Ramai Yang Tunggu Untuk Disuap?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Screen Shot Daripada Blog Gobala Krishnan

Gambar di atas adalah petikkan komen daripada satu entry oleh saudara Gobala Krishnan di blognya. Saya dan Zhafran selalu menerima permintaan untuk mengajar mengenai perniagaan Internet daripada individu-individu yang dahagakan ilmu dan begitu semangat untuk memulakan perniagaan Internet. Tetapi malangnya, ramai di antara mereka menganggap kami ini robot dan  hamba abdi mereka. Maaf, tetapi inilah hakikat yang terpaksa saya luahkan bagi sesetengah individu yang pada saya tidak berapa pandai untuk menghargai ilmu.

Saya sebenarnya sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk membantu mereka yang ingin menjalankan perniagaan Internet tetapi kadang-kadang sikap segelintir daripada mereka yang membuatkan semangat saya down untuk membantu mereka. Kebanyakkan mereka terlalu bergantung dan tunggu untuk disuap dengan informasi mengenai perniagaan Internet. Kami para usahawan Internet pula yang dikerah untuk menyuap mereka sampai kenyang, oh!

Tuan-tuan dan puan-puan yang bijaksana, adakah usahawan Internet yang berjaya berada di dalam muka bumi ini adalah seorang yang tunggu untuk disuap? Saya berani untuk potong jari (anak patung) andaikata anda dapat berikan saya senarai 5 orang usahawan Internet yang berjaya tetapi pada mulanya mereka hanya duduk dan menanti seseorang datang menerangkan kepada mereka mengenai perniagaan Internet. ;)

Saya dan kebanyakkan usahawan Internet lain akan abaikan soalan ataupun permintaan seseorang individu yang malas berusaha. Sepatutnya, mereka bertanyakan soalan yang realistik dengan masa dan tenaga yang bakal kami luangkan dan bukannya dengan soalan-soalan yang terlalu asas seperti apa itu blog, apa itu Google AdSense dan sebagainya. Bagi saya mereka yang bertanyakan soalan-soalan begini sebenarnya masih belum bersedia untuk menjana pendapatan di Internet dan menjalankan perniagaan Internet khususnya.

Saya kadang-kadang terfikir, adakah mereka ini tidak tahu kewujudan search engine seperti Google.com, Yahoo.com dan Bing.com?

Ada orang pernah email saya supaya pergi ke rumah dia untuk mengajar mengenai perniagaan Internet secara percuma. Oh! Kalau secara berbayar pun belum tentu saya akan menerimanya kerana perkara ini tiada kaitan dengan wang ringgit. Ia adalah mengenai sikap anda untuk berjaya. (Kecuali, dia mempunyai seorang anak dara yang cantik oh!) :D

Kepada mereka yang terlalu suka untuk disuap tetapi bujang, silalah berkahwin kerana hanya pasangan anda yang sanggup untuk menyuap anda seadanya oh! Tetapi saya yang secara peribadi tidak mengenal siapa anda, sudah tentu tidak sanggup untuk meluangkan masa dan tenaga apatah lagi wang semata-mata untuk membantu orang yang malas berusaha tetapi nak kaya dengan cepat.

Sekian.

p.s: Setakat ini saya sering meluangkan masa yang lama setiap hari untuk menjawab soalan para pembaca Majalah IM kerana saya suka untuk membantu mereka tetapi saya hanya akan menjawab soalan-soalan yang realistik sahaja.

{ 76 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

76 Responses to “Ramai Yang Tunggu Untuk Disuap?”

  1. Fatin Pauzi 说:

    Ramai golongan macam ni actually. Kalau kita dengar usahawan internet terkenal tak reply emel, sombong, hampeh, sebenarnya komplen datang daripada orang2 spesies ni. Orang2 yang minta disuapkan. :P

  2. rahsiaebiz 说:

    saya masih igt dulu bro Gobala ada menyatakan golongan mudah disuap ini umpama peminta sedekah.. mmg dorang tu jenis ‘malas’ dan nak mudah saja.. x berani mengambil risiko sebaliknya nk duit pantas saja.. sikap sebegitu bukan usahawan internet sejati..

