Mentaliti Anda Untuk Buat Duit Di Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memang sejak kebelakangan ini saya menerima terlalu banyak email yang ingin belajar bagaimana untuk menjana pendapatan di Internet. Ia satu perkembangan yang cukup bagus kerana 2-3 tahun lepas masyarakat kita masih belum lagi berminat untuk menjana pendapatan di Internet. Namun, sedikit tidak menyenangkan apabila rata-rata yang berminat untuk buat duit di Internet inginkan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

Mungkin masyarakat kita sudah silap faham konsep sebenar menjana pendapatan di Internet yang sememangnya tiada jalan pintas. Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk mendapat RM1 pertama daripada Internet! Rata-rata usahawan Internet yang telah berjaya mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mula menjana pendapatan di Internet dan bagaimana pula dengan anda?

Pertanyaan di FaceBook

Beberapa hari lepas saya menerima satu private message di FaceBook yang bertanyakan apakah cara buat duit di Internet paling senang dan cepat kerana dia perlukan duit dengan segera. Saya mengambil keputusan untuk tidak membalas message tersebut kerana bagi saya dia sudah mempunyai mentaliti yang salah untuk mula menjana pendapatan di Internet.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, mana ada cara mudah dan cepat untuk buat duit di Internet. Semuanya perlukan komitmen dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk anda berjaya menjana pendapatan yang lumayan di Internet. Tiada yang baru sahaja mengenali dunia buat duit di Internet dan terus menjana pendapatan jutaan ringgit. Jika ada, sila tunjukkan kepada saya, pasti saya akan sanggup untuk menuntut ilmu dengan beliau walaupun dicaj puluhan ribu ringgit.

Jika anda mempunyai mentaliti ataupun fikiran bahawa untuk buat duit di Internet ini adalah senang, saya merayu agar anda ubah cara pemikiran anda sekarang juga. Saya risau dan takut jika anda terjebak dengan skim-skim cepat kaya yang tumbuh bagaikan cendawan di Internet. Selagi anda tidak berubah, saya fikir selagi itu anda akan terus menjadi mangsa-mangsa penipuan di Internet.

Saya telah menemui ramai orang yang mempunyai mentaliti berikut dan mereka semuanya telah menjadi mangsa-mangsa penipuan di Internet. RM10 ribu? RM20 ribu? RM 50 ribu? Semuanya sanggup dikeluarkan semata-mata ingin menjana pendapatan di Internet sambil goyang kaki. Baguslah, akhirnya semua tubuh badan mereka bergoyang apabila duit sudah lesap dan tiada lagi khabar berita.

Nasihat saya kepada semua para pembaca, sebelum anda ingin mula menjana pendapatan di Internet, pastikan anda membaca dahulu buku-buku berkaitan perniagaan agar mentaliti anda sebagai orang biasa berubah menjadi mentaliti sebagai seorang usahawan. Percayalah bahawa anda akan lebih mudah berjaya untuk buat duit di Internet setelah anda berjaya mengubah mentaliti anda.

Semoga kita berjumpa pada entri akan datang.

{ 36 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

36 Responses to “Mentaliti Anda Untuk Buat Duit Di Internet?”

  1. Fatin Pauzi says:

    Ni silapnya mentaliti kebanyakkan orang kat luar sana. Masa mereka tengah senang, mereka kutuk mengenai dunia perniagaan or blogging or internet marketing or networking atau juga tak mempedulikan untuk menambah aset mereka sebagai bekalan ketika susah, then bile betul2 susah, baru kelam kabut nak cari cara nak wat duit. Salah mentaliti mcm ni.. huhu

  2. aman says:

    haha. sekarang kan ramai yang berfikir, nak wat duit kat tenet nie senang giler. tapi kenyataannya jauh berbeza, huhu.

  3. Aqif says:

    Sebenarnya kita perlukan banyak lagi artikel seperti ini kerana rata-rata rakyat negara kita masih lagi berfikiran sempit dan menganggap bahawa perniagaan internet adalah sesuatu yang mudah dan cepat.

    Harap-harap diorang semua ni dapat download e-book majalah IM yang bertajuk 7 kesilapan memulakan perniagaan internet. Kerana ia lengkap dengan maklumat mengenai perniagaan internet.

