Archive for the ‘Umum’ Category

Sertai Peraduan & Menangi Hadiah Menarik!

星期四, 三月 4th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peraduan Ulasan Sistem Niagakit

Pertama sekali saya ingin ucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada co-founder FlareBiz Network iaitu saudara Zhafran, semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya mencari teman hidup oh! Pada tarikh yang bersejarah untuk saudara Zhafran juga, kami ingin melancarkan satu peraduan buat individu yang mempunyai blog ataupun lebih dikenali sebagai blogger untuk memenangi hadiah yang cukup menarik.

Sebelum bercakap mengenai hadiah, saya ingin terangkan serba sedikit mengenai peraduan hebat ini. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya melancarkan Peraduan Ulasan Sistem Niagakit dengan cabaran 25 hari mencari blogger terbaik dan paling kreatif seantero Malaysia! Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu membuat ulasan mengenai sistem Niagakit di blog anda secara kreatif dan secara tidak langsung anda berpeluang untuk menjadi pemenang.

(全文…)

Pencapaian Kami Setelah 2 Bulan 2010?

星期一, 三月 1st, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya masa begitu pantas berlalu, kita semua sudah berada dalam bulan Mac. Agaknya, bagaimana dengan azam tahun 2010 anda? Adakah masih terpahat kemas dalam hati atau sudah hilang terbang di bawa angin? Bagi kami di FlareBiz Network, kami sudah melakukan banyak perkara penting pada tahun ini dan alhamdulillah semuanya “on the right track”. Baru 2 bulan berlalu tetapi kami semua telah belajar banyak perkara secara tidak formal dan sudah banyak juga kegagalan kecil yang telah kami alami. ;)

Seperti yang anda semua tahu, pada 2 bulan lepas saya telah bertemu dengan ramai orang, di mana sebelum ini saya hanya berhubung mereka melalui email sahaja. Nampaknya satu soalan yang panas diajukan kepada saya ialah “Kenapa Team FlareBiz nampak slow sekarang? Tak ada projek baru ke?“. Saya percaya, ramai pembaca blog Majalah IM juga mempunyai soalan yang sama. ;)

(全文…)

Mini-Seminar & Perjumpaan IM Malaysia?

星期二, 二月 2nd, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat masa sekarang saya dan rakan-rakan tersangat sibuk dengan beberapa perkara. Mungkin sekarang titik tolak perjuangan kami pada tahun ini untuk mencapai segala impian yang telah dihajatkan. Seperti yang kami nyatakan pada entri lepas iaitu kami perlu lakukan sesuatu pada tahun ini dan alhamdulillah nampaknya permulaan tahun ini sangat baik.

Kami telah sibuk dengan beberapa perkara sejak beberapa hari lepas antaranya ialah:

1) Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.

Mini Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

(全文…)

Kami Masuk Pejabat Baru?

星期四, 一月 28th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Office FlareBiz Network

Alhamdulillah, nampaknya permulaan tahun 2010 sangat baik bagi kami kerana banyak benda-benda yang positif berlaku di sekitar kami. Permulaan tahun ini juga sebenarnya menyebabkan kami sibuk yang teramat sangat kerana syarikat kami FlareBiz Network berpindah ke pejabat baru di kawasan Diamond Square juga. Bagaimana pula dengan permulaan tahun baru anda? Adakah semua okay? ;)

(全文…)

Hello World 2010!

星期一, 一月 4th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hello World 2010!

Pada hari ke-empat tahun 2010 barulah saya sempat untuk mencoretkan entry pertama saya di sini. Sudah lama rasanya tidak memberikan sesuatu yang berguna buat pembaca blog ini dan itupun jika masih ada pembaca blog ini. ;) Entry pada kali ini hanyalah sekadar ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakan-rakan, para pelanggan dan sesiapa sahaja yang mengenali Team FlareBiz & warga kerja Majalah IM. Semoga tahun 2010 ini akan membuat anda semua lebih bersemangat, bertenaga dan lebih berani untuk menghadapi segala cabaran hari mendatang.

(全文…)

Hari Raya & Perjumpaan IM Kelantan

星期二, 十二月 1st, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Labanon & Zhafran

Pertama sekali saya wakil kepada seluruh warga kerja FlareBiz Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog Majalah IM ini. Agak tak sempat nak update blog ini sekarang kerana sibuk dengan projek NiagaKit v2 yang sememangnya memerlukan banyak komitmen.