  3. fadzri 说:

    Salam Mr Adly, Saya sangat-sangat bersetuju dengan pendapat saudara. Syabas kerana dapat menyuarakan sesuatu dari perspektif yang unik. Ada juga yang kadang mahukan kita buat semuanya untuk mereka termasuk projek ‘adsense’. Jika difikirkan, elok saya buat untuk diri saya sendiri kan. ;)

  4. Syuxx 说:

    Noobies ask the guru, the guru ask google. Haha

  5. hasbulaqill 说:

    Kadang-kadang perkara ini menyampahkan hidup. Time susah-susah xnk plak datang belajar dan tanya apa yang kamu buat. Time senang , baru la nk ‘mendampingi’ mintak sedekah suruh diajar secara percuma :) . Manusia manala nak bagi free. ;) . Kalau ada, insyaallah bukan saya

  6. Assalamualaikum,

    Saya maybe baru dalam perniagaan internet, saya bermula dengan lelong.com.my utk setiap produk yang saya jual di internet bermula DARI tahun 2000! Saya masih lagi belajar.. dan alhamdulillah sehingga kini income masih xputus2 walaupun xbergelar jutawan.. boleh senang sudah laa.. Selain lelong, saya juga menjual di web2 lain dan peribadi yang tak ingin saya kenalkan di sini :-P

  7. germany_fan 说:

    sometimes u need to make mistakes to learn better…experience is the best teacher…so u hv to try first…explore by urself…then u will learn more

  8. Zairi Zaidi 说:

    Memang ada orang camni…
    Diorang tak tahu sebenarnya macam rupa bisnes internet ni.

  9. adrenal 说:

    alahai..kalau mcm tu punya attitude,mmg sampai bila2 pon xkan berjaya..

    no pain,no gain…

  10. Firdaus 说:

    Bagi saya kalau mereka tanya banyak sangat soalan camna nak start apa salahnya bagi ebook percuma bagaimana diorang nak start biz nie saya guna konsep nie alhamdulilah newbie mula memahami apa dia biz internet juga income meningkat bila kita beri free info

  11. ManDan 说:

    Saya rasa Gobala Krishnan bersikap ntah apa2 kali ni, selepas baca posting di blog dia. Tu bukan tanda seseorang yg successful dlm internet marketing…Selepas baca posting Google (di blog google), baru kamu tahu mngapa saya ckp dia mcm tu…Baca le tgk. Baca posting Gobala, lps tu baca posting Google. Tk pyh le nk mengagungkan dia ni sgt…

  12. Relax brother :) I was only semi-serious with that comment :)

  13. mzm 说:

    satu perkongsian yg menarik dri brO adly.. thanks !

  14. abdhakim 说:

    saya fikir itulah dia penyakit utama orang melayu sejak zaman pemerintahan british lagi menunggu utk disuap dan kalau boleh nak berak pun suruh org basuhkan… hey come on wake-up….

  15. mancai 说:

    salam singgah,
    bila susah mintak disuapkan, bila senang mintak disuapkan, bila maju mintak disuapkan, sampai bila nak mintak suap?… tu la orang malas… huhuhu… sori bro lepas geram baru jek ader member mintak tolong katanya nak duduk kat rumah je tapi masyuk banyak… bagi idea sume tak setuju… pastu terbaca laks artikel ni… Tolong menolong memang budaya kita tapi berpada2…

  16. Mysticmind 说:

    Lempangkan aja diorang tuh.

    Biar otak dia gegar sikit, baru bergerak.

