Duit Dalam Senarai Email?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai usahawan Internet luar negara mahupun tempatan mengatakan bahawa “The Money Is In The List”. Oleh itu, ramailah para newbie mula mengumpul senarai email dengan harapan kononnya dapat menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Saya sangat setuju bahawa mengumpul senarai email adalah sangat penting dan ia menjadi satu kewajipan buat semua usahawan Internet walau apa jua model bisnes perniagaan Internet yang anda ceburi.
Senarai email merupakan satu aset yang berharga kerana teknik pemasaran email merupakan satu teknik pemasaran yang sangat berkesan. Jadi tidak hairanlah kenapa usahawan Internet sanggup membayar sehingga RM3.50 untuk satu email yang anda berikan kepada mereka. Kalau 100 email maka dia akan membayar anda RM350! Kalau kita fikir balik, ia satu tindakan yang gila bukan?
Tapi sedarlah bahawa mereka akan berjaya mendapat pendapatan 10 kali ganda daripada modal yang dikeluarkan untuk mendapatkan senarai email. Sebab itulah saya menganggap senarai email ini merupakan satu aset dan senjata yang penting bagi seorang usahawan Internet. Namun, terdapat sedikit kekeliruan di mana ramai yang silap faham bahawa semakin banyak senarai email maka kita akan dapat menjana lebih banyak wang.
Bagi saya, tanggapan sebegitu adalah silap dan lapuk. Itu merupakan kata-kata para usahawan Internet pada 5 tahun lepas dan tidak boleh diguna pakai lagi buat masa ini. Jika anda membaca buku-buku berkaitan “direct selling” anda akan dapat mengetahui fakta bahawa pelanggan era millenium lebih bijak untuk membuat pilihan berbanding dahulu.
Sebenarnya anda tidak perlu untuk mengumpul senarai email yang banyak TETAPI anda perlu mengumpul senarai email yang berkualiti. Tidak ada gunanya jika anda mempunyai 10 ribu senarai email tetapi setiap kali anda menghantar email untuk mempromosikan produk hanya 2-3 orang sahaja pembeli. Lebih baik mempunyai seratus senarai email tetapi setiap kali anda menghantar email untuk mempromosikan produk, 10 orang akan membeli produk tersebut.
Saya harap anda betul-betul faham situasi di atas sebelum saya menulis sambungan mengenai senarai email pada entri akan datang. Mungkin kini timbul di dalam fikiran anda, bagaimana ingin mengumpul senarai email yang berkualiti kan?
Jangan risau saya akan kongsikan dengan anda pada entri akan datang sekiranya entri kali ini mendapat 20 komen ke atas. He he he!
Sekian.
P.S: Jika anda mempunyai sebarang pendapat ataupun tidak bersetuju dengan pendapat saya, bolehlah tinggalkan diruangan komen.

saya setuju dengan pendapat hari ini…tp masalahnya
macam mana nak cari email yang berkualiti dlm beribu2 email yang ada?????…
ermh..sampai skrg pun sy masih x percaya dgn kuasa internet blh buat duit…
Bro…boleh…percayalah!
Bolehhhh… percaya la…nak seribu daya, xmo 8juta dalih. Keep rockin’ wild mate!
Nak cari yang berkualiti tulah yang agak sukar
em masalh nye 2lah sukar untuk mencari email yang berkualiti
Kualiti yang dicari bukan kuantiti..hehe, kene beli ke yg kualitinya, atau bleh dpat secara percuma mcm email hunter tu?
setuju2…btol 2..mmg intelligent la sifu adly ni..
Setuju sangat tu, Adly. Tapi, kadang2, para IM ni silap gak, setiap kali emel yang dihantar, semua nak promote.
Katakanlah seorang surirumah tu subscribe newsletter 4 orang IM. Bila ada produk baru lancar, kesemua 4 orang IM ni promote benda yang sama. Ya, betul. Dia boleh wat pilihan tawaran mana yang lebih baik. Tapi, kalau setiap kali emel yang die dapat hanya nak mempromosi berbanding bg some values kepada subscriber, subscriber yang berkualiti pun akan lari.
Well, just my little tiny opinion.
Kata fatin tu tak salah…mungkin ada stratgi lain yg boleh diperbaiki! Sama2 kita fikirkan!
pembeli membeli barangan bila dia nak guna dari org yang bnyak buat promosi sebolehnya dari org dikenali dan masa sesuai.ikan dah kenyang dia x makan de…he..he…
Satu cara nak dpt income cara send email sila klik disini
(www.WebSite.ws/plusmines)
Free Trial 7 days.
Halim
salam ramadhan..amat menarik..sanagt teuja
Bagus post ini…saya nantikan susulan cara dapat list berkualiti…thanks
Ops…tak perasan…post itu dah di buat…sorry ye…
selagi kita gagal untuk menjual bermakna “zero” tak kirala berapa banyak senarai email yang kita ada…
untuk dapat searai email yang berkualiti bermaksud … perlu dapatkan target market yang tepat berdasarkan golongan sasar untuk produk kita … chewah …. teror betul aku..hhuhuhu
buat biz ini dahulu sebelum terjun ke internet marketing.
huh cantik teman wanita labanon
Saya amat bersetuju dengan awak. Ini kerana saya sendiri telah mengalaminya. Dengan 1 email saya sekurang-kurangnya dapat menjual ke 10 orang list saya. Dan list saya amatlah sedikit.
ermm… dah try 2-3 bisness internet..sumer mcm tak jalan jer…..
Salam
Semua tu betullah… jika asyik nak promisi benda yang sama je yang berkualiti pun blh lari….
Jika dalam bidang kepakaran kita itu ttu akan dapat yang berkualiti… Usahakan apa yang kita mahir, berkongsi dahulu bina kredibiliti……
hehehehe…..
saya menantikan sambungan artikel ini..
Harapnya saya sendiri boleh kumpul senarai email yang berkualiti!
Assalamualaikum,
Alhamdlillah, sekarang alya sdh agak lapang untuk menyertai program yang sebegini. menjana pendapatan melalui internet….
seperti yang lain2 katakan, tertanya2 macamana nak dapatkan email yang berkualiti…mungkin Adly boleh mambantu…:)
Sedang bertatih untuk mengumpul mailing list.. huhu
macamnilah sy memeng setuju pendapat awak, jika ada senarai email yg berkualiti memg amatlah berguna, cuma nk membahagikan antara yg terbaik itu sahaja. jika ada caranye awak ajarlah sy… ay amat memerlukan untuk bisnes sy sendiri. sy juga amat berharap awak dapat memberi input yg berguna pd sy.
Meskipun kita dapat email yang banyak belum tentu beli produk kita jika itu bukan keperluan mereka.Emel itu umpama prospek sahaja.Sebab bukan semua prospek akan beli barang atau setuju jadi downline kita.Mereka kadang2 ada ego yang tersendiri..paling berkesan ialah emel yang banyak membicarakan soal2 info dari nak promote barang.Ambil contoh lah…10 kali email info lepas tu 1 email promosi baru mereka ada hati nak beli barang yang kita promote betul tak Tuan Labanon…