Penulis
SmartZul
Mohd Zulfadli bin Suddin atau lebih dikenali sebagai SmartZul merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa yang merupakan pakar dalam penghasilan produk digital. Beliau telah menghasilkan banyak produk digital seperti Kit Blogger, Panduan FTP dan sebagainya yang sememangnya banyak membantu para newbie untuk menjana wang di Internet.
Prinsip beliau ialah tidak mahu hanya berjaya seorang diri, tapi juga sama-sama mahu membantu mereka yang lain, mereka yang serius dan benar-benar serius mahu membina dan memiliki perniagaan Internet sendiri. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang beliau di laman blog beliau iaitu SmartUsaha.com
Zamri Nanyan
Zamri Nanyan telah bergiat dalam pencarian duit online semenjak tahun 2003 lagi. Beliau sememangnya cukup popular dalam kalangan usahawan Internet di luar negara mahupun tempatan kerana kepakaran beliau dalam mempromosikan sesuatu produk. Namun, beliau lebih kepada menjalankan MLM secara online dan telah menggunakan sepenuhnya kuasa Internet untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Beliau lebih suka untuk mengkaji sesuatu peluang untuk buat duit di Internet dan berkongsi kajian ataupun peluang buat duit tersebut dengan orang lain. Anda boleh mengikuti perkembangan beliau di BisnesDigital.com
Alang
Samsul Zamzuri Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Alang dalam kalangan pengguna Internet merupakan pengusaha laman web dan blog yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan jual beli laman web dan pernah berjaya menjual laman web sehingga mencecah RM150 ribu. Beliau mampu memperoleh pendapatan lima angka setiap bulan menerusi iklan yang masuk ke dalam laman-laman webnya.
Beliau melakukan perniagaan Internet dengan menanggapnya sebagai hobi sahaja dan kemudian setelah nampak hasilnya barulah beliau mula serius dengan bidang ini. Anda boleh melihat tip-tip di laman blog beliau iaitu SamsulZamzuri.com
Team SaifulSham
Team SaifulSham merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perniagaan Internet. Beliau merupakan perintis dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan Internet. Mereka ini merupakan penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang sememangnya mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan.
Mereka ini merupakan pakar dalam perniagaan Internet berlandaskan produk fizikal dimana mereka mempunyai beberapa laman web yang menjalankan jual beli produk fizikal yang menguntungkan. Boleh layari SaifulSham.com untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kak Galadriel
Kak G merupakan seorang copywriter dan freelancer yang sangat low profile. Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang copywriting dan teknik ini adalah amat berharga bagi semua yang ingin bergiat dalam perniagaan Internet.
Beliau sudah bekerja sepenuh masa dalam bidang perniagaan Internet sudah hampir 2 tahun. Beliau kini memiliki lebih 20 website yang kebanyakan lebih menumpukan copywriting. Anda boleh mengetahui tentang perempuan misteri ini di InternetMelayu.com
Irwan Dahnil
Irwan Dahnil merupakan pelopor bagi perniagaan SMS Malaysia dan merupakan penulis buku yang mendapat sambutan hangat iaitu “Buat Duit Dengan SMS”. Buku yang beliau hasilkan dalam berbahasa Malaysia ini merupakan yang pertama mendedahkan mengenai potensi perniagaan SMS.
Irwan Dahnil mempunyai minat dalam perancangan strategik perniagaan, daya inovasi, mencipta nilai dan memberikan nilai tambah dalam perniagaan. Boleh lawati laman blog beliau di IrwanDahnil.com
Mohd Amirol
Mohd Amirol adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara Online secara serius bermula dari awal tahun 2006 setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dari UiTM. Beliau bermula dengan memberi khidmat membina laman web, pemasangan sistem dan akhirnya telah berjaya menghasilkan produk sendiri.
Beliau kini mempunyai pelbagai produk digital yang sentiasa mendapat tempat di hati para pengguna Internet yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan Internet. Anda boleh membaca tip daripada beliau di MohdAmirol.com
Noorizam Shah
Noorizam Shah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun lalu. Kini beliau merupakan seorang usahawan Internet dan merupakan Education Specialist Trained by Ebay. Pendapatan beliau sekarang sudah mencecah 5 angka sebulan hanya daripada ebay dan pasti pendaptan ini akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Prinsip yang beliau pegang ialah sentiasa laburkan sedikit wang anda untuk ilmu kerana inilah pelaburan yang paling menguntungkan. Anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut di NoorizamShah.com
Syed Ikhwan
Syed Ikhwan memang terkenal dalam kalangan usahawan Internet dengan kepakaran beliau menjana wang tanpa henti menggunakan Program Google AdSense. Kini beliau merupakan salah seorang Team JomSeminar dan telah menjalankan pelbagai “eksperimentasi” terhadap beberapa method serta kaedah pemasaran internet dan sanggup melakukannya terhadap diri sendiri walaupun akan menyebabkan infrimentasi negative terhadap tanggapan umum.
