Permainan CashFlow 101 Sangat Menarik!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya telah bermain permainan CashFlow 101 bersama Kak Waida, Kak Becky & Kak Farah di pejabat kami. Zhafran tak dapat join permainan ini sebab sibuk dengan NiagaKit v2 manakala saya mengambil peluang ini untuk mencuri tulang ha ha ha!
Semalam merupakan kali pertama saya bermainan permainan yang mendidik minda ini setelah menyimpan hasrat untuk bermain permainan ini sejak sekian lama.
Dulu teringin nak menyertai permainan ini yang dianjurkan oleh saudara Pakdi tetapi sering kali terhalang disebabkan kesibukkan kerja. Permainan ini lebih seronok lebih daripada apa yang digambarkan kerana ia mencerminkan kehidupan seharian kita. Kebanyakkan kita akan terperangkap dengan “Rat Race” dan permainan ini sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk melepaskan diri daripada “Rat Race” tersebut. Walaupun ia hanyalah sekadar permainan tetapi saya cukup percaya bahawa teknik yang sama kita boleh aplikasikan di dalam kehidupa seharian.

Namun sudah tentu lebih susah untuk merealisasikannya di dunia nyata kerana terlalu banyak ganguan seperti terlalu menjaga persepsi orang terhadap kita dan kita sanggup untuk menganggung hutang yang banyak semata-mata ingin kelihatan cool di mata orang ramai. Di dalam permainan ini saya adalah seorang setiausaha yang bergaji kecil iaitu sekitar $2,500 sebulan tetapi saya hanya dapat monthly cash flow hanya $900 lebih! Ini kerana terpaksa menyelesaikan total expenses yang agak tinggi.

Jadi target saya ialah ingin mengurangkan total expenses setiap bulan dan juga menambah seberapa banyak passive income. Sebenarnya apa yang diajar oleh Robert Kiyosaki ialah orang kaya membiarkan passive income yang menanggung segala expenses. Itulah target bermain dalam permainan ini iaitu dapat keluar daripada “Rat Race” dimana kalau nak keluar dari “Rat Race” kita perlu mempunyai passive income melebehi total expenses. Saya bermula baik dengan melupuskan hutang kad kredit, hutang kereta dan beberapa hutang lagi.

Kemudian setiausaha ini dapat keluar daripada “Rat Race” setelah berjaya menjual sebuah rumah dan memperolehi keuntungan $50,000 sebelum membeli sebuah lagi apartment yang memberikan cash flow positif sebanyak $2,700. Setelah berjaya keluar dari “Rat Race“, kak Becky dan kak Waida sudah mengaku kalah.
Ish…ish… baru nak tunjuk kehebatan bermain di luar “Rat Race”.

Pengajaran yang saya dapat setelah bermain daripada permainan ini buat pertama kali ialah kehidupan kita ibarat roda yang pasti kita tidak setiap masa berada di atas. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi segala kemungkinan sebagai ikhtiar kita sebagai manusia. Seterusnya, untuk menjadi kaya kita perlu mengejar untuk memiliki aset dan seterusnya memberikan kita cash flow yang positif berbanding orang biasa yang mengejar untuk membeli perkara yang bukan-bukan (liabiliti). Seseorang itu tidak akan digelar bebas kewangan selagi tidak mempunyai pasif income melebihi total expenses walaupun mempunya wang beratus ribu.
Sekian.
p.s: Dua minggu lagi mungkin kami akan bermain permainan ini lagi, so ada sesiapa yang nak join?

