Lupakan Perniagaan Internet Jika Anda…
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul. Saya tidak nafikan bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.
Saya sendiri juga bercita-cita untuk mendapat pendapatan jutaan ringgit di Internet dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk mencapai target tersebut. Mungkin setahun atau dua tahun lagi saya akan mencapai peringkat tersebut kerana saya percaya bahawa sudah ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet.
94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama
Namun, anda perlu ingat dengan fakta ini iaitu 94% perniagaan Internet gagal pada tahun pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit yang patut kita terima. Saya masih ingat ketika dua tahun lepas begitu ramai kawan saya yang sama-sama belajar tentang selok belok perniagaan Internet dan sehingga kini hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang mampu untuk survive dalam perniagaan Internet. Ada yang sudah terus tertutup hati mereka dengan perniagaan Internet, ada yang masih mencari-cari rentak dan sebagainya.
Oleh itu, saya ingin memberi beberapa perkara penting yang perlu anda ambil iktibar jika anda ingin memulakan perniagaan Internet. Jika anda mempunyai beberapa ciri yang saya akan nyatakan sebentar lagi, silalah ubah dengan segera atau anda boleh lupakan terus tentang perniagaan Internet. Ini kerana perniagaan Internet tidak sesuai untuk anda.
5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet
1. Anda malas untuk membaca.
Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “Ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A“, “Rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal” dan sebagainya.
Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.
Saya percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.
2. Malas untuk membuat kajian.
Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?
Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.
Saya tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal, itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri. Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.
3. Malas untuk mencari jawapan.
Anda pasti sudah lali dengan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.
Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari jawapan terhadap sesuatu permasalahan.
Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.
4. Takut untuk melabur.
Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka.
Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah:
- Membeli domain + hosting – Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.
- Mengupah orang untuk update blog – Ini juga pelaburan yang perlu agar blog anda sentiasa ada informasi terkini kepada para pelawat.
- Membeli Majalah hiburan – Ini sudah tentu untuk mendapatkan berita sensasi terkini untuk dimuatkan di dalam blog anda.
- Menyertai kelab ahli – Anda juga perlu membayar untuk menyertai mana-mana membership yang menyediakan gambar-gambar dan berita-berita panas tentang dunia hiburan.
dan banyak lagi. Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menajana pendapatan di Internet.
5. Takut untuk mencuba.
Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?
Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Saya merayu kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan jangalah memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati.
Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda pasti gagal!
Perkongsian Yang Pahit Tetapi Itulah Hakikatnya
Itulah beberapa sebab yang akan membuatkan anda gagal dalam perniagaan Internet. Saya menulis post ataupun artikel ini agar akan ada orang yang akan sedar dan berubah. Jika seorang dua yang berubah pun sudah cukup bagus namun jauh disudut hati saya untuk melihat anda semua berjaya. Jika masih terdapat beberapa sebab lain lagi yang anda ingin kongsikan maka anda boleh tinggalkan diruangan komen.
Sekian dan sehingga berjumpa lagi!

101Rahsia Google Adsense dah beli, la ni tengah dok baca je, lepas tu try, try and try. sebab bukan pakar – belajar dari vedio je.
masih lagi membaca buku-buku yang dibeli, acik ni orang lama lambat pickup.
Impian nak jadi usahawan memang terbuku dikalbu. Ayat seribu dinar dah nak seribukali baca. Tunggu signal dari atas. Ok, salam buat semua.
Salam Labnon,
Dalam bisness di alam nyata petuanya ada TIGA /3S aja:
1.SASARAN biar betul,tepat dan detail.
2.STRATIGI biar tau tujuan,lakaran,kekuatan,kelemahan
dan cara mencapai sasaran/kejayaan.
3.SIKAP kita yang positif,kerja keras,cari ilmu ,bentuk
ketakwaan,tolak ansur , keikhlasan dan jangan putus asa
anda pasti berjaya.
Kalau di internet pun sama aja kan Labnon?
Terima Kasih.
http://www.jblesen2u.com/lesen memandu di jb.
Kalau dah malas tue susah la… buat apa pon takkan jadi nyer… hangat-hangat taik ayam tak boleh la dalam dunia internet nih…
dah takde rezeki kut, huhu
ada pepatah mengatakan.
hehe, btol2, saya sambung; “waman zara’a hasoda”
nie kata pepatah / kata2 hikmah arab…
maksudnye, sape yang menanam, dier akan mendapat hasilnya…
samela jugak dengan perniagaan internet, nak dapatkan hasil,
bukan sekadar ‘tanam’, tapi perlu jugak di’baja’ agar hasil yang kita perolehi
nanti adalah yang terbaik…
Assalammualaikum dan salam ceria…
Bagi firadila biar kita tak pandai asalkan rajin berusaha…Setiap perkara yang diusahakan mesti ada kejayaan.Cuma kesabaran yang penting…Yang paling penting kenalah senyum selalu…….
