Pemasaran Email Pada Tahun 2010?

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi dan berakhirlah tahun 2009. Saya harap para pembaca majalah IM telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang diinginkan sepanjang tahun ini. Sepertimana yang kita dapat kita lihat, terdapat pelbagai perubahan dan kemajuan yang telah berlaku dalam dunia perniagaan maya dimana kini ramai yang mempunyai persepsi yang positif mengenainya. Jika dahulu, perniagaan internet

Apabila bercerita mengenai teknik pemasaran internet, lain pula ceritanya. Ada yang mengatakan bahawa salah satu teknik pemasaran kini tidak berkesan lagi, iaitu “teknik pemasaran email”. Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Apakah faktor utama yang menyebabkan ramai orang berpendapat demikian?

Dalam post ini saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya mengenai teknik pemasaran email dengan para pembaca setia MajalahIM. Sebelum itu, saya ingin menyuarakan rasa kurang bersetuju bahawa pemasaran email sudah hilang sengatnya. Ini kerana ia masih lagi boleh memberikan pulangan yang lumayan jika kena pada caranya. Bagaimana?

email_marketing_101

Tekankan manfaat yang ingin diberikan kepada subscriber

Jika pada waktu dahulu, pemasaran email adalah mudah untuk dilakukan dimana para subscriber tidak mempunyai banyak pilihan mengenai untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan perniagaan internet dan sebagainya melalui dunia maya ini. Jadi peluang untuk anda menghasilkan jualan amat tinggi kerana mereka tiada pilihan lain selain melaburkan wang terhadap produk atau perkhidmatan yang anda sarankan.

Kini, dunia internet telah berubah dan para subscriber juga semakin bijak membuat pilihan. Promosi secara membuta tuli hanya akan menyebabkan anda diberi nama jolokan “tidak professional” dan dicop sebagai spammer dimana dalam email yang telah mereka subscribe hanya mempromosikan produk atau perkhidmatan sahaja tanpa disertakan maklumat yang bermanfaat.

Jadi, perubahan yang boleh dilakukan ialah dengan menyalurkan informasi yang berguna kepada para subscriber terlebih dahulu dan menjalinkan hubungan kemanusiaan dengan mereka. Walaupun perkara ini kelihatan kecil, namun impak yang bakal anda peroleh adalah jauh lebih besar daripada sangkaan anda.

Penjualan adalah berdasarkan hubungan yang dijalinkan

Penjualan berdasarkan hubungan ini lebih menjurus pada teknik “Relationship Marketing” dimana perhubungan antara anda dan subscriber dengan menggunakan sistem autoresponder diutamakan terlebih dahulu sebelum mempromosikan sesuatu.

Mungkin beberapa idea di bawah dapat memberikan anda gambaran yang jelas mengenai teknik ini:

  • Jadualkan pemberian informasi, tips dan panduan dalam email anda kepada para subscriber.
  • Pastikan bertanyakan soalan atau pandangan para subscriber anda dalam jangka masa sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  • Apabila ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan (termasuk affiliate), pastikan anda mempunyai kemukakan pandangan anda sendiri terhadap produk atau perkhidmatan tersebut dengan memberikan review kepada para subscriber.

Dengan mengamalkan tiga perkara di atas, maka proses penjualan akan menjadi lebih mudah kerana ia telah meningkatkan kepercayaan subscriber terhadap anda. Sentiasa ingat bahawa para subscriber kini mempunyai banyak pilihan dimana mereka boleh membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan selain daripada anda.

Oleh itu, anda perlu memberikan sesuatu yang bermanfaat terhadap mereka terlebih dahulu. Barulah mereka dapat rasakan ia sesuatu yang berbaloi apabila melakukan jual beli dengan anda kelak.

Gunakan konsep “information packaging”

Anda juga disarankan untuk memberikan sesuatu maklumat yang telah dipakejkan kepada mereka. Maksud pakej disini adalah seperti ebook, audio dan pelbagai medium yang boleh diedarkan secara percuma tanpa melibatkan sebarang kos (atau kos yang rendah).