    :)

    Aqif

  4. Leeroy says:

    Saya layar bahagian tentang kami di blog anda ini. Saya dapati Dik Mal telah pun menarik diri dari dunia internet. Mengapa anda masih papar gambar orang yang sudah nyata terang-terangan mengumumkan ‘angkat kaki’ dari dunia internet? Dikala anda menyintai dunia internet, anda bagaikan umumkan kegagalan salah seorang staff anda di ruangan tersebut. Tak kiralah apa jua alasan beliau (gagal ke, berjaya ke,), tapi kalau orang yang bijak, sudah pasti tau yang beliau gagal di online (tiada daya ‘go on’ lagi.)
    Anda sebagai team yang berinovasi (penuh semangat berjaya) memberi persepsi sebaliknya kepada pelawat. Oh, mungkin tak semua akan berfikir macam ni, tapi tentu ada bukan?…To Dik Mal, semoga berjaya. Internet world is too tough for you.

    • Adly a.k.a Labanon says:

      Saya tidak tahu apa perspektif gagal bagi diri anda tetapi angkat kaki dari dunia Internet bagi saya tidak bermakna beliau gagal. Dia sentiasa memberikan kami semua sumber inspirasi untuk terus mengorak langkah lebih jauh dalam bidang perniagaan Internet.

      Walaupun dia angkat kaki dengan laptopnya sekalipun, dia masih lagi Majalah IM krew dan melakukan kerja-kerja seperti biasa, so why saya perlu buang tentang dia di situ?

      Itu hak dia sama ada hendak angkat kaki atau tidak. ;)

    • Cik Mal says:

      Siapa yang tafsir saya angkat kaki tu ? :) Hehe. Oh begitu rupanya persepsi orang bila saya berhenti blogging. Saya rasa Tuan perlu memahami apa itu perniagaan internet. Bukan sahaja saya boleh melakukannya secara terangan, saya juga boleh menubuhkan satu gerak kerja bawah tanah, dan terus beroperasi tanpa perlu menonjolkan diri saya yang sebenar.

      Rasanya Tuan salah faham maksud pengunduran saya? Saya mahukan PRIVASI. Jelas atau tidak?

      Semoga Tuan berjaya dalam apa jua lapangan Tuan

      PS : Saya sedang membentuk proposal niche : education untuk perniagaan internet saya. Saya selesa di belakang tabir :)

      • yuzafi says:

        Salam,

        Maafkan saya jika mencelah di sini :)

        Saya setuju dengan cara Cik Mal memberikan ulasan.Bagi saya,internet marketer boleh di bahagikan kepada 3 bahagian yang pertama,IM yang memang ingin dikenali sebagai menambahkan kredibiliti.

        Kedua ialah IM yang memang bergerak di bawah radar atau underground.Golongan jenis ini memang ada dan biasanya mereka ada inner circle sendiri.Memang susah nak trace mereka dan pra-syarat untuk inner circle ini ialah even nama atau nick mereka pun tidak boleh berada di enjin carian.

        dan golongan yang ketiga ialah mereka yang mempraktikkan kedua cara di atas.Mereka mempunya profil di internet dan pada masa yang sama juga mereka ada multi face di bawah tanah.Pokoknya,income mereka juga akan berganda.

        Jadi saya rasa mungkin Cik Mal sedang berada dalam golongan ketiga.

        Just a cent from me :)

  5. shahrul says:

    Cari duit kat internet, klu x cuba mmg x tau senang ke susahnya.

  6. ejam says:

    senang jer konsep cari duit nie, tak kira ler online mahupun offline…semuanya kena berusaha dan bersabar.
    kalau tak berusaha tak kan bleh datang bergolek, kalau tak boleh sabar camner nak dapat duit yg HALAL.

    tiada cara mudah untuk dapat duit, semuanya perlu susah dulu kemudian baru mudah…

  7. catzer says:

    Heheh..sy suke bab mentaliti ni..hakikatnya semua org nak duit mudah..tp tak ramai yg tau cara dan sistem kerja yang berkesan untuk mencari duit dr internet dengan mudah.

    Ada yang mengambil cara paling mudah iaitu from money making money (kebanyakkan program yang di sertai ialah money laundry).

    Ada yang berkemahiran mereka lebih kehadapan..Menyediakan servis berdasarkan kemahiran yang mereka ada. Kalau seorang designer,programmer,writer..confirm duduk dlm toilet pun boleh buat duit asalkan ada computer dan internet.

