Kenapa Slow Semacam Jer Progress Sekarang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pakej Rahsia 10K Tahun 2008

Ramai orang bertanya kepada saya, “Apa yang Team FlareBiz buat sekarang? Kenapa nampak macam slow jer progress team anda sekarang?“. Setelah berborak panjang, baru saya tahu bahawa progress slow yang dimaksudkan ialah kami agak kurang melancarkan produk yang berbayar. Kalau saya nak jawab secara detail mungkin boleh tulis satu ebook baru lagi mengenai topik ini, tetapi saya cuba ringkaskan sekadar maksud yang saya ingin sampaikan ini meresap ke dalam jiwa anda.

Kami mempunyai alasan tersendiri kerana hanya melancarkan beberapa produk berbayar sahaja dalam masa setahun dan selebihnya kami hanya mempromosikan produk orang lain. Kami memulakan perniagaan Internet sejak 3 tahun lepas dan sepanjang 3 tahun ini terlalu banyak cabaran yang perlu kami hadapi. Untuk pengetahun anda semua kami tidak pernah belajar secara formal bagaimana untuk menjalankan perniagaan tetapi kami belajar secara tidak formal untuk mengenal apakah itu perniagaan. Ternyata ia adalah satu perkara yang cukup seronok untuk kami belajar. Kami pernah hidup hanya makan sardin kerana kononnya ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan keluarga. :D

Baca artikel ini selanjutnya »

Perniagaan Ebook Adalah Skim Piramid?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menjual Ebook Adalah Skim Piramid?

Pertama sekali saya mewakili seluruh warga kerja Majalah IM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Dan ampun maaf zahir dan bantin andai kata kami ada terkasar bahasa dengan anda semua. Hari ini sudah 4 Syawal dan kami sudah memulakan kerja rutin sebagai seorang usahawan Internet seperti biasa. :)

Ketika saya balik untuk beraya di Kelantan, saya telah menemui ramai rakan-rakan sekampung dan juga kaum keluarga yang tercinta. Apabila mereka bertanya apa yang saya buat sekarang, maka dengan selambanya saya akan jawab saya berniaga di Internet dengan menjual ebook. Namun, ada beberapa orang kawan yang menanggap saya menjalankan skim piramid di Internet. Mungkin mereka salah faham atau tidak faham apakah itu penjualan produk informasi.

Baca artikel ini selanjutnya »

Persepsi Salah Mengenai Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat duit dengan mengajar orang lain buat duit bukanlah satu perkara yang baru. Ia bermula sejak dahulu kala lagi dan ia merupakan satu industri yang cukup lumayan di dalam dunia ini. Saya antara orang yang buat duit di Internet dengan mengajar orang lain bagaimana ingin buat duit di Internet. Ini adalah bidang saya semenjak 3 tahun lepas lagi. Tetapi masih ramai golongan pengguna Internet sendiri yang masih tidak faham dan memandang serong mengenai usahawan di dalam industri ini.

Lihat sahaja produk-produk yang telah saya lancarkan, ia tidak lari daripada topik daripada mengajar orang buat duit di Internet dan saya fikir saya akan berada di dalam industri ini selama-lamanya. Contohnya Rahsia 10K mengajar orang buat duit dengan produk digital di Internet dan sistem NiagaKit juga mempermudahkan orang untuk buat duit di Internet. Majalah IM yang kami terbitkan setiap bulan juga mempunyai matlamat yang sama. Jadi, tiada apa yang salah dengan mengajar orang buat duit di Internet asalkan apa yang di ajar itu tepat dan betul.

Baca artikel ini selanjutnya »

RM195 Untuk Seminar Jutawan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Internet Millionaires BootCamp

Di dalam dunia ini, orang yang berilmu akan sentiasa berada di atas. Malah bagi yang beragama Islam pun Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Saya sendiri pada ketika ini sentiasa membeli produk-produk di Internet berkaitan dengan apa yang ingin saya pelajari. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa hadir ke seminar, bengkel dan personal coaching semata-mata untuk menuntut ilmu.

Tahukah anda bahawa saya pernah membayar sehingga RM1000 hanya untuk belajar selama 15 minit. Namun, saya sangat berpuas hati dan bersyukur kerana nilai ilmu tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Mungkin ada yang seakan-akan tidak percaya bahawa saya masih menghadiri seminar-seminar asas tetapi itulah hakikat yang anda perlu tahu. ;)

Baca artikel ini selanjutnya »

Perniagaan Internet & Reka Bentuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Reka Bentuk Salah Satu Web Jualan

Pepatah Inggeris ada berbunyi “Don’t judge a book by its cover” yang bermaksud jangan menilai sesuatu benda daripada segi luaran sahaja. Setiap peribahasa ini mempunyai satu tujuan iaitu untuk menasihati masyarakat agar menjadi lebih baik dalam kehidupan. Secara logik, pepatah Inggeris ini tercipta kerana adanya masyarakat yang memang menilai sesuatu dari segi penampilan luaran sahaja.

