Kenapa Masih Gagal Menjual Ebook?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam saya baru sahaja lepas “personal coaching” seseorang yang berminat untuk menjual ebook di Internet. Untuk pengetahuan anda semua, industri ebook sememangnya mempunyai potensi tinggi untuk terus berkembang dan jika anda lihat penjual ebook yang target market global, mereka sudah kaya-raya.

Oh, bukan seperti yang anda fikirkan dimana kita akan kaya hanya dengan menjual ebook “Make Money Online” sahaja. Sebaliknya, diluar sana ramai lagi penjual ebook yang menjadi kaya dengan menjual ebook yang tidak berkaitan dengan “Make Money Online”. Contoh-contoh niche lain ialah perhubungan, kesihatan, haiwan peliharaan dan sebagainya.
Namun, di Malaysia masih belum sampai tahap itu kerana mentaliti masyarakat kita masih belum bersedia untuk mengeluarkan wang bagi membeli info produk. Saya percaya dan dapat memberi jaminan bahawa anda semua pasti tidak akan membeli ebook yang membongkarkan teknik untuk berhenti merokok. Sebaliknya, jika market luar mereka sanggup untuk mengeluarkan wang bagi info produk sebegini. Itulah sebagai seorang usahawan kita tidak boleh menunggu untuk masyarakat berubah tetapi perlu bijak mengambil peluang.
Oh ya, untuk pengetahuan anda setiap hari pasti ramai yang ingin mengeluarkan ebook tetapi 10% sahaja yang mengambil tindakan dan hanya 5% sahaja yang berjaya menyiapkannya. Sebaliknya hanya 1% sahaja yang dapat menjual ebook tersebut dalam jumlah yang memuaskan. Baiklah tanpa membuang masa saya akan senaraikan 5 sebab kenapa ramai yang gagal dalam menjual ebook.
5 Sebab Kenapa Anda Masih Gagal Dalam Perniagaan Ebook!
1) Sebab pertama ialah anda menulis sesuatu ebook yang tidak mempunyai permintaan yang tinggi. Tidak semestinya anda menulis ebook yang sangat tinggi permintaanya tetapi cukuplah sekadar mengenal pasti bahawa ada satu kelompok yang memerlukan ebook anda. Sebab itulah anda perlu lakukan research terhadap topik ebook yang anda ingin tulis.
2) Sebab kedua ialah target market anda tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi. Bagi saya inilah salah satu sebab yang sering terlepas pandang oleh sesetengah usahawan Internet. Ya, anda perlu menulis sesuatu ebook yang khas ditujukan kepada kelompok yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Contoh-contoh kelopok yang mempunyai kuasa beli yang tinggi ialah:
- Usahawan – Sudah tentu sebagai seorang usahawan, duit bukan lagi menjadi masalah bagi mereka.
- Photographer – Kelompok ini sanggup untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk kamera mereka dan sudah tentu tiada masalah untuk mereka membeli ebook anda.
- Peminat kereta – Oh, kelompok ini sanggup mengeluarkan duit yang sangat banyak untuk melihat kereta mereka cantik dan sudah tentu tidak keberatan untuk membeli ebook anda.
- Gamers – Ok saya khususkan kepada gamers luar negara yang sanggup membeli CD original yang mahal untuk bermain game kesukaan mereka. Kebiasaanya mereka ketagih untuk bermain game dan sanggup untuk mengeluarkan duit bagi mempermudahkan permainan game mereka.
dan banyak lagi untuk saya senaraikan di sini. Saya pasti anda sudah dapat gambaran apa yang saya jelaskan.
3) Sebab ketiga ialah reka bentuk laman web yang tidak menarik. Usahawan Internet Malaysia masih ramai lagi yang mengabaikan reka bentuk laman web meraka. Oh, ini bukanlah bermaksud web anda perlu mempunyai flash yang canggih-manggih tetapi cukuplah reka bentuk yang sedap mata memandang. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh hubungi pihak Majalah IM kerana kami menyediakan perkhidmatan design minisite.
4) Sebab keempat ialah sales letter anda tidak membunuh. Maksud sales letter membunuh ini bukanlah sales letter yang hype tetapi cukuplah sekadar meyakinkan. Tahukah anda bahawa sales letter yang jujur juga boleh menghasilkan jualan yang banyak. Ya, semuanya berkenaan teknik penulisan sales letter anda. Teknik itu sangat penting untuk membuatkan sales letter anda membunuh.
5) Sebab kelima ialah pemasaran anda kurang efektif. Saya sendiri bukanlah terbaik dalam melakukan pemasaran dan hanya sekadar mendapat puluhan ribu untuk setiap ebook yang hasilkan
Apa yang saya nampak, ramai usahawan Internet tempatan silap target market mereka. Bayangkan, menjual ebook berkenaan haiwan peliharaan pun pergi lakukan promosi kepada kelompok usahawan Internet. Ya, betul anda mampu untuk menghasilkan jualan tetapi dalam margin yang sedikit. Cuba anda promosi kepada forum-forum yang sememangnya berbincang mengenai haiwan peliharaan sudah tentu jumlah jualan anda akan bertambah berkali-kali ganda banyaknya.
5 Sebab Sahaja Yang Mampu Mengubah Prestasi Perniagaan Anda
Itulah sahaja 5 sebab kenapa masih ramai yang gagal dalam memasarkan info produk mereka di Internet. Terlalu banyak untuk saya senaraikan, namun cukuplah sekadar 5 agar anda semua tidak mengalami masalah overload information dan akhirnya tidak melakukan sebarang tindakan. Jika anda perbetulkan 5 perkara di atas, saya yakin anda mampu untuk menjadi penjual ebook yang berjaya.