  17. kalau tunggu disuap.. alamat kenyang trus tidow meyy~. ahaha

  18. safiudin.com 说:

    selalunya persepsi mereka nak senang dengan cara mudah.

    tak buat apa2 tapi duit (RM) masuk tiap-tiap bulan…. 4d (bukan no ekor ye… :) )

    dalam dunia ni susahkan kalau ‘cikgu’ cari murid!

    tak nak berusaha….
    cari..
    belajar..
    praktik…

  19. fadzlihani 说:

    LOL :D kena ada anak dara yang comel baru boleh tolong ke?
    Saya pernah mengajar seorang anak muda secara PERCUMA kerana beliau meminta tolong daripada saya untuk mengajar beliau tentang bisnes internet.
    Beliau nampak beria-ria ketika saya mengajarnya, dan minta saya sediakan panduan lanjut untuk beliau maju.
    Sekarang ini, beliau terus senyapppppp sahaja. Lepas ni, saya nak kenakan cas kepada sesiapa yang nak jumpa saya tentang bisnes internet ni.

    • densu 说:

      salam bro, nabi kita pesan ada 3 perkara yang menyumbang pahala walau kita di kuburan. satu dpdnya ilmu baik yg kita ajar tanpa upah…iklas bro.
      kita jual ilmu kita pun baik untuk kocek .sabor je le

  20. densu 说:

    MENARIK TAJUK NI…dah lumrah manusia suka sort cut. Tengok di jalanraya berapa ramai kena saman.Semua nak cepat. Makanan pun makan makanan segera sebab tu sekarang ramai yang mati pun segera, tak dengar sakit tiba-tiba dengar khabar dan meninggalkan. Macam itu juga org sekarang belum kahwin dah dapat baby, hari ini nikah bulan depan dah bersalin.

    Macam juga mereka ni, kalau boleh hari labur petang nanti dapat untung.Hari belajar esok jadi cikgu.

    sebab itu bro, kerjaya guru/pengajar itu kerjaya yang mulia sebab ia memerlukan ketabahan dan kesabaran.

  21. rocky 说:

    kengkadang sibuta dia memerlukan sicelik untuk kehidupannya seketika perlu shj. bukan sepanjang jalan tetapi sayang soalan yang bodoh merugikan masa untuk menjawabnya. Mengapa anda melayan orang -orang macam tu, lupakan sahaja, bazir masa.Tapi ingatlah jika ikhlas, rezeki anda akan datang mencurah-curah. agama mengajar tuntutlah ilmu sebanyaknya….saya mahu berbayar wp cikgu x mahu duit…. realiti harus terima….

  22. Khai 说:

    Kenapa mail sebegini dipamerkan. Adakah boleh menjatuhkan maruah seserorang. Lagi Pulak tu siap paparkan sekali no Phone yg diberikan. Jika tuan x bersetuju dengan mail tersebut apa-apa sebagai bahan bukti sila lah tutup apa-apa yg patut..

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Oh, saya terlepas pandang & terima kasih di atas peringatan.

      Saya just snap shot screen shot daripada satu entry saudara Gobala. :)

      Saya dah sensor kan. Anyway thanks again!

  23. 1brand 说:

    Saya memang follower majalah IM ni..terkejut juga kekecewaan beliau. Tapi memang tak nafikan diluar sana memang menanti untuk disuap. Saya juga terkena, ada ker tanya soalan macam mana nak daftar? Sedangkan dalam web terang2 ada imej daftar disini…

    Soalan yang macam tu, memang saya tak layan pun….

    Faizal

  24. omecool20 说:

    :-) Bagi saya, jawapan Gobala itu menyindir si penanya. Memang benar tentang golongan – golongan sebegini. Mindset mereka perlu ditetapkan dahulu sebelum menerokai perniagaan internet. Rasanya, mereka terpengaruh dengan ‘hype’, itu sebab keluar soalan – soalan begini.

  25. aril 说:

    Satu perkongsian yang menarik dan amat berguna jika dimanfaatkan sepenuhnya. TQ

  26. Ammar Zahar 说:

    Orang macam tu menganggap bisnes internet ni macam MLM. Kalau perasan, orang MLM memang akan menyuap orang.. Tinggalkan saja no phone, mereka akan call dan follow up ajak jumpa. Jadi, orang yang minta disuap ni biasanya dia ingat bisnes kita ni bisnes MLM..