Kalau di lihat pada masyarakat kita sekalipun, terlalu ramai yang hanya menilai sesuatu perkara dari segi penampilan luar sahaja. Oleh itu, kita sebagai usahawan perlu melihat perkara ini dengan lebih serius kerana majoriti daripada masyarakat dunia “judge a book by its cover!”. Seperti biasa, perniagaan Internet pun tidak boleh lari daripada situasi ini.

Baca artikel ini selanjutnya »

Pakej Promosi Ramadhan Kini Dilancarkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Logo Pakej Promosi Ramadhan

Alhamdulillah, setelah lebih kurang seminggu saya dan Zhafran bertungkus-lumus dengan projek simple ini, akhirnya kami berjaya lancarkan produk ini pada hari ini. Projek ini kami berjaya siapkan dalam masa yang singkat dan kami cuba mempraktikkan segala ilmu yang ada untuk memantapkan projek ini. Harap-harap walaupun projek ini simple tetapi dapat memberikan manafaat kepada para pembeli. Itulah tujuan pakej ini dikeluarkan.

Baiklah sedikit penerangan mengenai Pakej Prosmosi Ramadhan. Pakej ini sebenarnya kami cipta adalah bertujuan untuk menerangkan secara lengkap kepada anda bagaimana untuk mencipta produk informasi anda sendiri. Ia bermula dengan langkah bagaimana untuk mencari idea, bagaimana untuk mencipta produk, bagaimana nak buat web jualan, bagaimana nak pasarkan produk dan banyak lagi.

Baca artikel ini selanjutnya »

Akan Datang Pakej Promosi Ramadhan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akan Datang Pakej Promosi Ramadhan

Apa khabar semua? Di kala Bob sedangbertungkus-lumus menyiapkan NiagaKit v2 (doakan kami agar dipermudahkan segala urusan), saya dan Zhafran sempat merancang satu projek simple iaitu Pakej Promosi Ramadhan. Pakej ini sebenarnya hasil gabungan beberapa produk digital yang lengkap untuk mengajar anda bagaimana untuk mencipta produk digital sendiri sehinggalah menjana pendapatan daripadanya.

Kami juga ada menambah beberapa produk baru seperti Case Study Panduan Cinta yang akan menceritakan di sebalik tabir dan pendedahan ekslusif sepanjang menyiapkan produk tersebut bersama saudara Ridzuan Richie. Selain itu, Zhafran juga menambah satu panduan bergambar secara terperinci bagaimana untuk membina web jualan sendiri dan panduan ini mempunyai lebih 100 m/s. Anda boleh bayangkan sejauh mana detail Zhafran buat? :)

Baca artikel ini selanjutnya »

Ingin Memiliki Senarai Email Yang Berkualiti?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Senarai Email Berkualiti

Pertamanya saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam dan semoga bulan Ramadhan ini memberikan kita semua 1001 keberkatan dan pengampunan daripada Ilahi. Baiklah pada entri lepas saya telah berjanji dengan anda semua bahawa jika entri “Duit Dalam Senarai Email?” tersebut melebih 20 komen, maka saya akan berkongsi dengan anda bagaimana ingin memiliki senarai email yang berkualiti.

Nampaknya entri tersebut telah mendapat 47 komen dan saya sangat berbesar hati untuk berkongsi kepada anda beberapa cara bagaimana untuk memiliki senarai email yang berkualiti. Cara-cara ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang 3 tahun bergelar seorang usahawan Internet.

Baca artikel ini selanjutnya »

Anda Tahu Apa Itu RSS?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rssshapes

RSS ataupun Really Simple Syndication??  Sememangnya ramai yang tahu apa maksud dan tahu cara bagaimana untuk menggunakannya. Tapi percaya atau tidak masih ramai yang belum tahu tentang sesuatu yang boleh dikatakan agak penting ini. Ini terbukti apabila saya secara sengaja telah bertanya kepada beberapa orang rakan blogger tentang perkara ini. Dan ternyata mereka sendiri sebenarnya masih tertanya-tanya apakah fungsi RSS ini bila sering kali melihat simbol RSS berada di setiap website dan blog. Sungguh  menghairankan bila seseorang blogger itu tidak tahu apa itu RSS, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Baca artikel ini selanjutnya »

Coretan Seminar Speed AdSense

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seminar Speed AdSense

Dua hari lepas saya telah menjadi wakil kepada Team FlareBiz sebagai peserta di Seminar Speed AdSense anjuran Syed Ikhwan & the geng. Manakala Zhafran pula tidak dapat menghadirkan diri di seminar kali ini kerana sibuk dengan beberapa perkara. Bagi saya seminar yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini membawa persepsi yang berbeza dan secara keseluruhan semuanya berjalan lancar.

Baca artikel ini selanjutnya »

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)