Berfikir Seperti Seorang Jutawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baby Membaca Buku Donald Trump

Di dalam apa jua perniagaan termasuk juga perniagaan Internet kita seringkali mendengar bahawa untuk berjaya di dalam perniagaan, kita semua perlu memiliki minda sebagai seorang usahawan. Bagi saya, salah satu lagi element untuk berjaya di dalam perniagaan Internet ialah kita perlu berfikir sepertimana seorang jutawan. Anda perlu sedar bahawa kesan pemikiran seseorang adalah sangat hebat dan kenapa kita tidak berfikiran seperti orang yang telah berjaya kan? :)

Konsep mudah bagaimana seorang yang kaya berfikir ialah duit bekerja keras untuk mereka. Ya, inilah rahsia terpenting golongan kaya untuk terus kekal di dalam kekayaan mereka. Secara logik untuk menjadi kaya, kita perlu rajin dan kuat berusaha. Tetapi satu perkara yang kita tidak sedar ialah orang kaya sebenarnya kuat berusaha untuk memastikan bahawa duit mereka bekerja untuk mereka.

Bagaimana konsep berfikir seperti seorang jutawan ini boleh diaplikasikan di dalam perniagaan Internet?

Di Sebalik BetterEdit.com

Jika soalan ini diajukan saya kerap memberikan contoh yang saya iaitu laman web BetterEdit.com. Laman web ini dahulunya ialah kepunyaan seorang usahawan Internet dan blogger terkenal iaitu Yaro Starak. Laman web tersebut menawarkan perkhidmatan menulis esei, menyemak esei dan banyak lagi. Mengikut sejarah kewujudan laman web tersebut, Yaro Starak tidak membuat sendiri kerja-kerja perkhidmatan tersebut tetapi beliau telah mengupah seorang lecture Bahasa Inggeris untuk melakukan kerja part-time.

Beliau hanya memasarkan perkhidmatan tersebut dan jika terdapat tempahan maka si lecture tersebut akan menyiapkan kerja tersebut. Setelah beberapa bulan berlalu, Yaro Starak ini telah mempunyai beberapa orang pekerja di bawah beliau khas untuk laman web BetterEdit.com sahaja dan sudah pasti beliau telah mengaut banyak keuntungan hasil daripada kerja orang lain. Adakah anda sudah nampak dengan jelas bagaimana konsep ini berlaku?

Saya fikir walaupun anda tidak mahir di dalam Bahasa Inggeris janganlah salah takdir tetapi gunakan akal anugerah Tuhan untuk memanipulasikan keadaan. Anda boleh mengupah orang lain ataupun melakukan joint venture dengan mereka untuk sama-sama mengaut keuntungan. Begitulah bagaimana seorang usahawan yang berjaya berfikir dan mereka tidak pernah sesekali menyalahkan keadaan diri mereka yang daif. Bacalah sejarah Lim Goh Tong dan anda pasti kagum bagaimana seorang yang buta huruf boleh menjadi billionaire!

Di Sebalik GaleriBatik.com

Sedikit perkongsian, saya juga menggunakan konsep yang sama untuk satu projek kami (Team FlareBiz) iaitu GaleriBatik.com. Dahulu laman web ini memasarkan batik-batik daripada Kelantan tetapi kini tergendala seketika kerana kami agak sibuk dengan projek-projek lain dan Insyallah akan kembali beroperasi selepas ini. Kami sebenarnya totally zero knowledge mengenai batik dan jika pelanggan bertanyakan soalan mengenai batik sudah tentu kami perlu bantuan pak cik Google untuk memberikan jawapan. :D

Tetapi cuba anda fikir bagaimana kami dapat menjalankan perniagaan batik secara online? Kami menggunakan konsep joint venture yang menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu kami dan juga supplier. Segala penghantaran barang, pertanyaan pelanggan dan segalanya berkaitan batik akan diurus oleh supplier. Manakala kami pula akan menggunakan keparakan kami di dalam bidang pemasaran untuk memasarkan produk-produk batik tersebut dan juga bahagian teknikal untuk menyiapkan web tersebut. Alhamdulillah hasil yang diperolehi sangatlah lumayan.

