Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya percaya ramai diantara kita semua yang sudah bosan untuk berbicara tentang fokus dalam konteks perniagaan Internet. Ini kerana perkara ini sudah dibincangkan secara meluas namun jika kita selami hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar bertindak untuk fokus dalam mencari duit secara online. Yang lain rata-rata seperti lalang yang berayun mengikut arah angin dan akhirnya tunduk rebah tidak berdaya untuk bangkit lagi.
Ini kisah benar dan anda mesti membaca dengan sepenuh perhatian sambil berfikir adakah anda juga seperti kawan saya ini. Saya mempunyai seorang kawan yang saya kenalnya pada 2 tahun lepas di forum dan kami sering bertukar pendapat tentang teknik-teknik untuk mencari duit di Internet. Dia seorang yang bagus kerana tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan saya terkejut kerana dia mengetahui hampir semua perkara!
