Lupakan Perniagaan Internet Jika Anda…
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul. Saya tidak nafikan bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.
Saya sendiri juga bercita-cita untuk mendapat pendapatan jutaan ringgit di Internet dan sehingga kini masih lagi berusaha untuk mencapai target tersebut. Mungkin setahun atau dua tahun lagi saya akan mencapai peringkat tersebut kerana saya percaya bahawa sudah ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet.
94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama
Namun, anda perlu ingat dengan fakta ini iaitu 94% perniagaan Internet gagal pada tahun pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit yang patut kita terima. Saya masih ingat ketika dua tahun lepas begitu ramai kawan saya yang sama-sama belajar tentang selok belok perniagaan Internet dan sehingga kini hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang mampu untuk survive dalam perniagaan Internet. Ada yang sudah terus tertutup hati mereka dengan perniagaan Internet, ada yang masih mencari-cari rentak dan sebagainya.
Oleh itu, saya ingin memberi beberapa perkara penting yang perlu anda ambil iktibar jika anda ingin memulakan perniagaan Internet. Jika anda mempunyai beberapa ciri yang saya akan nyatakan sebentar lagi, silalah ubah dengan segera atau anda boleh lupakan terus tentang perniagaan Internet. Ini kerana perniagaan Internet tidak sesuai untuk anda.
5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet
1. Anda malas untuk membaca.
Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “Ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A“, “Rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal” dan sebagainya.
Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.
Saya percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.
2. Malas untuk membuat kajian.
Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?
Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.
Saya tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal, itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri. Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.
3. Malas untuk mencari jawapan.
Anda pasti sudah lali dengan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.
Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari jawapan terhadap sesuatu permasalahan.
Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.
4. Takut untuk melabur.
Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka.
Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah:
- Membeli domain + hosting - Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.
- Mengupah orang untuk update blog - Ini juga pelaburan yang perlu agar blog anda sentiasa ada informasi terkini kepada para pelawat.
- Membeli Majalah hiburan - Ini sudah tentu untuk mendapatkan berita sensasi terkini untuk dimuatkan di dalam blog anda.
- Menyertai kelab ahli - Anda juga perlu membayar untuk menyertai mana-mana membership yang menyediakan gambar-gambar dan berita-berita panas tentang dunia hiburan.
dan banyak lagi. Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menajana pendapatan di Internet.
5. Takut untuk mencuba.
Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?
Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Saya merayu kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan jangalah memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati.
Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda pasti gagal!
Perkongsian Yang Pahit Tetapi Itulah Hakikatnya
Itulah beberapa sebab yang akan membuatkan anda gagal dalam perniagaan Internet. Saya menulis post ataupun artikel ini agar akan ada orang yang akan sedar dan berubah. Jika seorang dua yang berubah pun sudah cukup bagus namun jauh disudut hati saya untuk melihat anda semua berjaya. Jika masih terdapat beberapa sebab lain lagi yang anda ingin kongsikan maka anda boleh tinggalkan diruangan komen.
Sekian dan sehingga berjumpa lagi!






Ada lagi satu yang ada pada peniaga newbie nie cepat putus asa tak nak usaha lepas jatuh Itu merupakan kelemahan yang paling utama kenapa banyak gagal
li..ejah lor..ak desok loni..ganow ak nk wat duit kot internet ni..
[...] [...]
mereka tak yakin pada diri sendiri.. sbb tu susah nak yakin pada pembeli dan pasaran..
semua org ada 1st step.. kalau nak sampai ke 2nd step, atau ke 100000000th step, mesti la lalui 1st step dulu.. kan kan kan..
haha.. mmg ramai yg mcm ni.. apa-apa pun kena rajin dan byk labur beli ebook.
dalam situasi sebegini…matlamat yang jelas amat perlu…harus diingat selalu…setiap hari supaya momentum maintain jee
ehm..setiap orang berbeza. Tak semua orang boleh buat apa yang orang lain dah berjaya buat. Tapi aku tidak nafikan bahawa setiap orang ada potensi untuk dapat apa yg diorang mahu. Cuma mungkin pendekatan dan cara yang berbeza.
Jadi, buat apa yang kamu mahir. Main pada permainanan yang kamu pasti boleh menang..
perkara 1-3 dan 5 mmg perlu ada dlm hidup tuk menjadi org yg berjaya dan cemerlang. yg 4 tu additional bg yg ingin ceburi bidang bisnes ape2 pun…
Bukan senang nak jadi senang. Bukan susah nak jadi susah. Berikan masa pada diri sendiri insya-Allah berjaya.
he.. rambut sama hitam (org malayu) sama sama makan nasi, tetapi keushaan masing masing berbeza mahupun penghasilan turut berbeza.. sama sama kita renungkan
Saya memang setuju diatas perkara2 diatas tu..memang saya pon nampak sendiri,ada kawan2 yg berminat nak ceburi bidang internet ni tapi…masalahnya MALAS MEMBACA..TAKUT NAK MULA…TAK NAK SELIDIK DULU(KAJIAN) dan yang paling penting..TAK BERANI NAK KELUAR MODAL…
entah lah apa nak cakap, dah penuh external 80G aku dengan pelbagai jenis ebook dan produk MRR , aku akui memang sukar untuk buat duit di internet buka semudah yang diucapkan dalam ebook….Realiti memang berbeza.
Perkara tu semua memang benar…. dan saya setuju… cuma modal adalah satu faktor utama kesemua motivasi diri, disiplin, kendiri tu menjadi jatuh… teruk tergolek….bukan tak ada modal tapi amat terhad….boleh buat tapi lambat….biar lambat dari confident membuta tuli… saya amat bersetuju pada yang berkata pendekatan kita dengan cara yang berbeza….ya, kehidupan kita memang berbeza….
Hebat, satu pengisian yg bertepatan. Rata-rata mereka mahu mencari alternative atau mahu mencari pendapatan tetapi tidak mahu belajar, bertanya, mencuba dan sebagainya. Rata-rata mahu jalan mudah, jalan singkat maka itu banyak yang terjebak dgn scammers dan seumpamanya.
Hakikatnya dalam apa jua perniagaan…perniagaan internet ke, perniagaan konventional ke, berniaga nasi lemak ke atau apa ajer….kriteria diatas adalah perlu. Tiada jalan mudah sebenarnya tetapi perniagaan di internet adalah lebih mudah dari berniaga konventional. Sebab I am in both world. I could compare the differences.
Blogging adalah platform yang baik untuk permulaan. Mula-mula sebagai hobi, kemudian jadi business. Semua itu perlukan pengorbanan, usaha, kesabaran sebagai senjata diri dan ilmu daripada yang arif. Learn the power of duplication. Learn from the expert and you should break the ice!
Tetapi kita kena yakin bahawa rezeki di tangan Illahi tetapi tidak boleh goyang kaki. Usaha sudah semesti, nothing is easy, but achievable if you devote your time, have focus and you shall be there, insyaAllah.
Ingat..semua kita bermula dengan tidak tahu. Seperti bayi, bermula dengan tidak tahu.
Waaalahu’alam.
Disaat… mat saleh membaca buku 3 buah seminggu.. kita buat apa.. kajian menunjukkan.. rakyat malaysia cuma membaca 2 buku setahun.. itu pun di combine2 surat khabar, majalah dan komik.. so sifat malas dengan orang kita sukar diubah..
nak kata takut nak melabur rasanya ramai yang berani… kalau tak takkan saham internet ramai yang mengeluh.. diorang takut nak hands on.. tu yang sebenarnya..
ps : malas tu sebab orang kita susah nak maju..
4) takut melabur
Takut melabur adalah umum bagi saya coz kita kena kaji dahulu kenapa mereka takut melabur…sikap tidak berputus asa memang bagus untuk kita belajar dari kesilapan…
Istilah belajar dari kesilapan memang perlu di dalam diri seorang usahawan..sebelum nak melabur pada sesuatu perkara kajian memang no1…bukan takut untuk mencuba tetapi belajar dari kesilapan…
Actually apa yang di senaraikan di atas memang bagus untuk pengetahuan tetapi boleh di perincikan lagi…
Kesimpulan dari no.1-5 artikel di atas…jangan takut dan jangan malas.
