Ramai Yang Tunggu Untuk Disuap?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gambar di atas adalah petikkan komen daripada satu entry oleh saudara Gobala Krishnan di blognya. Saya dan Zhafran selalu menerima permintaan untuk mengajar mengenai perniagaan Internet daripada individu-individu yang dahagakan ilmu dan begitu semangat untuk memulakan perniagaan Internet. Tetapi malangnya, ramai di antara mereka menganggap kami ini robot danĀ hamba abdi mereka. Maaf, tetapi inilah hakikat yang terpaksa saya luahkan bagi sesetengah individu yang pada saya tidak berapa pandai untuk menghargai ilmu.
Saya sebenarnya sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk membantu mereka yang ingin menjalankan perniagaan Internet tetapi kadang-kadang sikap segelintir daripada mereka yang membuatkan semangat saya down untuk membantu mereka. Kebanyakkan mereka terlalu bergantung dan tunggu untuk disuap dengan informasi mengenai perniagaan Internet. Kami para usahawan Internet pula yang dikerah untuk menyuap mereka sampai kenyang, oh!
Tuan-tuan dan puan-puan yang bijaksana, adakah usahawan Internet yang berjaya berada di dalam muka bumi ini adalah seorang yang tunggu untuk disuap? Saya berani untuk potong jari (anak patung) andaikata anda dapat berikan saya senarai 5 orang usahawan Internet yang berjaya tetapi pada mulanya mereka hanya duduk dan menanti seseorang datang menerangkan kepada mereka mengenai perniagaan Internet.
Saya dan kebanyakkan usahawan Internet lain akan abaikan soalan ataupun permintaan seseorang individu yang malas berusaha. Sepatutnya, mereka bertanyakan soalan yang realistik dengan masa dan tenaga yang bakal kami luangkan dan bukannya dengan soalan-soalan yang terlalu asas seperti apa itu blog, apa itu Google AdSense dan sebagainya. Bagi saya mereka yang bertanyakan soalan-soalan begini sebenarnya masih belum bersedia untuk menjana pendapatan di Internet dan menjalankan perniagaan Internet khususnya.
Saya kadang-kadang terfikir, adakah mereka ini tidak tahu kewujudan search engine seperti Google.com, Yahoo.com dan Bing.com?
Ada orang pernah email saya supaya pergi ke rumah dia untuk mengajar mengenai perniagaan Internet secara percuma. Oh! Kalau secara berbayar pun belum tentu saya akan menerimanya kerana perkara ini tiada kaitan dengan wang ringgit. Ia adalah mengenai sikap anda untuk berjaya. (Kecuali, dia mempunyai seorang anak dara yang cantik oh!)
Kepada mereka yang terlalu suka untuk disuap tetapi bujang, silalah berkahwin kerana hanya pasangan anda yang sanggup untuk menyuap anda seadanya oh! Tetapi saya yang secara peribadi tidak mengenal siapa anda, sudah tentu tidak sanggup untuk meluangkan masa dan tenaga apatah lagi wang semata-mata untuk membantu orang yang malas berusaha tetapi nak kaya dengan cepat.
Sekian.
p.s: Setakat ini saya sering meluangkan masa yang lama setiap hari untuk menjawab soalan para pembaca Majalah IM kerana saya suka untuk membantu mereka tetapi saya hanya akan menjawab soalan-soalan yang realistik sahaja.

Revolusi “Networking Business” terhebat sepanjang zaman .
Korang perasan tak zaman sekarang ni segala ilmu “dijual”. Dulu2 yg dijual benda2 yg besar nilainya jer, skrg ni segalanya nk dijual. Susah dah nk cari free skrg ni.. Nak cari tutorial apa2 je klu bahasa melayu musti kna beli. Haih..
Aku rasa ni suma salah IM yg asik suruh jual apa2 kemahiran yg korang ada.. Selalunya klu bagi percuma(biasanya ebook percuma) hanyalah 20% jer ilmunya, nk tau selebihnya kna beli ebook bla bla bla. Bagus ke camtu? Tak ikhlas..
Pada pendapat aku, ada benda yg perlu jual n ada yg patut kongsi2 jer. Lain lah klu ilmu yg korang nk jual tu mmg ada “nilai besar”. Xpe lah nk jual pon. Sekrang aku tgk nk install wordpress pon nak jual, padahal takde lah susah sgt pon, salesletter penjual tu jer wat nmpk cam susah sgt nk install.. Klu search google, yg free berbahasa Inggeris byk la.. bahasa melayu? KENA BELI!! Kadang2 aku tgk produk2 IM ni rasa kesian lak kt org2 yg nk belajar ni..
