Dapatkan Majalah Remaja Sempoi (MARS)!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuh, sudah entri kedua untuk bulan ini. Harap-harap dapat terus kekalkan momentum ini sepanjang bulan April ini.
Baiklah mengenai entri hari ini saya sebagai wakil Flarebiz Network ingin mengumumkan secara rasmi di sini bahawa pihak kami ada buat kerjasama dengan satu komuniti Islamic yang tidak asing lagi iaitu iLuvislam dot com untuk menghasilkan satu projek amal iaitu dengan menghasilkan Majalah Remaja Sempoi (MARS) secara percuma.
Majalah Remaja Sempoi ataupun singkatannya MARS adalah sebuah e-magazine dakwah santai yang akan diterbitkan pada setiap 1hb bermula pada 1hb April 2010 lepas. Pada awalnya idea ini diketengahkan oleh saudara Imran Koyube (presiden iLuvislam) ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam dengan pihak Flarebiz Network yang diwakili oleh Mohd Zhafran (Co-Founder) dan Hanny Ramzy (Support Manager/Web Designer).

Pihak mereka ingin “outsource” proses penghasilan MARS ini kepada pihak kami memandangkan kami mempunyai pengalaman luas di dalam bidang internet marketing dan juga pengalaman berharga dalam menghasilkan Majalah IM. Dengan semangat juang yang membara dipamerkan oleh presiden iLuvislam untuk berdakwah, kami telah ‘terbuka hati’ untuk bekerjasama dengan pihak iLuvislam kerana bagi kami inilah masanya untuk kami berjuang untuk agama Islam tercinta.
Kami bukanlah para pewira yang gagah menghunus senjata, namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri untuk menyebarkan “the beauty of Islam”. Paling seronok projek MARS ini nampaknya dikemudi oleh golongan belia Malaysia yang ‘range’ umur 20-24 tahun!
Bagi pendapat saya, kita perlu lakukan inovasi di dalam gerakkan dakwah sesuai dengan perkembangan zaman kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu” (HR. Muslim, Juz 4 hlm.1836). Jadi kami fikir, MARS adalah satu pembaharuan dan invosi di dalam dunia dakwah.
Konsep MARS ini sebenarnya tidak jauh dengan konsep Majalah IM yang pernah kami hasilkan sebelum ini. Konsep MARS yang telah dipersetuji oleh kami adalah seperti berikut:
1) Sempoi dan santai - Ia bertujuan untuk menembusi golongan remaja yang kurang mengamalkan ajaran Islam.
2) Dakwah viral - E-majalah yang dimuat turun akan dikongsikan bersama rakan-rakan lain dengan mudah tanpa memerlukan internet.
Anda boleh membaca mengenai Sejarah MARS dan Dakwah Viral di laman web rasmi MARS iaitu www.Mars.iLuvIslam.com. Alhamdulillah syukur terhadap Ilahi kerana memberi kami hidayah untuk sama-sama menjayakan projek unik ini dan diharap perkembangan terus rancak dengan lahirnya MARS.

Nampaknya untuk edisi pengenalan, alhamdulillah kami dapat melakukannya dengan baik dan teratur. Inilah seronok berkerja dalam berkumpulan kerana anda boleh bahagikan tugas dan gandakan kejayaan. Saudara Zhafran memainkan peranan besar bagi pihak Flarebiz Network untuk menjayakan projek amal ini. Semoga momentum ini dapat diteruskan dan semestinya pihak kami perlukan sokongan dan doa daripada anda semua.
Topik pengenalan adalah berkaitan “Remaja & Cinta”. Topik ini dipilih kerana masih ramai remaja yang ‘lemas’ dalam lautan cinta nafsu yang sangat dilarang oleh agama.
Download sekarang dan sebarkan kepada kawan-kawan anda. Yosh!

Salam Sejahtera!
Wow, nampaknya produk sulung Iluv Islam bersama Flarebiz dah diterbitkan.
Syabas kepada kedua2 belah pihak. Ini merupakan satu langkah yang nyata dan diharapkan dapat menarik minat belia yang lain untuk membuka mata untuk mengenali agama dengan lebih baik.
Tahniah saya ucapkan!
I Luv Islam!
Tahniah kepada Iluvislam dan Flarebiz atas projek kerjasama yang mulia ini
tahniah flarebiz….maju setapak lagi…
bagus ler projek nie, menarik.
terasa macam baca majalah IM semula…
jom pakat ramai2 sebarkan…
Salam / Mari teman berteman bersama saya..
Satu pergorbanan yang besar yg dilakukan oleh flarebiz network dlm menyebarkan dakwah secara online.. sya merasa bangga ke atas usaha murni yg dilakukan oleh anak muda. Moga-moga ini dapat memajukan Agama, Bangsa dan Negara kita.. Amin..
Tq..
al hamduliah..
semoga usaha semua pihak diredhai oleh ALLAH..
teruskan memperjuangkan islam…
waah bagusnye majalah ni..PERCUMA pulak tu..
di saat wma baru hendak bercinta..muncul pula ebook ini..hahaha..bagusnya!
Tahniah!
congrats to flareBIZ………good job…….
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz
Tahniah, satu langkah yang baik untuk dijadikan contoh..
oo. ini la projek yg digambar gemburkan dulu tu ek..tahniah team Flarebiz
Tahniah buta team Flarebiz…!!!Salah satu projek yang baik demi agama Islam
Tahniah buta team Flarebiz…!!!Salah satu projek yang baik demi agama Islam
SubhaanaLLaah..semoga Allah memberkatimu.
tahniah la.. hehe… memang website yang gempak