Buangkan rasa malas.
Malas umpama beban yang akan menghalang kita dari terus mendaki.
Pecahkan ketakutan dengan mengambil langkah pertama.
Langkah pertama akan membuka jalan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
saya bersetuju sangat dengan apanya tertulis.
dalam banyak perbincangan dengan kawan2, saya dapati ramai yang takut untuk memulakan (1. malas membaca, 2. RM dan 3. kena suap - bukan rasuah).
jika malas membaca, macam mana nak dapat ilmu (tak kan nak suruh orang lain baca untuk kita).
kalau nak keluarkan RM pun ada masalah, bagaimana nak dapati e-book yang bermutu (tak kan semua nya nak percuma).
suap. ramai yang malas nak mencari maklumat sendiri. kalau boleh semua nak kita sedia pada mereka.
dari kajian dan pemerhatian saya, ramai lagi teman 2 kat luar sana yang masih tak ada email dan tak tahu macam mana nak daftar.
jadi sama2lah kita fikir2kan…..
Kemanjaan terlampau dari asuhan semasa kanak-kanak menyebabkan wujud sikap seperti diatas menyebabkan ramai yang kecundang kerana kurang keyakinan dan jati diri untuk berjaya. Ini suatu penulisan yang positif untuk menambah baikan sifat kaum kita yang sering gagal dan terus menyerah dan menyalahkan takdir.
Ada lagi satu. orang kita tak bersatu. Tak mahu bergandingan idea, tenaga lebih-lebih lagi berkongsi dalam soal modal. Kalau semua nak buat berseorangan, lepas tu masing-masing melepaskan pucuk masing-masing seperti anau dalam belukar, alamatnya memang ramai yang akan terus tak berjaya. Bersatu Kita Teguh, Berseorangan Kita Jatuh!
memang lah paling ramai yang mcam perkara no 1.
Sangat menarik tajuk ni dan sangat-sangat mencabar “kesabaran” bagi yang suka menempuh cabaran. Tapi ianya menjadi semakin menarik untuk mengethui apakah sebenarnya Perniagaan Internet itu.
Sebenarnya kebanyakan kita menggunakan internet hanyalah seperti menonton TV, tak lebih dari itu. Pemikiran inilah yang sangat sukar diubah.
Bayangkan apabila kita menonton slot iklan setengah minit di TV, kita merasakan ianya terlalu mudah kerana kita hanya menonton.
Pada hakikatnya, untuk membikin iklan setengah minit itu memerlukan masa berjam-jam malah berminggu-minggu dan berpuluh malah beratus-ratus teknik dan Rahsia. (Perkataan yang sering “memerangkap” newbie).
Pemikiran inilah yang harus diubah oleh bakal usahawan internet.
Untuk menjadi usahawan kenalah berfikiran sebagai usahawan, jangan berfikiran sebagai penonton. Selagi kita berfikiran sebagai penonton kita tidak akan berusaha mencari, mengorek Rahsia, belajar melalui apa juga cara dan midium, melabur dan akhirnya mencuba.
Berusaha tidak semudah menonton.
sebenarnya masalah utama yg newbie hadapi ialah kewangan..ramai yg ingin mencuba,minat..tp takde modal langsung..setakat duit poket 2-3 ratus sebln cukup la utk kehidupan harian..x sempat nk buat modal pn..kalo la ada old timer yg berjaya bleh tolong kasi duit modal, pasti lagi ramai yg bleh berjaya dlm bisnes internet.percaya lah..jadi sepatutnya, bagi brader2 yg dh berjaya tu, jgn la terlalu berkira utk menolong newbie2 yg cmni..beri mereka peluang utk mencuba, share keuntungan yg kita dpt utk dijadikan modal bg newbie2 yg xde duit..ramai yg sanggup share info..share knowledge..tp hanya segelintir je yg sanggup share duit..share keuntungan..fikirkan lah.
