Perniagaan Internet Halal Atau Haram?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya baru sahaja menerima emel daripada seorang rakan kita yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan Internet. Namun, beliau sering menangguh keinginan tersebut kerana masih samar-samar dengan status duit yang diterima daripada perniagaan Internet sama ada halal atau haram.

Perkara ini normal berlaku kepada para newbie dan termasuk saya sendiri ketika di awal pembabitan buat duit di Internet. Hal ini berlaku kerana sensitiviti seorang muslim terhadap hal-hal halal dan haram adalah tinggi. Selaras dengan firman Allah dalam suruh Ah-Nahl ayat 114 yang berbunyi “Oleh itu, makanlah wahai orang-orang yang beriman dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”

Rukunnya Adalah Sama

Sebenarnya perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Yang menjadikan perniagaan Internet itu halal atau haram adalah diri kita sendiri. Contohnya, jika kita orang Islam menjual produk-produk yang berunsur maksiat dan merbahaya maka hukum pendapatan anda adalah haram. Sebaliknya jika anda menjual baju batik secara online maka saya pasti tiada masalah dengan hukum terhadap pendapatan anda.

Begitu juga duit yang kita perolehi daripada blog. Bagi saya pendapatan itu halal atau haram adalah bergantung kepada niche blog kita tersebut. Jika blog kita berkisar mengenai perkara-perkara lucah maka sudah tentu “kurang bersih” pendapatan yang diperolehi di sisi agama. Sebaliknya jika blog anda berkisar tentang niche telefon bimbit, saya rasa tiada apa yang perlu diragui dengan pendapatan yang diperolehi.

Internet Hanyalah Satu Alat…

Akhir kata, Internet hanyalah satu alat dan terpulang kepada cara kita menggunakannya. Oleh itu, saya berharap kita semua dapat mencari pendapatan yang halal lagi bersih di Internet ini. Oh ya, post ini hanya sekadar menjawab soalan daripada salah seorang pembaca Majalah IM. Jadi post ini adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meniggal dunia. :)

sekian.

{ 18 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

18 Responses to “Perniagaan Internet Halal Atau Haram?”

  1. Salam alaikum

    Apa yang penting, tahu dari mana sumber produk, tahu bagaimana hendak menyampaikan cara yang betul dan tahu bagaimana membelanjakan ke mana pendapatan itu.

    Jika ketiga-tiga halal maka halal semuanya.
    :)

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku Sepenuh Masa di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  2. Al-Amin says:

    Assalamualaikum,,,

    Perniagaan internet ni sama je dgn perniagaan biasa drpd segi hukum cuma kadang2 ia jadi lebih sukar dan lebih mudah berbanding dgn buka gerai burger..hehehe..kaedah dia senang je..kalau jual benda haram,haram la..kalau jual benda baik, xkan haram pulop kot..dan kena ingat matlamat tdk mengahalalkan cara..jgn guna cara yg haram wlpn produk baik..

  3. usri says:

    Allah swt menghalalkan jual beli tetapi mengharamkan riba.

  4. internet atau konvesional menjadi haram klu kita membuat benda yang tak betul

  5. firadila says:

    Assalammualaikum dan salam ceria,

    Perniagaan internet ni kalau betul pada niat kita halal lah pendapatan kita tu. Yang penting usaha…

    Senyum dan ceria selalu..

  6. x-po shop says:

    masalah paling ketara dalam diri masyarakat kita skrg psl pernigaan tenet ni adalah ‘boleh pcaya ke?’…ni la perkataan yg paling mls nk dgr

  7. Azhadi MH says:

    macam mana pula dengan produk informasi digital, dalam salesletter cakap banyak kelebihan, banyak kegunaan, banyak info berguna, tapi lepas beli rupanya cuma sekadar teori dan lebih kepada memberitahu, bukan mengajar

  8. yang penting niat seseorang

  9. Fatin Pauzi says:

    Salam..
    Saya juga pernah menerima pertanyaan macam ni.
    Tetapi, ape yang bezanya, mereka bertanyakan samada,
    menjual semula ebook MRR, halal atau pun haram. huhu.
    Saya just terangkan apa yang saya tahu je la.
    Nak terang lebih-lebih, saya masih jahil agama. Banyak
    lagi yang tak tahu. :)