(全文…)

NiagaKit v2 Beta Dilancarkan!

星期一, 十一月 9th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

NiagaKit - Sistem Kedai Online

Fuh, baru ada kesempatan untuk menulis entri ini dan sewajarnya saya mulakan entry ini dengan ucapan Alhamdulillah syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami di FlareBiz Network melangkah setapak lagi dalam arena perniagaan Internet tanah air. Hari ini kami melancarkan NiagaKit v2 beta setelah lebih 12 bulan berhempas-pulas untuk menyiapkan sistem ini.

Dulu saya hanyalah berimpian untuk membina sistem platform sendiri seperti WordPress, Joomla, ZenCart dan banyak lagi. Kini siapa sangka kami rakyat Malaysia mampu membina sistem CMS sendiri yang diberi nama NiagaKit. Sistem kami lebih kepada ecommerce sistem atau dalam bahasa Melayunya sistem kedai online. Cukup puas hati dan gembira tidak terhingga setelah feedback yang kami perolehi kebanyakkanya positif. ;)

(全文…)

Permainan CashFlow 101 Sangat Menarik!

星期六, 十月 17th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Permainan CashFlow 101

Semalam saya telah bermain permainan CashFlow 101 bersama Kak Waida, Kak Becky & Kak Farah di pejabat kami. Zhafran tak dapat join permainan ini sebab sibuk dengan NiagaKit v2 manakala saya mengambil peluang ini untuk mencuri tulang ha ha ha! ;) Semalam merupakan kali pertama saya bermainan permainan yang mendidik minda ini setelah menyimpan hasrat untuk bermain permainan ini sejak sekian lama.

Dulu teringin nak menyertai permainan ini yang dianjurkan oleh saudara Pakdi tetapi sering kali terhalang disebabkan kesibukkan kerja. Permainan ini lebih seronok lebih daripada apa yang digambarkan kerana ia mencerminkan kehidupan seharian kita. Kebanyakkan kita akan terperangkap dengan “Rat Race” dan permainan ini sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk melepaskan diri daripada “Rat Race” tersebut. Walaupun ia hanyalah sekadar permainan tetapi saya cukup percaya bahawa teknik yang sama kita boleh aplikasikan di dalam kehidupa seharian.

(全文…)

Pakej Promosi Ramadhan Kini Dilancarkan!

星期二, 九月 1st, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Logo Pakej Promosi Ramadhan

Alhamdulillah, setelah lebih kurang seminggu saya dan Zhafran bertungkus-lumus dengan projek simple ini, akhirnya kami berjaya lancarkan produk ini pada hari ini. Projek ini kami berjaya siapkan dalam masa yang singkat dan kami cuba mempraktikkan segala ilmu yang ada untuk memantapkan projek ini. Harap-harap walaupun projek ini simple tetapi dapat memberikan manafaat kepada para pembeli. Itulah tujuan pakej ini dikeluarkan.

Baiklah sedikit penerangan mengenai Pakej Prosmosi Ramadhan. Pakej ini sebenarnya kami cipta adalah bertujuan untuk menerangkan secara lengkap kepada anda bagaimana untuk mencipta produk informasi anda sendiri. Ia bermula dengan langkah bagaimana untuk mencari idea, bagaimana untuk mencipta produk, bagaimana nak buat web jualan, bagaimana nak pasarkan produk dan banyak lagi.

(全文…)

Akan Datang Pakej Promosi Ramadhan!

星期五, 八月 28th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akan Datang Pakej Promosi Ramadhan

Apa khabar semua? Di kala Bob sedangbertungkus-lumus menyiapkan NiagaKit v2 (doakan kami agar dipermudahkan segala urusan), saya dan Zhafran sempat merancang satu projek simple iaitu Pakej Promosi Ramadhan. Pakej ini sebenarnya hasil gabungan beberapa produk digital yang lengkap untuk mengajar anda bagaimana untuk mencipta produk digital sendiri sehinggalah menjana pendapatan daripadanya.

Kami juga ada menambah beberapa produk baru seperti Case Study Panduan Cinta yang akan menceritakan di sebalik tabir dan pendedahan ekslusif sepanjang menyiapkan produk tersebut bersama saudara Ridzuan Richie. Selain itu, Zhafran juga menambah satu panduan bergambar secara terperinci bagaimana untuk membina web jualan sendiri dan panduan ini mempunyai lebih 100 m/s. Anda boleh bayangkan sejauh mana detail Zhafran buat? :)

(全文…)