Mengeluh Dengan Kelemahan Diri?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami sekarang berada di Kota Bharu dan kemungkinan besar NiagaKit v2 (beta) kami akan lancarkan di sini sahaja. Bak kata Zhafran ambil aura Rahsia 10K yang dilancarkan di sini dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kami berhasrat nak buka 30 unit sahaja untuk NiagaKit v2 beta version ini. Di harap Allah mempermudahkan segala urusan kami kerana tiada apa yang lebih mudah selain Ia mempermudahkan.
Berbalik soal perniagaan Internet, ramai yang mengeluh dan mengadu nasib dengan saya bahawa mereka tidak pandai di dalam soal-soal teknikal seperti membina laman web, membuat reka bentuk laman web yang menarik, mengedit gambar dan banyak lagi. Nampaknya segelintir daripada kita sangat risau kepada perkara yang tak sepatutnya. Adakah jika anda tidak tahu membina laman web, maka anda tidak boleh berjaya di dalam perniagaan Internet?
Ayuh tuan-tuan dan puan-puan, berfikirlah dengan bijaksana dan inovatif. Kalau tidak boleh berfikir secara bijaksana dan inovatif maka kita belajar daripada ikon yang telah berjaya yang mana mereka ini mempunyai fikiran yang smart.
Di dalam perniagaan kita perlukan teknik dan strategi yang mantap untuk berjaya. Jika anda tidak pandai sesuatu perkara, maka fokuslah kepada sesuatu perkara yang anda mahir. Contoh diri saya sendiri ialah saya tidak pandai Bahasa Inggeris tetapi saya masih tetap mampu blogging malah mampu mengalahkan orang-orang yang pandai bahasa Inggeris.
Kenapa saya boleh mengalahkan mereka?
Ini kerana saya tidak mengeluh dengan kelemahan yang saya miliki tetapi sebaliknya saya fokus dan gunakan kepakaran yang saya miliki. Saya meletakkan banyak gambar di dalam setiap post blog saya dan ayat hanya dalam 2-3 baris sahaja dan hasilnya sangat mantap!
Sebenarnya saya belajar ini daripada kisah David Beckham. Anda mungkin kenal bukan dengan ikon bola sepak David Beckham yang juga merupakan lagenda bola sepak Manchester United. Beliau pernah memenangi pelbagai trofi yang dipertandingkan di dalam bola sepak peringkat tertinggi.
Kenapa beliau boleh sampai ke tahap begitu? Adakah kerana dia pandai menggelecek bola? Atau dia sering membawa bola dari bawah sehingga masuk ke dalam gol?
David Beckham boleh mencapai tahap tertinggi di dalam bola sepak kerana beliau fokus kepada kekuatan yang dimilikinya. Di dalam buku biografinya, David Beckham menjelaskan bahawa beliau hanya kuat dengan kaki kanan sahaja manakala kaki kirinya lemah. Namun, David Beckham tidak pernah mengadu ataupun mengeluh dengan kaki kirinya tersebut!
Beliau telah fokus kepada kaki kanan dan telah berlatih berjam-jam sehari untuk memantapkan kaki kanan beliau. Hasilnya beliau kini mempunyai sebelah kaki kanan yang cukup berbisa dan cukup dikagumi oleh semua pemain bola sepak lain. Disebabkan fokusnya ini jugalah beliau masih mampu bertahan sehingga hari ini di dalam arena bola sepak. Dengan kaki kanannya, beliau boleh menghantar bola tepat ke mana-mana posisi tanpa perlu banyak berlari.
Anda juga sepatutnya belajar sesuatu daripada kisah David Beckham ini dan berhentilah daripada mengeluh dengan kelemahan yang anda miliki. Saya pasti setiap orang mempunyai kekuatan tersendiri dan fokuslah kepada kekuatan anda tersebut sehinggalah anda berjaya.
“Ada sesetengah perkara, anda perlu serahkan kepada yang pakar…”
Sekian.
p.s: Siapa tinggal di Kota Bharu, bolehlah calling-calling untuk keluar minum air.

Saya setuju dengan kesimpulan artikel ini. Sesungguhnya kita tidak mempunyai kelemahan melainkan kita sendiri meng”ada”kan kelemahan itu. Fokuslah pada kekuatan / kelebihan yang kita miliki. Saya percaya dengan kekuatan itu yang akan dapat drive kita ke arah kejayaan.
P.S: niagakitv2 dilancarkan di Kota Bharu? Nape x lancar kat KL?
herm….bila nk kluar minum air plok nih….
huhuu…
p/s : kaki aku kiri dan kanan sgt lemah! fokus kat perut je lah…
yup. tepat sekali kata lebanon. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan. Orang yang bijak adalah mereka yang sentiasa mengoptimumkan kekuatan yang ada pada diri untuk berjaya
Biasanya yang mengeluh dengan kelemahan diri ni sebab mereka nak jadi seperti orang lain yang berjaya dalam bidang mereka (kekuatan mereka). Sedangkan, mereka tak selidik apa kekuatan diri mereka yang boleh menyebabkan mereka boleh jadi seperti orang lain yang berjaya.
Yup, tak sungguh tak kata…
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2…TUHAN kan Maha Adil.
Yang mana ade kekurangan, janganlah berlagak macam tiada kelemahan, kerana nnt rosak binasa. Seperti kata labanon, janganlah mengeluh..