Semoga perkongsian saya pada kali ini memberikan 1001 manafaat kepada anda semua dan semoga perniagaan Internet anda bertambah maju dengan tip yang saya kongsikan pada hari ini. Akhir kata cuba renungi kata-kata Henry Ford ini “Most people spend more time and energy going around problems than in trying to solve them!“.

sekian.

p.s: Projek GaleriBatik.com kami akan berjalan seperti biasa selepas ini dengan kehadiran NiagaKit V2. Ini bermakna anda juga boleh menjual produk fizikal di Internet dengan NiagaKit V2. Siapa kata anda tidak boleh memulakan perniagaan Internet walaupun tanpa kemahiran membina laman web? Semuanya tidak mustahil dengan NiagaKit V2. ;)

{ 39 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

39 Responses to “Berfikir Seperti Seorang Jutawan”

  1. ejam 说:

    bila nak kluar niagakit v2 nie, dah lama gak tunggu…kalau tak pun kluarkan video atau info yg boleh menyebabkan org meleleh air liur dan tidur malam terganggu akibat penangan niagakit v2 tu…hehe

    tak sabar dah nie, tidur malam termimpi-mimpi, tidur siang keluar air liur basi…hahaha

    *niagakit v2 bleh jd bisnes best dgn cara jd org tgh spt betteredit.com tu, kita cari peniaga offline dan tawarkan dia kaedah kedai online nie…hidup niagakit v2.

  2. milsum 说:

    Yeah..nantikan kelahiran semula GaleriBatik.com!
    InsyaAllah….

  3. Aqif 说:

    Perkongsian yang amat menarik
    “Duit yang bekerja untuk kita”

    :)

    Tetapi semuanya bermula dengan diri kita dulu.

    Caiyok!
    :)

  4. Zairi Zaidi 说:

    Owh…
    Baru tahu rahsia batik dia…
    Dulu terfikir jugak pasal ni.

  5. Man Cool 说:

    bfikir cam jutawan..
    bunyi pn da cool.. hehe
    niaga kit ni cam projek besar yg leh mmbntu depa2 yg
    tingin sgt nak start bisnes internet tp xde klue.. mest mau tggu py.. :)
    Caya la Adly… Ngak lupe gak En.Zaf..hehe

  6. mirul 说:

    Info yang menarik … btw, saya tertarik dengan kisah Yaro Starak tu – menggunakan kepakaran orang lain (bahasa Inggeris) dan kepakaran sendiri (mengurus tempahan, marketing) untuk mendapat pulangan lumayan :)

  7. yatie 说:

    xterpikir pun pasal nak gune kepakarn org lain..saya pun ader beberapa product yg ader market tp xreti ckit pasal web nie..

  8. zool 说:

    Baby tu baca buku memang cool…

  9. Adney 说:

    entry yg good.. ade value dan perkare lame yg x pernah diperasan untuk difikir.. now, da perasan, ye x ye jugak.. betul ape yg adly ckp kan ni.. tq tq ;)

  10. zai 说:

    Menarik info yang di beri. terima kasih kerana bagi idea.
    Saya sekarang sedang buat bisnes Biskut dan kek unt raya.
    Untuk bln lain saya menjual acar buah yang di hantar ke kedai2.
    saya berminat nak jual secara online. tetapi……
    saya baru dok belajar bagaimana nak membuat website .
    terima kasih

  11. hmmm rasa berminat je niaga kit ni..tunggu modal masuk dulu..

  12. Noor Jamalia Ariffin 说:

    Ada buku tapi tak tau cara nak luaskan pasaran melalui internet. Serah bulat-bulat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka uruskan. Tak tau nak buat website sendiri. Bagus idea upah orang yang pakar…Terima kasih info yang sangat menarik.

  13. Niks 说:

    Salam ,

    Saya berminat utk menempah NiagaKit V2. berapkah kosnya?

  14. assalamualaiikum is it possible we meet face to face as soon as possible because I need more information on this program…thank you..mohd

  15. MY 说:

    Idea yang bernas. Jika semua orang kat Malaysia berfikiran begini, pasti tak ada lagi istilah Pengangguran. Aman damai negara.

  16. ab .ghafor hj.mashuri 说:

    Hi,
    Anda berdua semuga ceria2 selalu.
    Saya tabik spring kpd anda berdua kerana tak
    jemu2 memberikan idea2 yg cukup baik dan
    tip2 berguna juga pengetahuan internet-biz
    yg baik utk dipraktikan oleh semua umat
    klicker. Saya sentiasa mengikuti perkembangan
    anda dan IM. Semuga ALLAH swt memberkati anda.

