Pencapaian Kami Setelah 2 Bulan 2010?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya masa begitu pantas berlalu, kita semua sudah berada dalam bulan Mac. Agaknya, bagaimana dengan azam tahun 2010 anda? Adakah masih terpahat kemas dalam hati atau sudah hilang terbang di bawa angin? Bagi kami di FlareBiz Network, kami sudah melakukan banyak perkara penting pada tahun ini dan alhamdulillah semuanya “on the right track”. Baru 2 bulan berlalu tetapi kami semua telah belajar banyak perkara secara tidak formal dan sudah banyak juga kegagalan kecil yang telah kami alami. ;)

Seperti yang anda semua tahu, pada 2 bulan lepas saya telah bertemu dengan ramai orang, di mana sebelum ini saya hanya berhubung mereka melalui email sahaja. Nampaknya satu soalan yang panas diajukan kepada saya ialah “Kenapa Team FlareBiz nampak slow sekarang? Tak ada projek baru ke?“. Saya percaya, ramai pembaca blog Majalah IM juga mempunyai soalan yang sama. ;)

Sebenarnya, setelah lama menjalankan perniagaan, barulah saya sedar bahawa kualiti sesuatu projek lebih penting daripada kuantiti. Setuju tak? Dulu saya fikir, FlareBiz perlu mempunyai banyak projek barulah boleh buat duit yang banyak dan seterusnya boleh jadi jutawan muda oh! (Seterusnya seperti biasalah kahwin he he he!) Sebab itulah kalau tengok pada tahun 2008 kami banyak melancarkan projek-projek dalam perniagaan internet dan semua itu membuahkan hasil yang agak lumayan pada ketika itu.

Namun, kebanyakkan projek tersebut boleh dianalogikan seperti kami belayar tetapi tidak tahu dimana arah tujuan kami. (Akhirnya karam begitu oh!) Hanya lancarkan projek dan dapat duit yang banyak. Selepas itu? Fikir projek lain lagi? Sejak daripada itu, saya dan Zhafran mula berfikir untuk menghasilkan projek-projek yang berkualiti kemudian terhasilah projek seperti Majalah IM, NiagaKit dan beberapa lagi projek underground. Alhamdulillah, semua okay pada mulanya tetapi semuanya mengalami masalah apabila berada dipertengahan. Semua ini adalah diangkara terlalu banyak projek besar yang hendak dijalankan!

Saya mula sedar bahawa, fokus dalam perniagaan adalah sangat penting. Sebab itulah saya mengambil langkah drastik untuk hold dulu segala projek termasuk Majalah IM ini dan kami fokus kepada satu projek iaitu sistem NiagaKit.  Ada orang tanya lagi, boleh survive ke takde projek baru dan hanya fokus NiagaKit sahaja?

Mungkin 5 fakta berikut boleh menjawab segala persoalan tersebut:

1) Dulu kami hanya kerja berdua tetapi kini staff FlareBiz Network telah bertambah kepada 6 orang iaitu saya, Zhafran, Bob, Ramzy, Rizal dan Waida. Kami rasa perlukan seorang full time designer sekarang ni dan adakah kak Luvleey akan join kami dan jadi orang yang ke-7? Oh! :D

2) Pihak kami yang diketuai oleh Bob sentiasa develop fungsi baru bagi sistem NiagaKit supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan semasa dan terbaru kami telah menambah fungsi widget. Boleh rujuk di sini.

3) Sistem NiagaKit v2 telah dilancarkan pada hujung bulan December tahun lepas dan sehingga kini (that mean 2 bulan lebih) pengguna NiagaKit v2 telah hampir kepada 100 orang. Sangat hampir, perlukan 2-3 orang jer lagi. Yosh! (Sentiasa pesat berkembang dengan purata 1 belian setiap hari.)

Para Peserta Mini-Seminar

4) Kami telah memiliki training center sendiri di mana kami sentiasa sharing experience melalui mini-seminar setiap minggu. Paling penting mini-seminar kami sentiasa mendapat sambutan dan feedback yang diperolehi juga adalah sangat positif.

