Posts Tagged ‘Buat Duit Dengan Blog’

Jom Buat Duit Dengan Blog

Thursday, December 4th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya ramai di antara kita sudah mengetahui apakah itu blog. Namun, tidak cukup sekadar tahu tetapi anda perlu mengambil langkah drastik untuk mencuba sendiri bagaimana perasaanya memiliki blog sendiri. Ya, bina blog anda sekarang sama ada percuma ata berbayar sebelum anda terus membaca post pada kali ini.

Tajuk post ini sudah tentu mampu menarik minat anda untuk membacanya. Namun, sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda semua apakah tujuan blog diwujudkan? Bagi saya blog ini diwujudkan untuk satu medium perkongsian ilmu seperti berita terkini, tip, kisah peribadi dan sebagainya. Ya, cuba anda lihat berjuta-juta blog yang wujudnya di Internet ini adalah dengan satu tujuan iaitu perkongsian ilmu.

(more…)

Kenapa Ramai Yang Menggunakan Blog?

Wednesday, November 19th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza untuk persoalan apa itu blog. Namun bagi saya blog samalah seperti website biasa, cuma terdapat beberapa perbezaan yang saya akan kemukakan pada post pada kali ini. Antara perbezaan blog ialah:

Artikel Disusun Mengikit Urutan Kronologi

Artikel disusun mengikut urutan kronologi di sini bermaksud artikel terbaru akan berada di atas. Ini merupakan elemen wajib bagi setiap blog yang pernah saya lawati. Tajuk artikel terbaru akan berada di atas dan kemudian diikuti dengan isi kandungan artikel tersebut. Istilah blog ini di ambil daripada nama “weblog” yang bermaksud diari ataupun journal online. Jadi blog menggunakan konsep diari kerana diari yang ditulis adalah berdasarkan tarikh.

(more…)

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Saturday, October 25th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya semenjak pilihan raya Mac 2008 berlalu semakin ramai yang mengambil tahu tentang apa itu blog. Blog tiba-tiba menjadi satu isu panas masyarakat kita dan penulis-penulis blog mula mendapat pendedahan media massa. Baiklah kepada pembaca MajalahIM.com yang masih belum mempunyai blog, saya sarankan anda mencuba sendiri bina blog anda sendiri kerana blog memberi kita satu kepuasan.

Saya teringat satu kata-kata yang telah disebut oleh sifu blogging iaitu Yaro Starak iaitu “Blogging as a business, not a job“. Mungkin di Malaysia masih belum nampak bahawa blog juga boleh menghasilkan duit tanpa henti. Namun, jika anda lihat di negara barat, mereka sudah menganggap bidang blogging ini merupakan satu perniagaan bukan lagi sebagai satu perkara yang sia-sia.

(more…)