Rahsia Mendapat RM10K Sebulan

Alhamdulillah, akhirnya Adly aka Labanon selaku Ketua Editor Majalah IM bersama Zhafran dan krew Majalah IM serta Team Flarebiz telah Berjaya menyiapkan dan menerbitkan Majalah IM untuk edisi Jun.
Walaupun agak lewat kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan di samping beliau sibuk dengan pelancaran produk Rahsia 10K pada pertengahan bulan Jun lepas, namun Majalah IM edisi Jun ini tetap diterbitkan.
Seperti edisi MajalahIM yang lepas, Majalah IM 5 turut dihiasi dengan cover yang unik dan menarik. Mungkin menjadi antara edisi cover yang terbaik setakat ini.
Terdapat banyak isi kandungan yang menarik perhatian saya pada edisi Jun ini. Antaranya, Anda Mahu Wang Tunai Segera?, Jangan Berhenti Belajar!, Resepi Kejayaan Dengan Minda Anda!, Anda Gagal, SEO Dan Kepentingannya dan sebagainya.
Kelainan pada edisi ini, Majalah IM memuatkan kartun hasil lukisan kartunis yang tidak asing lagi iaitu saudara Ubi. Hasil kerjanya sangat kreatif dan kemas.
Majalah IM terus menganas dengan kehadiran penulis baru yang hebat iaitu saudara Fuad Latip yang merupakan pakar Search Engine Optimization (SEO). Beliau akan menerangkan secara berperingkat iaitu 1 bab setiap bulan sehingga bab ke terakhir iaitu bab 8. Bermakna otai SEO kita ini akan menulis artikel berkenaan SEO dalam Majalah IM sehingga edisi Majalah IM yang ke-12.
Selain itu otai-otai IM kita seperti Irwan Dahnil, SmartZul, Amar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Alang, Tazilan Ibrahim, Galadriel, Zamri Nanyan dan Amirol terus menyumbangkan hasil penulisan yang sangat tidak ternilai di dalam Majalah IM 5 ini.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang mendalami serta belajar peluang dan panduan menjalankan perniagaan Internet di Majalah IM sekarang.






wow . tahniah kerana berjaya menerbitkan majalah ini.
Ia sebagai sumber inspirasi kepada bakal usahawan internet.
Selamat tahun baru semua, dan perbaharui azam untuk tahun 2009
untuk lebih sukses , semoga pencapaian tahun ini lebih baik dari tahun
sebelumnya .
Gemilang dan cemerlang
Wassalam