Tentang Kami
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana sudi untuk melawat laman web ini. Majalah IM diasaskan pada Februari 2008 dan pembaca electronic magazine ataupun singkatannya ezine ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Siapakah Yang Mengasaskan Majalah IM?
Majalah IM ini telah diasaskan oleh Team FlareBiz dengan kerjasama dan bantuan kuat daripada usahawan Internet tempatan seperti SmartZul, Kak G, Zamri Nanyan, Alang, Irwan Dahnil, Syed Ikhwan, Fuad Latip, Amar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Mohd Amirol, Noorizam Shah, Md Pai, Kartunis Ubi, Sham Raja Adsense dan ramai lagi yang terlibat secara tidak langsung. Selain itu, Majalah IM juga telah dibantu oleh Krew Majalah IM seperti Cik Mal, Nasrun, Hairul, CatZer, Waida dan Nabieel. Tidak lupa juga kepada designer Majalah IM yang sudi bersusah payah berbakti iaitu saudara Nizam Ahmad(Mysticmind) dan kepada pemilik bersama iaitu saudara Rusdy Ahmad(BOB).
Apakah Objektif dan Matlamat Mengeluarkan Majalah IM?
Baiklah secara ringkas adalah seperti di bawah:
- Supaya dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang perniagaan Internet.
- Supaya lebih ramai berminat dengan perniagaan Internet
- Supaya lebih ramai newbie bersemangat ingin terus bergiat dengan perniagaan Internet.
- Supaya dapat mengetahui tip perniagaan daripada pakar.
- Ingin menjadikan ezine ini sebagai medium menyebarkan informasi yang tepat mengenai perniagaan Internet.
- Ingin menjadi ezine perniagaan Internet no 1 di Malaysia.
- Ingin menjadi sumber informasi tentang apa yang berlaku dalam arena perniagaan Internet.
- Sebagai medium sesuai para IM untuk menyuarakan pendapat.
Matlamat dan objektif ini akan sentiasa diperbaiki agar selari dengan keadaan semasa. Semoga anda semua dapat membantu kami merealisasikan objektif dan matlamat ini.
Apakah Konsep Yang Diketengahkan Oleh Majalah IM Untuk Membantu Para Newbie?
Baiklah, kami sebernarnya ingin menyampaikan maklumat secara santai kepada para pembaca. Jika anda nampak sebenarnya konsep yang cuba disampaikan ialah golongan pakar akan berkongsi tip kepada mereka yang masih baru dalam bidang perniagaan Internet. Semoga tip-tip yang dikongsikan dapat memberikan sumber inspirasi kepada mereka yang masih baru ataupun telah berputus asa dengan perniagaan Internet.
Setiap bulan kami akan cuba untuk:
- Wujudkan satu isu untuk dikupaskan.
- Adakan satu temubual eksklusif bersama usahawan Internet untuk mengupas isu tersebut.
- Ada 3-4 artikel untuk menyokong isu yang cuba diketengahkan.
- Artikel-artikel lain yang ditulis oleh para penulis mengikut kepakaran masing-masing.
- Kartun oleh kartunis Ubi supaya Majalah IM nampak lebih santai.
Dan banyak lagi.
Kenapa Majalah IM Diberikan Secara Percuma?
Ramai yang beranggapan kami berikan secara percuma kerana Majalah IM yang kami hasilkan adalah tidak berkualiti. Namun jika anda kaji dan selidik tentang Majalah IM, anda akan ketahui bahawa Majalah IM ini sebenarnya boleh dibuat edisi berbayar kerana terlampau banyak ilmu yang dikongsikan oleh para penulis yang pakar kepada anda. Kami memberikanya secara PERCUMA kerana kami ikhlas untuk menyedarkan rakyat Malaysia khususnya pengguna Internet tentang potensi untuk menjana wang di Internet. Tiada apa yang dipinta oleh kami semua kecuali anda menghargainya.
Berapa Bulan Sekali dan Apakah Tarikh Majalah IM Diterbitkan Pada Umum?
Majalah IM diterbitkan sekali sebulan dan soal tarikh itu kami belum dapat merialisasikanya. Terus terang saya katakan untuk mengeluarkanya pada satu-satu tarikh adalah sangat sukar dan kami telah mencubanya namun tetap gagal. Ini kerana untuk mengeluarkan tepat pada masanya anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 tenaga kerja yang bekerja sepenuh masa untuk menghasilkan majalah. Mungkin pada hari ini kami masih belum mampu tetapi kami berjanji ini akan menjadi realiti pada suatu hari nanti. Konklusinya, sebulan sekali Majalah IM dikeluarkan namun tiada tarikh yang tetap.