ermmm… betul2 memberikan kesan mendalam wat sy. Pd mulanya sy pun hampir give up sbb join mcm2 dah tp 1 sen duit pun tak dpt. Trima kasih atas motivasi awk. Bersemangat sy smula.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, nak buat online biz kena ada disiplin diri dan kena berusaha lebih, takkan lah nak senang jerr.. bukan senang nak senang, bukan susah nak susah…
tapi yang bestnya, anda mulakan sekarang.. lama2 jadi bukit
Give up ke?
Sebenarnye bagaimana… saya lebih kecewa dengan kotak komentar..kita ikut panduan yang diberikan dan hasilnya seperti di blog ini http://data-recovery-center.blogspot.com tapi berapa ramai yang klik di kotak komen dan memberikan pendapat di situ.
kita berikan komen bernas di forum forum atau blog blog tetapi berapa ramai yang membalas komen di blog kita, ramai yang mungkin telah berjaya dan kita pun mengunjungi blog mereka ini, kita berikan komen komen di kotak mereka tetapi berapa ramai dari mereka ini yang membalas komen di blog kita, malah tidak ada satu pun di antaranya yang mungkin yang berminat untuk mengunjungi blog blog dari newbie, tinggalkan komen disini… dan kemudian meminta alamat URL… untuk apa? sedangkan ia tidak dikunjungi pun.. tujuan meletakkan URL adalah hanya untuk link ke page anda sendiri.. dan anda tidak juga mengunjungi blog orang yang memberi komen.
Saudara saudari sekalian,
Saya masih belum give-up dengan internet bisnazz ni kerana saya masih baru tiga bulan menyertai online. Di offline saya telah dapat menjual barang barang dan meraih sedikit pendapatan. Cuma saya give up memberi komen kerana tiada seorang pun antara otai otai internet yang kemudian datang memberi komentar di blog saya. diulang… tiada seorang pun.
Jika article ini adalah luahan maka kali ini saya juga ingin meluahkan sesuatu. Tentunya tentang komen kerana saya hanya give up untuk mendapatkan komen. Saya mempunyai blog peribadi yang sengaja (dirojakkan) dan blog itu diabadikan dengan nama saya. beranikah kalian semua mencari blog saya dan memberikan sedikit komen tentang artikel bertajuk (PC buruk)
I’ve been blogging for 2 years (roughly).
I could say, 80% of my blog entries, tidak ada komen. But, its ok..yang penting, kita keep on blogging..On fine day, kita akan dapat faedah in return..
ps : lagi cara nak orang komen blog kita, 1. mintak orang komen pd akhir entri…2. rajinkan komentar kat blog orang…
just my 2 cents
Medan luahan rasa hati nampaknya kat sini. Takde apa yg perlu di ‘give up’kan. Yang penting jangan ikut orang tanya diri sendiri.
kalau nak tambah ilmu boleh pilih nak free atau berbayar. Tak payah ikut orang lain. Setiap pendapat adalah hak peribadi. Kalau dia cakap mahal itu di punya pendapat dan kalau kalau dia kritik bagai nak ‘rak’ itu pun hak dia,
Baik newbie atau otai…baik pencipta produk atau pembeli anda semua ada hak masing2. Teruskan usaha selagi ianya betul dan yakin sinar kejayaan tetap muncul nanti.
Secara jujurnya bagi aku ialah…kalau korang tak nak mencuba setelah banyak kali disuruh dan diseru..lantak koranglah..staylah dalam comfort zone yang tak berapa nak comfort sekarang nie…
Kalau kita bertanya pada serious IM,mereka sebenarnya tak nak korang berjaya…lagi korang blur..malas lagi bagus..sebab dalam dunia bisnes nie ada mangsa dan pemangsa…
So,mereka akan control market dan selesa dalam “inner circle” masing2…dan lebih teruk lagi,mereka akan boleh jual banyak rubbish e-book atau apa2 produk kepada mereka yang nak sangat cepat berjaya..lagi ramai yang suka shor-cut lagi bagus…so,niche nie akan akan sentiasa ada market..tak gitu?
