Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada awal tahun lepas, saya dan Zhafran berjaya menjana lebih daripada 5 angka dalam masa 30 hari dengan melakukan pemasaran affiliate bagi pasaran tempatan. Saya begitu teruja dengan pemasaran affiliate dan sebenarnya agak terkejut, tak sangka rupanya pasaran tempatan juga boleh memberikan wang yang sebanyak itu hanya dengan mempromosikan produk orang lain. Ketika itu saya mempromosikan produk daripada saudara Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan iaitu Rahsia ClickBank.
Sejak saya menunjukkan cek tersebut kepada umum, ramai yang mula bertanya melalui ruangan komen mahupun email, bagaimana saya boleh menjana pendapatan yang sedemikian rupa? Malah ada yang dengan sukarela cuba menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan “Alah, Team FlareBiz bolehlah dapat duit banyak daripada program affiliate kerana mereka ada senarai email yang banyak!”


