Majalah IM - Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia » pemasaran internet yang berkesan

Pemasaran Email Pada Tahun 2010?
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi dan berakhirlah tahun 2009. Saya harap para pembaca majalah IM telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang diinginkan sepanjang tahun ini. Sepertimana yang kita dapat kita lihat, terdapat pelbagai perubahan dan kemajuan yang telah berlaku dalam dunia perniagaan maya dimana kini ramai yang mempunyai persepsi yang positif mengenainya. Jika dahulu, perniagaan internet

Apabila bercerita mengenai teknik pemasaran internet, lain pula ceritanya. Ada yang mengatakan bahawa salah satu teknik pemasaran kini tidak berkesan lagi, iaitu “teknik pemasaran email”. Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Apakah faktor utama yang menyebabkan ramai orang berpendapat demikian?

Dalam post ini saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya mengenai teknik pemasaran email dengan para pembaca setia MajalahIM. Sebelum itu, saya ingin menyuarakan rasa kurang bersetuju bahawa pemasaran email sudah hilang sengatnya. Ini kerana ia masih lagi boleh memberikan pulangan yang lumayan jika kena pada caranya. Bagaimana?

Tekankan manfaat yang ingin diberikan kepada subscriber

Jika pada waktu dahulu, pemasaran email adalah mudah untuk dilakukan dimana para subscriber tidak mempunyai banyak pilihan mengenai untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan perniagaan internet dan sebagainya melalui dunia maya ini. Jadi peluang untuk anda menghasilkan jualan amat tinggi kerana mereka tiada pilihan lain selain melaburkan wang terhadap produk atau perkhidmatan yang anda sarankan.

Kini, dunia internet telah berubah dan para subscriber juga semakin bijak membuat pilihan. Promosi secara membuta tuli hanya akan menyebabkan anda diberi nama jolokan “tidak professional” dan dicop sebagai spammer dimana dalam email yang telah mereka subscribe hanya mempromosikan produk atau perkhidmatan sahaja tanpa disertakan maklumat yang bermanfaat.

Jadi, perubahan yang boleh dilakukan ialah dengan menyalurkan informasi yang berguna kepada para subscriber terlebih dahulu dan menjalinkan hubungan kemanusiaan dengan mereka. Walaupun perkara ini kelihatan kecil, namun impak yang bakal anda peroleh adalah jauh lebih besar daripada sangkaan anda.

Penjualan adalah berdasarkan hubungan yang dijalinkan

Penjualan berdasarkan hubungan ini lebih menjurus pada teknik “Relationship Marketing” dimana perhubungan antara anda dan subscriber dengan menggunakan sistem autoresponder diutamakan terlebih dahulu sebelum mempromosikan sesuatu.

Mungkin beberapa idea di bawah dapat memberikan anda gambaran yang jelas mengenai teknik ini:

Jadualkan pemberian informasi, tips dan panduan dalam email anda kepada para subscriber.

Pastikan bertanyakan soalan atau pandangan para subscriber anda dalam jangka masa sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Apabila ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan (termasuk affiliate), pastikan anda mempunyai kemukakan pandangan anda sendiri terhadap produk atau perkhidmatan tersebut dengan memberikan review kepada para subscriber.

Dengan mengamalkan tiga perkara di atas, maka proses penjualan akan menjadi lebih mudah kerana ia telah meningkatkan kepercayaan subscriber terhadap anda. Sentiasa ingat bahawa para subscriber kini mempunyai banyak pilihan dimana mereka boleh membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan selain daripada anda.

Oleh itu, anda perlu memberikan sesuatu yang bermanfaat terhadap mereka terlebih dahulu. Barulah mereka dapat rasakan ia sesuatu yang berbaloi apabila melakukan jual beli dengan anda kelak.

Gunakan konsep “information packaging”

Anda juga disarankan untuk memberikan sesuatu maklumat yang telah dipakejkan kepada mereka. Maksud pakej disini adalah seperti ebook, audio dan pelbagai medium yang boleh diedarkan secara percuma tanpa melibatkan sebarang kos (atau kos yang rendah).

Dengan menyediakan pakej informasi seperti ebook dan sebagainya, anda telah memberi kemudahan untuk para subscriber menilai sejauh mana maklumat yang anda mampu berikan kepada mereka. Oleh itu, pastikan informasi yang dipakejkan mempunyai kualiti dan keunikan yang tersendiri.

Semoga perkongsian saya dalam artikel ini dapat membantu anda meningkatkan penguasaan teknik pemasaran email. Hakikat sebenar yang anda perlu tahu ialah bukan pemasaran email ini tidak berkesan, cuma anda perlu menjadi lebih kreatif dan sentiasa tingkatkan nilai dan manfaat yang boleh diberikan pada subscriber anda dari semasa ke semasa.

Related posts:

3 Cara Mudah Untuk Buat Duit Di Internet Pada Tahun 2010

Bagaimanakah Pemasaran Email Yang Berkesan?

Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran