Coretan Seminar Speed AdSense
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dua hari lepas saya telah menjadi wakil kepada Team FlareBiz sebagai peserta di Seminar Speed AdSense anjuran Syed Ikhwan & the geng. Manakala Zhafran pula tidak dapat menghadirkan diri di seminar kali ini kerana sibuk dengan beberapa perkara. Bagi saya seminar yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini membawa persepsi yang berbeza dan secara keseluruhan semuanya berjalan lancar.
Agak teruja dan best kerana dapat bertemu rakan-rakan baru dan dapat juga berjumpa dengan sifu-sifu yang sudah lama tidak bersua muka. Jadi lepas ni, no more nak segan dengan otai-otai kerana kita semua adalah ibarat satu keluarga dan semoga kita dapat bina satu komuniti Usahawan Internet yang kukuh! Saya rasa matalamat saya menghadiri seminar ini adalah tercapai iaitu untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara satu sama lain.
Walaupun pada seminar ini ilmu yang cuba disampaikan adalah basic kepada cara marketing, tetapi ia mampu memberi impak maksima kepada para perserta. Contoh apa yang saya sedang praktikan sekarang adalah menggunakan meta-marketing yang disampaikan oleh Mr.X daripada OhBulan.com.
Baiklah saya taknak menulis panjang entri kali ini kerana masih lagi keletihan dengan bahang Speed AdSense pada kali ini, maka lihatlah beberapa gambar “poyo” saya bersama ahli keluarga Speed AdSense…












Itu sahaja gambar yang menjadi dan kebanyakkan gambar failed.
Jika anda mempunyai gambar-gambar lain sepanjang seminar untuk dimasukkan, anda bolehlah berikan kepada saya gambar melalui ruangan contact. Nanti di bawah ini saya akan listkan beberapa review oleh kawan-kawan yang lain.
Sekian.
P.S: Semoga kita semua akan dapat jumpa lagi pada masa akan datang. Harap-harap “Malaysia Internet Summit” jadilah yer.

tak dapat nak join, hmm. next time, insyaallah aku join =D
Tahniah…wahhh, lepas nih semua main RM10K sebulan dari adsense je lah yer.. yeee haaa!
RM10K sebulan tu tak mustahil
Cuma kena jaga sikit kalau account tu masih dara
Labonan
mana blog Flarebiz?
Cam dah takde aja
Bila lagi gua nak pi topspeed gan labonan tah!!
haha.. cayalah post ni.. best lepak dari smalam.. macam dok asrama penuh.. ahaha
X dpt nak join sbb x sihat lak
Best jumpa korang semua… ada lah aku “kutuk” sikit korang dalam aku punya facebook.. he he…
cayalah !!
jumpe semua.. sempoi2..
hamboi..terus praktikkan meta marketing. Haha..
hurm…labanon…
tertanya2 gak, di mana blog flarebiz?
bila otai-otai berkumpul mesti byk agenda nyer kan…
apa next projek?
wow…. best jugak kalau dapat join. Lepas ni apa apa yang di utarakan dalam seminar tu boleh lah di ransferkan dalam bentuk di ebook untuk mereka yang tak dapat hadir. of course , mesti lah kena bayar, tak da hal punye….
blh trgkn dgn lbh terperinci ttg team flarebiz network ni?company ni doing what?
waaa..ramai otai yang datang. kalau dapat join best jugak.
wah!!..bro dilemma pn ade ye?
Seminar yang best pada Sabtu & Ahad yang lepas. Ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh sifu-sifu SpeedAdsense amat berbaloi. Juga sesi ’sharing moment’ pada makan malam sangat bermakna. Tak lupa juga sedikit sebanyak tips dari Evolusi Minda akan membantu kita menjadi orang berjaya.
Saya sempat tegur beberapa orang, tak semua. Kat online je saya rancak, bila jumpa tu segan-segan nak tegur. Harap pada yang saya tak tegur tu jangan kecik hati ye. Salam SpeedAdsense buat semua.
Muii @ mcrew
huhuhuu memang hebat… aku pun ada kat sana
bila agaknya korang nak gi wat seminar kat sarawak lak?
