Mini Seminar – Asas Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 30hb Januari lepas pihak Majalah IM telah menganjurkan Mini Seminar yang bertempat di pejabat Team FlareBiz, Diamond Square Business Center. Seminar ini lebih membincangkan asas-asas perniagaan Internet yang sebenar iaitu produk fizikal, produk digital dan servis sahaja. Lain-lain berkaitan program buat duit tidak disentuh sama-sekali.

Mini Seminar

Alhamdulillah, seminar ini dilangsungkan dengan jayanya dan 10 tempat yang dikhaskan sememangnya penuh dari awal lagi. Malah ada juga yang terlebih menjadi peserta yang ke-11 :D Tak mengapa kerana itu sememangnya rezeki beliau. Sebenarnya sangat ramai yang berminat dan mencadangkan supaya pada masa akan datang ia dianjurkan pada hujung minggu.

Seminar ini juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang Majalah IM crew, antaranya ialah Cik Mal, Waidakmy dan terbaru ialah saudara Richie. Tidak ketinggalan kami juga berpeluang berjumpa penulis buku berpengaruh iaitu  Zamri Mohamad yang semestinya tidak lokek berkongsi ilmu dan pandangan beliau.

Insyallah ini akan menjadi acara bulanan Majalah IM dan tidak mustahil kita akan menjelajah seluruh pelusuk tanah air nanti. Niat kami satu, iaitu ingin membantu lebih ramai memahami apa itu perniagaan Internet. Sebab itulah caj yang dikenakan sangat-sangat murah iaitu RM100 sahaja.

Feedback Daripada Peserta

Lihatlah salah satu feedback daripada peserta:

Tahniah kerana telah mengendalikan seminar asas perniagaan internet pada 30 Jan yang lalu. Saya adalah salah seorang peserta seminar tersebut ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada team flarebiz kerana tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan kepada kami para newbie. Ternyata layanan yang diberi sangat memuaskan sehinggakan saya rasa puas hati sepanjang seminar dijalankan.

Keseluruhannya seminar ini memang amat2 berbaloi dan saya sendiri merasakan seminar ini patut diteruskan pada masa2 akan datang. Newbie2 seperti kami memang amat memerlukan ilmu2 baru seperti ini. Sekali lagi tahniah saya ucapkan!

Menjadi Acara Bulanan

Mungkin pada masa akan datang pihak Majalah IM akan membabitkan pihak penulis juga untuk berkongsi pengalaman dengan para newbie. Baiklah, berbalik mengenai seminar pada hari tersebut sememangnya meriah kerana semua peserta begitu bersemangat dan penuh bermotivasi. Rata-rata peserta pulang dengan minda yang positif dan percaya bahawa Internet sememangnya boleh buat duit. Tak begitu? :D

Secara keseluruhan, boleh dikatakan mini-seminar ini berjaya dan semoga seminar ini dapat diteruskan dengan lebih meriah lagi. Kepada yang terlambat untuk menyertai mini-seminar pada Jumaat lepas anda boleh menyertai seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil anjuran bersama Majalah IM dan Primaya Solution di UIA pada 7hb Februari ini. Daftar sekarang!

sekian.

p/s: Maaf banyak gambar tidak dapat dimasukkan kerana kualiti gambar sangat rendah :)

{ 6 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

6 Responses to “Mini Seminar – Asas Perniagaan Internet”

  1. Oh, tidak, balik sahaja dari pejabat Flarebiz terus kami bincang-bincang ada konsep pejabat sebegitu. Dalam pejabat sudah rasa auranya. Sayang sekali tidak dapat bincang lama-lama, maklumlah Jumaat.

    Insya Allah, ada peluang lagi.

    Sedikit preview program seminar di UIAM anjuran bersama Majalah IM dan Primaya Solution serendah RM50 (sebagai sumbangan kami kepada mereka benar-benar mahu menjalankan perniagaan internet dalam keadaan gawat)

    Program dari jam 9 pagi – 5 petang melibatkan pembentang berikut.

    IZWAN WAHAB |Pakar Internet dan SEO
    MAZLAN MOHAMAD | Penganalisa jenama (yang juga pernah menyertai World Branding Forum yang melibatkan Ivanka Trump dan Tony Fernandez ‘Air Asia’
    ADLY MUKHTAR |Peniaga sepenuh masa di Internet
    ZULKEFLI MOHAMAD | Pengamal Insuran
    ZAMRI MOHAMAD | Penulis Buku Malaysia

    Topik

    Teknik menulis iklan jualan di internet
    Teknik membina web mini dan mudah dikesan Google Teknik
    Teknik jenamakan perniagaan kecil
    Menjana RM10,000 pada umur 16 tahun
    Mengurus risiko bisnes kecil

    Nota: Kami berjaya menarik Tuan Mazlan Mohamad yang mengikuti Global Branding Forum 2008. Ilmu yang beliau perolehi memang superb! Ilmu bernilai MYR 4,800 dalam forum dua hari Global Branding Forum 2008 akan dibocorkan dalam seminar di UIA nanti pada kos dua angka.

    Info lanjut di http://www.kursusperniagaan.com

    Kami buka pintu seluas-luasnya kepada semua yang ingin hadir.

  2. hazman aka species1980 says:

    Alhamdulillah….

    Saya adalah salah seorang peserta yang terlibat mini seminar di atas.Nyata ianya memang bermanfaat bagi newbie seperti saya.Moga TEAM FLAREBIZ dan MAJALAH IM akan lebih sukses

    Tahniah saya ucapkan…..

  3. niagawang says:

    Asalamulaikum..

    Peh sedihlah aku sebab tak dapat menyertai seminar ini, memang nak join tapi jadual aku bulan ini sibuk sekali,Jika hujung bulan feb ini mungkin aku nak join. Sebab aku berminat sangat..sila e-mail next seminar k bro.

    tq

  4. MNizam says:

    Syabas. satu usaha yang murni.

  5. Richie says:

    im so proud to be part of majalah IM :)

  6. saya rasa nie idea saya saya post kat wang cyber dulu

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)