Membina Borang Untuk Wordpress – Bahagian 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis tutorial pertama untuk blog MajalahIM yang berwajah baru ini. Dalam tutorial pertama ini, saya akan mengajar bagaimana untuk membina borang untuk blog wordpress anda secara langkah demi langkah.

Jika anda sudah bertahun-tahun bermain dengan wordpress, mungkin anda sudah tidak perlu membaca tutorial ini tetapi jika anda baru bermula, saya percaya tutorial ini sangat membantu :)

Anda boleh membina apa-apa borang yang anda suka dengan cara yang saya akan kongsikan ini. Borang hubungi, borang tempahan, borang kahwin survey dan pelbagai lagi :D

Baiklah, jangan buang masa. Mari kita mulakan. Untuk menjayakan misi kita untuk membina borang, kita perlukan satu plug in yang bernama cforms II. Klik disini untuk ke laman rasmi plug in cforms II ini.

Seterusnya, klik pada button seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah untuk memuat turun plug in ini (Klik pada gambarajah untuk besarkannya)

1

Setelah selesai prosess download, extract folder zip tersebut dan upload ke dalam hosting anda

3

Seterusnya, masuk ke ruangan wp-admin anda dan klik pada button Plugins pada sidebar di sebelah kiri.

4

Klik pada “Activate” untuk mengaktifkan plug in cforms II.

5

Sebaik sahaja anda mengaktifkan plug in tersebut, satu widget khas untuk cforms II akan muncul pada sidebar di ruangan wp-admin anda. Langkah seterusnya ialah klik pada button cforms II

6

Dan anda akan dapat lihat antara muka cformsII seperti berikut

7

Baiklah, sekarang sudah tiba masanya untuk membina borang. Ayuh mulakan!

Untuk membina borang baru, klik pada button “Add new form” pada bahagian atas sebelah kanan.

8

Sila rujuk pada gambarajah di bawah sebagai panduan untuk membina borang anda ;)

9

Yeahhh..ini adalah satu contoh borang yang siap di”setting” dengan menggunakan panduan diatas

10

Baiklah, sekarang anda sudah selesai membina borang anda (jangan lupa klik pada button “Update Settings”). Langkah seterusnya, anda perlu tetapkan emel untuk menerima butir-butir borang yang dihantar oleh pelawat anda.

Klik pada “Core Form Admin / Email Options”

11

Masukkan email anda dan juga subjek emel yang akan diterima

12

Oh ya..sekali lagi jangan lupa klik pada button “Update Settings” ;)

Yesss…akhirnya semua setting sudah siap! Sekarang tiba masa untuk kita masukkan borang yang kita bina ke dalam page wordpress

Pada widget “Pages”, klik pada “Add New” untuk membina page baru

13

Klik pada ikon cformsII untuk memasukkan form

14Pilih borang anda. Dalam contoh ini, saya namakan borang saya sebagai “Tempahan”

15

Klik “Insert”

Jika anda dapat melihat seperti gambarajah di bawah, maknanya anda telahpun berjaya memasukkan borang ke dalam page wordpress anda.

16

Seterusnya, “Publish” page yang anda bina tadi.

17Dan lihat hasilnya..tadaaaaa…

18Comel bukan?

Ok comel je tak cukup..jom kita test borang ini. Isikan maklumat dan tekan submit

19Check emel sekarang…

20

Yezzaaaaa…

Sekarang anda telah siap membina satu borang yang berfungsi dengan perfect. Selamat mencuba ;)

Oh ya, memandangkan ini adalah tutorial pertama saya, maka saya perlukan sedikit komen dari anda tentang cara membuat tutorial. Komen jangan tak komen ye :D

{ 34 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Zhafran

Assalamualaikum & Hai! Saya bukan peminat Micheal Jackson! Tapi saya meminati anda kerana anda telah membaca artikel saya sampai habis. Terima kasih! Insyaallah saya akan cuba menambahkan lagi minat anda terhadap artikel saya dengan artikel-artikel yang lebih power lagi. Tapi kadang-kadang, saya tak tahu la nak tulis ape. Jadi tolong kasi idea kat saya ye ;)