    -Ammar Zahar

  27. The reason I leave a comment like that, is to see if the user will return and reply my comment. If the person does not return ever, whats the point of calling him and then he doesn’t want to “layan” you?

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Yeah bro, saya tahu komen bro tu just untuk perli dia. ;)

      Anyway bro, sepatutnya dia yang mintak your phone number untuk call then tanya mengenai perniagaan Internet. For me, cara dia approach untuk di ajar tu silap.

      Kalau saya jadi bro pun, saya memang tak layan sebab cara dia approach tu tak kena. :)

  28. Fatin Pauzi 说:

    Yeah, I think so, Gobala.

  29. pu3 说:

    Tidak nafikan kebenarannya apa yang di kongsikan oleh adly,cuma sekiranya seseorang itu hendak mencari duit melalui internet..apa yang perlu mereka perlu tahu ialah antara perniagaan internet dengan pelaburan internet…ramai yang mengeluh terasa tertipu dengan tawaran yang terdapat di internet tetapi mereka sebenarnya yang memberi ruang untuk di tipu,apa pun gunakanlah akal yang bijak dan jadilah orang yang bijaksana berbanding menjadi org yang pandai.Anda usaha bersungguh2 anda dapat,anda usaha 1/2 jalan…anda akan merempat.

  30. Pustaka Timur 说:

    Salam…

    Dalam bisnes ni mesti kita kena suap dulu, baru boleh makan sendiri…
    Seperti kita baru lahir, emak yang suap…
    kalau yang bijak pandai dalam perniagaan internet ni tak tolong suap yang tak tahu apa tu…
    siapa lagi yang nak tolong suap?

    Adakah ramai yang lahir terus makan tanpa disuap?…
    Fikir positif…..

    Bazri Alias

  31. wanzpyra 说:

    Salam… ho ho so hots here… I agree with Mr Gobala… Wat abih kredit jer lau call orang yang x nak tunjukkan bahawa diri beliau memang memerlukan pertolongan. Cara psikologi yang bagus untuk trace samada orang tu berminat atau hanya nak memenuhnya ruang komen yang disediakan.. he he he

  32. azmi 说:

    Saya tak salahkan orang macam ini. Anggaplah dia tak tahu apa-apa. Janganlah terus mematahkan semangatnya dengan komen yang tak membina langsung. kalaupun kita dah terer janganlah bongkak. Apa salhnya kita cadangkan pada orang begini sebuah buku panduan bagaimana hendak bermula ataupun pergi kursus kalau dia banyak duit. Tanpa ada guru pun kita boleh buat duit dari internet malah tidak begitu susah pun. hanya dengan mengamalkan satu formula saja. malah pengalaman try and error lebih baik dari terus mengikut saja kata guru. Belajar dari kesilapan lagi bagus..Tak boleh ke kita bagi cadangan yang tegas dan betul untuk orang seperti ini. Suruh dia pergi kursus atau belajar dari ebook saja. bagi affiliate link anda sekali ke! Saya pun dah mula buat duit agak stabil hanya belajar dari ebook je. Kepada mereka ini jangan putus asa kerana soalan anda dijawab dengan sindiran oleh mereka yang dah berjaya!

    • matahelang 说:

      Salam Bro,

      Setiap komen ada pro dan kontra , yg pro di puji dan yang kontra janganlah di keji.
      Kekadang yang tak sehaluan tak mesti tak betul, yg sehaluan tak mestinya sehati sejiwa..adakalanya cuma pemanis budi bicara, belakang lain cerita.
      Biar pedas tapi sedap, bukan janji manis tapi meluat, bukan pelanduk lupakan jerat ..
      e-book mahal tapi berkarat.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Saya tidak pernah mematahkan semangat orang yang betul-betul nak belajar mengenai perniagaan Internet.

      Saya biasanya abaikan sahaja email/sms sebegini dan kalau sebagai seorang usahawan rasanya tidak wajar untuk terus berputus asa. Kadang kala saya akan tegur secara personal, tetapi waktu saya semakin hari semakin terhad.

