Hello World 2010!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hello World 2010!

Pada hari ke-empat tahun 2010 barulah saya sempat untuk mencoretkan entry pertama saya di sini. Sudah lama rasanya tidak memberikan sesuatu yang berguna buat pembaca blog ini dan itupun jika masih ada pembaca blog ini. ;) Entry pada kali ini hanyalah sekadar ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakan-rakan, para pelanggan dan sesiapa sahaja yang mengenali Team FlareBiz & warga kerja Majalah IM. Semoga tahun 2010 ini akan membuat anda semua lebih bersemangat, bertenaga dan lebih berani untuk menghadapi segala cabaran hari mendatang.

Secara peribadi, tahun 2009 lebih banyak duka yang saya lalui berbanding suka. Benarlah kata-kata usahawan yang telah berjaya bahawa dunia perniagaan adalah sangat mencabar dan ia tidak semudah teori yang tercatat dalam buku-buku tebal di kedai buku. Benar, sepak terajang dalam dunia perniagaan adalah sesuatu yang sangat perit untuk diterima apatah lagi bagi saya dan Zhafran yang baru setahun jagung dalam dunia perniagaan. Pada tahun 2009 juga saya telah kehilangan satu sumber inspirasi saya iaitu ayah saya sendiri. Kehilangan yang sangat perit untuk diterima dan kekosongan itu masih terasa sehingga kesaat ini. Semoga roh ayah sentiasa dicucuri rahmatNya.

Sepanjang tahun 2009, saya dan Zhafran banyak belajar mengenali secara lebih mendalam apa itu perniagaan yang sebenarnya. Terlalu banyak yang dipelajari sehingga saya tidak mampu untuk menterjemahkan satu per satu di dalam entry ini. Seronok ada, sedih pun ada, marah pun ada semuanya bercampur baur untuk menjelaskan perjalanan tahun lepas. Segala yang baik saya jadikan teladan dan mana yang tidak baik saya jadikannya sebagai sempadan agar kami tidak mengulangi kesilapan yang sama. Apa yang saya pasti ialah pelajaran sepanjang tahun 2009 ini tidak akan diperolehi jika saya masih berada di universiti. Pelajaran tentang kehidupan inilah yang sangat penting untuk saya terus survive pada masa akan datang yang lebih mencabar.

If you don’t have a dream, how are you going to make a dream come true?

Entah mengapa, tahun 2010 ini saya lebih optimis. Ia lahir jauh dari sudut hati kecil saya bahawa kami akan buat sesuatu tahun ini. Tahun 2010 kami berimpian dan bercita-cita besar untuk melihat syarikat kami terus melangkah maju kehadapan dan pada masa yang sama tidak sesekali kami akan lupakan bangsa dan agama kami. Mungkin kerana segala pahit getir sepanjang tahun lepas saya dan Zhafran berjaya melaluinya walaupun terpaksa bekorban banyak perkara. Secara kasar saya tahu apa akan FlareBiz Network mampu lakukan pada tahun ini dengan tenaga kerja yang hebat tetapi saya lebih suka andai kita semua tunggu dan lihat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami pada tahun ini kerana tiada apa yang lebih mudah selain Dia permudahkan.

2010, here we come! Fokus utama kami pada tahun ini, hanyalah satu iaitu Niagakit. Kemudian kahwin. ;)

Sekian.

p.s: Coming soon, GaleriBatik Dot Com!

{ 29 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

29 Responses to “Hello World 2010!”

  1. XploR 说:

    Salam SelamaT Tahun Baru 2010. Semoga tahun ni bisnes FlareBiz Network terus mantap. Amin…

  2. hasbulaqill 说:

    selamat maju jaya untuk projek niagakit
    sukses untuk 2010 :D

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Beres! Demo kena get ready sebab demo sekarang alam lain doh… kena berdikari ;)

  3. rahmanbasri 说:

    Selamat tahun Baru 2010 Team Flarebiz….

    Azam tahun baru.. Explore more in ‘Email Marketing Strategy”…

  4. rahmanbasri 说:

    Awat pelik je gambar yg kuar kat atas tu..hehe

    Sila masuk emel la.. :-)

  5. AJ 说:

    Selamat tahun baru 2010 untuk Team Flarebiz.. :-)

    Berjaya juga AJ kejar Alexa Rank (AR) MajalahIM nih… Suatu pencapaian yang memberangsangkan. 2010 ini mungkin boleh membawa peluang yang lebih cerah. Matlamat AJ tahun ini nak kejar AR 100K pula.. :-)

    Walaupun mengejar AR ini suatu yang belum tentu menguntungkan, namun demikian status improvement dalam laman web akan lebih baik. Mindset pun taklah terpesong dengan godaan seribu 1 macam peluang jana wang yang belum tentu berhasil.

    Mari2x berusaha mencapai apa yang kita ingini dalam mengisi ruang 2010 ini pula.. :-)

    • SmartZul 说:

      Alexa Rank is not the first important thing for real Internet Business. Period.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Selamat tahun baru.. Yeah, that’s good! :) Semoga dapat mencapai segala azam baru yang telah ditetapkan.

  6. ramzy0 说:

    ngeh ngeh ngeh. nampaknye tahun 2010 neh, skali refresh bukan due tige tiket bas masuk, berpuloh gamaknye ha ha ha. insyaallah

  7. SmartZul 说:

    Saya masih ada ‘hutang’ dengan Team Flarebiz. Namun saya akan menunaikannya. InsyaAllah dalam masa terdekat. Salah satu masanya adalah pada hari Khamis ini, jam 12.00 tengahari di FuhyooFM.com. Harap Team Flarebiz boleh dengar. Ada sesuatu yang berkaitan dengan Team Flarebiz.

    • Adly a.k.a Labanon 说:

      Happy new year bro! Insyallah kami akan dengar slot tersebut. :) Terima kasih!

  8. Selamat Tahun Baru buat Flarebiz.. Semoga anda lebih sukses tahun ini

  9. Adly a.k.a Labanon 说:

    Terima kasih! Selamat tahun baru juga!

  10. Aqif 说:

    Selamat tahun baru 2010 kepada team dan para pembaca MajalahIM.

    Nampaknya perjuangan harus diteruskan (Dan tidak akan sesekali berakhir) :)

  11. jai@jaigoku 说:

    Azam tahun baru tetap sukar dapat terlaksana jika tak buat matlamat.. Dlm blog saya ada bincangkan ini. :)

  12. faizul 说:

    selamat tahun baru kepada semua,saya harap anda semua sehat2 dan kepada Yang beragama Islam jangan lupa disamping kita berbisnes,kita juga perlu menambah amal kebajikan kita selagi kita bernyawa dan saya doa semoga ayah adly dicucuri Rahmat dariNya

    P/s:Jangan Lupa lawati kedai Online saya,:-)

  13. Selamat Tahun Baru..=)

  14. kaiba910 说:

    Saya harap 2010 ni dapat capai banyak matlamat dengan baik dan dapat jadi anak yang soleh. :D

  15. Nozi 说:

    Salama,

    Moga belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru di ruangan artikel ini. Selamat Tahun Baru dan semoga impianmu akan tercapai. :)

  16. Aleem The Kid 说:

    Semoga tahun baru ni membawa lebih banyak rezeki!

  17. haji 说:

    Salam kenal :)

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)