Pemasaran Affiliate – Memahami & Menjiwai?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada awal tahun lepas, saya dan Zhafran berjaya menjana lebih daripada 5 angka dalam masa 30 hari dengan melakukan pemasaran affiliate bagi pasaran tempatan. Saya begitu teruja dengan pemasaran affiliate dan sebenarnya agak terkejut, tak sangka rupanya pasaran tempatan juga boleh memberikan wang yang sebanyak itu hanya dengan mempromosikan produk orang lain. Ketika itu saya mempromosikan produk daripada saudara Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan iaitu Rahsia ClickBank.
Sejak saya menunjukkan cek tersebut kepada umum, ramai yang mula bertanya melalui ruangan komen mahupun email, bagaimana saya boleh menjana pendapatan yang sedemikian rupa? Malah ada yang dengan sukarela cuba menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan “Alah, Team FlareBiz bolehlah dapat duit banyak daripada program affiliate kerana mereka ada senarai email yang banyak!”
Saya tak boleh nak nafikan kenyataan tersebut, tapi nak bersetuju 100% pun tak boleh. Berdasarkan pengalaman saya melakukan pemasaran affiliate bagi pasaran tempatan ataupun luar negara, soal teknik pemasaran adalah perkara nombor dua. Perkara pertama yang perlu anda ketahui untuk bergelar seorang “top affiliate” ialah anda perlu memahami dan percaya dengan produk yang hendak anda promosikan.
Bagi saya ini merupakan satu isu yang besar, kerana ramai yang tidak faham dan yakin dengan produk yang hendak dipromosikan kepada orang lain. Cuba fikir, bagaimana anda hendak meyakinkan prospek supaya membeli melalui link affiliate anda sedangkan anda sendiri tidak tahu apa yang anda sedang promosikan tersebut!
Di sini saya senaraikan dua cara praktikal untuk anda memahami dan percaya dengan produk yang anda ingin promosikan:
1) Anda perlu membeli produk tersebut!
Ya, cara terbaik untuk anda mempromosikan sesuatu produk secara konvensional mahupun online, anda perlu mencuba terlebih dahulu produk tersebut. Saya tertarik dengan konsep pemasaran yang diketengahkan oleh Dr. Rozmey untuk produk Jus Diet Mate 5. Beliau menekankan konsep cuba dulu baru lakukan promosi kepada kawan-kawan kerana beliau faham konsep ini. Hanya orang yang faham dan percaya terhadap sesuatu produk dapat menjadi jurujual yang baik!
Jadi, kalau anda nak mempromosikan sesuatu produk digital sama ada pasaran tempatan ataupun luar, anda dinasihatkan mencuba terlebih dahulu produk tersebut.
2) Baca surat jualan bagi produk tersebut.
Kalaulah anda tiada duit untuk membeli produk tersebut yang mungkin terlalu mahal bagi anda, maka anda boleh gunakan teknik dengan membaca surat jualan produk tersebut sahaja. Pastikan anda membaca surat jualan tersebut dengan teliti dan sampai habis agar anda faham apa yang cuba diketengahkan oleh penjual. Kebiasaanya, dengan membaca surat jualan sahaja anda sudah boleh mengetahui serba sedikit mengenai sesuatu produk tersebut.
Dengan mempraktikan dua cara praktikal di atas sebelum anda mempromosikan sesuatu produk, saya percaya anda akan dapat melahirkan kepercayaan dan kefahaman terhadap produk tersebut di dalam diri anda.
Sedikit case study saya mempromosikan produk Rahsia ClickBank, saya telah membaca dan melihat keseluruhan produk tersebut. Saya telah kaji apakah kekurangan dan kelebihan produk tersebut dari sudut pandangan saya sendiri. Segala kelemahan yang ada pada produk tersebut, saya telah sediakan satu bonus khas buat para pembeli iaitu Pakej Newbie ClickBank bagi memantapkan lagi produk yang ingin saya promosikan.