  10. Zainun says:

    Terima kasih di atas terbitnya kepada soal ini. Sesungguhnya, inilah antara istimewanya kita umat Islam; pasti dan sentiasa wajib perlu merujuk kepada yang Maha Pasti dahulu – ALLAH dan Hadis. Dengan ini, apa yang acap kali didoakan (antaranya – kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat) akan berjalan selari dengan kehidupan seharian, dengan setiap apa yang dilakukan, insyaALLAH. Team FlareBiz, syabas saya ucapkan. :)

    Saya ada buat sedikit penyelidikan tentang soal ini juga. Boleh rujuk di pautan berikut:

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=158&Itemid=98

    Semoga ia sedikit sebanyak membantu, insyaALLAH. :)

    p/s: pada amatan saya, panduan tersebut dapat digunapakai kepada hampir kesemua program perniagaan internet yang ada kini; yang hanya, rujukkan dengan perkara-perkara asas, wajib dan mesti dipatuhi berdasarkan panduan tersebut. Dan pokok pentingnya, sentiasa kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan juga, hubungan kita sesama insan. InsyaALLAH, sering pohon taubat kepada NYA dan minta banyak petunjuk dari NYA. Sesungguhnya, ALLAH itu amat menyukai hambaNya yang sering bertaubat dan pohon kepadaNya. Wallahu’alam.

  11. zarim says:

    yelaaa btol ape yg korang sme ckp…

  12. afa says:

    zakat perniagaan dan pendapatan g maner??

  13. Mohammad says:

    Assalamu’alaikum.

    Saya seorang yang baru terdedah kpd fenomena internet marketing ni dan saya ada satu kemushkilan. Bila dikatakan ‘internet marketing’ atau ‘make money online’ atau ‘internet business’ apa sebenarnya yang terkait? Saudara Labanon kat atas beri contoh jual batik kat internet. tapi apa yang saya amati rata2 kalau ada orang yang jalankan internet marketing, apa yang dijualnya adalah ‘produk yang mengajar cara make money online’ i.e. dia jual produk yang mengajar buat duit di internet sebagaimana dia sendiri buat duit. Kira produknya adlah produk informasi gitu? Maaf jikalau ini soalan yang kurang intelligent. Cuma ingin lebih faham.

    Btw,syabas kpd Labanon dan team Flarebiz.

  14. Jaguh penang says:

    ya benar halal haram sesuatu internet berdasarkan apa yang disuruh dan dilarang Allah taala.

    Sebenarnya biz internet sama ja dengan konvensional kena ada produk servis ke fizikal digital dan kena ada kedai terbaik .com dan kena promosi sama ja

  15. zurey says:

    ye…sesungguhnya mencari yang halal itu adalah fardhu bagi umat islam. sebelum terlibat dengan mana-mana bisnes internet, silalah kaji dahulu background bisnes tersebut. apa yang saya tau, bisnes internet yang haram antaranya adalah bisnes atas angin iaitu tiada produk. contohnya seperti bisnes yang beri sumbangan ke akaun dan macam2 lagilah. bisnes yang halal mesti ada produk…tak kiralah apa ..contohnya produk kesihatan, pakaian, ebook dsb. saya juga menjalankan bisnes yang halal serta sah di sisi undang-undang. Boleh refer website. memang ada sijil halal sistem bisnes dan produk. bisnes yang halal ialah bisnes yang dapat untung bukan hanya goyang kaki…mesti ada usaha….

  16. eni says:

    saya ingin mendapatkan pandangan mengenai laman web ini http://www.myspacetunai.com. adakah ia boleh dipercayai sebagai perniagaan affiliate yang halal?
    t.kasih.

  17. syahsuke says:

    HARAM ke Halal tu sendiri boleh fikir..kalau perniaggan menipu org tu buat apa nak join kan…buat bussnes yang btl2 ada..kalau ada yang nk tahu bagaimana nk buat duit online tgk je kat HYPRO sy nie…perniagaan yang sah dan tidak menipu…PEACEEE…

  18. lagi blogwalking dapet info yang bagus ini, makasih :)

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)