Mungkin saya boleh cadangkan permainan ini dibawa ke universiti
mungkin para mahasiswa mengetahui bagaimana untuk menguruskan kewangan yang bijak
dan bukan hanya menaruh harapan tinggi kepada pinjaman PTPTN sahaja
p/s:kalau hanya taruh harapan kepada pinjaman sahaja,bankrup la Malaysia:)
Yeah, demo bila nok mari main sekali? He he he!
xse ajok kawe etek ko…hehe
kat mana nak beli game ni
best la
“Seseorang itu tidak akan digelar bebas kewangan selagi tidak mempunyai pasif income melebihi total expenses walaupun mempunya wang beratus ribu.
”
Uh..Pedih. Sangat menusuk kalbu Haha. Payback time lain kali
hahaha =))
the fallen revenge
ade option “Perniagaan Internet” x dalam board tu? :p
ha ha ha! Tak jumpa lak option tu..
Mana ada ngaku kalah? Kena balik r..jalan jem nanti..Ala kalau tak my market kad, tak dapat nye 50k tu..di ulangi : tak dapat punya ahahahaha..sah sakit hati ..keke
Haha. Lain kali masih ada~
Ok2 :p
Salam. Permainan yang sangat menarik, paling tak best kalau kena ‘downsize’..huhuhu. Lepas ni boleh try ‘202′ plak…hehehe…Just pendapat saya, tak semua cara mendapatkan pasif income didalam permainan cashflow boleh di implement kan di semua tempat. Contohnya untuk ‘Real estate/Hartanah’, mungkin ia sesuai untuk kawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Tapi kalau di negeri-negeri lain di malaysia, kenaikan harga hartanah memang la ada, tetapi permintaan/demand adalah kurang. So kita terpaksa, ‘pegang’ aset kita tu lebih lama untuk mendapatkan pembeli.
w’mslm, yeah 202 ni hanya ada dalam bentuk e-games jer kan? Betul tu pendapat bro.
huhu dah lama saya carik game ni..
boleh saya tahu Labanon beli kat maner?
Saya pun tak tau nak beli kat mana sebab board ni kak Farah yang bawa… kita orang tukang main jer.
Kak Farah beli dari US, direct dari owner dia (mewakili kak farah since dia jarang online
)
Rasanya boleh dibeli di e-bay, atau dibeli dari ejen di Singapura
Thank kak,
nanti saya ushar kat ebay mcm maner
Kalau tak silap saya, kedai buku Popular Book Store atay MPH Book Store pun ada jual. Biasanya board game ni terletak berhampiran buku Robert Kiyosaki. Cuba try tengok
beli kat saya..he3
Bestnya Kalau dapat join main….. cuma x pandai main…. ada sesiapa yang bole ajar….
hohoho..meluangkan masa bermain ‘indoor’ games..sape kata indoor game x bagus?=P
Wah, bestnya. Best kalau permainan ni leh kena kan orang, lebih lagi kenakan Adly cukup2. hehe.
Ayat popular Adly kepada saya masa game : Jangan kak, ingat masa depan
Ha ha ha!
Saiko jer haha
Cam best je permainan ni.. harap lain kali dapat join sekali main permainan tu hehe..
Boleh tak boss??
Boleh2.. kalau masa & keadaan sesuai… boleh jer join
passive income amat penting….mmg best korang dapat main
best gak kalo dapat join sekali…
permainan yang menarik… teringin nak main
Hehehe samalah..
Salam Labanon,
Main game nih mmg best, sampai tak hengat dunia..hoho…
Sampai skang tau lagi camner nak main lepas gi bengkel Pakdi.
Pasni leh gi opis Labanon la, mau tumpang main lagi, buleh arr..?
apa beza game ni ngan saidina? ade istilah lain sket dr saidina nmpknye
[...] masih berpusing-pusing dalam roda ‘rat race’ sehingga ke sudah (nasib badan…). Adly pula agak bernasib baik (ya! nasib baik sahaja tu…) berjaya keluar di saat-saat akhir [...]
Pernah main sekali waktu Pakdi anjurkan dalam 3 bulan lepas. Sekali main terus jatuh cinta! Dalam permainan tu saya menanggung hutang besar lepas membuat kesilapan salah dengan membeli perniagaan orang lain, a good lesson for me.
PS: Labanon untuk 2nd round nanti nak main ajak saya, saya nak join!
Ho ho ho! Ramai nak main ni… kena suruh Pakdi ataupun kak Farah open table lagi ni…
Itu lah..Kalau ramai..kita buat tag team
Amacam?
Takut ada orang yang tak faham pula..hehe. Maksudnya main dalam kumpulan? 1 team 2 orang mungkin?
wah boleh buat pengajuran besar-besaran ni… pertandingan CashFlow!
Boleh beli lagi 1 board simpan kat opis Adly ni.. ^_^ Ngeee tol tak Waida? Investment..Aset tu..Boleh menjana passive income setiap minggu
)
X pernah main.. Teringin gak
salam
dah lama tringin main cashflow tu tapi x berkesempatan lagi.dekat U sekrang baru habis tournament catur bestari..konsep rasanya lebih kurang jer.Kalau ramai nak main mungkin saya boleh anjurkan tetapi kat dalam U.sebab senang ada tempat dan mudah kerjasama dgn pihak U..
nak juga join. Tapi jauh maa..
Bagus jugak main permainan ni… tapi macam ner pun untuk mencapai kejayaan sebenar kita kenalah berfikir cara yang betul, kerana Anda Adalah Apa yang Anda Fikirkan…
Nanti ada masa kita main benda ni sama-sama erk
Assalam..
Teringin nak main.. dari mana nak dapat permainan tu? Sama tak dengan game yang KFC jual tu? Lupa plak apa nama game yang KFC jual.. ala macam bende ni jgk kot..
Assalamualaikum semua…wah ramai jga yg minat cashflow ni kan?
Ok, untuk sesiapa yg nak cashflow 101 ni, sya boleh tolong supply kan…
Harga hanya RM250/set…New+Factory sealed!!!…Boleh COD/shippping…
Kalau berminat boleh sms/call 013-3558183…
Terima kasih.
mmg best cf101 nih.. xrugi main berjam2.. byk ilmu boleh dipelajari
macam best je permainan ni……….nk try jugak………..
bleh didapati kat mane permainan tu…?
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz