Buat Duit Dengan Jual Semula Produk Digital

Dalam diam diam, kita sudah pun masuk ke bulan baru. Tanggal 1 Jun kali ini, kami ‘hidangkan’ Majalah IM edisi ke-14 ini untuk tatapan anda. Isu yang kami kupas kali ini, iaitu ‘Jual Semula Produk Digital‘, sering ditanya oleh ‘newbie’ yang baru menceburkan diri dalam perniagaan Internet ini.

Cover Majalah IM Edisi 14

Oleh itu, selepas membaca Majalah IM edisi ke-14 kali ini, kami harap pembaca semua tidak lagi pening dengan istilah-istilah RR, MRR dan PLR, kerana telah diterangkan dengan begitu baik oleh penulis kita, iaitu Galadriel dan SmartZul.

Memandangkan ada pembaca forum Majalah IM yang bertanya bagaimana memanfaatkan atau memanipulasi produk RR atau MRR, kami telah ‘memaksa’ saudara Zhafran mendedahkan rahsia mereka dalam satu kajian kes (case study) tentang salah satu produk FlareBiz. Sudah semestinya ini satu peluang baik yang perlu direbut mereka yang ingin menjadikan produk RR/MRR/PLR sebagai model perniagaan Internet mereka, seperti saudara Abooain kita.

Abooain memang antara IM tempatan yang terkenal dengan produk digital yang dijual semula. Oleh itu, kami telah pun menemuramah beliau untuk dimuatkan dalam sesi interview Majalah IM ke-14 ini. Jadi jangan lupa ‘korek’ pengalaman beliau dengan membaca ruangan ‘Temubual Majalah IM bersama Abooain

Jujur kata, bukan senang juga untuk mengulas topik kali ini, tetapi kami, krew Majalah IM dan barisan penulis, gagahkan juga atas rasa tanggungjawab kepada anda semua. (Krew Majalah IM dan barisan penulis semua, you rocks!)

Jadi, kirimkan terima kasih anda semua dengan membuat review di blog anda semua? Ok kan? ;)

{ 18 Komen }

Mengenai Penulis : Zhafran

Assalamualaikum & Hai! Saya bukan peminat Micheal Jackson! Tapi saya meminati anda kerana anda telah membaca artikel saya sampai habis. Terima kasih! Insyaallah saya akan cuba menambahkan lagi minat anda terhadap artikel saya dengan artikel-artikel yang lebih power lagi. Tapi kadang-kadang, saya tak tahu la nak tulis ape. Jadi tolong kasi idea kat saya ye ;)

18 Responses to “Buat Duit Dengan Jual Semula Produk Digital”

  1. Fatin Pauzi 说:

    Cool Design! Rugi tak download tu. :P

  2. blogger_boy 说:

    oo yeh aku yg pertama komen…

    huhuhuh…majalah im nie mmg best

  3. rohaizad 说:

    Bagi yang ada masalah untuk mengenalpasti potensi jualan produk RR, MRR dan PLR… rugi tak download.

    Download…. jangan tak download !!!

  4. ejam 说:

    setakat hari nie xpenah lagi mis download majalahIM nie,
    moga terus kekalkan ler isi kandungan yg mantap dan menyentap ni.

    *p/s: dh masuk june nie xde citer2 pengenalan pun pasal niagakit v2.0 nie, dh xsbr nk tgk, mana tau bleh rembat 1 ker…kluarkan preview skit pun jd ler, dh naik gian menunggu niagakit ni…hehehe

  5. wamaz 说:

    Syabas !!! banyak info & input berguna serta padat dapat di perolehi dr majalahIM. Semoga terus maju dlm menghasilkan majalah yg berwibawa ini. Byk yg dpt sy pelajari tentang IM berserta tips-tips penting drp penulis berpengalaman & terbukti keberkesanannya. Rugi jika tak baca……Syabas sekali lagi.

  6. emmnazady 说:

    yeh….nie yg aku tunggu-tunggu nie..

  7. Nasmee 说:

    hi…..Adly
    berjayalah majalah angkau

    bila nak balik di kampung……

    wassalam

  8. khalifah 说:

    memang power arr,,
    ada je idea baru.. hehe
    suppoort semua……..

  9. Halim 说:

    Alhamdullilah, satu perkongsian ilmu daripada team Majalah IM. Semoga semua yang minat perniagaan dapat memanfaatkan majalah ni termasuklah yang menulis ni :)

  10. abgzol 说:

    Syabas kat team MajalahIM kerana tak pernah kering idea utk menerbitkan emajalh ni setiap bulan dgn topik2 yg best2 belaka. Peh! Design ecover tu mengancam ler..! Takdek pertandingan review ke kali ni :) Semoga topik kali ini akan membuka minda semua agar lebih memahami konsep buat duit dengan produk2 RR atau MRR atau PLR. Ikon kali ni juga mantap..bro Abooain yg memang tersohor dgn niche beliau..buat duit dengan produk MRR,RR & PLR! Selamat mendownload..

  11. Fadzil 说:

    Majalah IM ni memang banyak bagi maklumat yg berguna. Teruskan usaha ini agar peminat akan terus sokong dgn penuh padu kpd korang semua.

  12. khairizam 说:

    ini first time download majalah IM. memang informational..dalam bahasa melayu pulak tu. takda pening kepala…haha. terima kasih kepada team Majalah IM kerana usaha anda..

  13. choi 说:

    Dah makin boring lah baca majalah IM nih. dah jadi macam buku test budak sekolah. kene ringankan lagi jangan jadi skema sangat. Apelah teks-teks karang macam budak sekolah. kamon la, takkan korang semua budak-budak skema kot? Artikel-artikel pun dah macam takde bende baru dah rasa. ulasan-ulasan pun macam takde fakta.

  14. mail_kb 说:

    u guys rawk bro…..
    semoga terus berjaya…..

  15. nakaltitude 说:

    Assalamualaikum, sudah lama rasanya aku tak ikuti perkembangan Majalah IM ni. Rupa-rupanya dah banayk kemajuan yang telah dicapai oleh geng Flabiz sekrang ni. Terima kasih bebanyak diucapkan diatas usaha murni team Flabiz yang bertungkus lumut mendapatkan maklumat dan berkingsi pengetahuan secara percuma kepada para pembaca. Team Majalah IM you rocks!

  16. JHafiz 说:

    heran jugak… camne ust abooain leh jalan kan bsnes produk dgtal je? fokus situ je. pendapatan pon mantap. 2 yang pelik tu.. tak ramai kan yang wat mnde ni,,,

  17. sah90 说:

    Best tul keluaran majalah im..
    Macam2 ada..He3
    macam iklan astro lak..:)

  18. azman 说:

    salam bro..

    tolong bagi link untuk donlod maj im bil 14 .tq

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)