Senyum dan ceria selalu…
ni saya nak sharing sikit dengan kekawan semua, ada sesiapa yang nak buat bisnes online boleh lah klik di http://www.alphalipidbiz.com/rosli di mana kita menjana pendapatan disamping menjaga kesihatan diri.
Kalau malas dan takut…jangan bercerita tentang kejayaan dalam hidup.
WanZ
Kalau malas dan takut…jangan bercerita tentang kejayaan dalam hidup.Kena ada usaha yang berterusan dan konsisten
WanZ
KEGAGALAN sebenar adalah KEGAGALAN UNTUK MENCUBA…
Salam, satelah saya baca segala komen2 dari rakan dan taulan semuanya betul kalau diikutkan rasanya tak nak join lagi bis ni lagi.Dah macam2 saya join sehingga setakat ini belum lagi dapat pulangan modal hanya separuh jalan. Apa taknye ada yang kata nak tolong sebelum daftar dan bayar, bila dah join sunyi sepi. Namun begitu saya tetap tidak putus asa cuba dan mencuba mungkin rezeki belum dapat, ALLAH sedang menguji sejauh mana Kesabaran kita bak kata KEGAGALAN adalah bukannya berputus asa kita hendaklah usha dan berusha.
Saya penggiat MLM yg aktif.dulu sy tak minat sgt nk meniaga kat internet..tapi lepas baca ebook ni minda sy terhadap dunia internet telah berubah..kini sy sedang mendaki puncak untuk begelar usahawan internet yg berjaya..INsyaAllah…
Anda boleh donload ebook secara percuma kat sini http://mybook.7greatlies.com
[...] Source: http://www.majalahim.com/zh/lupakan-perniagaan-internet-jika-anda/ [...]
Saya melihat ramai IM yang berjaya bermula dengan kegagalan. Namun ada sesuatu yang membuatkan mereka berjaya hari ini…iaitu KESABARAN, KETEKUNAN SERTA SIKAP UNTUK SENTIASA MENCARI ILMU.
Sedikit yang berjaya dan masih ramai lagi yang gagal. Memang macam tu….. mana boleh senang-senang sahaja mau jadi kaya raya. Yang pemalas dan tak sabar tu biarkan ja……hehehe.
to make money you need money……….nk berjaya jalan pintas kena beli ebook berkualiti banyak2,baca,buat kajian,hayati dan aplikasi…..keep learning and keep improving no matter what happen……..tapi nk ebook berkualiti mesti kena ada duit jgk….xdenyer ebook berkualiti yg di bagi free…
Hitam sangat ke malas tu, orang dulu malas nak berjalan, dia cipta kenderaan, einstein malas nak bergelap dia cipta mentol meskipun berusaha 1000 kali dan kalau malas nak gagal, kena berusaha dengan kreatif.
Dalam dunia perniagaan, untuk jadi ulung kena cari dan jadi yang ada kelainan, cuba anda renung2 kejayaan orang lain.
Tiada Istilah gagal bagi orang yang minat. cuba lihat kaki pancing, dapat atau tidak,soal kedua Kan!!!!!
Tiada Istilah gagal dalam islam kerana kita diperingatkan 5 kali sehari untuk berjaya. Berjaya macam mana ye?
Dahlah tulis panjang2 nanti Mod marah kot?
heheheheeee..
Lutsinar
salam
byk perkara yg membuatkan jika kurang berjaya dalam internet biz. saya setuju dgn no. 1, pembacaan. dari sini anda akan mengetahui perkara2 baru dalam dunia online.
selain itu, anda perlu bersedia untuk gagal, & sentiasa memikirkan anda sentiasa ‘out of business’…ini akan memotivasikan diri anda untuk tidak “gagal”.
ingat : kejayaan tidak datang bergolek, kegagalan yg selalu datang bergolek!
terima kasih!
amendvinfo
Kalau nak berjaya dalam hidup..maka kita kenalah belajar dari semut. Walaupun tiada sesiapa yang menyuruh mereka untuk membuat kerja, mereka tetap membuat kerja.
Bagi orang yang mempunyai attitude memberi alasan..suka melipat tangan sebentar lagi(tengok-tengok dulu…tidur sebentar lagi)…maka tanpa dia sedari maka datang kemiskinan datang menyerbu kepadanya.:-)
Orang yang ‘malas’ tapi ada tindakan itu lebih baik dari orang malas yang bercakap banyak tapi tiada tindakan.
minda harus terbuka… org kampung tempat aku.. takut nak belajar internet..sbb katanya lebih banyak yg x ok dari yg ok… abih camna…pengguna
kt malaysia ni pun hanya tahu klik je..