      Email pula semakin hari, semakin banyak daripada pembaca Majalah IM. Soalan yang jelas & berasas saya akan tetap balas walaupun simple tetapi kalau soalan yang merapu dan tidak mencerminkan dia mahu berusaha, saya fikir tidak patut kita perlu bersusah payah untuk dia. Sedangkan masih ramai lagi yang bersedia dan perlukan perhatian. :)

  33. Mohamad Afiza 说:

    Salam. Lepas ni saya nak jadi sifu mengajar perniagaan Internetlah. Mungkin anda yg menjadi IM sibuk jual mcm2 produk dsb. Bagi saya, tak perlu susah2 jual dan cipta produk kalau jumpa org mcm ni. Cuma jadi cikgu mengajar mereka saja. Tapi mestilah berbayar kan?

  34. hambaNya 说:

    Assalamualaikum,

    Saudara Adly a.k.a Labanon,

    Anda boleh highlight ISU, tapi janganlah sampai highlight INDIVIDU.
    Elakkan UNDER ESTIMATE.
    Dalam satu TINGKATAN, pasti ada beberapa KELAS.
    WASPADA ketika BERBICARA.
    IKHLAS.
    Ingat PESANAN arwah ayahanda anda. Al-Fatihah.

    Sekadar renungan.

    Wassallam.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      w’mslm hambaNya,

      Terima kasih di atas nasihat & pandangan.

      Saya rasa tiada pula artikel di atas ni saya highlight individu… saya just fokus kepada satu golongan yang bagi saya tidak mempunyai business minded ataupun masih belum bersedia untuk menjalankan perniagaan.

      Mungkin ramai silap faham bahawa gambar dalam setiap entry yang saya buat hanyalah sebagai penyeri dan tiada kaitan secara khusus dengan entry. Saya bukanlah seorang yang suka blame silap seseorang. :)

  35. lizaoba 说:

    Seorang guru kena tau bahawa ada 2 kategori murid. Pertama, dia bertanya perkara yang dia tak tau.Maknanya dia tau apa yang dia tak tau.Kedua, dia tanya perkara yang sepatutnya dia tak tanya sebab memang dia tak tau apa yang dia tak tau. Jadi guru yang bijak kena suaplah di samping ajar dia macammana nak menyuap sendiri.Tak ada murid tak akan wujud seorang guru.Tak ada yang bodoh maka tak adalah yang otai. he..he.. jgn marah, nanti kena jual

    • fati 说:

      Betul tuu…tentu liZaoba nie seorang guru yang memahami. Semua pendapat ada pro n contra, pandai2 lah sesuaikan diri dengan keadaan…sekadar menyampok…sekian terima kasih.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Salam cikgu!

      Actually saya bukan nak tunjuk pandai cuma nak share experience saya. Dalam kehidupan saya sekarang, memang saya akan jumpa 2 golongan.

      1. Golongan yang business minded.
      2. Golongan yang bukan business minded.

      Golongan business minded walaupun dia buta IT, soalan yang diajukan adalah sangat smart dan tahu apa yang dia lakukan. Skop dia pula lebih kecil dan mungkin dia bertanya setelah mencuba perkara tersebut. Lebih mudah untuk saya tunjukkan jalan kepada mereka.

      Golongan yang kedua pula bukan business minded tetapi mahu menjalankan perniagaan Internet. Soalan dia pula lebih kepada kita nak provide satu-satu. Lepas A, kena cerita B then C sampailah Z. Even, saya belanja golongan ini sebuah buku mengenai perniagaan Internet, dia tetap akan tanya A balik sampai Z. Saya pernah try belanja seorang kawan yang golongan ke-2 pergi seminar bernilai RM900++ tetapi hasilnya saya agak kecewa.

      So, saya decide dengan masa saya yang terhad dan tiada apa bayaran yang saya dapat. Saya nak tolong yang mempunyai business minded sahaja. Entry saya pada kali ini pula lebih kepada menegur golongan kedua agar berubah jika mahu berjaya. And once again, saya jelaskan bahawa saya tidak blame mana-mana individu. :)

      Saya sentiasa spend masa at least sejam sehari menjawab segala email-email pembaca dan siapa yang rapat dengan saya tahulah. Even pernah seorang kakak ni tegur saya, kenapa awak buat semua ini?

