Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Kad Kredit!
Salam sejahtera kepada pembaca Majalah IM…
Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia mula bergiat di dalam pemasaran internet. Bukan sahaja individu yang telah bekerja malahan para pelajar juga turut mula membina blog dan mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari daripada ebook-ebook dan seminar yang mereka hadiri. Ramai yang telah mula percaya bahawa internet juga merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan tidak kira secara sampingan mahupun sepenuh masa.

Dalam menjana pendapatan secara online, kebanyakkan perkhidmatan yang digunakan akan melibatkan penggunaan kad kredit kerana kebanyakkan perkhidmatan dan kemudahan ini disediakan oleh syarikat-syarikat yang terdapat di luar Malaysia. Mungkin bagi individu yang telah mempunyai pekerjaan dan gaji tetap tidak mempunyai masalah untuk memohon kad kredit bagi kegunaan mereka tetapi bagaimana pula dengan individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, lebih-lebih lagi individu yang masih bergelar pelajar?
Itulah kepentingan wujudnya Virtual Credit Card (VCC) atau Kad Kredit Maya. VCC boleh dikatakan sebagai pengganti kepada kad kredit atau debit fizikal yang biasanya kita lihat cuma apa yang membezakannya ialah VCC hanya terhad untuk kegunaan maya sahaja. VCC boleh digunakan ketika anda membeli belah secara online, ‘verify’ akaun paypal dan akaun ebay sekiranya anda seorang peniaga di ebay dan juga boleh digunakan untuk mengaktifkan akaun adwords.
VCC Adalah Lebih Baik!
Tambahan pula, memilki VCC adalah lebih baik daripada memiliki kad kredit dan debit yang sedia ada. Ini adalah kerana penggunaan VCC lebih selamat berbanding penggunaan kad kredit atau debit kerana risiko berlaku kebocoran maklumat dan kecurian kad tersebut adalah sangat tinggi. Selain itu, VCC sangat mudah dimiliki, kelebihan untuk memiliki lebih dari satu kad dan menjimatkan tanpa bebanan caj-caj yang melampau.
Untuk mendapatkan VCC bagi kegunaan persendirian, anda perlu mendapatkannya daripada seseorang penjual VCC yang menyediakan perkhidmatan menjual VCC. Tetapi, pembelian VCC melalui pihak ketiga juga menyebabkan anda terdedah dengan risiko penipuan atau ‘scammer’. Selain itu, VCC yang dijual oleh mereka juga kebanyakkannya terlalu mahal dan saya yakin, perkara ini sangat membebankan kepada individu yang sentiasa menggunakan khidmat VCC.
Jimat Ratusan Ringgit Dengan Panduan VCC
Tahukah anda bahawa anda mampu untuk mendapatkan VCC anda sendiri tanpa perlu membelinya daripada individu yang menjual VCC? Anda akan dapat berjimat ratusan ringgit sekiranya anda mendapatkannya sendiri dan inilah rahsia bagaimana penjual-penjual VCC mendapatkan VCC pada harga yang lebih murah berbanding VCC yang dijualkan kepada anda. Di mana dan bagaimana? Semuanya didedahkan oleh saudara Naem dalam ebook beliau, Panduan VCC.
Di dalam ebook Panduan VCC, anda akan didedahkan mengenai bagaimana untuk mendapatkan VCC tanpa perlu membelinya dari pihak ketiga atau individu yang menjual VCC dengan caj yang terlampau mahal. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan menjual VCC pada harga yang sangat rendah dan berpatutan. Ini bermakna, saudara Naem telah mendedahkan rahsia dari mana penjual-penjual VCC mendapatkan VCC! Beliau telah memperkenalkan 4 buah laman web yang membekalkan VCC dan juga telah mencadangkan satu laman web yang terbaik untuk digunakan sebagai platform anda untuk mendapatkan VCC pada harga yang sangat rendah.
Tambahan pula, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mendapatkan VCC secara percuma! Anda mampu untuk mendapatkan banyak mana pun VCC yang anda ingini tanpa sebarang kos. Selain itu, ebook Panduan VCC juga mengajar anda bagaimana untuk mengelakkan daripada dikenakan caj yang tinggi ketika menambah nilai VCC anda. Penerangan yang diberikan adalah sangat jelas dan mudah difahami.
Satu Kelebihan Buat Newbie
Ebook ini juga menjadi suatu kelebihan kepada newbie yang masih baru dalam penggunaan VCC. Segala perkara mengenai bagaimana untuk mengendalikan akaun di laman web yang membekalkan VCC turut diterangkan langkah demi langkah seperti cara menambah bilangan kad, menambahkan dana ke dalam kad, pemindahan dana dari satu kad ke kad yang lain dan sebagainya. Jadi, anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda tidak pernah mengendalikan akaun anda di laman web tersebut.
Kewujudan ebook Panduan VCC juga memberi peluang kepada individu yang ingin menjana pendapatan melalui penjualan VCC. Dengan tip yang didedahkan bagaimana untuk mendapatkan VCC percuma dan mengelakkan caj yang dikenakan, saya yakin, anda akan dapat menyediakan servis perjualan VCC pada harga yang lebih murah berbanding penjual-penjual yang lain. Perkhidmatan penjualan yang murah akan lebih mendapat perhatian dan tidak hairanlah, saudara Naem dapat menjana sehingga RM 1000 hanya dengan menjual VCC.
Bukan sahaja perkara yang berkaitan dengan VCC, ebook Panduan VCC turut mengajar anda satu persatu bagaimana untuk ‘verified’ akaun Paypal, mendaftar akaun ebay untuk peniaga ebay dan juga mengaktifkan akaun Adwords dan mendapatkan $50 percuma. Segalanya dilakukan hanya dengan VCC dan langkah yang ditunjukkan adalah sangat mudah difahami dan praktikal.
Dapatkan Dengan Harga Yang Berpatutan Murah!
Anda boleh mendapatkan ebook Panduan VCC pada harga RM 40 sahaja. Lebih-lebih lagi, sebarang pembelian ke atas ebook ini akan disertakan dengan beberapa bonus yang sangat hebat seperti Panduan Kad Kredit, Panduan Asas Paypal, Panduan Asas Ebay, Bonus “VCC & Paypal”, Bonus “VCC & Adwods”, Bonus “VCC & Facebook” dan yang paling istimewa adalah Keahlian Istimewa & Forum Support, khas untuk pembeli-pembeli ebook Panduan VCC.
Malahan, kandungan yang terdapat dalam bonus-bonus tersebut adalah sangat bernilai untuk wang anda. Bukan sahaja perkara asas, tetapi tip-tip berguna yang boleh dipraktikkan ketika penggunaan salah satu perkhidmatan di atas turut juga diselitkan untuk kemudahan para pembeli ebook Panduan VCC. Mungkin ebook ini merupakan satu-satunya ebook yang memberi panduan bagaimana untuk mendapatkan VCC anda sendiri tanpa perlu membazirkan wang anda lagi dengan caj-caj yang melampau.
Dapatkannya Di Sini!
