Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perniagaan Internet bukan lagi sesuatu perkara yang baru malah era perniagaan Internet ini bermula semenjak tahun 1998 lagi. Pada ketika itu di Malaysia kita baru mengenali apa itu Internet dan jauh sekali untuk memikirkan cara untuk menjana wang di Internet.
Apabila disebut perniagaan Internet secara umumnya ia terbahagi kepada 3 iaitu produk fizikal, produk digital dan perkhidmatan. Produk yang paling popular diniagakan di Internet buat masa sekarang sudah tentu produk informasi iaitu produk digital. Namun, anda juga perlu tahu bahawa peluang perniagaan produk fizikal masih terbentang luas buat anda, tambah-tambah lagi di pasaran tempatan.
