Panduan Advanced SEO Wordpress

Search Engine Optimization (SEO) ibarat nadi kepada sesebuah laman web. Tanpa SEO, sesebuah laman web akan terkubur tanpa diketahui oleh sesiapa pun. SEO juga merupakan sumber kebanyakkan trafik yang sampai ke laman web kita. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai laman web, anda perlu mengambil tahu dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan SEO dan bagaimana untuk mendapatkan 10 tempat teratas dalam enjin pencarian.

Kebanyakkan daripada pengguna Internet, sudah mengetahui asas dalam mengoptimasikan enjin pencarian. Tetapi, tidak banyak dari mereka mengetahui cara yang lebih efektif untuk menjamin laman web atau blog mereka berada pada tempat teratas di dalam keputusan enjin pencarian. Oleh itu, saudara Mohd Amirul Faisyal telah mendedahkan satu persatu langkah panduan yang lebih ‘advance’ untuk mengoptimasikan enjin pencarian di dalam ebooknya, Panduan Advance SEO Wordpress.

Jurnal SEM Ebook Cover

Apa yang saya boleh katakan, saya amat kagum dengan ebook ini. Ia sangat praktikal dan ebook ini seolah-olah telah mengubah saya menjadi seorang pakar SEO. Segala perkara mengenai SEO diterangkan satu persatu. Berikut apa yang terkandung di dalam ebook ini :

1) Pengenalan Kepada Enjin Carian

Dalam bab ini, terdapat 3 bab kecil yang dibentangkan. Pertama, “Mengenali Enjin Carian”. Di dalam topik ini, penulis menunjukkan bagaimana enjin carian menghubungkan laman web anda dengan pelawat dan sebab mengapa pelawat anda menggunakan enjin carian.

Seterusnya, penulis memberikan suatu graf yang menunjukkan “Enjin-Enjin Carian Utama”. Melalui topik ini, anda akan mengetahui enjin carian manakah yang paling banyak digunakan oleh pengguna internet supaya anda dapat menumpukan kemahiran anda untuk ‘tackel’ enjin carian tersebut.

Kemudian, bahagian yang sangat menarik untuk diketahui ialah “Bagaimana Enjin Carian Berfungsi”.
Terdapat 3 proses bagaimana enjin carian berfungsi yang diterangkan di dalam ebook ini. Anda akan mengetahuinya setelah mendapatkan ebook ini.

2) Pengenalan Kepada SEO

Penulis menekankan kepada kefahaman mengenai SEO di dalam bab ini. Anda akan mengetahui apa itu SEO, optimasi dalam laman dan optimasi luar laman secara lebih mendalam. Tambahan pula, anda juga akan mendapat pendedahan kenapa perlu SEO dan kepentingan SEO untuk sesebuah laman web. Selain itu, penulis juga menerangkan dua faktor ranking di enjin carian. Dengan pengetahuan sebegini, ia sekaligus memberikan anda gambaran bagaimana untuk menguasai SEO.

3) SEO Wordpress – Optimasi Dalam Laman (On-Page Optimization)

Dalam kategori ini, penulis menunjukkan satu persatu cara untuk mengoptimasikan laman web anda secara optimasi dalam laman. Namun, terlebih dahulu, penulis menunjukkan cara untuk melakukan ‘backup database’ wordpress anda sebelum memulakan langkah mengoptimsikan laman web anda secara dalam laman.

Terdapat 10 cara yang didedahkan tentang bagaimana untuk melakukan optimasi secara dalam laman. Antaranya ialah cara membina fail robot.txt, cara mengawal pengaliran jus page rank Google, cara mengemaskini senarai ping, cara membina struktur linking dalaman, cara mengubah struktur permalink, modifikasi title dan meta description dan banyak lagi.

4) SEO Wordpress – Optimasi Luar Laman (Off-Page Optimization)

Selain optimasi secara dalam laman, penulis turut mendedahkan cara-cara untuk melakukan optimasi luar laman. Apa yang terkandung di dalam topik ini ialah cara menghantar sitemap ke konsol webmaster, cara melakukan kajian kata kunci dan bagaimana untuk membina backlink.