5) FlareBiz Network sudah mula cuba masuk ke dalam business konvensional dengan menawarkan perkhidmatan web solution dan terbaru pihak Tourism Malaysia telah membeli sistem NiagaKit untuk mempromosikan produk Malaysia ke luar. Bangga!

Itulah yang saya beritahu, kami sebenarnya lebih baik daripada dulu! Sekarang kami sangat lapar untuk berkembang dan mengukuhkan keadaan syarikat kami. Insyallah projek yang kami hold seperti Majalah IM ini dapat disambung kembali selepas ini. Pasti ini yang ditunggu oleh ramai orang dan kami sedang merangka untuk memberikan nafas baru kepada e-majalah pertama ini. Alhamdulillah, mungkin ini adalah kuasa fokus dan saya harap agar anda semua sentiasa mendoakan kejayaan kami.

Kini kami juga sudah mempunyai projek produk fizikal sendiri (selain GaleriBatik.com) yang target local dan juga oversea. Sangat best apabila bekerja dalam kumpulan kerana kami divide the task and multiplies the success. ;)  Oh ya, pada beberapa hari lagi kami akan melancarkan “something big” menerusi NiagaKit. Kepada sesiapa yang mempunyai blog, bersedialah kerana anda pasti akan teruja untuk menyertai kami. Jeng jeng jeng, take a look…

25 Hari Mencari Cinta?

Okay, kita jumpa lagi dalam entri yang seterusnya!

p.s: Rindu untuk melancarkan produk informasi seperti ebook… Insyallah coming soon sebab last kami launching produk digital dalam niche make money online ialah tahun 2008. Idea dah ada, tunggu masa yang sesuai. :)

{ 9 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

9 Responses to “Pencapaian Kami Setelah 2 Bulan 2010?”

  1. smartzul says:

    Kita perlu ada Marketing Funnel atau Product Positioning. Rata-rata ramai IM yang lupa akan hal ini, termasuklah saya. :D

    ps. Tidak sabar mahu ‘menumpang; training center Flarebiz. Tunggu saya jadi orang KL dulu. ;)

  2. Anwar Yassin says:

    Memang tak dinafikan. Agak teruja saya baca kisah flarebiz ni. Tahniah kepada semua warga kerja flarebiz.

    Bila Labanon buat entri ni, saya yakin akan ada lagi entri sebegitu untuk bulan 4, 6, 8 dan seterusnya. Bagus lah, untuk company sewajarnya ada KPI.

    Saya cadangkan juga teknik S.W.O.T untuk muhasabah peringkat dalaman. Supaya produktiviti menigkat, trafik wang menjadi pesat. :) Orait. Mabruk ila team flarebiz.

  3. Salam Motivasi / Berkenalan..

    Tahniah ke atas kejayaan yang dikecapi oleh Team flarebiz. Moga kejayaan demi kejayaan akan peroleh pada masa akan datang..

    Tips dari kamiberkerjasama dalam 1 kumpulan dpt meningkat kualiti sesuatu kerja kerana jika kita melakukan seorang diri, kita akan tidak dapat menghasilkan kerja yang membanggakan. Umpama 1 idea lawan dgn 10 idea? mn hebat?

    Sekian,
    Terima kasih..

  4. Asyraf Aziz says:

    Saya juga bersetuju dangan pendapat dan pandangan Tuan Smartzul.
    Marketing Funnel atau Product Positioning adalah salah satu elemen terpenting
    di dalam skop usahawan.

    Saya amat-amat teruja membaca kisah diatas memandangkan boleh dikatakan
    saya mengikuti setiap perkembangan Team Flarebiz(dari produk Rahsia 10K)
    dan sekarang saya melihat anda semua sebagai individu-individu yang punya
    perancangan dan matlamat yang jelas. Syabas! All the best! :)

  5. Aqif says:

    Tahniah atas pencapaian team Flarebiz sehingga hari ini.

    Semoga mencapai pelbagai kecermelangan di masa akan datang. Insyaallah.

    To your success.
    Aqif Azizan

  6. RizalRazak says:

    wah…. entry yang bagus :) )

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)