Cuba untuk berusaha sehingga capai apa yang kita nak capai…
Thnx utk artikel ni
betul kata bro
kita x perlu beri alasan bahawa kita x boleh berjaya disebabkan tidak mahir dalam bab sampingan
cuba untuk berusaha dan berfikiran positif untuk mengatasi masalah daripada memberi alasan
p/s:kawe ajak tgok man u lawan chelsea sekali bos
Satu artikel yang jujur dan memberi semangat dalam perniagaan Internet
Info yang bagus.. saya tak tahulah pulak David Beckham cuma hebat dengan kaki kanan… memang hebat.. Tauladan yang boleh di contohi.
Thanks Adly.
Betul tu, kalau kita HENDAK satu perkara tu, janganlah bagi alasan itu.. ini. Jika masih ada alasan, ini bermaksud KEHENDAK kita masih BELUM KUAT untuk mengatasi ALASAN.
p/s kalau asyik bagi alasan bukan kata nak layak untuk Piala Dunia… peringkat Asia Tenggara pun belum tentu lepas. huhuhuhu..
Thanks again Adly
Huh.. mantap la artikel ni boss.. boleh membakar semangat.
Betul cakap Adik Labanon!!!
Jika TERLALU jadikan kelemahan sebagai satu alasan, maka memang payahlah kita nak majukan diri sendiri.
Fokus kepada satu bidang dulu, kuasai dan kemudian upgrade. Bila dah kuasai satu, bolehlah cuba untuk fokus kepada perkara kedua.
p/s: smp sekarang takde sape boleh celen free kick David Beckham
.Bak Christiano Ronaldo dengan skillnya yang tersendiri
tapi kan, kalau orang tu minat nak wat perniagaan tenet, tp xreti wat web atau design bnda2 cmni, cmne dia nk mulakan perniagaan tenet? berbekalkan dgn minat n smngt je xckup, tp kne ada gak kepakaran..tp kalau dh kepakaran pun xda, mmg ssh nk start..sbb tu yg rmai mengeluh kot..
setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.tiada orang yang sempurna jadi buatlah yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan..artikel yang memberi kesedaran pada diri..tq
sy pulak bab2 setup website ni no 1. tapi masalah nye mudah give up dengan marketing ni.. x jadik jugak macam tu..
Bab2x buat website nih dulu keje y aku banyak buat & perhabis banyak masa.
Skunk aku dah seronok buat traffik dan marketing.
Tengah belajar dan menguasai Search Engine Marketing.
P/S: Tak payah r nak belajar buat web. Belajar buat web nih 1 per satu design nih cara tradisional. Buang banyak masa bukan 1 hari 2 tetapi berbulan2x, bertahun tahun. Pasang aja Blog Wordpress. Lagi mudah & shortcut. Then dah boleh berblog tukar theme (free macam2x ada)
P/S: Aku baru je belajar dan pasang blog Wordpress bulan 6. Skunk dah ada hasilnya. Kalau aku tau pasal blog nih masa mac 2006 dulu, tak lah aku membazir masa 2 tahun belajar buat web. Banyak duit leh dibuat ngan blog janji usaha cari traffik.
Salam Adly a.k.a Labanon ,
Tak sabar rasanya nak test NiagaKit v2 beta version. Dalam ada dalam senarai 30 org yg layak tu ye
Coretan idea yg sangat menarik. Ya memang benar kata Adly, tidak semestinya perlu mencipta laman web/blog khas untuk perniagaan internet. Laman web hanya (memudahkan). Boleh jadi (keperluan juga) tapi mengikut keadaan/ produk yg ingin dijual. Ada email sudah memadai sebenarnya.
Lebih baik tumpukan kepada bakat/kelebihan seperti Adly katakan, mantapkannya. I,Allah akan menjadi seorang yg berjaya. Namun mestilah “istiqamah”. Niat mestilah betul bukan hanya kerana wang ringgit.
Betul tu… kita perlu tahu kekuatan dan kelemahan diri kita. Kekuatan yang ada pada diri kita memaksimakan… manakala kelemahan kita minamakan. Macam buat bisnes internet, tumpukan apa yang boleh kita buat. Manakala yang tak boleh tu, upah sahaja orang yang pakar buat. Contohnya kalau tahu tulis ebook kita buat yang tu. Yang bab teknikal yang kita tak tahu seperti buat web jualan, upah sahaja orang yg pakar buat.
fokus adalah perkara yang agak sukar untuk diamalkan. kerana hakikat kejadian manusia, iaitu mereka mempunyai kecenderungan kepada banyak perkara. contohnya minat.
perspektif saya, bilamana manusia mempunyai banyak minat, maka titik fokus mereka terpaksa dibahagi-bahagikan. minat kepada webdesign, minat kepada internet marketing, minat kepada adsense, minat kepada affiliate dan sebagainya.
saya setuju pada kata-kata lebanon,’fokus pada kekuatan’. kadangkala kita lupa bahawasanya dalam keadaan kita tidak pandai, rupanya kita masih ada kekuatan. mungkin terlepas pandang.
setuju. adakalanya, kita perlu serahkan pada mereka yang lebih pakar..
Sentiasa bersikap positif walau apa jua rintangan dan halangan.Semangat, minat dan berusaha bersungguh mencapai sesuatu hasrat adalah kunci segala kejayaan.
yang penting sikap tidak berputus asa dengan apa yang kita lakukan..yakin kan diri untuk menempuh cabaran..jangan sesekali mengalah dengan kegagalan kerana kegagalan adalah pengalaman yang akan membantu pada masa hadapan…
untuk berjaya kena ada usaha…kena yakin pada diri sendiri..biarlah orang nk kata apa. yang penting sesuatu perniagaan tu halal, tiada kegagalan tak akan ada kejayaan..