      Lebih baik awak fokus kepada business awak daripada nak jawab segala soalan yang sepatutnya mereka boleh Google. :)

  36. gila_kuasa 说:

    pada aku takde isu pon kat sini… terpulang kepada individu..
    cam ne dia nak mengajar … ada gak jenis orang tak mintak pun dia sanggup ajar

    ada pulak yang betul2 nak belajar tapi dia taknak ajar ..
    ada yang boleh belajar sendiri..
    ada yang kene maki baru nak belajar ..
    ada yang dapat duit baru nak ajar…

    apa2 pun usaha sendiri lebih puas hati…
    tapi perlukan guru supaya tak sesat jalan…

    jangan jadi tikus membaiki labu dah la……

  37. Mohd. Noor 说:

    …salam. satu artikel yang bermanfaat dan berguna untuk di ketahui.

  38. rizal 说:

    Bagi saya org macam ni, mungkin dia tersangat baru dlm dunia IT dan dia tak tau menahu langsung, jangan salahkan dia. Bila tengok org buat biz dia pun nak ikut, dia ingat senang,
    sebab mungkin dia terima email/newsletter. semuanya nampak senang duduk tengok bola dapat duit, sedang tidur dapat duit..tidak kah itu mengujakan fikiran dia. Sebagai seorg yg yang sudah berjaya, tidak salah beri tunjuk ajar pada dia ,jangan pandang serong pada dia.
    Kemewahan yang kita kecapi hari ini belum tentu menjanjikan kebahagian hari esok…kita tak boleh riak dengan apa yang kita miliki. Dia bukan malas atau minta disuap mungkin dia
    langsung tak ada pengelaman, tapi dia nak buat apa yang org buat. Wasallam.

  39. abrablog 说:

    mungkin dari kecil lagi diorang suka makan bersuap kot. Bila dah besar, dah jadi kebiasaan la plak..

  40. Fauziah 说:

    Assalamualaikum,
    Topik yang di utarakan memang sangat menarik.Dalam dunia ni memang ada berbagai jenis manusia dan berbagai kerenah juga.

    Cuma saya ingin buat teguran sikit,jangan marah ye…
    Sepatutnya nama pemberi komen di blog Gobala tu di tutup supaya tidaklah mendatangkan rasa malu kepada beliau.Sebab mungkin ada orang yang kenal beliau sedang baca entri ini dan lepas tu pergi kondem dia.
    Mungkin apa yang nampak jelek pada sesetengah orang di anggap biasa pula oleh sesetengah yang lain.
    Maaf jika tersinggung dengan teguran ini,tapi sebagai orang Islam tak salah kan jika saling tegur menegur untuk kebaikan.
    Apa pun saya salute saudara kerana masih teguh dan bersemangat meneruskan perniagaan di internet di samping memberikan maklumat2 yang berguna.

    Wassalam.

  41. jai@jaigoku 说:

    Apabila selalu melihat promosi untuk ke seminar Internet atau perniagaan, mereka mcm buat tak tahu sahaja.

    Sepatutnya mereka perlu faham, bukan mereka sahaja yang berbuat begitu.. kalau sepanjang 2-3tahun ada 2-3 orang sahaja yang ingin minta bimbingan mungkin bolehla dipertimbangkan..

    Kita bukan kedekut ilmu dan bersedia untuk memberi dengan ikhlas dan percuma, (pasti otai IM yang lain bersetuju dengan saya), tetapi mereka harus faham, kita juga ada masa 24jam itu untuk diuruskan dengan hal yang lain yang lebih penting. Dan sesungguhnya bisnes inilah sumber pendapatan kita…

  42. MY 说:

    “Cikgu, sebenarnya saya nak jadi pandai tapi saya tak tau caranya. Boleh tak cikgu pandaikan saya dengan cepat? Esok cikgu datang rumah ajar saya ya dan cikgu tolong hubungi saya dulu sebelum datang.”

