RM195 Untuk Seminar Jutawan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Internet Millionaires BootCamp

Di dalam dunia ini, orang yang berilmu akan sentiasa berada di atas. Malah bagi yang beragama Islam pun Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Saya sendiri pada ketika ini sentiasa membeli produk-produk di Internet berkaitan dengan apa yang ingin saya pelajari. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa hadir ke seminar, bengkel dan personal coaching semata-mata untuk menuntut ilmu.

Tahukah anda bahawa saya pernah membayar sehingga RM1000 hanya untuk belajar selama 15 minit. Namun, saya sangat berpuas hati dan bersyukur kerana nilai ilmu tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Mungkin ada yang seakan-akan tidak percaya bahawa saya masih menghadiri seminar-seminar asas tetapi itulah hakikat yang anda perlu tahu. ;)

Saya percaya manusia ini tidak sempurna dan begitu juga diri saya. Terlalu banyak kelemahan dan tidak semua perkara saya tahu. Dengan menghadiri seminar-seminar inilah saya dapat ilmu pengetahuan baru walaupun dalam jumlah yang kecil. Saya tetap bersyukur kerana ia menjadikan saya lebih baik daripada sebelum ini.

Gobala Krishnan

Baiklah, sifu saya iaitu saudara Gobala Krishnan akan menganjurkan Internet Millionaires BootCamp pada 12 September 2009 ini dengan harga serendah RM195/sebulan sahaja! Saya di fahamkan oleh kerana ekonomi dunia yang sangat perlahan pada ketika ini, beliau telah menambah option easypayment dan super duper easypayment untuk Internet Millionaires BootCamp tersebut.

Jadi, inilah peluang terbaik untuk anda mencuri segala pengalaman beliau secara live! Secara peribadi saudara Gobala Krishnan merupakan salah seorang idola saya di dalam perniagaan Internet. Beliau sentiasa menjana pendapatan secara konsisten 6 angka setahun semenjak beberapa tahun yang lepas dan telah mendapat liputan meluas media mengenai kejayaannya.

Sunny Tan

Di dalam Internet Millionaires BootCamp ini juga beliau telah menjemput seorang co-speaker yang tidak asing lagi iaitu Sunny Tan. Sunny Tan merupakan seorang expert di dalam bidang “virtual real estate”, menjana pendapatan dengan AdSense dan juga melakukan jual beli website. Saya di fahamkan bahawa di dalam seminar ini beliau akan membantu anda untuk mencipta website dan blog yang dapat memberikan anda keuntungan berpanjangan melalui AdSense dan affiliate program.

Bukan itu sahaja, pada akhirnya beliau akan mendedahkan rahsia bagaimana anda boleh menjual website dan blog yang telah anda bina! Fuh, serius menarik beb! Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan di Internet dan berhenti kerja daripada makan gaji, saya sangat sarankan untuk anda menyertai Internet Millionaires BootCamp ini.

Beberapa gambar sepanjang seminar lepas:

Internet Millionaires BootCamp

Internet Millionaires BootCamp

Klik Di Sini Untuk Menempah Tempat Duduk Anda Sekarang!

Sekian.

P.S: Kalau diberikan kesempatan, saya juga akan turut serta dalam seminar ini. :)

{ 14 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

14 Responses to “RM195 Untuk Seminar Jutawan Internet?”

  1. ShueQry 说:

    Moga satu hari nanti, saya dapat ikut seminar yang sama!

  2. blalang 说:

    14 Sept? Perh dah suntuk giler.. nak apply cuti pun x sempat. Boss panggil meeting pulak tu.

    Ruginya bcoz harga yang murah. Mungkin ada rahmatnya juga tokleh bayangkan camana mengantuknya attend seminar 1 hari suntuk di bulan puasa ni.

  3. nashriq 说:

    aisey…14sept got lectre on dat day…
    anyway,trimas atas pemberitahuan menarik ni..
    huish,bkn sng dpt offer murah cenggini~
    rugi xpat gi.. ;(

  4. Nabieel 说:

    14 Sep..huh..tarikh fobia bagi ku sampai bila-bila :p

    nilai matawang sentiasa tidak stabil, jika ada ilmu diri tetap steady ;)

    RM1000 untuk 15minit, sudah pasti jaminannya sungguh hebat

  5. Nabieel 说:

    bro apa yang saya lihat seminar ni 12 sep dengan 14 nov.

    PS : Maaf sekiranya saya salah :)

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Yeah saya dah betulkan… terima kasih di atas teguran :)

  6. Hasbul Aqill 说:

    wah
    cara nk jual website tuh bes plak
    :D

  7. x-po 说:

    arap2 kawe pun ada pitih nnt utk join..:)

  8. yatie 说:

    akum,saya nak tahu blerla cik lebanon nak buat seminar mcm nie kat kuala trg..kesian kat org trg yg berminat ttg duania perniagaan internet ini tp x berpeluang nak mengikuti..tolonglah kami

  9. KHALIFAH 说:

    TERUSKAN KECEMERLANGAN MAJALAH IM.. hehe

    x sempat nk pi lah…. =(

  10. iphone 5g 说:

    besok ke? tak sempat…

  11. Firdaus 说:

    Kenapa tak buat semianr preview macam banyak Internet marketer Cina singapore dan Malaysia buat gempak juga kalau free lagi ramai buat preview sudah la kalau buat berbayar takut apa yang nak disampaikan dah tahu maklumlah bukan semua yang pi tue zero knowledge ada yang pakar pun pi saja test drive

    • Iskandar 说:

      betul juga ya. sy pn kadang risaunya gitu.

      Ape2 pun syabas dan saya sendiri terasa nak masuk market lain selain designing jek. lolz..

  12. syahsuke 说:

    best nie…nak join juga ni tapi jauh sy kat sabah huhuh

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)