Wow! Teknik meta-marketing, boleh berguru ni.
Tetapi kan, Speed Adsense ni cara yang beretika atau tidak? Sebab saya baca reply Alan Tan di atas macam ada sesuatu yang tak kena sahaja. Kalau cara yang digunakan beretika kenapa perlu risau dengan Google?
Assalamualaikum..
Tahniah utk semua peserta SA yg bertuah kerana mendapat ilmu yg bermanfaat dr otai Adsense secara Live.. rugi juga rasanya tak dapat ikut tp itulah maknanya bukan rezeki saya.. Insyaallah di lain masa jika ada rezeki, panjang umr, ada masa terluang saya akan sertai anda juga … tunggguuuuuu.. jazakumullah
akum semua, sy pn nanti2 lah nak joint, coz skrg ni tengah sibuk memanjang,
Koho semak napok…
wah.. dahsyat semua ni.. hebat3x…
cayalah… teruskan JIHAD EKONOMI ANDA?
Tima kasih En. Labanon yang senyap sunyi, bila last day baru nak cakap ngan aku. hahaha
Nice meeting all of you guys, really glad to see everybody is coming. Rasa cam penemuan semua otai-otai dalam dunia internet kali ni memang berbaloi.
Paling best, dapat dengar lawak Alang.
‘Pada tahun 2000, saya berkahwin, kemudian berenti main internet sebab saya dah ada hobi baru’ . Serius, aku barai gilerk. haha
layan2.. bro mmg dpt banyak ilmu ni… hebat2 blaka..
Hope satu ari dpt jd cam bro
Ada lagi ke seminar macam tu?Kalau ada bila?Aku nak ikut sama.Lagipun aku baru nak belajar ni.
wahh. mcm menarik jer.
dah la dpt jumpe otai2.
jeles betol la..
bile ade di buat lagi ek ?
Wah..bestnyer seminar smpai 2 hari 1 malam nih.. baru bleh korek btul2 dr otai2 adsense nih..hehe by the way.. pe jd ngan flazebiz.com?? Theme website tuh cntik la..sempoi..huhu
Assalamualaikum. Seronok dengan perkembangan ini. Harap satu hari nanti setiap niche marketing ada sifu yang boleh dirujuk. Malaysian brand sifu.
Salam sema, tahniah..satu usaha murni untuk merancakkan lagi aktiviti peng’internet’an di Malaysia nie..good ones
Tahniah bros…
[...] http://www.majalahim.com/zh/coretan-seminar-speed-adsense.html [...]
taniah kerana membuat aktiviti yg berkesan
Salam..
Memang best Join SA..dapat byk kenalan & ilmu baru.
Thanks pada team SA & Sifu Labanon sendiri atas ilmu yg diberikan secara tak langsung selepas seminar.
P/S: Untung saya dapat room mate dgn Sifu Labanon.
Wah.. Ramai noh.. Group foto tak dak ka bro.. Apa pun, semua muka ada senyum.. Siok la layan…
macam mana nak tau bila ada seminar atau kursus ye. kat mana dapat info.
teringin juga nak pegi seminar untuk menambahkan ilmu…
Teruskan maju jaya..nak join juga lah kalau ada peluang..
wah..hebat sungguh…teruja nakpegi tapi keadaan tak mngizinkan nak pegi..hehe..ape2 pun semoga berjaya..satu seminar yang jarang dibuat.
Memang rugi sebab tak dapat pergi walobagaimanapun saya dah subcribe yang 15usd nak test drive…inysallah nak tengok hasil nya nanti
Semoga semua berjaya..
wah seru neh bisa ikut speed adsense bang saye punye blog namun sepi sekli pengunjungnye gimna bantu saye bng
slalu tlepas peluang2 mcm ni.. samada kos tggi atau masalah masa..
rase mcm klu pegi pun rase mcm rendah diri sgt2.. mcm bayi dikalangan pahlawan2.. hehe..
ado lagi ko seminar pada masa akan datang?
klu seminar ada lagi bleh ler Sifu lebanon promot yer….dengan harga yg berpatutan la…hex3
lama x jenguk sini..
Bila lagi akan diadakan seminar……….nak join ni…….
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz