Archive for the ‘Ulasan Produk’ Category

Kami Di Akhbar & MiniNiaga?

星期一, 五月 10th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adly a.k.a Labanon menjaja Niagakit

Ya, akhirnya kisah mengenai Flarebiz Network dan beberapa produk kami telah dimasukkan di dalam akhbar tempatan. Jika anda ada membaca entri lepas yang panjang lebar, saya ada nyatakan bahawa saya telah pergi ke Bernama bersama Tuan Zamri Mohamad untuk sesi temubual. Alhamdulillah, pada 5hb Mei lepas, temubual ringkas di antara kami telah dijadikan satu artikel menarik yang bertajuk “Wang Tidak Masuk Jika Bisnes Anda ‘Offline” oleh Puan Rohana Mustaffa.

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Zamri Mohamad kerana bertungkus-lumus ingin mengetengahkan kisah kami kepada masyarakat melalui media massa. Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan IM, para pelanggan kami, sifu-sifu kami dan anda! Terima kasih di atas sokongan dan doa kalian semua. :)

(全文…)

Mini-Seminar Di Johor Bahru!

星期二, 四月 13th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

Nampaknya bulan ni kami juga tidak dapat duduk diam apabila minggu depan kami akan ke Johor untuk mengadakan mini-seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal di sana setelah dicadangkan oleh saudara WanMus. Pada awal bulan depan pula kami berkemungkinan besar akan ke Brunei untuk menganjurkan seminar Perniagaan Internet di sana. Fuh, banyak perkara yang perlu kami belajar untuk menjadi seorang speaker dan bercakap di hadapan ramai orang.

(全文…)

Bagaimana Nak Merempit Di Ebay?

星期二, 三月 16th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teknik Rempit Ebay

Baru-baru ini saya telah diberi kesempatan oleh Saiful Nizam untuk membaca sebuah ebook hebat bertajuk “Rempit Ebay”. Secara ringkas, ebook ini menerangkan kepada kita beberapa teknik dan panduan Saiful Nizam sendiri untuk menjadi salah seorang power seller ebay sepertimana beliau sendiri. Ini baru cakap serupa bikin. :D

Saya tidak pandai untuk mereview sesuatu produk dengan panjang berjela dan saya yakin para pembaca blog ini juga tidak mahu membaca review yang panjang-panjang. Jadi, saya akan ‘keep it simple’ untuk review produk Rempit Ebay ini kerana saya yakin bahawa ebook ini sudah terbukti hebat.

(全文…)

Perlukah Minda Usahawan?

星期日, 一月 17th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perlukah Minda Usahawan

Hari ini terlalu ramai yang bercita-cita menjadi usahawan. Pelbagai bidang diceburi, bermacam sektor di terokai, ratusan industri diceburi. Boleh dikatakan usahawan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ada usahawan internet, usahawan MLM, usahawan biotech, usahawan tani dan banyak lagi cabang yang tidak mampu ntuk dinyatakan. Begitu ramai yang menceburi bidang ini namun yang betul-betul berjaya dan bertahan hanyalah segelintir sahaja. Mengapa ini berlaku?

Ramai usahawan tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memerlukan satu ‘tool’ yang dikenali sebagai Minda Usahawan untuk memastikan mereka boleh bertahan lama dan terus maju dalam industri. Terlalu ramai usahawan yang memperlekeh perkara ini. Pada mereka itu hanyalah isu remeh temeh sahaja. Apa yang lebih penting adalah modal dan ‘contact’ untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Sebab itulah ramai yang mencari ‘contact’ daripada mencari ilmu berniaga. Sikap inilah yang mengakibatkan ramai usahawan gulung tikar setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan.

(全文…)

NiagaKit v2 Beta Dilancarkan!

星期一, 十一月 9th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

NiagaKit - Sistem Kedai Online

Fuh, baru ada kesempatan untuk menulis entri ini dan sewajarnya saya mulakan entry ini dengan ucapan Alhamdulillah syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami di FlareBiz Network melangkah setapak lagi dalam arena perniagaan Internet tanah air. Hari ini kami melancarkan NiagaKit v2 beta setelah lebih 12 bulan berhempas-pulas untuk menyiapkan sistem ini.

Dulu saya hanyalah berimpian untuk membina sistem platform sendiri seperti WordPress, Joomla, ZenCart dan banyak lagi. Kini siapa sangka kami rakyat Malaysia mampu membina sistem CMS sendiri yang diberi nama NiagaKit. Sistem kami lebih kepada ecommerce sistem atau dalam bahasa Melayunya sistem kedai online. Cukup puas hati dan gembira tidak terhingga setelah feedback yang kami perolehi kebanyakkanya positif. ;)

(全文…)

RM195 Untuk Seminar Jutawan Internet?

星期三, 九月 9th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Internet Millionaires BootCamp

Di dalam dunia ini, orang yang berilmu akan sentiasa berada di atas. Malah bagi yang beragama Islam pun Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Saya sendiri pada ketika ini sentiasa membeli produk-produk di Internet berkaitan dengan apa yang ingin saya pelajari. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa hadir ke seminar, bengkel dan personal coaching semata-mata untuk menuntut ilmu.

Tahukah anda bahawa saya pernah membayar sehingga RM1000 hanya untuk belajar selama 15 minit. Namun, saya sangat berpuas hati dan bersyukur kerana nilai ilmu tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Mungkin ada yang seakan-akan tidak percaya bahawa saya masih menghadiri seminar-seminar asas tetapi itulah hakikat yang anda perlu tahu. ;)

(全文…)

Pakej Promosi Ramadhan Kini Dilancarkan!

星期二, 九月 1st, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Logo Pakej Promosi Ramadhan

Alhamdulillah, setelah lebih kurang seminggu saya dan Zhafran bertungkus-lumus dengan projek simple ini, akhirnya kami berjaya lancarkan produk ini pada hari ini. Projek ini kami berjaya siapkan dalam masa yang singkat dan kami cuba mempraktikkan segala ilmu yang ada untuk memantapkan projek ini. Harap-harap walaupun projek ini simple tetapi dapat memberikan manafaat kepada para pembeli. Itulah tujuan pakej ini dikeluarkan.

Baiklah sedikit penerangan mengenai Pakej Prosmosi Ramadhan. Pakej ini sebenarnya kami cipta adalah bertujuan untuk menerangkan secara lengkap kepada anda bagaimana untuk mencipta produk informasi anda sendiri. Ia bermula dengan langkah bagaimana untuk mencari idea, bagaimana untuk mencipta produk, bagaimana nak buat web jualan, bagaimana nak pasarkan produk dan banyak lagi.

(全文…)

Panduan Advanced SEO Wordpress

星期二, 六月 9th, 2009

Search Engine Optimization (SEO) ibarat nadi kepada sesebuah laman web. Tanpa SEO, sesebuah laman web akan terkubur tanpa diketahui oleh sesiapa pun. SEO juga merupakan sumber kebanyakkan trafik yang sampai ke laman web kita. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai laman web, anda perlu mengambil tahu dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan SEO dan bagaimana untuk mendapatkan 10 tempat teratas dalam enjin pencarian.

Kebanyakkan daripada pengguna Internet, sudah mengetahui asas dalam mengoptimasikan enjin pencarian. Tetapi, tidak banyak dari mereka mengetahui cara yang lebih efektif untuk menjamin laman web atau blog mereka berada pada tempat teratas di dalam keputusan enjin pencarian. Oleh itu, saudara Mohd Amirul Faisyal telah mendedahkan satu persatu langkah panduan yang lebih ‘advance’ untuk mengoptimasikan enjin pencarian di dalam ebooknya, Panduan Advance SEO Wordpress.

(全文…)

Buku Buat Duit Dengan Blog

星期一, 五月 25th, 2009

Buat Duit Dengan Blog Oleh Yazid YahyaDemam blog telah melanda Malaysia sejak kebelakangan ini. Banyak seminar dan bengkel telah diadakan oleh otai-otai usahawan internet. Hasilnya, program-program sebegini banyak menyedarkan orang ramai terutamanya penganggur bahawa terdapat suatu inisiatif baru dalam menjana pendapatan selain berkerja di sektor awam ataupun swasta iaitu buat duit melalui blog.

Sekarang, orang ramai tidak gusar lagi menghabiskan ratusan ringgit semata-mata ingin mendapatkan ilmu dan tip tentang bagaimana kita dapat menjana wang melalui blog. Seorang usahawan internet muda juga, Yazid Yahaya, telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang mengajar kepada umum bagaimana untuk menjana wang melalui blog. Buku yang bertajuk “Buat Duit Dengan Blog” ini mempunyai empat bahagian utama yang menerangkan tajuk tersebut secara terperinci.

Dengan saiz dan ketebalan buku yang sederhana, ia sangat sesuai dibawa ke mana sahaja anda berada. Ia dapat memberikan kefahaman yang lebih mudah kepada anda dengan penerangan yang beserta dengan contoh dan grafik. Dua penerangan ringkas yang terdapat dalam buku ini ialah pada bahagian pertama dan keempat. Pada bahagian pertama, penulis menerangkan segala perkara asas mengenai blog termasuklah jenis-jenis blog, pemilihan platform dan domain sesuatu blog serta kemahiran menggunakan blog tersebut.

(全文…)

Ebook Newbie ClickBank

星期三, 三月 11th, 2009

Beberapa hari lepas, dunia pemasaran internet digegarkan dengan suatu produk yang dihasilkan oleh dua orang usahawan internet tempatan yang terkenal iaitu Gobala Krishnan & Zamri Nanyan. Ramai orang telah mendapatkan produk ini kerana mereka yakin bahawa produk ini dapat memberikan hasil lumayan dalam jangka masa yang panjang.

Selain itu, dalam kesibukan para affiliate untuk mempromosikan produk Rahsia ClickBank dengan menawarkan bonus-bonus yang tidak kurang hebatnya, para pembeli Rahsia ClickBank perlu bertindak bijak dalam memilih bonus yang ditawarkan. Harga dan kuantiti sesuatu bonus itu tidak penting, tetapi apa yang penting ialah kualiti sesuatu bonus dan bagaimana ia boleh membantu anda dalam memantapkan lagi penggunaan produk Rahsia ClickBank.

(全文…)