Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saban hari saya menerima emel daripada pembaca Majalah IM yang ingin berhenti kerja dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. Mereka ini nampaknya bersemangat dalam menghantar emel sambil membayangkan mereka tidak lagi akan terikat dengan masalah pejabat yang melecehkan. Bagi saya ini merupakan satu perkembangan yang sangat bagus dan juga merupakan petanda baik bagi industri perniagaan Internet tanah air.
Saya membalas dengan bertanya mereka apakah perniagaan Internet yang mereka jalankan sekarang sehingga mahu berhenti kerja. Kebanyakannya membalas mereka masih belum lagi memulakan perniagaan Internet tetapi akan dimulakan sebaik sahaja berhenti kerja. “Wah, ini merupakan seorang usahawan sejati” detik hati saya. Saya bertanya lagi satu soalan yang agak simple tetapi memberikan kesan yang sangat besar iaitu apakah perancangan jangka panjang perniagaan Internet anda sehingga sanggup berhenti kerja? Mereka menjawab perancangan juga akan dibuat sejurus saya berhenti kerja.
