Membina Borang Untuk Wordpress – Bahagian 1
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis tutorial pertama untuk blog MajalahIM yang berwajah baru ini. Dalam tutorial pertama ini, saya akan mengajar bagaimana untuk membina borang untuk blog wordpress anda secara langkah demi langkah.
Jika anda sudah bertahun-tahun bermain dengan wordpress, mungkin anda sudah tidak perlu membaca tutorial ini tetapi jika anda baru bermula, saya percaya tutorial ini sangat membantu
Anda boleh membina apa-apa borang yang anda suka dengan cara yang saya akan kongsikan ini. Borang hubungi, borang tempahan, borang kahwin survey dan pelbagai lagi
Baiklah, jangan buang masa. Mari kita mulakan. Untuk menjayakan misi kita untuk membina borang, kita perlukan satu plug in yang bernama cforms II. Klik disini untuk ke laman rasmi plug in cforms II ini.
Seterusnya, klik pada button seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah untuk memuat turun plug in ini (Klik pada gambarajah untuk besarkannya)
Setelah selesai prosess download, extract folder zip tersebut dan upload ke dalam hosting anda
Seterusnya, masuk ke ruangan wp-admin anda dan klik pada button Plugins pada sidebar di sebelah kiri.
Klik pada “Activate” untuk mengaktifkan plug in cforms II.
Sebaik sahaja anda mengaktifkan plug in tersebut, satu widget khas untuk cforms II akan muncul pada sidebar di ruangan wp-admin anda. Langkah seterusnya ialah klik pada button cforms II
Dan anda akan dapat lihat antara muka cformsII seperti berikut
Baiklah, sekarang sudah tiba masanya untuk membina borang. Ayuh mulakan!
Untuk membina borang baru, klik pada button “Add new form” pada bahagian atas sebelah kanan.
Sila rujuk pada gambarajah di bawah sebagai panduan untuk membina borang anda
Yeahhh..ini adalah satu contoh borang yang siap di”setting” dengan menggunakan panduan diatas
Baiklah, sekarang anda sudah selesai membina borang anda (jangan lupa klik pada button “Update Settings”). Langkah seterusnya, anda perlu tetapkan emel untuk menerima butir-butir borang yang dihantar oleh pelawat anda.
Klik pada “Core Form Admin / Email Options”
Masukkan email anda dan juga subjek emel yang akan diterima
Oh ya..sekali lagi jangan lupa klik pada button “Update Settings”
Yesss…akhirnya semua setting sudah siap! Sekarang tiba masa untuk kita masukkan borang yang kita bina ke dalam page wordpress
Pada widget “Pages”, klik pada “Add New” untuk membina page baru
Klik pada ikon cformsII untuk memasukkan form
Pilih borang anda. Dalam contoh ini, saya namakan borang saya sebagai “Tempahan”
Klik “Insert”
Jika anda dapat melihat seperti gambarajah di bawah, maknanya anda telahpun berjaya memasukkan borang ke dalam page wordpress anda.
Seterusnya, “Publish” page yang anda bina tadi.
Ok comel je tak cukup..jom kita test borang ini. Isikan maklumat dan tekan submit
Yezzaaaaa…
Sekarang anda telah siap membina satu borang yang berfungsi dengan perfect. Selamat mencuba
Oh ya, memandangkan ini adalah tutorial pertama saya, maka saya perlukan sedikit komen dari anda tentang cara membuat tutorial. Komen jangan tak komen ye



















En Zhaf,
)
plugin itu boleh add direct dari wordpress je kan? (kalau guna wordpress dan ke atas la
(kalau guna wordpress dan ke atas la
)
ahaha..terlalu multitasking sampai tertinggal
wordpress 2.7 dan ke atas hihi
yup..tapi ramai lagi yang tak tahu kot..so ape kate cik waida tulis tutorial pasal cara nak add plug in direct dari wordpress
)
takpe..lebih baik tuan punya post yang tulis..baru lah ramai yang bercambah minat nak baca artikel-artikel kat sini
ps: itu dah beri idea post lain kali tu..