    Analogi yang paling mudah untuk difahami.

    Kepada individu-individu seperti ini, cubalah tukarkan daripada asyik menuntut hak kepada menunaikan hak, daripada asyik menadah kepada mencari faedah.

  43. abemogi 说:

    pada yang baru bgtau belajar yg asas dulu…apepun bagus gak ada niat nak tolong mereka walapun began….bgtau mereka rajin2-lah klik di mana web asas internet

  44. Adney 说:

    Mind Set yang salah memburukkan keadaan….

  45. sah90 说:

    topik yg hangat..:)
    usaha tangga kejayaan..

  46. bob 说:

    Raffi Ahmad & Ayushita – Jangan Bilang Tidak

    ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
    cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

    ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
    walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

    jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
    siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
    banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
    kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
    cinta kita kan abadi

    ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
    cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

    jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
    siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
    banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
    kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

    jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
    namun dada ini bergetar
    makanya sungguh aku mohon
    jangan bilang tidak

    Oh jangan bilang tidak tau dong!

  47. Jimmy MRR2 说:

    Aku pernah tolong sorg ni belajar pasal blogging kt YM sebab nmpk cam die ni interested… Tapi last2, die siap promote aku suh join link affiliate die lg… Ceh..

  48. kaiba910 说:

    Saya masa mula-mula dulu pun sama juga. Asyik minta ajar tu, ajar ni. Tapi tak pernah nak take action.

    Tahu tak macam mana nak atasi ni? Saya ambil masa rehat, tutup mata dan tarik nafas perlahan-lahan. Sambil-sambil tu, saya programkan diri saya. Cuba untuk fokus. Macam saya, saya fokus diri saya jutawan. Saya nak fokus dalam hypro. Alhamdulillah, saya dah start take action untuk semua kerja.

    Yang penting ubah mindset, dan terus bergerak. Take action and stop procrastinating

  49. pokya 说:

    Ugama kita mengajar, kalau ada peminta sedekah datang meminta janganlah kita menunjukan muka yang masam, walaupun kita tak nak memberi,
    Kalau x nak tolong tolaklah dengan sopan, itulah yang di ajar Rasul…
    Maaf kerana mencelah.

    • ummu humaira 说:

      Betul tu..saya setuju. kalau taknak tlg ajar, boleh cakap secara baik..tapi kalau kita ada masa, apa salahnya tlg bantu..ingat la..masa mula2 kita pn xtau apa jg..takda yg lahir2 terus pandai..ataupun beri manual yg bole membantu utk seseorang tu belajar sndiri..kalu kite tlg org..insyaallah rezki pun murah

    • Addie 说:

      korang tak boleh tengok masalah ni dr sudut newbies..
      cuba letakkan diri tu dalam posisi gobala…

      ataupun…cuba berjaya dulu…
      lepas tu bgtau suma org bertapa berjayanya anda
      kemudian tunggu…org2 ni confirm datang cari anda…
      minta info free….bila suruh beli domain dan hosting…tak nak
      sebab mahal….

      cerita gini sebenarnya cerita lama IM..
      newbies jgn marah kalau coach2 IM marahkan golongan gini…
      sebab kalu anda jadi coach pun..saya gerenti anda akan MARAH…

      ingat…berjaya dulu….baru anda tau camana rasanya jadi coach IM dgn org minta info free ni

  50. zack 说:

    Memang ramai sangat nak disuap.. dan nak best lagi semuanya nak free. Dari kat sekolah semua nota dan kelas tustion dari cikgu nak free je.. sampailah dah kerje. Nak percuma dan .. nak cepat.. dan malas nak berusaha sendiri.
    Salah seorang rakan saya ingin janawang dgn adsense dengan adsense, tapi tak mau beli ebook tak mau belajar sendiri. Dia cuma nak kita ajarkan dia dengan cepat tanpa ambil masa dan semuanya percuma atas dasar kawan. Memang melampau betul sebab kita sebenarnya dah byk habis masa utk belajar dan kaji teknik yg sesuai

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)