    Kalau yg tidak berkemahiran dan ada duit untuk di laburkan hired lah insan2 di atas untuk create produk spt sistem, design untuk ada jual atas nama brand anda sendiri..kalau anda berani boleh jerk..takde kredibiliti tp sistem/design yg anda tawarkan mmg ummph..Just dapatkan kepercayaan dr orang2 lama a.k.a otai..kalau produk bagus sy sendiri sanggup bayar meskipun org nak bg free utk testimonial..

    Sy tiada kemahiran dan tiada duit semasa kali pertama terjun di dunia online ni. Mcm mana survive? Buat muke tak malu approach otai2 tanya sama ada mereka perlukan virtual assistant ke tak..Sebagai ganti yuran pembelajaran untuk mendapatkan pelbagai kemahiran sy menjadi virtual assistant tanpa di byr sesen pun.

    Apapun itu hanyalah sekadar batu loncatan utk pergi jauh lagi, kita tak boleh berada di tempat yg sama dalam jangka masa yg panjang..itu yg saya nampak apa yg Dik Mal ingin lakukan.

    Aiyak..kenapa post ni sy bersemangat membebel disini..sorry tuan rumah..

    • Cik Mal says:

      hehe Cat, ada juga yang memahami ya? untuk bergerak satu langkah ke atas, langkah di bawah perlu di tinggalkan. tapi tidak mengapa, hanya jauhari mengenal manikam

      dalam dunia perniagaan nyata, jika anda adalah seorang peniaga goreng pisang, selamanya kah anda nak jadi penjual goreng pisang, walaupun untung sudah tidak terkira? tentu sekali satu hari anda akan maju ke hadapan lagi.

      aiseh, kenapa perlu saya beri respon ya? oh ya, kerana ia penting untuk para pembaca MIM memahami, bahawa tiada istilah gagal dalam perniagaan internet. yang ada, hanya MAJU, MAJU, MAJU. :)

      • Leeroy says:

        Maaf ya Dik Mal…komen saya agak straight to the point. Cuma saya tiba2 jd trkejut sb individu sperti anda yg sudah berada di kalangan team yang mempunyai ramai contact boleh mengumumkan persaraan. Bagaimana dengan mereka yang tidak berada di kedudukan anda?… Sendirian tanpa bantuan (support) untuk menaikkan diri dalam dunia intrnet. Anda seolah-olah ketepikan suatu peluang keemasan yang banyak org lain tak dapat. Mngkin juga saya tersilap; anda tak bersara. Tapi apa yg saya baca, itulah yg saya fikir (saya tk pandai baca tembus sehingga ke dalam, melainkan diberitahu). Thanks.

        • Cik Mal says:

          Leeroy, dalam perjuangan, sememangnya kita seumpama ada ramai teman. Hakikatnya sorang je. Apa jua keadaannya. Maka ramai contact atau tidak, itu tidak lah menjadi sebab. Tetapi kecerdikan menggunakan contact sedia ada, itu yang akan membawa perubahan.

          Saya mungkin punyai jaringan contact yang baik dengan nama-nama yang sudah besar di dunia internet, tetapi! Ia tidak bermakna jika saya tidak menggunakannya dengan baik. Dan lain pula bicaranya jika kita ada satu sahaja contact besar, tetapi memanfaatkannya sehabis baik, maka itu yang akan membawa perubahannya.

          Saya sekarang ni, memilih memanfaatkan contact besar (satu) untuk kejayaan berganda. Tidak penting menjadi kuasa besar, tetapi penting untuk tahu menggunakan kuasa besar :)

          Selamat berjaya! :)

        • Cik Mal says:

          pendek cerita……….bersara?no la.im still in the game.but as unknown identity ;) tu je :) privasi tu penting untuk saya.

  8. hasbul says:

    oh,saya pernah alami pemikiran tg sama
    selepas berjinak dgn perniagaan internet ni
    mula saya terpk
    wah,jauh lagi perjalanan ku nk berjaya
    so,kene byk lagi usaha ni(^^)

  9. Nabieel says:

    Bisnes yang senang nak buat duit adalah coaching, guide dan seumpama dengan mengajar atau menunjuk ajar sesuatu.

    Selalunya org di bidang ini mempunyai bidang pengetahuan yang meluas.

    Sekadar berkongsi.