Ini bermakna beliau sanggup mengambil pelbagai risiko bagi menjayakan eksperimen yang dijalankannya sepanjang beliau terlibat dalam perniagaan internet. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari Syed-Ikhwan.com
Fuad Latip
Fuad Latip merupakan seorang pensyarah di UITM Shah Alam dan juga merupakan seorang pakar dalam Search Engine Optimization(SEO). Beliau juga merupakan seorang Team JomSeminar dan juga merupakan seorang penulis buku yang mendapat sambutan hangat iaitu 15 Teknik Efektif Internet Marketing.
Selain itu, beliau juga berkemahiran dalam bidang programing dan telah mencipta beberapa script yang berjaya memperdayakan Search Engine dari segi SEO. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang beliau, boleh layari di Myorionet.com
Mdpai
Wan mohd fairuzatau lebih dikenali sebagai mdpai di kalangan rakan-rakan beliau. Menceburi bidang pembinaan website dan juga bisnes internet walaupun sebenarnya beliau ialah seorang pelajar jurusan kejuruteraan eletrik di IUT de Nice, France.
Beliau sememangnya pakar dalam PHP dan telah menghasilkan pelbagai website untuk company-company besar yang beroperasi di luar negara. Anda boleh melawati Mdpai.com untuk belajar tentang PHP.
Osman Affan
Osman Affan merupakan seorang pakar motivasi, penulis buku dan seorang personaliti TV. Beliau juga seorang usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan perniagaan beliau, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti.
Beliau juga terlibat dengan ‘Student Learning Enhancement Unit (SLEU)’ di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan untuk membina modul kemahiran belajar dan jatidiri bagi pelajar di peringkat sarjana muda. Anda boleh melayari laman blog beliau di MotivasiBelajar.com
Amar Mahmood
Amar Mahmood merupakan seorang pakar dalam pengamalan kuasa minda. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku yang sangat menarik dan berkesan iaitu Rahsia Minda Jutawan dan Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda. Beliau juga sentiasa mengadakan seminar-seminar tentang kuasa minda yang sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa.
Beliau sentiasa berkongsi tip-tip yang menarik mengoptimakan kekuatan minda dan kuasa minda yang ada pada diri kita di laman blog beliau iaitu AmarMahmood.com
Shamsuddin Kadir
Shamsuddin Abdul Kadir merupakan seorang penulis buku dan penceramah dalam bidang motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya. Beliau sudah menerbitkan 4 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang (diterbitkan di Jakarta juga) dan Makan Gaji Tetapi Kaya (Best Seller di MPH), Kaya Dengan Rumah (Best Seller) dan Buat Duit Dengan Rumah.
Beliau juga pernah muncul di TV3 bagi slot Motivasi Pagi yang juga membincangkan soal kewangan. Anda boleh melayari laman blog beliau di ShamsuddinKadir.com
Sham Raja AdSense
Mohd Shamsuriyadi Mamat mempunyai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada UUM,Sintok. Beliau merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang sentiasa memperoleh pendapatan yang mencecah 5 angka sebulan.
Beliau juga giat menulis pelbagai ebook yang sentiasa mendapat sambutan hangat seperti Panduan Pengiklanan, Penulis Ebook, Raja AdSense dan sebagainya. Anda boleh melawat laman blog beliau di Shamsuriyadi.com
Kidino
Iszuddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kidino dalam arena perniagaan Internet merupakan seorang usahawan Internet yang berjaya. Beliau bermula sebagai seorang programmer dan designer namun akhirnya beliau telah bergiat dalam perniagaan Internet.
Beliau juga merupakan seorang affiliate markter yang terhebat kerana sentiasa berjaya dalam produk yang dipromosikan oleh beliau. Pendapatan yang diperolehi beliau juga adalah 5 angka sebulan dan anda boleh melawat laman blog beliau di MoneyClicking.net
Kartunis Ubi
Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Kartunis Ubi merupakan seorang kartunis yang sangat popular. Ubi telah berjaya membuat ribuan orang untuk membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002). Ini tu juga turut membuatkan beliau berjaya melariskan puluhan ribu buku koleksi karya kartunnya.
Kini beliau juga merupakan seorang usahawan Internet di mana beliau memasarkan kemahiran dan bakat lukisan beliau di Internet. Sepertibiasa sambutan yang diperolehi juga adalah luar biasa. Untuk mengetahui lanjut anda boleh layari KartunisUbi.com
