Ulasan Produk

Pelajari Langkah SEO Paling Mudah Dan Berkesan!

SEO atau Search Engine Optimised adalah satu pengetahuan yang wajib diketahui semua usahawan internet. Untuk menjana pendapatan dengan penjualan produk, blog ataupun affiliate kemahiran SEO sangat diperlukan.... Seterusnya →

Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini. Seperti yang anda ketahui,... Seterusnya →

Mencipta Produk Digital Dengan Rahsia 10K

Akhirnya produk Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan oleh saudara Adly Mukhtar (Labanon) bersama Team Flarebiz dan telah menghasilkan jualan yang hebat. Saya telah meniliti dan membaca keseluruhan produk... Seterusnya →

Miliki Kedai Online Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perniagaan Internet bukan lagi sesuatu perkara yang baru malah era perniagaan Internet ini bermula semenjak tahun 1998 lagi. Pada ketika itu di Malaysia kita baru mengenali apa itu Internet dan jauh sekali untuk memikirkan cara untuk menjana wang di Internet.

Apabila disebut perniagaan Internet secara umumnya ia terbahagi kepada 3 iaitu produk fizikal, produk digital dan perkhidmatan. Produk yang paling popular diniagakan di Internet buat masa sekarang sudah tentu produk informasi iaitu produk digital. Namun, anda juga perlu tahu bahawa peluang perniagaan produk fizikal masih terbentang luas buat anda, tambah-tambah lagi di pasaran tempatan.

Benarkah Semua Produk Boleh Dijual di Internet?

Banyak produk boleh dijual di Internet seperti jam tangan, tikar, baju, kasut dan sebagainya. Jika dahulu ramai yang beranggapan bahawa produk-produk sebegini tak boleh di jual dalam Internet kerana pelanggan perlu sentuh, cuba dan sebagainya. Namun, semua alasan tersebut tidak boleh diguna pakai sama-sekali! Saya telah mencubanya dan hasilnya amat menggalakan.

Saya menjual baju batik secara online dan ramai yang menganggap perniagaan batik saya secara online tidak dapat memberikan pengalaman yang memuaskan. Tapi tahukah anda bahawa produk yang saya jual di GaleriBatik.com sentiasa kehabisan stok? Ini kerana saya menerima tempahan diluar jangkaan!

Ya, nasihat saya buat anda para pembaca Majalah IM ialah jangan hanya sekadar mendengar pandangan orang lain tetapi cubalah sendiri menjual barangan secara online. Namun, satu masalah untuk anda memulakan perniagaan Internet ialah anda tidak tahu bagaimana untuk membina laman web.

Tiga Jalan Penyelesaian Buat Anda!

Baiklah secara ringkas terdapat 3 cara untuk anda membina kedai online anda. Antaranya ialah:

1) Belajar sendiri kod-kod programming seperti HTML, CSS, PHP, AJAX dan sebagainya. Selepas anda menguasai semua kod-kod di atas, maka bolelah anda membina kedai online anda sendiri.
2) Anda juga boleh mengupah programmer untuk membina kedai online untuk anda. Oh ya, sediakan juga duit sekurang-kurangnya RM5000 untuk memiliki kedai online anda sendiri.
3) Anda juga boleh menggunakan sistem yang telah siap seperti Zen Cart, Oscommerce, Cubecart dan sebagainya. Oh ya, pastikan anda mempunyai masa yang banyak untuk mengkaji sistem-sistem ini dan juga wang ringgit untuk membeli template bagi sistem tersebut.

    Itulah dia 3 cara yang boleh anda ceburi untuk membina kedai online anda sendiri. Namun saya akaui bahawa ketiga-tiga cara di atas sebenarnya sangat susah dan memakan masa untuk menguasainya. Sebenarnya masih ada satu cara lagi untuk anda membina kedai online anda sendiri dengan mudah tanpa memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh menggunakan NiagaKit!

    Apa Yang NiagaKit Boleh Bantu Anda?