Dengan menyediakan pakej informasi seperti ebook dan sebagainya, anda telah memberi kemudahan untuk para subscriber menilai sejauh mana maklumat yang anda mampu berikan kepada mereka. Oleh itu, pastikan informasi yang dipakejkan mempunyai kualiti dan keunikan yang tersendiri.

Semoga perkongsian saya dalam artikel ini dapat membantu anda meningkatkan penguasaan teknik pemasaran email. Hakikat sebenar yang anda perlu tahu ialah bukan pemasaran email ini tidak berkesan, cuma anda perlu menjadi lebih kreatif dan sentiasa tingkatkan nilai dan manfaat yang boleh diberikan pada subscriber anda dari semasa ke semasa.

{ 26 Komen }

Mengenai Penulis : Aqif

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan usahawan internet dan tugas beliau adalah membantu prospek membina perniagaan dengan sistem yang dinamakan 7 Figure Venture . Sebuah sistem MLM yang membantu usahawan menerangkan peluang perniagaan dengan lebih beretika, professional dan efektif. Untuk maklumat lanjut, sila layari AqifStrategi.com

26 Responses to “Pemasaran Email Pada Tahun 2010?”

  1. aminjohar says:

    Pemasaran melalui email AJ belum mengaktifkan diri lagi. :-)

    Yup. nak membuat pemasaran melalui email ini juga memerlukan pembelajaran yang lebih teliti dan teratur. Teknik-teknik yang betul. Strategi pemasaran yang berkesan. Masih dalam nak berjinak-jinak lagi. :-)

    Kos email marketing juga faktor tuk AJ tidak menjalankan lagi.

    Apa yang AJ lihat sekarang marketing melalui blogging adalah lebih effisen tuk AJ disamping penjimatan kos yang maksium. Kos masa dan tenaga sahaja agak banyak diperlukan. :-)

    Sasaran AJ tuk mencapai kejayaan seperti bro Rohaizad :-)

    • Aqif says:

      Tidak dinafikan bahawa blogging kini merupakan medium pemasaran yang efektif. Namun setiap teknik pemasaran ada pro dan kontra.

      Seperti yang AJ katakan, apabila melakukan teknik pemasaran menggunakan blog, kos kewangan dapat diminimumkan tetap kos tenaga dan masa perlu dimaksimumkan.

      Manakala pemasaran email pula lain, dimana walaupun kos kewangan meningkat, tetapi kos masa dan tenaga dapat dijimatkan.

      Walau apa-apapun, kedua-dua teknik pemasaran ini dijamin efektif dan dapat memberikan keuntungan jika kita bijak mengaplikasikan. :)

  2. mzm says:

    Saya setuju dgn bro aqif. Bagi saya email marketing masih antara teknik pemasaran yang unggul. Cuma kita perlu kreatif lagi dalam mendekatkan diri dengan subscriber kita. Selain dari mempromosi produk, info2 yang berkaitan juga jangan diabaikan dalam tujuan pembangunan IM itu sendiri. Satu perkongsian yang menarik !

  3. code7 says:

    Email marketing ni kene ada tekniknya… Kebanyakan jutawan siber dunia sentiasa buat list baru mengikut keperluan. Ada 1o cara tingkatkan keberkesanan email marketing yang patut diketahui semua org. Dan masih ada byk ruang utk improvised / kaizen… :)

    • Aqif says:

      Setuju dengan pandangan bro. Kaizen? CANI (Continuous and Never-Ending Improvement) – Ayat daripada Anthony Robbins. ;)

      • code7 says:

        mmg itulah falsafah kaizen sebenarnya.. my mentor said.. quality is a journey, not a destination.. sbb itulah kene improvised selalu.. ia sebenarnya menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya…

        • Aqif says:

          Terima kasih atas peringatan ini. :)

          • rahsiaebiz says:

            no prob.. sama2 kita berusaha utk lebih baik.. Saya rasa tahun 2010 perlukan suatu kelainan di dalam email marketing campaign.. Bukan setakat list yg besar, tetapi list yg berkualiti & responsif.. sbb itu kita perlu monitor statistic open rate & conversion rate supaya list yang dibina adalah berkualiti.