Salam ,
Perniagaan Melalui internet tidak akan berjaya jika tidak ada pengetahuan yang banyak apatah lagi “malas” nak mencari ilmu perniagaan tersebut. Pada awalnya mmg susah nak berjaya, tetapi jika kita sabar dan tekad insyaallah akan berjaya juga. Cubalah buka blog yang berbentuk perniagaan online…saya sedang mencuba dan saya telah berjaya memulakan perniagaan secara online secaa kecil2an dan masih belajar serta menambah baikkan blog saya….sila lihat cth laman web yg saya cuba bangunkan sendiri….TRY and ERROR…GOOD LUCK semua
http://farahilyafabriccollection.blogspot.com/
bosann.. semua cerita jutawan… sembang pong pang sana sini… ahahah
salam
saya berkongsi sedikit,
http://mybiz-talk.blogspot.com/2009/02/home-based-business-teknik-bagaimana.html
baca & hayati finding saya
tq!
amendvinfo
Hi…..! selamat buat semua usahawan internet, ” Anda tidak gagal bila anda lakukan kesalahan,Anda Gagal jika anda telah menyerah !!!!.JANGAN PERNAH MENYERAH..
penambah motivasi yg x seberapa ni..
i was born to win
http://www.youtube.com/watch?v=MslbhDZoniY
salam……aku sokong komen2 anda.tapi ingat bkn semua born to win……dan kpd semua yg dah berjaya diluar sana kalau blh tlg2lah member baru ni…..thanks
Saya sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan, kerana orang baru seperti saya terasa amat susah rasanya untuk mencebur diri dalam perniagaan internet ini dan apabila saya mengikuti saranan,tip tip yang diberikan, saya rasa lebih dapat tumpuan.Betul kata saudara untuk mendapat ilmu kita perlu membaca,membacalah kunci utama menambah ilmu,jika kita malas membaca kita tidak boleh menambah ilmu.
Terima kasih diatas tunjuk ajar.
aiks
ada jugak yg bincang pasal ni ke…
kita kena tau tujuan hidup kite…
itu aje…
duit bukan segala2nya…
hm, betul ke duit bukan segala2nya?
hakikatnya kini, segala2nya perlukan duit,
hatta, nak sedekah kat tabung masjid pun,
kene gune duit, xkan nak sedekah dengan
senyuman jer kat tabung masjid kot? hehe…
sebenarnya…bisnes online ni sama je dgn bisnes offline. sesape yg nak menceburi bidang ni, mestilah ada jiwa usahawan. bisnes ni mmg berbeza dgn mkn gaji. apa yg kita usahakan, itulah hasil yg akan kita perolehi. bkn duduk diam dpt duit. sekali jatuh, terus putus asa.tak blh la mcm tu. betul tak?
berniaga di internet ni sama je ngan berniaga secara offline,6bulan pertama adalah masa belajar dan terima kerugian,6 bulan kedua br la pikir berapa dah untung..setujus…
terima kasih kepada yang berkongsi ilmu, memberi pendapat, saya tumpang manafaatnya. kita sebagai hamba Allah tidak boleh ada sikap berputus asa. setelah usaha tawakal kepada Allah. kerana rezeki daripada-Nya
Salam, hangatnye….. nak tambah satu je lah…. tak tahulah ayat saya ni ‘melawan arus’ ke tidak.
Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya.” Abdullah bin Mas’ud r.a selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam.” (Hadith riwayat Baihaqi).
Menjaga solat di awal waktu juga salah satu amalan yang menyebabkan rezeki kita murah dan berkat. Rajin-rajinlah mencari ilmu untuk buat bisnes di internet dan praktikkan, tetapi dalam masa yang sama buatlah hubungan yang mantap dengan Pemberi rezeki (Allah SWT). (Beramal mula-mula mungkin nak dapat fadhilat, bila dah istiqomah keikhlasan beribadat akan datang dgn. sendiri)
Saya pun teringin nak buat bisnes, ni baru buat blog dot com sendiri sampai demam-demam. Tak apalah fokus dan buat satu-satu. Walaupun nak bisnes tapi janganlah terlalu menginginkan keuntungan yang segera dan ‘tamak’ (macam kata Labanon). Nanti kita yang frust. Ok, fokus dan cuba jenis bisnes satu persatu, bukan buat semua yang orang cakap, lepas tu…..blurrr….
Salam, btol2..naam,
assalamualaikum….