    Dengan NiagaKit anda dapat memasakan produk anda di Internet tanpa menghadapi sebarang masalah. Kami akan lakukan segala-galanya untuk anda! Kami akan memberikan domain + hosting secara percuma buat anda, reka bentuk header yang menawan, manual PDF + Video, support dan banyak lagi! Kelak anda akan memiliki kedai online seperti berikut:

    [+] www.muslimahdolls.com
    [+] www.tenagabatin.com
    [+] www.demo.NiagaKit.com

    Jadi apa yang anda tunggu lagi? Dengan hanya RM500 anda boleh memasarkan produk anda di Internet tanpa sebarang masalah. Apa yang penting, NiagaKit akan menjimatkan wang, masa dan tenaga anda!

    BELI SEKARANG

    Sekian.

    p/s: Harga RM500 hanyalah untuk 50 unit pertama dan 150 unit seterusnya adalah bernilai RM640. Selepas 200 unit terjual, maka tempahan akan ditutup serta-merta! Bertindak sekarang!

    pp/s: Kepada mereka yang telah mendapatkan NiagaKit, bolehlah tinggalkan pendapat anda diruangan komen ;)

    15 komen “Miliki Kedai Online Sendiri”

    1. (1) khalifah fedi : November 6th, 2008 at 9:54 am

      saya memang berminat berurus niaga di internet,tapi masalahnya,produk apa yang begitu sesuai untuk dijual …

    2. (2) Mohamad Abbas Yeoh : November 6th, 2008 at 10:21 am

      Assalamualaikum sahabat,
      Saya berminat niaga di internet,tapi masalah saya ialah saya baru berlajah tentang computer dan internet sebab tulah saya tak tahu macam mana nak mula buka kedai online sendiri.Saya harap sahabat boleh tolong bantu saya.
      Sekian TQ
      ABBAS

    3. (3) Zaharudin : November 6th, 2008 at 10:24 am

      saya tak ada produk sendiri utk berniaga di internet tapi boleh ke kita niaga produk dpd sykt MLM dimana kita sbg ahli sykt MLM tu

    4. (4) http://cari.ws : November 6th, 2008 at 10:27 am

      Sekarang ni tak tahu nak berniaga apa lagi, modal pun kurang, harap satu hari saya akan dapatkan niagakit ni memang menarik.

    5. (5) shuaib : November 6th, 2008 at 10:34 am

      saya mmg berminat utk berniaga secara online ni..saya pun tak berapa paham dengan cara online biz ni….produk pun tak ada,,,,,,,nk wat lmn web pun tak rti lg..tgh dok tekial2 buat..he…tlg bro…

    6. (6) Rohazli Abd Rashid : November 6th, 2008 at 10:56 am

      Bro Team Flarebiz,

      Saya Azli berasal dari Kelantan dan sekarang menetap di PJ. Saya ada satu cadangan untuk member-member yang cuba nak berjinak-jinak dengan bisnes internet ni. Saya jumpa konsep ni baru 2-3 minggu lepas dan Alhamdullilah ianya mebuahlan hasil, walaupun bukan berjuta-juta tapi amat berbaloi dengan usaha yang saya curahkan. Dengan berbekalkan PC dan internet line dari rumah, dengan bantuan sistem ini saya sudah boleh mula mengembangkan perniagaan saya.

      Bukan tujuan saya untuk mempromosi benda ni kat ruangan ini, cuma nak berkongsi dengan member2 kita yang kemaruk sangat nak berniaga di internet. Sebab program ini boleh dicuba tanpa kita perlu bayar apa2 dahulu, sehinggalah kita betul2 paham macamana sistem nya beroperasi.

      Untuk lanjut, sesiapa yang berminat boleh ke : http://www.viralurl.com/rohazli/online-profit

      Kepada Team Flarebiz and kawan2 seperjuangan, tahniah atas usaha anda, anda semua banyak membantu saya dari buta kepada celik IT dan sehingga kini saya byk berterima kasih kpd Team Flarebiz.

      Sekian

      YM ID rohazliabdrashid
      Skype azli.vemma
      HP 013-6649981

    7. (7) Rody : November 6th, 2008 at 11:08 am

      Salam Sejahtera,
      saya berminat dgn perniagaan secara online ni,produk yg akan saya jual nanti ialah stem2 negara luar dan wang kertas, yg bentuk set. bagaimana caranya untuk mempamirkan di Kedai Online nanti? T/kasih..