Saya wakil daripada pihak Majalah IM sentiasa mendoakan anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi. Akhir kata semoga anda berjaya menjadi seorang penjual ebook!
sekian.

Pemasaran adalah perkara yang paling mencabar dalam dunia internet Malaysia. Mahu mencari pasar yang betul di mana pembeli yang betul berada benar-benar memerlukan kita menghadap search engine lama sedikit.
Selain itu, pemasaran percuma dan berbayar bergerak bersama-sama. Memang dalam melancarkan e-book pertama, banyak try and error sehinggalah kita mendapat sentuhan yang sebenar.
E-buku saya Tip Karier untuk Wanita Moden pada awalnya susah juga mahu bergerak. Tetapi sejak kegawatan dan maklumat 40000+ akan dibuang pekerjaan, isu mencari kerja timbul semula. Jualan E-buku Tip Karier untuk Wanita Moden pun bergerak juga.
Isu bertahan ini kita kena belajar daripada Tengku Rithaudeen, pengasas Skali Lagi. Beliau bertahan ketika bisnes gawat. Kita boleh belajar cara bertahan beliau ketika e-buku kita gawat pada peringkat awal dan pertengahan.
Nampaknya e-buku juga sama seperti industri buku di luar. Ada yang bersifat evergreen dan ada yang bersifat bermusim.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis Buku di Malaysia
http://www.zamrimohamad.com
Terlebih dahulu saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada rakan-rakan sekelian.
ebook adalah produk digital , yang boleh dikemaskini mengikut kemahuan
pengarang dan boleh dihantar terus kepada list pelanggannya . Terdapat pelbagai produk ebook mengikut kategorinya , ia tidak hanya tertumpu kepada produk ” menjana pendapatan melalui internet ” ia menerobos skop ilmuan yang lebih luas . Penulis yang mempunyai pengetahuan luas , khasnya pendidik , penyarah boleh terus berkarya di pentas penulisan pula . ebook yang dihasilkan boleh dijual dengan harga yang berpatutan sekitar RM25.00
Pembeli berhak memilih ebook yang berkualiti , yang mempunyai nilai-nilai ilmiah , pendidikan , falasafah , teknikal atau ruang lingkup menjana pendapatan , mempunyai nilai ” komersial ” . Terdapat juga ebook yang hanya bercerita , tetapi tidak mengajar dan memimpin kearah yang di fokuskan , kekadang menjadi rahsia di dalam rahsia sahaja , terdapat juga ebook
yang diciplak terus yang tidak mempunyai etika .
Apa yang saya nampak sekarang , perkembangan ebook di Malaysia sudah
berkembang dengan pesat . Cuma menjadi tanda tanya ” adakah ia mampu
terjual ” di pasaran internet di kedai maya …..?
sekian , selamat membaca
Bagi saya kebenaran di Malaysia ialah ramai yang tak suka membaca itu sebabnya ebook ggal untuk dijual.Seharusnya budaya membaca di pupuk dari zaman persekolahan.Berdasarkan pengalaman saya majoriti penduduk malaysia mahukan terus bimbingan secara personal face to face tak kira melalui ym,skype atau mirc atau gmail talk,mereka lebih suka dibimbing dari membaca dan majoritinya tak dapat aplikasikan ilmu di ebook atas sebab takut untuk mengeluarkan duit( berfikir boleh dapat modal balik tak). Lagi satu sikap penduduk malaysia yang suka ambil mudah sesuatu perkara tapi sebenarnya dalam dunia yang nyata tak ada langsung benda mudah nak capai sesuatu kena usaha
Pada pendapat saya menjual ebook adalah langkah pertama untuk berniaga melalui internet. Jika kita dapat menjual ebook dalam kuantiti yang memuaskan maka tidak mustahil untuk kita menjual produk-produk lain(fizikal) juga.
Sekarang ni kebanjiran ebook mencari duit di internet terlalu banyak. Dan kebanyakkannya menceritakan benda yang sama seperti ebook-ebook yang sebelumnya.
Saya ada mendapat komen dari seseorang, kenapa di Malaysia mereka tidak pelbagaikan sesuatu perkara,biar nampak Malaysia ni kreatif sikit dgn penghasilan ebook. Dia cadangkan kepada saya, buat le ebook teknik berinteraksi dengan kucing ke…lawak juga bila mendengarnya, tapi ok apa mencuba sesuatu kelainan.
Salam..hm,orang kita ni memang malas ckit nak membaca. Jika boleh dia orang lebih minat hiburan dari mencari ilmu.
Itulah hakikatnya.
Aku pun tak faham.
pada pendapat saya orang-orang yg melayari internet adalah untuk mencari maklumat, dan jika menemui sesuatu maklumat yg diingini tidak kira ebook atau laporan, mereka tidak teragak-agak untuk membelinya.. dengan kata lain, kita harus tahu apa maklumat yg dicari oleh sebahagian besar dari mereka.
Ya… kata kuncinya…
jual produk yang orang mahu, bukan yang kita mahu…
Rahsianya? Lakukankanlah survey dahulu sebelum membuat produk!
wah ulasan yang cukup menarik buat kita bincangkan. salam sukses buat semuanya
Bagi yg betul2 memerlukan info mmg tidak akan berfikir 2 kali utk membeli ,tambahan pula duit bukanlah halangan.Tetapi mmndangkan internet mmg dunia penuh maklumat(terutama free)itu yg agak ralat utk mengeluarkan belanja tambahan terutama di kalangan yg kekurangan duit.Anyway sebab2 diatas memang relevan dan bakal mnjadi panduan kpd penulis mahupun pembeli.keep a good job!