34 Responses to “Membina Borang Untuk Wordpress – Bahagian 1”

  1. waidakmy says:

    En Zhaf,
    plugin itu boleh add direct dari wordpress je kan? (kalau guna wordpress dan ke atas la :D )

  2. Aqif says:

    Bro Zhafran,
    first of all, thanks for sharing..
    Btw, plugin cforms ni mmg bagus n interface die mmg cantik :)
    Tapi kadang2 die amik masa yang lama untuk send info dalam borang tu.
    and it happens often..
    ada penyelesaian x?

    ke sebab berat sangat borang tu (banyak form)?

  3. Fatin Pauzi says:

    Huhu. Ok tutorial ni. Tapi, Zhaf, kalau wordpress.com tak nak add plugin kan? Camne nak letak borang kat blog wordpress free tu ek?

  4. Niks says:

    Good Job.,

    As usual teruskan tutorial2 yg lain. Tahniah pd. saudara …

  5. bagus2…..

    saya nak request tutorial nak buat series post kat wordpress guna plugin boleh tak??

    terima kasih

  6. broSKL says:

    erm tutorial ni la yg saya tercari-cari selama ini..trimas Zhafran

  7. Adney says:

    hoh.. boleh buat borang tempahan.. ye ye ye.. thanks zafran

  8. Amirez says:

    tak pernah pula nak buat borang tempahan melalui cform.
    thanks zhafran :)

  9. Nazariez says:

    Thanks banyak2 la bro.dah lama dok cari bender gini…takdek saper nak ajar..semoga dirahmati dan diberkati…tq.

  10. riosm says:

    kenape bila tekan submit, form ni macam tak send keluar aje. Asyik One moment please…Punya le lama. Dah test tak masuk ke mail box pun.

  11. as says:

    laa……baru bace posting nih…fuh mekasih banyak100x zaf coz kongsi..saya pening gile kepale nak tahu cara guna borang..oo so pe2 borang le letak ek..mantap2… :P

  12. zaidi says:

    kalua nak bina borang guna blogspot camne pulak.bolehke…?nak submit ke email .ada apa2 candangan.harap dapat membantu

  13. Mat Dz says:

    Aku dah lama cari benda ni. Aku pun xtau camne bleh masuk kt sini. Nak try amik order kot internet… Terima Kasih Byk2 bro Zhfran.. Selamat menjalani ibadah puasa bagi kaum muslimin…

  14. zaki harun says:

    salam…. thanks zhaf… akhirnya ku temui juga cara2 nak add form kat wpress.. walaupun tak berapa detail kat bahagian upload tu nak upload kat mana… kat wp-content ker? tima kasih, selamat bepuasa..

  15. hafisdn says:

    best bende ni aku carik

  16. Adney says:

    persembahan yg menarik.. hurm boleh tahan..

  17. flaxyjoe says:

    ERM..USEFUL BRO..TQ2..

  18. Smartboon says:

    Salam bro Zhaf,

    best la toturial ni…
    macam gempak tapi sempaoi huhuhuhuu :D
    Tapai adakah plugin borang tempahan ni boleh
    di gunkan lagi untuk WP V2.8,2.9 dan ke atas….?

  19. diGdUg says:

    tq zafran,semangat camni la yg kita nak~ bantu membantu sesama lain,umpama bersedekah dan kita akan mendoakan..visit me!

  20. fatin says:

    akum,
    camne nak masukkan form dalam page kat wordpress tu ek?… klu takde ikon cformsII kat edit page tu… saya guna wordpress 2.8.4.. help please…

  21. redfar says:

    lepas ni kena try n error.. bru leh
    blaja..

  22. boboooo says:

    bro, leh tak terangkan dengan lebih detail kat stage ke 2 (part nak upload folder cform setelah diextract). kami budak baru belajar..huhuhuh…

  23. Lamaya says:

    Teruskan lagi dengan tutorial-tutorial yang lain yang dapat memberikan manfaat kepada semua, janji percuma . Newbie memang perlu info begini.

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)