti hancur nyer..
    (^_^)

  24. siti 说:

    saya tak nak berhenti kerja dalam waktu terdekat ni tapi kalau diberhentikan kerja dengan alasan gawat ni….rasanya depan PC ni lah tempat saya . apapun saya masih belajar tentang dunia IT ni , website,domain,hosting dan sebagainya , baru jadi satu affiliate , it’s fun , walau ciput,saya suka sebab ‘buat sendiri’ dan sokongan dari Team FlareBiz….(err..secara newsletter la),thanks dude ,

  25. Mr Ahmad 说:

    Semoga maju jaya semua.Good Luck

  26. 10kufariz 说:

    Salam semua..Ntikan ak sbgai salah sorang IM Malaysia xlme lgi..Hehe..InsyaALLAH..Bleh masyokk wt biz internet ni..Aku ni bakal guru y cbok2 asyik ade assgnment ni pon bleh wt..Apetah korang sume..Jom r,join2!!Meriahkan Internet Marketing d MALAYSIA..!!!

  27. zai 说:

    bagi aku lak..tak salah nak berhenti kerja untuk buat bisnes internet..tapi biarlah dengan cara yang betul..mesti ada backup income juga…lebih baik bermula secara berkumpulan jika anda tiada asas dalam perniagaan internet ni. Bak kata pepatah inggeris ‘If u ran alone u ran fast,if u ran with other u ran far ‘. Apapun risiko tanggungjawab sendiri..

  28. Synn 说:

    Saya sokong 100% bahawa kita perlu selidiki dahulu kemampuan kita disamping menilai potensi kita didalam menceburi perniagaan internet. Memang rezeki ada di mana-mana dan 9 daripada 10 rezeki itu berada di kelompok perniagaan. Tetapi jika kurang “case study” memang peluang untuk gagal ada, dan juga tidak mustahil kita boleh berjaya seperti orang lain jika ada sesuatu seperti “trigger ataupun turning point” untuk merubah kegagalan yang kita alami. Setiap kegagalan tidak bererti kita akan gagal seterusnya, kerana kegagalan lah yang paling banyak mengajar kita untuk berjaya dan lebih berkeyakinan…..saya memang berhasrat untuk berniaga sendiri, tetapi saya memang belum lagi boleh berikan sepenuh perhatian melebihi 100% kearah itu..mungkin belum tiba masanya :)

  29. Syed Akmal 说:

    sejujurnya bagi aku, aku akan teruskan pekerjaan aku sebagai juruterbang. ya pilot memang dapat gaji yang alhamdulillah ok, tapi bagi aku bisnes internet dapat dilakukan separuh masa. luangkan 3-4 jam sehari update blog, kemaskini kewangan, update projek dah cukup dah. masa yang lain digunakan untuk kerja secara fizikal. maybe satu hari nanti aku akan mulakan sepenuh masa bisnes internet jika mencapai rm10k sebulan. siapa tahu kan?

  30. Zul Baharom 说:

    Sememangnya perniagaan internet ni, lebih-lebih lagi melalui program affiliate tak semudah yang di sangka. Pendapatan tak diperolehi dengan sekelip masa ataupun dlm jangkamasa yang singkat. Walaupun namanya pun perniagaan internet tapi kita masih perlu berusaha untuk membawa masuk prospek ataupun downline melalui berbagai-bagai cara mengikut kemampuan dan kebolehan kita. Saya amat bersetuju jikalau sesiapa yang ingin berniaga internet jgn berhenti kerja dulu, bagi perniagaan stabil baru boleh fikir untuk berhenti kerja dan menumpukan perniagaan internet sepenuh masa. Betul tak?

  31. bluedianthus 说:

    Berfikir sedalam-dalamnya terlebih dahulu! Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini…Walaupun saya masih lagi study, saya faham akan tekanan dan beban kerja makan gaji..walaupun ianya merupakan satu zon selesa untuk bebas daripada memkirkan aliran wang masuk setiap bulan. Walau bagaimanapun, keputusan untuk berhenti kerja secara terus tanpa mengetahui selok belok perniagaan internet bagaikan kita bertempur tanpa mengetahui kegunaan setiap senjata yang ada. Kita kenalah berkenal-kenalan dengan perniagaan internet terlebih dahulu, sebab perniagaan internet ini pun banyak cabangnya. Lainlah kalau hanya melakukan perniagaan internet in secara part-time sahaja di mana terdapat elemen-elemen yang tidak akan mengganggu-gugat keadaan kewangan. Apabila menjadikan perniagaan internet sebagai satu pendapatan tetap, kenalah bagi concentration 300% sebab dari situlah datangnya pendapatan utama.