    PS: Posa dah nak dekat boleh ler jual apa yg berkenaan dgn posa dan raya. Ada sesiapa tokey jual tiket bas ke? :D

  10. fauzi says:

    Salam dik.
    Terima kasih kerana tulisan adik menjadi pembuka mata melayu tamak.
    Memang susah jika tak kena gaya. tenggelam timbul perniagaan di internet adalah lumrah.
    pak cik nak ingatkan perniagaan di internet bukanlah semudah yang bulat datang bergolek kerana jika hati tidak bulat debupun tak nak masuk dekat.

  11. fauzi says:

    ini contoh silap skit tulis alamat blog jer

  12. Amirez says:

    sy pun jumpa ramai orang yang mentalitinya macam tu.
    kadang2 ada yang sampai melemahkan semangat sy sendiri..

  13. mcm dengan kes mcm nielah…baru seminggu dua jea buat blog tapi nak suruh trafik masuk giler2..heheheh

  14. A-leq says:

    salam. Saya amat setuju bahawa tiada jalan singkat untuk kaya cepat.Kita juga perlu ubah mentaliti diri jika ingin berjaya. Bagi internet marketer yang baru menceburi bidang
    ini kuatkan semangat dan jangan cepat putus asa.

  15. Julia says:

    Biasa la tu…terikut dengan skim ceat kaya..asyik nk cepat smuanya.. saya ni dh dkt 3 bulan buat blog ni, tp tak de satu sen pun lg pndapatan.. tp di sebabkan penulisan macam di majalahIM lah membuatkan semangat sya pulih kembali..puitis gitu..

  16. mmg boleh goyang kaki, dan dpt income pasif, tetapi…..setelah promosi dibuat secara meluas pada website kita selama berbulan-bulan, barulah dapat…

    bayangkan 1000 video di video sharing sites kita dapat 10 visitors per day secara tetap, tak ke 10 ribu pelawat setiap hari dah tu

  17. zaki harun says:

    salam… mmg betul spt apa yg dikatakan, saya sendiri mula biz internet pada 1999, masa tu tgh study kat kelantan, tp saya langsung tiada ilmu dan pengalaman teknik dan strategi pemasaran internet, apa saja terlintas nak jual saya jual… promote main hentam kromo saja, namun income saya agak ok, pernah dpt rm2000 lebih dlm masa 1 minggu dan pernah juga dapat rm1000 lebih dlm masa sehari, pastu sibuk dgn study (syariah), apa autopilot pun tak reti, autoresponder pun tak paham, last-last menyepi gitu jer la biz saya kat tenet ni… skrg ni byk taiko dan guru.. insya Allah nak mula balik.. harap semua taiko dan guru teruskan usaha memberi bimbingan kpd org yg baru nak belajar mcm saya nih… tima kasih labanon, dikau pencetus kembali semangat ku yg hilang (cewahhh)… :)

  18. ABE LONG says:

    Mungkin anda pernah dengar , Internet adalah lombong emas , Ya kepada pelombong
    yang punyai kemahiran melombong , punya daya kekuatan mental dan inovasi
    Hakikatnya semua orang nak kaya , kalau boleh nak kaya cepat , tanpa usaha
    Tanpa ilmu tentang ” Bisnes ” akan mengundang kepada kegagalan …
    Nak berjaya dalam bisnes kena sabarlah, memang adat ada juga ditipu , tertipu
    cuma kita jangan menipu ..

    APA YANG PENTING …. CARI ILMU , BELAJAR PADA SIFU …
    Berkat sabar sekarang Income pun dah steady ..

    APA YANG PENTING …. CARI ILMU , BELAJAR PADA SIFU …

  19. iskisk…. semua nak senang… sebenarnya dia tanya tu mungkin dia xterfikir sebab pengetahuan ttg bisnes tidak meluas. Mungkin!

    Sebenarnya ramai lagi yg macam ni… sedangkan ada hutang lagi… tapi tak tahu nak bisnes apa… suruh buat itu ini, katanya susah, ganggu weeked la… bla bla bla… pastu?

  20. nik says:

    salam
    Jika mentaliti dah salah memang akan buat separuh jalan, lagi teruk terus terjebak dengan skim yang tak elok.. nak duit cepat lah katakan. Seorang pekerja pun perlu menunggu akhir bulan baru dapat gaji, tu setelah bekerja….
    bagus artikel ni…. memang sesuai untuk semua….