Hasilnya, saya dapat mempromosikan produk tersebut dengan penuh yakin dan dapat menjawab segala persoalan yang diajukan oleh prospek. Ini tidak, apabila prospek tanya soalan, kita dah mula gelabah dan tidak boleh menjawabnya dengan baik. Secara tidak langsung, ini akan menjejaskan jualan anda. Saya percaya bahawa mereka yang telah melakukan pemasaran affiliate selama berbulan-bulan tetapi masih tidak mendapat jualan adalah mereka yang tidak faham dan menjiwai produk.
Cuba praktikan apa yang saya kongsikan pada hari ini dan nanti lihatlah perubahannya. Barulah anda boleh menjual pasir kepada orang Arab dan pada masa yang sama menjual peti sejuk kepada orang Eskimo!
Wassalam.
p.s: Saudara Jamal baru sahaja melancarkan pakej asas untuk anda menjana pendapatan dengan pemasaran affiliate. Boleh dapatkannya di sini.

Akhirnya Adly bersuara kembali di MajalahIM.
Yeah, dah lama bersuara. :p
ooo…mcm tu..OK2..saya faham..
hmm tapi saya rasa bagi newbie yg takde bajet dan dilaburkan
mungkin step 2 boleh diikut…
bagi saya ini posting ni yg amat2 jujur dari adly..
t kasih
mmg best buat affliate ni…..x yah nk buat produk sendiri…just marketing jer…
teknik2 dan strategi yg team flare biz utarakan ni mmg berkesan jike di praktikkan…
Regards,
MUZRI
sms/call me@ 0126656874
Semua bidang dlm PERNIAGAAN internet boleh berjaya.. Yang penting fokus..
Informasi mengenai pemasarang affiliate yang jelas.
Informasi yang mantap tuan Adly. Terima kasih banyak. Akan disemat di hati dan dijiwai.
saya suka la pic budak ni..comel jerk..
tapi perasaan tak bibir bawah budak ni amat tebal.(xde keje asyik tgk muka budak ni jerk):P
Adly,boleh tak saya nak cadangakn saudara buat posting pasal pengumpulan mailing list?sebab ramai yg juga ckp squezee page byk visitors cuma yg download nya kurang..
uhuk2..
Betul2 Avatar…
Sya pun nk tumpang skaki. Sya dh bgi hadiah skali tpi mereka msih x nak gak
daftar dlm list sya. Pasal ya? mungkin mreka nk banyakkkk lgi hadiah kot
Mungkin hadiah tu perlu selari dengan apa yang bakal prospek inginkan. Ataupun rujuk balik penggunaan grafik produk tersebut atau ayat yang digunakan. Kadang-kadang kita terlepas pandang hal2 yang remeh, tetapi hal2 remeh inilah yang membawa impak yang besar…
Setuju. kita kena paham betul2 apa yg cube kita jual..
lepas tu xde masalah lagi nk wt review ke, iklan ke, promosi etc.
tertarik ngan ayat bro :
“Barulah anda boleh menjual pasir kepada orang Arab dan pada masa yang sama menjual peti sejuk kepada orang Eskimo! ”
memang top super duper IM r kalu bleh wt cmni..
chaiyOk!!
rezeki masing2. usaha pasti berjaya
Saya pun banyak juga join affiliate program. Tapi, tiada suatu pun yang berjaya mendatangkan wang. Kenapa? Bagaimana? Tolong berikan tip-tip yang perlu dipelajari dan diamalkan.
Patutlah hebat….pemberian bonus gempak habis…..susah kalau orang baru nak bersaing. Apa pun, saya belajar sesuatu….kena bagi bonus yg gempak habis kalau nak jual produk affiliate.
tp kalau nak bat marketing kene ade blog yg byk traffic ka? kalau yg baru nak start membloging mcm saye? mcne nak markat barang kalau xde org masok blog saye?
rahsia BIZ pun boleh dapat pendapatan 5 angka sebulan….
nak try….?klik link bawah….
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz
yup rasta..kalau nak ramai pelanggan mesti kena cari trafic yang banyk ke blog kita., banyk gak cara nak tarik bnyk trafic ni..antaranya melalui signature kat forum. kat facebook, dan macam2 lagi
semuanya x mustahil… bila ada kemahuan di situ ada jalan…
program affiliate dan reseller mempunyai sedikit perbezaan…kadang2 org tidak memahami yg mana satu affiliate dan yg mana satu reseller…