So,korang fikirkan..ini adalah kata hati IM yang sebenar…kalau ada yg nak share-kan ilmu pun sedikit sangat..bukan takder..ada..tapi,jumlahnya kecil..last but not least..ada something in return pada mereka.
So,nasihat aku,betul kata “budak lebanon” nie…sememangnya takder jalan pendek utk berjaya..lebih teruk kalau hanya ada impian tanpa usaha…lebih mulia utk try & error daripada langsung tak try…
Bukan tujuan aku untuk menjatuhkan semangat korang bila membaca komen aku nie..at least korang ada semangat utk.membaca….aku terus terang saja…untuk memasuki “inner circle” dan mendapat pendapatan mcm. Ewen Chia,Patrick Chan dan yang lain2 memang mengasyikkan..tetapi,korang kena tahu apa yg mereka laburkan utk sampai ke tahap mcm tue…-Masa-Wang-dan Effort-Takdenya dengan berangan dan mengeluh saja…
P/S:utk pengetahuan korang,Ewen Chia,Jutawan Internet S’pore hanya tidur 3 jam sehari sahaja pada permulaan usaha beliau dalam menceburi bidang ini..
Paling pnting disini malas dan takut… Itu yg prlu dikikis…
trimas utk maklumat nie..
-ody-
….maklumat yang berguna dan bermanfaat untuk semua orang.
Itu sahaja dan terima kaseh.
as’kum..
setiap perkara dilakukan mesti ada cabaran yang tersendiri..tiada jalan mudah untuk berjaya..tepuk tangan,tutup mulut,pejamkan mata,fikir dgn minda yg tenang,dimanakah haluan kita dalam perniagaan internet ini…
Salam Usahawan..
Menjadi Usahawan Internet adalah seperti rutin harian kita. Sebagaimana kita perlu makan,minum,mandi,tidur dan lain-lain lagi. Jadi jangan kita berhenti jika inginkan KEJAYAAN jadi MILIK KITA.
Selamat sejahtera,
Ini memang berlaku..lagipun ia pernah berlaku kepada saya sendiri diawal pembabitan. Saya bersetuju dengan 5 sebab diatas mengapa banyak orang gagal dalam bisnes ni…nak berjaya, kenalah ubah sikap dan persepsi. Yang penting sekali, NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH…
Perkara yang disebutkan diatas memang penting untuk melakukannya.Namun saya akan sahut cabaran daripada anda untuk diri saya sendiri. Kerana saya telah mengalami dan melalui proses yang anda sebutkan. Saya sudah membaca, mengeluarkan modal untuk ilmu, mengeluarkan modal untuk domain name dan webhosting, saya tidak takut untuk mencuba kerana saya tahu saya akan mengetahui selok belok perniagaan internet, apa sahaja bidang yang kita ceburi tetap mempunyai risiko dan kita bersedia menghadapi risiko tersebut dan bersedia dengan lebih awal untuk menyelesaikan dan mencari strategi untuk menghadapi masalah dan rintangan yang akan bakal tiba.
Nota: Hendak seribu daya, tak hendak pelbagai alasan yang diberikan pada diri sendiri. Jadi mungkin ada orang yang memiliki ciri2 ini, renung2 kan lah.
assalamualaikum
artikel tu macam kena batang hidung aku je. senang cakap nak duit seribu usaha kalau taknak seribudalih. apapun selamat berjaya pada yang rajin. yang malas hang tinggailah kat blakang noo.
opo orak dilalian?rasane payah arek lebok jualan njero internet nek orak eneng ilmu sing penuh neng dada.. Salahsawijine, nek mboten diri sing rak ganteng jugak nyebapin niagaane orak iso mbangon, kuwi wae..Pokoknye diri dewek ea.
