Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul. Saya tidak nafikan bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.
Saya sendiri juga bercita-cita untuk mendapat pendapatan jutaan ringgit di Internet dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk mencapai target tersebut. Mungkin setahun atau dua tahun lagi saya akan mencapai peringkat tersebut kerana saya percaya bahawa sudah ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet.