  32. abemogi 说:

    Berfikir sepenuhnye sebelum ambil keputusan berhenti kerja,ramai yg terpesona dengan berita”Doktor pun berhenti kerja buat biz internet” tapi ada yang tersembunyi mereka tidak dedahkan bagaimana orang berjaya sampai ke tahap itu…
    sebelum pagi berperang pastikan kelengkapan cukup=Fikir-fikir kan lah..
    Story di atas telah mendedahkan ape yang tersembunyi..tahniah shuth buat keputusan dengan bijak…

  33. sangtikus 说:

    As salam smua…

    Pendapat saya plak… x pyah la nk brenti krja sbb nasib ssorang susah kita nk baca.
    Tmbahan plak kdaan ekonomi yg naik trun ne. Kita x tau msa dpan kita sok cm na kan.
    Klu krja sndri ne (apa2 krja la kan) kpla otak kna dok ligat pusing. Mmang la sronok
    sbb x de sape2 nk cntrol kita, masa 1 ari2 spnuhnya kita yg punya tpi cmna klu kita
    jtuh sakit? gaji x jlan woo. Lgi 1 klu ekonomi jtuh lgi… kuasa mmbli pun turut jtuh woo.

    Di tmpt krja sya prnah kna maki hamun dgn bos, sial lah, bodoh lah. Prnah skli2 sya kna luku dgn jepun…sya sound dia blik. Apa yg brlku sya than je sbb
    nk crik duit. Sbgai mnagement staff mmang mcn2.. biasa la kan.Dulu sya anguk je tpi skrng ne kuat mlwan bos. 1ari2 sya de brtkak dgn manager msa mtg pas2 ok blik..
    glak..glak ngan kwan.Tknan2 kdang2 mnjdikan kita lbih kuat n matang. Dh 18 thun
    sya brkrja d tmpt yg sma smpi skrng.. ok je.

    Bagi sya internet bisness ne persediaan untuk kita menghadapi hari pencen nanti. Pas
    pencen kita dh de benda nk buat n dpat income. Sya tringat lgi 1 rancangan di tv3,
    Bijak Wang. Kata seorang panel2 (lupa namanya) klau skrng ne umur kita dlm 20-25thun
    n dduk d kwasan pkan spt Klang/Shah Alam bla dh pencen nnti duit smpnan mnimum yg
    kna ada adalah rm500k.

    Tngok orng yg brjya mmang sronok, tpi kna ingat nk mmbuatnya susah go woo… mkan
    thun gak geng. Nk dptkn traffik pun sikit pnya susah geng (klu ikut cra yg sbnar la kan)

    Pe2 pun sya amat glakan pda usahawan IM melayu kita. Smoga orang melayu skrang ne
    dpat menaikan pratus usahawan antara melayu n cina dri 1% pda yg lbih tinggi lgi.
    InsyAllah. Kata menteri kita lagi 50 thun dri skrang. Sya rsa dh trlmbat tuh. Ayuh kita
    mulakan sekarang tpi jngan brhnti krja lgi. Sya pun msih blajar lgi psal Internet Bisness
    ne.. mmang sronok…. All the best.

  34. jelitaeu 说:

    Assalamualaikum semua,

    Pada pendapat akak berhenti kerja dan menjalankan business internet ini bukan idea yang baik buat masa ini. Ekonomi tidak menentu bagi sesiapa yang ada kerjaya baik teruskan bukan akak cakap internet business ini tidak menjamin masa depan. Kalau kite betul-betul committed dengan apa-apa perniagaan pun insyaallah kite boleh maju. Tapi segelintir orang kite ini cepat putus asa tak ada response dalam sebulan dah jadi kalam kabut, penghabisan perniagaan bungkus. Setidak-tidaknya kite masih ada kerjaya yang memberi pendapatan bulanan yang tetap untuk tanggung keluarga…betul tak?

    Bagi sesiapa yang belum atau teringin nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet ini kakak ucapkan selamat berjaya……cari la sesuatu perniagaan yang tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak kite pun tak perlu product yang byk2 untuk marketkan cube dengan satu dulu…..Ini lah yang akak buat akak pun seorang usahawan internet gak mula-mula 1 product je lepas tu ada rezeki lebih akak mula setapak ke depan. Akak masih bekerja sayang nak tinggalkan kerjaya yang dah lama akak bertapak kat situ …..ehmmm 15 tahun tu!

    Walauape pun seandainya ada niat murni nak berniaga akak ucapkan Selamat Maju Jaya semuga Allah memberi berkat dan jalan untuk kite semua…..Selamat berjaya. Kalau ada sesiapa nak share pendapat atau masih terkial-kial nak cari product ape nak jual call la akak 019 3577 199 akak pun tengah cari reseller nak promote barang baru….

  35. Amir Azros 说:

    Ya… Saya setuju dengan pendapat akak jelitaeu. Skrg nie ekonomi masih x menentu. Kalau yakin, boleh la sepenuh masa. Tp kalau x yakin, better, stay dulu ngan kerja tetap. :)

    P.S : Akak jelitaeu ada produk nak jual ker? Boleh kasi tau lebih lanjut? Macam best jerk :)

  36. poksue 说:

    the simple words:

    -full timer internet biz adalah utk org yg sdh bermula niaga di internet.
    -yg belum bermula, stay your job but mulakan biz internet sekarang dgn atleast 1 produk dulu.

    after that u all akn nampak tangga itu bengkok atau lurus. bkn angan’2 indah shj.. gd luck geng!

    :) wacchaaaa!!!….

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)