  17. kedaishah 说:

    Bro bila nak lancar niagakit V2 tak sabar nak upgarade minisite saya ke shopping cart

  18. ptadrus 说:

    hermm..
    satu informasi yang bagus dan berguna..
    sihat x bos?he3
    ok,saya percaya anda semua sedia maklum mengenai duit bekerja untuk kita..
    prinsip inilah yang digunakan oleh orang2 kaya..
    tapi ramai sebenarnya tidak fikir secara mendalam..
    dan 1 lagi yng ingin saya tambah,ramai juga yang trsilap apabila diri sendiri yng bekerja untuk mencari duit,bukan duit sendiri yang mncari duit!
    fikir-fikirkanlah…

  19. Kak biosinar 说:

    Assalammualaikum wrb.

    Akak nie nak belajarlah dengan adik-adik yang genius. Gini, akak jadi stokis produk sabun pencuci. Telah memasarkan di kedai-kedai berhampiran selain melantik pengedar. Adakah niagakit dapat membantu. TQ dapat belajar dari adik-adik yang pintar.

  20. anuarahamad 说:

    setuju kita kena guna orang lian untuk capai matlamat kita
    asalkan win -win sitution ok lah.
    contoh kita dapat kerja tukar paip air, sepatah haram pun kita tak tau, cari orang yang mahir, upah dia dapat bayaran kita ambik kita punya dia ambik dia punya

  21. tarmizi 说:

    bila saya masuk galeribatik, satu amalan yg tidak sihat berlaku lagi. iaitu dengan mengambil geng2 sendiri sebagai testimonial. carilah pengguna yang betul2 beb!

  22. arulrempet 说:

    fuh…..mantap…kenapa tak buat seminar jer…semua orang boleh lihat dengar dan belajar….gerenti masyuk lebanon

  23. abrablog 说:

    hoho..betul tu labanon..

  24. Sofrieza jane 说:

    Dah pernah minta niagakit dulu … tapi kata x ada buat sementara waktu. Byk sgt yg jual e-book … soal nak buat web lah .. apa lah .. blaa blaa.. , tpi bila kita email tanya balik minta guide semua senyap! … kut! kut! yg nie pulak prihatin x tau lah .. , sya mau joint yg betul2 guide sampai ler tu web bebenor siap d layarkan… , ada? kalo yea hubungi sya .

  25. MsLemon 说:

    Yela Sofireza, sy setuju dgn awk…
    sy minat sgt buat perniagaan melalui internet nih…mcm2 idea ade kat kepale nih….
    tapi lgsg xde idea mcm mane nk stat…Lebanon, kalo bole tolongla kami nih……=0

  26. Fazli 说:

    tak sama jual produk dan servis. bila dah jual produk, penjual hanya akan support pada kelemahan produk saja. mungkin saudari boleh cari org yg boleh bg servis buat web. kalau ada salah dan silap maafkan yer. niaga kit ni mmg ada dalam pale otak saya. mmg dah lama nak buat kedai online ni. produk byk dah. huhuhu…

  27. Latifah 说:

    Salam.
    Saya nak guna niagakit versi pertama. Hasilnya sangat puas hati. Rasanya niagakit V2 pasti lebih umpp…Labanon, kalau nak upgrade V1 ke V2 bleh dapat special price ke…? hu hu

  28. op 说:

    niaga kit tu ape..??

  29. fadli 说:

    wah…betul 2…saya sokong…cara yang at berkesan dalm menjalankan bisnes internet sebagai supplier…saya pun tengah berusaha kearah itu…

  30. fadzlihani 说:

    Salam bro, tak sabar nak tunggu Kit Niaga V.2

  31. densu.ws 说:

    baik punya idea, saya dah ada sebuah rumah nak jual diniaga kit ni, 4000ka persegi tanah ada rumah rm 150k.

  32. Khairul 说:

    Bagus..terima kasih kerana beri info yang baik.

  33. info yg hebat dari anak muda yg hebat….mantop….ngetop sokmo ore kelate…:))

  34. sah90 说:

    memang berfikiran seperti jutawan..
    Good2..
    (^_^)

  35. abrablog 说:

    ehm..info yang bagus untuk dibaca.

  36. syahsuke 说:

    sekarang saya berfikir seperti seorang jutawan…..perkara pertama yang hendak dibuat pada hari ini…..emmmmmm..promote

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)