TIADA YNG MUSTAHIL…KALAU KITA BEANI MENCUBA…
kak seorang surirumah tangga..sambil2 buat biz internet kat rumah..tanpa perlu keluar ke pejabat dari 9-5 petang. ini kak lakukan sejak 5 tahun lalu..sajer, bantu tambah income suami yang kecil..
alhamulillah..anak kak bafu jer ke KOLEJ MATRIKULASI ARAU..rasa bangga dapat bantu suami ringankan beban kewangan bila diperlukan…
orang kita tk berani mencuba TAPI…kalu benda yang TAK PATUT tu, berani pulak???
kak usaha secara giat, memasarkan serunding, produk annusyrah, air zam2, alterntif kanserdan juga giat join peluang jana income yang bermodalkan xlebih dari rm100..ALHAMDULILLAH…menjadi..kak menerima tempahan sam[pai ke saat ini…paling jauh dari singapore dan jepun..
kalau ada yang nak tahu rahsia, kak boleh share. sila emel: raihanberkat@yahoo.com
subject: biz internet
semuanya dihujung jari anda….SMART BIZ…
SOLAT TERJAGA…
ANAK MEMBESAR DI DEPAN MATA…
KESELAMATAN PALING UTAMA..
UNTUNG DAPaT SEGERA…
SUAMI TABIK SPRINGGGG PUNYER!!!
apa jadi pada orang yang terakhir masuk…gulung tikar ke…tiada business yang mudah, kalau mudah ada yang tak kena.
SAPER YANG JOIN BIZ TERPILIH YANG KAK DAH TERBUKTI HASILNYA…AKAN DIBERIKAN SATU MOTIVASI PERCUMA YANG CUKUP MENYENTUH PERASAAN….
MODAL CIPUT JER…RM50.
LUMAYAN GILERR
http://www.ringgit50.com/?id=RM50berkatbiz
tak perlu nak penuhkan akaun orang lain…mulakn modal ciput ni utk penuhkan akaun kita sendiri…insyaAllah…TERBUKTI!!!
Terima kasih atas perkongsian ILMU.
Nak berjaya memang kena focus, ada ilmu, mentor dan sistem.
Semoga saya pun berjaya
Salam, artikel yang baik,berilmu komen juga menarik…….(mykrk)
Salam,
Betul tu Synergy,artikel ni semakin menarik dengan komen2nye…
Dan “Ilmu itu Kuasa”…Kuasanya terpancar bila diamalkan oleh pemiliknya!
Terima kasih kepada IM-IM yang ikhlas berkongsi ilmu. Insya’allah ada ganjaran pahala buat anda selain dari RM…
rahsia tetap rahsia. bacalah! carilah! anda mungkin jumpa sesuatu…seperti saya.
Maklumat dan info yg dinyatakan tu memang cukup bermakna. Ilmu yang baik takkan datang bergolek. Kena usaha cari dan gali untuk mendapat hasilnya…
http://www.tipskecantikan-wana.blogspot.com
Sy setuju dgn penulis yang mengatakan bahawa orang kita rata2 tidak suka membaca… Ilmu itu pelita hidup…
yes, btol tue,
“ILMU TANPA AMALAN ADALAH SIA-SIA2, BERAMAL TANPA ILMU PULA, SESAT”
renung2kan…
Salam, saya nak berkongsi sedikit ilmu yang pernah saya dapat;
Menurut salah seorang penceramah / pakar motivasi, dalam ceramahnye,
beliau memberikan satu FORMULA untuk mencari DUIT.. (xkiralah offline / online)
Formulanya begini: DUIT
D-Doa
U-Usaha
I-Istiqomah
T-Tawakkal
Huraiannya, setiap pekerjaan yang hendak kita lakukan, xkiralah, bisnes dan sebagainya,
mestilah dimulakan dengan Bismillah dan DOA, mohon kepada Allah, klau Allah xizinkan, xjadik, kemudian berUSAHA, termasuklah dengan membaca, membeli ebook dan sbagainya… Kemudian, ISTIQOMAH (Berterusan dalam melakukan sesuatu / consistent), apabila segalannya telah kita lakukan, akhir sekali, TAWAKKAL kepada Allah…wallahuaalam.
Salam,
Saya terpanggil mengenai tajuk ni sebenarnya, dulu saya memang kurang memandang cara-cara yang ditunjukkan oleh otai-otai, tapi bila difikirkan balik, saya gunakan kaedah seperti saudara Labanon kata tadi iaitu kena keluarkan modal jika ingin berjaya. Memang betul, setelah saya buat, alhamdulillah memang berbaloi-baloi biarpun pendapatan tidak mencecah puluhan ribu ke jutaan ringgit, tetapi sekurang-kurangnya kepuasan selepas keluarkan modal telah mendatangkan hasil.
Terima kasih dengan info yang diberi
saya berterima kasih kepada majalah im atas info 2 yg sangat berguna
saya akan terus mendalami ilmu dalam jaring maya ini sedalam yang
saya termampu ,terimakasih zafran labanon terima kasih semua ….