  4. hasbulaqill says:

    uh
    ingatkan labanon tulis artikel nih
    sejak bila bro ambik alih ni
    :D

    insyallah tahun depan saya mula serius tknik pemasaran email ni
    :)

    • Aqif says:

      Mana ada saya ambil alih. Perkataan tu agak tinggi bahasanya. Saya cuma berkongsi ilmu dengan para pembaca majalahIM setakat mana yang termampu.

      Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan. ;)

  5. bluedianthus says:

    Rasanya pemasaran email ini lebih kepada membimbing dan bukannya
    promosi semata-mata. Sebagai contoh team flarebiz dan Dr. Irfan Khairi
    yang memberi suntikan motivasi dalam setiap email follow-up..
    Relationship marketing dan information packaging…sy sangat bersetuju..;)

    • Aqif says:

      Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel yang tidak seberapa ini.

      Sekadar berkongsi ilmu.

    • Shahrul says:

      Ya, sy sgt sukakan e-mail follow-up drpd Dr. Irfan Khairi. Beliau byk memberikan motivasi sambil mempromosikan aktiviti2 Dr. Irfan tanpa mempromosikan produk2 org lain.

      Tidak seperti IM2 lain, first e-mail bg ebook free. Lepas tu, blast promosi2 produk affiliate. Tambah2 lagi, dpt e-mail affiliate drpd beberapa org IM. E-mail pertama, kedua baca lg. Masuk e-mail ketiga dan seterusnya, terus delete. Kdg2, terus unsubcribe.

  6. muhdfaiz says:

    kadang-kadang de segelintir IM yang menggunakan kesempatan dengan list mereka untuk membuat duit semata-mata tanpa berkongsi tip-tip yang menarik kepada list mereka..saya respek dengan seorang IM iaitu bro Jamal yang memang m’jaga list dye..susah nak JV ngan bro jamal..hehe

  7. jai@jaigoku says:

    Huhu.. Lama betul tak ke laman ni..
    Betul Bro dan thanks kerana berkongsi dengan semua.. :)

  8. fahmie says:

    Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.. memang menarik :)

  9. Pemasaran email antara teknik pemasaran yang harus digunakan. Teknik ini memang berkesan.

  10. tahr_bss says:

    Email marketing memang merupakan tool yang sangat berguna jika nak berjaya dalam pemasaran terutamanya perniagaan online. Selain itu ada juga teknik-teknik lain yang boleh digunakan tetapi cuma merupakan pilihan cara pemasaran.

  11. bina badan says:

    selamat tahun baru untuk adik labanon…..doakan jombinabadan.com terus success….hehe

  12. Fauzi says:

    Tak berkesan sangat tu.. bukan apa sebab banyak sangat marketer (IM) yg promote, so.. penerima tak tau nak pilih, lg pun kadang tu.. penerima dah ada atau tak perlukan produk yg dipromosi sebab dah ada yg lain. asyik niche yg tu.. jugak, jadi penerima emel dah bosan sebab sekali bukak emel senarai dlm inbox dah banyak membuat promosi dari IM yg bertaburan kat malaysia ni.. jadi buat satu kelainan mcm mana .. ok tak

    • Poji says:

      Biasanya perkara mcm ni sebab produk MRR yg mana mudah tepu. kekuatan pemasaran emel dah terbukti puluhan ribu ringgit dari ramai IM so… tak dapat dinafikan lagi.

  13. Jutawan muda says:

    setuju….email merupakan salah 1 jln utk mengembangkan BIZnes anda…….
    semoga berjaya………

    http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)