Fikir2kanlah.. Buat duit pon berpada2lah.. Bukannya everything kna byr duit..
Nak tnya itu, DUIT, mintak ajar skit, DUIT..DUIT..DUIT..
Ingtlah ilmu Tuhan kasi kat korang tu x ternilai harganya.. Berapa korang ‘bayar’?
Wan
.: Assalamu’alaikum n Greetings~~
Setuju jugak dgn @Wan. Dari dulu sampai sekarang, kalau nak belajar ttg ilmu2 nih, dlm English je free. Kalau hrpkan bahasa Melayu, berkurun lah menunggu. Kadang-kadang geram jugak, tp sebenarnya keadaan sebegitu adalah satu peluang keemasan~~ ;-P
kalau yg asas rasanya tak payah beli pun kalau ada sesiapa yg jual, kan enjin carian dah ada, pakailah. Saudara Labanon dah pun tulis enjin carian yg sepatutnya kita guna kalau kita seorg IM nak cari maklumat. Dan, kebanyakn laman blog IM tempatan smuanya dah tolong terjemahkan asas2 IM – rajin2lah mencari.
Kalau lemah bahasa Inggeris – blajalah. Gunalah kamus bm-bi DBP ke. Benda-benda ni pun bukan dtg dr kita, dari barat. Nak ilmu lbh, blajalah bahasa dak barat punya. Kalau ilmu2 IM tu dr kita, lainla critanya.
Psl IMers yg balik2 nak caj je kerjanya bila nak bg ilmu, senang citer xpyhla blaja dgn dia. Byk lg IMers lain, cari jgn xcari~ (tp ikut pengalaman m2mdoh, sbnrnya blh kenakan byrn. Apa, ingt senang ke cari ilmu? Kalau semua nak free mana blh bro~~ Tp tgk keadaan la + tgk IMer tu jugak)
Bak kata omputehs: “Takkan dpt sagu kalau xdpecahkan ruyungnya~~” X-D
Sekian terima kacehh~~ X-D
:.
Paling pelik, jual produk yang simple mcm contoh yg aku berikan di atas, tapi testimonial sumanya dari Otai2.. btulkah diorg tu baca keseluruhan ebook tersebut sebelum bg testi “WoW… Knapa harga murah sgt?!”.. Biasanya testi ni pon mcm baca skrip buatan jer.. Lebih kurang sama ja, pastu “hype” melampau2..
Adakah ikhlas? Atau sekadar nak jaga hati kawan @ mengharapkan backlink/iklan free? Pada aku itu dah jadi satu penipuan, pembeli tertipu dgn testimoni palsu.. Biarlah betul2..
Aku harap post aku ni dipublishkan so boleh berbincang utk kebaikan market IM di Malaysia ni.. Pastinya ada Pro n Con. So terima kedua2nya, yg Pro trus di tingkatkan, yg Contra boleh diperbaiki..
Wassalam.
.: mm.. 2nd komen plak.
Blh tahan jugak Encik Wan nih. Mmg betul kata2 dia. (smmgnya mmg ada IMers di luar sana yg berbuat sdemikian). Rasa mcm diorg nih dah berpakat je buat mcm tu. Tmbah lg kita bkehendakkan produk yg diorg jual, tp fulus xckup plak, ai yo yo~
Benda tu ada baik, ada buruk. (ada kaitan dgn win win situation). Sebaik2nya, sebelum berpisah dgn duit kita, usha2 dulu kat forum, btul ke produk tu bgus, service dia tip top. cari review, dan bca komen2 planggan, nak tgk ok ke x ok punya, blh pakai ke tidak. Gunakan spenuhnya deria yg ada utk menilai IMer tu bbaloi ke tdk merasa duit daku kali ini? kira mcm tu lah lbh kurg~ bab2 psl duit nih, mcm2 cara ada woo kawan2~~
Nak bli produk2 IM ni senang je, beli kalau pakai. xpakai jgn nak beli. kalau hype dia ckp duduk je kat rumah mkn minum tidur tgk tb men facebook dpt duit, xkira apa cara dia ckp/jual/promotekn, jgnlah gatal tgn nak beli produk atau perkhidmatan tu. sah kita menyerahkn diri utk dtipu. nak bjaya dlm dunia IM, xde cara singkat. cara smart ada, tp xde cara yg duduk je dpt duit. Kalau otai2 im je ada cara tu. kalau nak tau cara otai, jd lah otai baru kita tau~
Jd pngajaran utk m2mdoh dn kwn2. xde sapa2 yg perfect, apatah lg c m2mdoh.
Sekian, terima kacehh~~
X-D
:.
good artikel, keep it up bro..thanks