By Adly a.k.a Labanon on 二月 7, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak kami menganjurkan mini-seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal, ramai orang-orang yang hebat datang ke pejabat kami. Alhamdulillah, setakat ini pejabat kami tidak pernah kering dengan pelawat dan juga para pelanggan.
Seronok sebenarnya dapat jumpa ramai orang yang hebat di dalam bidang-bidang tertentu.

Tidak kurangnya yang datang sudah menjalankan perniagaan konvensional bertahun-tahun lamanya. Nah, ini satu peluang yang baik untuk kami semua belajar selok-belok dalam dunia perniagaan konvensional. Setiap daripada orang-orang hebat ini biasanya akan mengutarakan idea yang menarik dan memang idea tersebut boleh dikomersialkan sehingga kita boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on 二月 2, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat masa sekarang saya dan rakan-rakan tersangat sibuk dengan beberapa perkara. Mungkin sekarang titik tolak perjuangan kami pada tahun ini untuk mencapai segala impian yang telah dihajatkan. Seperti yang kami nyatakan pada entri lepas iaitu kami perlu lakukan sesuatu pada tahun ini dan alhamdulillah nampaknya permulaan tahun ini sangat baik.
Kami telah sibuk dengan beberapa perkara sejak beberapa hari lepas antaranya ialah:
1) Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.

Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on 一月 28, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, nampaknya permulaan tahun 2010 sangat baik bagi kami kerana banyak benda-benda yang positif berlaku di sekitar kami. Permulaan tahun ini juga sebenarnya menyebabkan kami sibuk yang teramat sangat kerana syarikat kami FlareBiz Network berpindah ke pejabat baru di kawasan Diamond Square juga. Bagaimana pula dengan permulaan tahun baru anda? Adakah semua okay?
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on 一月 17, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini terlalu ramai yang bercita-cita menjadi usahawan. Pelbagai bidang diceburi, bermacam sektor di terokai, ratusan industri diceburi. Boleh dikatakan usahawan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ada usahawan internet, usahawan MLM, usahawan biotech, usahawan tani dan banyak lagi cabang yang tidak mampu ntuk dinyatakan. Begitu ramai yang menceburi bidang ini namun yang betul-betul berjaya dan bertahan hanyalah segelintir sahaja. Mengapa ini berlaku?
Ramai usahawan tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memerlukan satu ‘tool’ yang dikenali sebagai Minda Usahawan untuk memastikan mereka boleh bertahan lama dan terus maju dalam industri. Terlalu ramai usahawan yang memperlekeh perkara ini. Pada mereka itu hanyalah isu remeh temeh sahaja. Apa yang lebih penting adalah modal dan ‘contact’ untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Sebab itulah ramai yang mencari ‘contact’ daripada mencari ilmu berniaga. Sikap inilah yang mengakibatkan ramai usahawan gulung tikar setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on 一月 15, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai usahawan Internet yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan OTO di dalam perniagaan Internet mereka. Konsep penggunaan OTO ini sangat luas dan jika anda bijak menggunakannya, maka anda akan dapat menambah lagi keuntungan yang sedia ada.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on 一月 9, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada beberapa orang sahabat Internet Marketer bertanya kepada saya, “Email yang bagaimanakah berkesan untuk dihantar kepada subscriber?“. Satu soalan yang bagus dan tahniah buat sahabat kerana anda bertanya kepada orang yang tepat.
“Ceh, perasan habis,” mungkin ini bisik hati anda. Tapi tunggu dulu, kerana saya telah membuat kajian terperinci mengenai bagaimanakah email yang mampu memberikan conversion rate yang tinggi jika anda mempromosikan sesuatu produk. Teruskan membaca untuk mengetahui rahsianya.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on 一月 4, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari ke-empat tahun 2010 barulah saya sempat untuk mencoretkan entry pertama saya di sini. Sudah lama rasanya tidak memberikan sesuatu yang berguna buat pembaca blog ini dan itupun jika masih ada pembaca blog ini.
Entry pada kali ini hanyalah sekadar ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakan-rakan, para pelanggan dan sesiapa sahaja yang mengenali Team FlareBiz & warga kerja Majalah IM. Semoga tahun 2010 ini akan membuat anda semua lebih bersemangat, bertenaga dan lebih berani untuk menghadapi segala cabaran hari mendatang.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Aqif on 十二月 28, 2009

Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan 3 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Artikel kali ini pula akan menjurus pada penjanaan wang melalui affiliate iaitu dengan pemberian hadiah percuma pada prospek atau bakal pembeli anda. Saya yakin anda semua menyukai sesuatu yang percuma, lebih-lebih lagi jika produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Begitu juga para prospek anda, mereka sentiasa dahagakan sesuatu yang percuma daripada anda. Dalam dunia perniagaan internet, pemberian percuma yang saya maksudkan adalah seperti:
- Laporan percuma (Dalam bentuk PDF)
- Ebook
- Kandungan email yang mempunyai informasi, tips dan panduan
Walaupun ramai yang sedar pemberian percuma ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang sebagai affiliate marketer, namun masih ada lagi yang gagal kerana Baca artikel ini selanjutnya »
By Aqif on 十二月 23, 2009

Istilah “Buat duit di internet” kini sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Ini berikutan sudah banyak bukti yang telah ditunjukkan dari semasa ke semasa. Tidak salah juga jika saya katakan bahawa terdapat beberapa individu yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini dan meninggalkan kerjaya sedia ada.
Membuat keputusan sedemikian memerlukan kewangan dan perancangan yang kukuh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang pada tahun 2010. Tiga cara ini telah dibuktikan berkesan bagi dan amat sesuai untuk Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on 十二月 19, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gambar di atas adalah petikkan komen daripada satu entry oleh saudara Gobala Krishnan di blognya. Saya dan Zhafran selalu menerima permintaan untuk mengajar mengenai perniagaan Internet daripada individu-individu yang dahagakan ilmu dan begitu semangat untuk memulakan perniagaan Internet. Tetapi malangnya, ramai di antara mereka menganggap kami ini robot dan hamba abdi mereka. Maaf, tetapi inilah hakikat yang terpaksa saya luahkan bagi sesetengah individu yang pada saya tidak berapa pandai untuk menghargai ilmu.
Baca artikel ini selanjutnya »
{ 7 Komen }