Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya percaya semenjak pilihan raya Mac 2008 berlalu semakin ramai yang mengambil tahu tentang apa itu blog. Blog tiba-tiba menjadi satu isu panas masyarakat kita dan penulis-penulis blog mula mendapat pendedahan media massa. Baiklah kepada pembaca MajalahIM.com yang masih belum mempunyai blog, saya sarankan anda mencuba sendiri bina blog anda sendiri kerana blog memberi kita satu kepuasan.
Saya teringat satu kata-kata yang telah disebut oleh sifu blogging iaitu Yaro Starak iaitu “Blogging as a business, not a job“. Mungkin di Malaysia masih belum nampak bahawa blog juga boleh menghasilkan duit tanpa henti. Namun, jika anda lihat di negara barat, mereka sudah menganggap bidang blogging ini merupakan satu perniagaan bukan lagi sebagai satu perkara yang sia-sia.