Ebook ini sangat praktikal untuk pembaca kerana segala langkah diterangkan satu persatu beserta dengan gambar, contoh laman web dan tool yang perlu digunakan untuk mengaplikasikan segala perkara yang diajarkan. Ia suatu panduan yang sangat lengkap dan mungkin juga rahsia besar pakar SEO selama ini! Dan yang penting sekali, ia berbaloi untuk wang anda.

Klik di sini untuk dapatkan produk berkualiti ini.

{ 13 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

13 Responses to “Panduan Advanced SEO Wordpress”

  1. MY says:

    Kepada newbie macam saya ni memang perlu memiliki produk berkualiti seperti ini. Lebih banyak yang perlu belajar, lebih banyak lagi yang perlu tahu.

  2. Saya akan mendapatkan ebook ini secepat mungkin. SEO yang saya tahu memang amat penting untuk mana-mana laman web atau blog.

  3. Ab.Rahman says:

    Saya dah banyak baca yang inggeris punya, tapi susah untuk apply. Adakah ini satu produk translasi atau yang ori. Kadang-kadang serik rasa nak beli ebook.

  4. Sekiranya saya beli ebook ni adakah 100% membantu pemasaran dalam internet? untuk pengetahuan kedudukan web2 saya dalam engin carian google 1~10 berdasarkan nama domain, namun demikian jualan rendah. Sedangkan ebook tersebut ada panduan langkah demi langkah, gambarajah, berstruktur agar pembeli faham. Pengalaman bacaan dan penyelidikan, saya dapati pembeli terpengaruh dengan kredibiliti penjual produk seharusnya pembeli melihat isi kandungan ebook atau buku (What,when,who,….)

  5. Fatin Pauzi says:

    Apa yang saya perhatikan, ebook ni memang membekalkan panduan advance mengenai seo yang boleh diaplikasikan ke dalam laman web berasaskan wordpress. Selepas pndai memanfaatkan seo, tugas kita seterusnya kene pndai membina laman web yang betul2 dapat menarik perhatian pelawat atau pelanggan. So, ebook ini mengajar mengenai seo. Tapi, sekiranya laman web kamu tak dapat convert pelawat kepada pelanggan, tu bukan salah ebook ni. :P

    So, selepas beli ebook ni, mungkinkamu perlu mendapat rujukan lain, mcm mne nak membina laman web yang dapat memukau hati pelawat. :P Good luck!

  6. adie says:

    huhu..komen eh..bagus la kalau keluar ebook ni..nanti senang la newbie nak wat seo untuk web mereka masing2..anyway..goodluck kepada mereka yang membeli ebook ini..jgn lupe beritahu laman web anda yang dah mencapai top ranking dalam search engine nanti ya…

  7. Salam …

    Buat newbies cam saya nie (walau dah tua) ebook nie memang sangat BAGUS terutama apabila menatap review dari pihak Tuan … Nanti saya ricky dgn kawan2 … Kalau baik apa salahnya mencuba … :)

  8. Nikuve says:

    Um.. boleh tahan ebook ni. Walaupun ada edisi percuma ia tetap berisi. Nanti nak dapatkan yang Premium pulak. Tapi Offer sampai esok aja.. adeh..

  9. ibnuhassan says:

    bagus juga ebook ni…saya dah dapatkan satu… bila dah dapat tu…kena study la…jangan buat perkasam pulak…tul tak kengkawan.

  10. SYNERGY says:

    Baca preview macam bagus ebook ni rasa mcm nak beli tapi dah banyak ebook yang dah beli tp blum habis baca lagi

  11. junaidi says:

    mcm nak beli jak e-book ni…. tapi x da duit plak… huh! cukup susah jadi bloggers d usia muda ni…. hehehe….

  12. sbelum nie pun sudah banyak ebook pasal seo nie…kebanyakkannya benda yang sam saje..cuma olahan saja yg berlainan.

  13. online says:

    Terima kasih atas informasi menarik

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)