  21. rashid says:

    Mentaliti cara yang salah ini kekadang diterima daripada web buat duit yg mengarut dengan perkataan yang muluk-muluk dan juga testimonial yang menipu dan juga landing page yang pandai memikat. Sekiranya tiada sifu-sifu yang menerangkan perkara sebenar ramai lagi yang akan tertipu.

    Terima kasih diatas info dan komen dari IM-IM yang sebenar.

  22. h3r0 says:

    Semua ini terpengaruh dengan kata dalam internet…
    macam2 iklan… buat duit dengan mudah…
    buat duit sebanyak ini dlm seminggu…

    Kalau xdak usaha mmg xdpt gak…

  23. Fazli says:

    sebenarnya dunia perniagaan internet hari ni banyak dimanipulasi orang yang tak bertanggungjawab. keyword buat duit mmg sangat popular di kalangan kita. pada hal dengan keyword buat duit ni, ramai orang habis duit.
    utk orang baru mereka tak faham bina perniagaan internet dan buat duit di internet. saya pun tak tau dulu. tapi bila belajar pelan2 belajar. baru tau ada beza antara buat duit dan bina perniagaan.
    jadi di sini kalau boleh kita ubah balik mentaliti orang-orang baru ni supaya mereka tak teraniaya dengan bermacam-macam program buat duit.

  24. Man Cool says:

    yup.. hdup ni kadang2 kte xtau ape nak jd kendian..
    cam RODA.. hehe.. kadang diatas kadang dibawah… cume jgn bhenti brusaha…
    mmg xde jalan mudah… jalan mudah mereka yg da bjaye ialah BERUSAHA n jgn putus asa…
    gogogogogo…

  25. Salam

    Saya setuju, seharusnya kita banyak membaca buku2 tentang perniagaan dan motivasi, baru timbul sedikit kesedaran bagaimana susahnya untuk kaya. Tetapi dengan tekad dan usaha disamping ada niat untuk membantu umat manusia terutama orang islam kita harus berniaga samada dalam internet atau luar internet. Soal berjaya atau tidak kita letak di belakang minda kita. Banyak cara untuk berjaya dan juga gagal terpulang pada kita. Buang perkataan dalam minda kita

    Boleh ke?
    Aku tak tahu?
    Aku takde kelulusan?
    Aku tak pandai bahasa inggeris, nak berniaga kena pandai bahasa inggeris!
    Takde rezeki? ALLAH memberi rezeki bukan manusia broo, bukan bos,

    Cadangan baca buku niii (Simpanan saya)
    1. KISAH TOKOH PERNIAGAAN DI DUNIA- FORD, SONY, KODAK & MICROSOFT
    2. BUKU RAHSIA BISNES ISTERI NABI MUHAMMAD SAW
    3. BUKU FOREX
    4. BUKU UNIT TRUST
    5. BUKU EMAS
    6. BUKU HARTANAH
    7. BUKU MOTIVASI DR. FADILAH
    8. BUKU DR. IRFAN KHAIRI
    9. BUKU http://WWW.RAHSIASAHAM.COM

    Buang buku yang tidak meningkatkan minda, contoh cerita hantu

    • m2mdoh says:

      .: Wa’alaikumsalam.

      wahh, layan gak senarai buku2 Encik Hamdy ya? yg m2mdoh cari tu buku rahsia perniagaan isteri Rasulullah~~ biasa orang biasa-biasa ckp 9/10 rezeki Allah adalah dr perniagaan. tp 9/10 tu perniagaan apa? dan 1/10 tu pula perkerjaan apa? m2mdoh tgh mencari rahsia ilmu 9/10 tu masa nih, hihi.. =)

      pergh, canteek tu awek Labanon~~ tp awek Labanon (internet) awek m2mdoh gak tau, hahaha~~ XD just joking, sama2la kita mencari awek yg best~~ ;P

      :.

  26. Adney says:

    kat email lame saye berlambak email spam yg prmote mende2 skim cepat kaye ni.. ape da…

  27. Jaguh penang says:

    mana ada benda senang dalam dunia tak ada langsung mentaliti kena ubah bukan kita cari orang tapi orang cari kita ingat tue mentaliti itu yang bagi beribu pada ku dan kini aku dalam perjalanan nak capai RM60 k sebulan

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)