Bro Zhafran,
first of all, thanks for sharing..
Btw, plugin cforms ni mmg bagus n interface die mmg cantik
Tapi kadang2 die amik masa yang lama untuk send info dalam borang tu.
and it happens often..
ada penyelesaian x?
ke sebab berat sangat borang tu (banyak form)?
yeke? saya memang pengguna tegar cforms ni..stakat ni mmg takde masalah lagi..puas hati dengan kepoweran cforms
anyway, bro pakai versi latest ke?
owh..ye ke
bagus la..bleh saya tanye
hm..x kot
hehehe..
so better tukar ek?
Huhu. Ok tutorial ni. Tapi, Zhaf, kalau wordpress.com tak nak add plugin kan? Camne nak letak borang kat blog wordpress free tu ek?
*tak nak = tak leh
alamak..tak penah pulak pakai wordpress.com..kena try dulu la
Good Job.,
As usual teruskan tutorial2 yg lain. Tahniah pd. saudara …
bagus2…..
saya nak request tutorial nak buat series post kat wordpress guna plugin boleh tak??
terima kasih
ha..request mcm ni la yg sy nak..bagus2
tapi boleh tunjukkan 1 live sample x camne series post tu
cuba tengok plugin ni…
http://wordpress.org/extend/plugins/in-series/
plugin ni dah tak leh guner untuk wordpress 2.8 dah
erm tutorial ni la yg saya tercari-cari selama ini..trimas Zhafran
hoh.. boleh buat borang tempahan.. ye ye ye.. thanks zafran
tak pernah pula nak buat borang tempahan melalui cform.
thanks zhafran
Thanks banyak2 la bro.dah lama dok cari bender gini…takdek saper nak ajar..semoga dirahmati dan diberkati…tq.
betol2…..sokongh pe yang mamat ni cakap.. 100%
kenape bila tekan submit, form ni macam tak send keluar aje. Asyik One moment please…Punya le lama. Dah test tak masuk ke mail box pun.
laa……baru bace posting nih…fuh mekasih banyak100x zaf coz kongsi..saya pening gile kepale nak tahu cara guna borang..oo so pe2 borang le letak ek..mantap2…
kalua nak bina borang guna blogspot camne pulak.bolehke…?nak submit ke email .ada apa2 candangan.harap dapat membantu
Aku dah lama cari benda ni. Aku pun xtau camne bleh masuk kt sini. Nak try amik order kot internet… Terima Kasih Byk2 bro Zhfran.. Selamat menjalani ibadah puasa bagi kaum muslimin…
salam…. thanks zhaf… akhirnya ku temui juga cara2 nak add form kat wpress.. walaupun tak berapa detail kat bahagian upload tu nak upload kat mana… kat wp-content ker? tima kasih, selamat bepuasa..
best bende ni aku carik
persembahan yg menarik.. hurm boleh tahan..
ERM..USEFUL BRO..TQ2..
Salam bro Zhaf,
best la toturial ni…
macam gempak tapi sempaoi huhuhuhuu
Tapai adakah plugin borang tempahan ni boleh
di gunkan lagi untuk WP V2.8,2.9 dan ke atas….?
tq zafran,semangat camni la yg kita nak~ bantu membantu sesama lain,umpama bersedekah dan kita akan mendoakan..visit me!
akum,
camne nak masukkan form dalam page kat wordpress tu ek?… klu takde ikon cformsII kat edit page tu… saya guna wordpress 2.8.4.. help please…
bro, leh tak terangkan dengan lebih detail kat stage ke 2 (part nak upload folder cform setelah diextract). kami budak baru belajar..huhuhuh…
Teruskan lagi dengan tutorial-tutorial yang lain yang dapat memberikan manfaat kepada semua, janji percuma . Newbie memang perlu info begini.