    8. (8) fauziesp : November 6th, 2008 at 12:08 pm

      Salam buat semua, sebagai newbie, saya telah banyak habis modal membeli ebook tentang bisnes online ni tetapi masih keliru tentang cara terbaik buat duit. Nak buka kedai online ni memang cita-cita saya cuma tak tahu lagi apa product yang terbaik untuk dipasarkan. Pada otai-otai yang offer kat saya tu, saya minta maaflah sebab masa n modal belum mengizinkan saya join u all tetapi terima kasih tak terhingga saya ucapkan kerana sudi menjemput saya. Sekiranya ada idea2 yang menarik, mudah dan murah, jangan lupa kat saya pula. TQ very much 4 all bro…

    9. (9) Budakboy : November 6th, 2008 at 12:36 pm

      Em Berminat jugak, tapi adakah saya still kena buat maintenance and kalu saya nak ubah design bulih ker? or bila first time accepted that design than terus sama sampai bila2? Thanks

    10. (10) bard : November 6th, 2008 at 1:11 pm

      Buat Team Flarebiz,

      Syabas diucapkan atas pelancaran produk terbaru anda dan semoga saya dapat memilikinya dlm masa terdekat. Biz online /Kedai online ini suatu cara pemasaran yg cukup bagus utk mereka yg mahukan kebebasan kewangan serta mahu menambahkan pendapatan sampingan.

      Saya mencadangkan supaya dlm website jualan tersebut mempunyai kemudahan penghantaran yg berkesan dan mudah utk berurusan dengan pelanggan nanti terutama produk fizikal yang mudah rosak.

      Andaikata saya memilikinya saya mahu menawarkan perkhidmatan urusan baucar diskaun untuk produk seperti komputer alatan asesori dsb. Kupon diskaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan dikedai terpilih yang mempunyai rakan kongsi yang sah.

      Pelanggan boleh melihat sendiri barangan mereka dan boleh dibawa pulang setelah terus setelah selesai urusniaga mereka. Sekiranya terdpt program utk menokok menambah mereka boleh install menerusi kedai online yg mereka beli tadi.

      Macam tulah idea saya kira-kiranya..

      p/s: Apakata kedai online ini disatukan menjadi seperti macam eBay dimana tempat tumpuan pelanggan serata tempat boleh berkunjung dan melihat-lihat (macam window shopping lah gamaknya..) sebelum kita (pelanggan) memasuki kedai online mereka.. kan bagus kalau boleh buat macam tu..? cam ok tak idea gua…

    11. (11) shah : November 6th, 2008 at 2:34 pm

      salam kpd team flarebiz sy menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan boleh ke sy beli pakej ke niaga kit ni utk perniagaan sy?

    12. (12) Mohmmad Hamdy : November 6th, 2008 at 11:27 pm

      Pertama saya ucapkan syabas pada team flarebiz..akhirnya terbentuk web ecommerce untuk usahawan2 cuma nak komen sikit kekalkan harga pada $500.00 maklum leee bila minyak naik semua perkara naik… walaupun minyak turun barang keperluan tetap naik. Saya akan melanggan tetapi bukan sekarang. Taniah kerana memudahkan usahawan

      Mohmmad Hamdy
      http://www.rahsiasaham.com

    13. (13) kamariah : November 7th, 2008 at 7:01 pm

      kepada team flarebiz terima kasih kerana menjemput saya,, tapi sekarang saya lom cukup badjet nak join… maklum lah dah ujung tahun,,, keperluan anak sekolah lebih penting.. memang cita-cita saya lah nak ada “kedai online”

    14. (14) Richie : November 8th, 2008 at 2:45 am

      amcm? dah ada yang beli blom?

    15. (15) Janet12 : November 19th, 2008 at 4:30 pm

      Terima Kasih kerana ada anak Melayu yang sudi memberi info begini dan Tahniah kepada Team Flare Biz kerana memberikan info yang sungguh berguna dan bermanfaat

    Tinggalkan Komen