Penggunaan Minisite Dalam Perniagaan Internet
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minisite sememangnya sangat popular dalam kalangan usahawan Internet. Boleh dikatakan semua usahawan Internet di seluruh dunia menggunakan minisite untuk menjual produk mereka di Internet. Ya, apa sahaja produk sama ada produk fizikal, digital dan juga perkhidmatan.
Ini kerana minisite mempunyai beberapa kelebihan yang mutlak berbanding jenis-jenis website lain. Antaranya ialah lebih menonjol, senang untuk pelawat memahami apakah produk yang dijual, ringkas dari segi susun atur, padat dari segi susunan maklumat dan banyak lagi.
Baiklah pada artikel kali ini, saya akan mendedahkan kepada anda beberapa minisite yang digunakan didalam perniagaan Internet. Semoga pendedahan ini memberikan anda semangat baru untuk belajar membina minisite sendiri.
Produk Fizikal
Kita mulakan dengan produk fizikal kerana ramai orang mengatakan agak sukar untuk menjual produk fizikal menggunakan minisite. Sebenarnya, penggunaan minisite untuk menjual produk fizikal agak sukar apabila melibatkan terlalu banyak produk dan sudah tentu alternatifnya adalah web ecommerce. Namun, jika anda hanya fokus kepada satu jenis produk sahaja sudah tentu minisite adalah pilihan yang terbaik.
Contoh website produk fizikal yang menggunakan minisite ialah:
dan banyak lagi sebenarnya. Jika anda lihat pada kedua-dua website tersebut, dia hanya fokus kepada satu jenis produk sahaja dan maklumat segala produk berada dalam 1 page sahaja. Ini sangat memudahkan pengguna dan semakin tinggi peratusan anda untuk memperolehi pelanggan.
Produk Digital
Boleh dikatakan rata-rata usahawan Internet yang menjual produk digital terutamanya ebook akan menggunakan minisite. Mereka ini mengambil kesempatan dengan kelebihan minisite iaitu memudah para pengguna dengan susunan maklumat yang padat. Mereka akan menulis maklumat produk dengan menggunakan ayat-ayat membunuh dan saya percaya ramai daripada pembaca pernah terbunuh membacanya
Beberapa contoh minisite saya sendiri:
dan banyak lagi. Jika anda lihat ketiga-tiga minisite di atas mempunyai susunan maklumat yang seakan-akan sama dan memudahkan pengguna memahami apa yang dijual oleh saya. Jujur saya katakan bahawa ketiga-tiga minisite di atas telah memberikan saya sales mencecah 6 angka.
Perkhidmatan
Jika anda menawarkan perkhidmatan, seminar, personal coaching dan sebagainya. Minisite juga merupakan satu pilihan yang tepat. Jika selama ini anda hanya menawarkan perkhidmatan dengan membuka thread di forum, kenapa anda tidak membina minisite untuk menawarkan pekhidmatan anda?
Contoh dua minisite menawarkan perkhidmatan:
dan banyak lagi. Saya rasa dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan minisite adalah lebih mudah dan senang untuk anda. Namun kini ada satu persoalan kepada anda semua…
Adakah Anda Tahu Membina Minisite Sendiri?
Jika tidak maka saya sangat menyarakan agar anda belajar membina minisite sendiri. Tidak rugi mempelajarinya kerana anda boleh gunakan dalam apa jua situasi seperti yang saya terangkan di atas. Selepas ini apa sahaja yang ingin anda jual di Internet, tidak lagi akan menjadi masalah.
Kami pihak Majalah IM ada menganjurkan bengkel minisite pada 4hb April ini dan dijemput agar anda semua menyertai bengkel ini. Bengkel ini akan mengajar anda langkah demi langkah untuk membina web jualan yang professional dalam masa 10 jam sahaja.
Hanya 20 13 orang peserta sahaja yang diperlukan dan setiap peserta akan dibekalkan dengan laptop bagi memudahkan lagi pembelajaran. Ini bermakna anda semua akan terus buat website pertama anda pada hari tersebut!
Tunggu apa lagi? Daftar sekarang.

Sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan bengkel ini amat bagus bagi yang belum mahir bolehlah mendaftar sekarang.
Rasanya saya pun nak hadiri juga bengkel tu.
Md Yakub
http://dr-yakub.blogspot.com
Salam Team Flarebiz,
Terima kasih kerana menjadikan web saya sebagai salah satu contoh minisite di posting anda
Secara jujurnya, memang lebih mudah membina minisite dan melakukan optimasi di search engine berbanding web ecommerce (web e commerce saya – http://www.mamamodern.com). Dan rasanya lepas ni, kalau nak buat web lagi, saya akan fokus pada minisite saja. Lebih senang nak dikendalikan.
Bagi yang belum tahu cara buat minisite, anda patut rebut peluang ini untuk belajar dari yang dah ada pengalaman seperti team Flarebiz.
Fazidah
Salam…
InsyaAllah…Saya berminat nak join…tapi kena tunggu minggu depan time gaji masuk…moga2 ada lagi kekosongan time tu…
Maaf semua sebab bengkel ini terpaksa ditunda di atas sebab-sebab teknikal yang tak dapat dielakkan.
Tarikh terbaru ialah 4hb April 2009
Segala kesulitan dikesali. Tempat masih ada kosong lagi, bagi yang masih belum daftar, boleh lah daftar segera.
saya baru je pk nak g tp kena tunda plak saya harap pihak anda perlu adakan lagi sebab saya x dapat nak join tp memang saya perlukan ni.
Mus, bengkel ini masih tetap diteruskan cuma ia ditunda pada 4hb April 2009 ini.
nak tanya..
brape bayaran yuran untuk bengkel, kalau tak de produk ape2 just nak tau je boleh join jugak ke?
Fiqa, bayaran untuk bengkel minisite ini ialah RM350 sahaja.
Boleh rujuk: http://majalahIM.com/bengkel-minisite
Boleh join sebab ia adalah terbuka. Mungkin suatu hari nanti Fiqa nak memulakan perniagaan Internet. Masa itulah diperlukan kemahiran membina web jualan.
bagus gak wat kursus website neh..leh blajar..dapat ilmu baru..ada kosong lagi ke..
Hairi, ya masih lagi ada kekosongan. Ada yang cancel pendaftaran setelah bengkel ini ditunda.
tu la saya juga terpaksa cancel sb x dpt g 4 april tu..hmmm
Bila ditunda tarikh tu takpe, yang penting bengkel tu tetap diadakan. Inipun lepas terbaca email yang dikirim oleh admin. Sempat lagi kumpul duit untuk ke bengkel ni. hehehe
Apa pun saya nak juga wat minisite yang lagi baik. Semoga bengkel ni tidak ditunda lagi.:)
Md Yakub
http://www.hotnusantara.com
http://dr-yakub.blogspot.com
Md Yakub, ya tarikh itu tetap
Di harap kita dapat jumpa di bengkel tu nanti.
datang jangan tak datang ya
tunggu saya datang
saya suka tgk minisite2 yang catik2 design dia
macam mana nk buat minisite ye? nak buat untuk BUSSNESS Saya