Mudahkan Penggunaan Social Bookmarking Site

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Amacam dengan tutorial yang lepas? Ada yang dah boleh buat form di blog sendiri? Kalau ada sudi-sudikanlah kongsi disini ya :D

Saya rasa anda semua sudah tahu kepentingan social bookmarking seperti digg, Yahoo! buzz, technorati dan pelbagai macam lagi. Bagi yang tak tahu, social bookmarking sites ini penting untuk “expose” kan blog/laman web kita dan juga untuk membina backlink yang kuat dengan cepat.

Oleh kerana populariti social bookmarking sites yang semakin meningkat dari hari ke hari,orang Malaysia pun dah develop social bookmarking mereka sendiri seperti Negaraku.net, MalaysiaStory.com & Vote.my

Secara ringkasnya, kita hanya perlu membuka akaun di social bookmarking site ini dan submit setiap post yang kita buat di blog ke social bookmarking site tersebut. Jadi, satu dunia dapat lihat post kita tersebut. Senang je kan?

Siapa kata senang?

Okey, masalahnya, kerja-kerja yang timbul untuk submit setiap blog post yang dibuat ke social bookmarking sites ini sangat melecehkan, meletihkan dan memalaskan. Ya, saya pun angkat bendera putih kalau disuruh submit secara manual ke setiap social bookmarking sites yang terlampau banyak ini.

Jadi, apa penyelesaianya? Nak pakai servis berbayar ataupun software yang mahal-mahal?

Heh! Saya lagi suka free!

Jadi, bagi mereka yang suka free, check this out guys :

shareaholic-logo

Shareaholic adalah satu plug in browser Mozilla Firefox dan 100% free. Jadi jangan takut untuk gunakannya kerana ia tidak akan memaksa anda untuk mengeluarkan satu sen pun duit anda.

Ia memang sangat mudah untuk digunakan. Hanya klik button untuk setiap social bookmarking yang anda ingin gunakan, dan anda akan di”redirectkan” ke site tersebut. Shareaholic juga akan mengisi butir-butir page yang anda ingin submit secara automatik (wow!) dan anda hanya perlu masukkan kod captcha sahaja dan klik submit.

skskw

Selain social bookmarking sites, terdapat pelbagai jenis servis lagi yang disokong oleh Shareaholic seperti blogging/publishing (contohnya wordpress), emailing links (contohnya gmail), link shortening (contohnya tinyurl) dan banyak lagi! (sekali lagi wow!)

akaka

Oh ya, add-on ini adalah semi-automatik di mana ia hanyalah memudahkan kerja anda namun tidaklah memudahkan secara 100% automatik. Terdapat banyak perisian yang mungkin akan memudahkan anda secara 100% automatik namun perlu diingat, jika 100% automatik, bermakna tiada kawalan di pihak anda dan bila tiada itu berlaku, Google mungkin anda mengganggap anda sebagai spammers. Jadi jangan amalkan menggunakan perisian yang 100% automatik.

Perisian semi-automatik adalah lebih selamat dan ideal. Memudahkan kerja tapi anda masih mempunyai kawalan.

Sehingga berjumpa lagi dan selamat mencuba Shareaholic! ;)

{ 18 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Zhafran

Assalamualaikum & Hai! Saya bukan peminat Micheal Jackson! Tapi saya meminati anda kerana anda telah membaca artikel saya sampai habis. Terima kasih! Insyaallah saya akan cuba menambahkan lagi minat anda terhadap artikel saya dengan artikel-artikel yang lebih power lagi. Tapi kadang-kadang, saya tak tahu la nak tulis ape. Jadi tolong kasi idea kat saya ye ;)

18 Responses to “Mudahkan Penggunaan Social Bookmarking Site”

  1. HasbulJunior 说:

    wah
    senang je keje aku nk submit link
    xyah susah copy paste n submit link
    info yg bagus kepada saya sekarang
    nice post
    hoho

  2. Fatin Pauzi 说:

    Orait gak nde ni. Tak pernah tau pn sal shareholic. huhu. Thanks, Zhaf.

  3. Jmay 说:

    Info yang sangat berguna..baru nak try kat blog sendiri..hihi

  4. aktechpage.com 说:

    Hmmmmm TQ zhafran for the info…
    Dapat 1 ilmu baru hari ini…
    Baca senang je, nak praktikkan yg susah tu… bz sokmo…heheheh

    ps : Wahhhh… Majalah IM berwajah baru….keep blogging bro…

    • Zhafran 说:

      amacam wajah baru? kami guna konsep baru ni sebab ia lebih “minimal” dan clean.

      lebih mudah dibaca dan lebih sempoi untuk dilihat :D

  5. affuan 说:

    Thanks. Walaupun ringkas, ilmu yang disampaikan tu penting. Aku pun pakai plugin ni – x payah susah2 submit secara manual. Menyakitkan hati. :p

  6. ejam 说:

    bagus info nie, akan digunakan nanti…

  7. abrablog 说:

    boleh juga dicuba nih..

  8. Aqif 说:

    baru tau pasal shareholics ni
    thanks bro
    :)

  9. as 说:

    fuhh!!!!! susah sekian lame baru skg saya tahu.

    thanks a lot Zhafran you are so genius!

    pas ni dah tak yah susah nak masuk banyak2 web kan nak hantar link posting.

    thanks again..ti ade tips lain kongsi2 la..hehe..

    ps/:Zhafran boleh tak tolng cari mcm mana nak hantar artikel ke lebih sati artikel directory dalam satu masa??

  10. awal 说:

    sy baru dload jp td.. tp xbley buka pulak file tu.. camne ye help me..

  11. leee 说:

    ah-ah same la kiterrrr :(

  12. kedai-lelaki 说:

    terima kasih…puas saya download trial version utk software macam ini. bagi saya ini adalah yang terbaik. terima kasih sekali lagi.

  13. sah90 说:

    Masih blur..
    ha3..
    kena belajar lagilah.:)

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)