Saya juga telah banyak mencari jawapan bertanya kepada IM malaysia kita seperti amirol, irfan khairi, sham dan banyak lagi. Rajin bertanya banyak lah dapat ilmu. Mereka telah banyak membantu saya. Belajar daripada yang berpengalaman dan yang pakar mempercepatkan proses pembelajaran.
Banyak tol korang komen…kalau kumpul bleh wat artikel nie..tak yah susah2 nak karang ayat..
Pada pendapat aku la kan….kalau nak berjaya dlm apa bidang sekali pun yg paling penting…Minda and Niat kita….pusing2 pun kut situ jugak….kita kena trace balik kat mana silapnya klu tak berjaya…sbg contoh…
cuba tengok orang yg over weight nak kurus kan badan….kekadang tu kesian kita tengok…tapi sbb dia ada target dan niat alhamdulillah kurus gak…
kesimpulannya…kena kuatkan minda kita…telinga tu kadang2 bedesing gak bila ada yang perli..tapi buat bodo jer la..anggap jer depa tu cam pari pari…..teruskan focus insyallah berjaya…. assalamualaikum..
**Pada aku senang jer.
Terlalu banyak berangan tapi takde satu pun tindakan. Kalau ada pun tindakan tu, tindakan yang ala kadar jer. Zaman sekarang ni kita kena buat usaha yang luar biasa sket. Barulah datang hasil yang luar biasa juga.**
memang tak dinafikan ia ada antara punca utama kegagalan ramai newbiz. Namun jika tak putus asa boleh berjaya tapi perlu mengetahui perkara2 diatas untuk mengatasinya, jika tak akan kecewa. Satu artikel yang bagus dibaca oleh setiap newbiz.
Betul dan betul..
Kalau tak berjaya jangan salahkan orang..
Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri sendiri
hmm..btol ape yg dikatakan..
kebanyakan perniagaan internet gagal daripada punca-punca tersebut
dan mereka seringkali mudah putus asa.
saya juga hampir begitu
namun, motivasi diri memainkan peranan utama sebelum memulakan perniagaan ini..
kalau x..mesti dah ramai gagal dalam perniagaan internet ni.
=)
ini sekadar perkongsian sahaja
=)
orang kita memang ramai macam tu,
malas membaca dan tak keluar modal beli ebook,
tapi pasal skim cepat kaya ramai pulak yang melabur…..
itulah sikap orang kita malas berusaha….
Ikhlas dari http://www.mrosli.com
Saya rasa apa yang paling penting “Minda Mesti Positif”. Apa-apa yang dibuat lepas tu akan menjadi mudah.
Sebelum lakukan apa-apa bisnes kat internet mesti tahu Buat Projek Plan atau Bisnes Plan. Ramai daripada newbie tak buat atau langsung tak tahu apa tu Bisnes Plan, sebab tu gagal.
Nak tahu apa tu Bisnes Plan Klik Disini
Ikhlas daripada,
Abdul Hadi Bin Ismail
[...] tertarik untuk mencelah artikel bertajuk lupakan perniagaan internet jika anda ……Dalam artikel tersebut lima sebab kenapa anda tidak boleh menjana duit di [...]
bagi saya…ILMU + TINDAKAN adalah paling penting.
dulu masa mula2 saya melibatkan diri dalam internet business ni…
saya terlalu banyak sangat membaca…tapi tindakan takde…
saya habiskan masa saya 90% membaca…tindakan hanya 10%…
itu pun yang silap…
sebab apabila tindakan kurang…maka hasil pun kurang…
yes…KNOWLEDGE is POWER.
tapi KNOWLEDGE WITHOUT ACTION is USELESS!
bukankah kita sedia maklum…
“ILMU TANPA AMAL UMPAMA POKOK YANG TIDAK BERBUAH”
sekian…sekadar berkongsi pendapat.
tak kira perniagaan internet atau perniagaan konvensional, sebab utama orang gagal dan berhenti separuh jln sama saja…tak perlu cari itu ini, apa dan kenapa, semuanya adalah kerana SIKAP individu itu sendiri!
SIKAP…itulah kuncinya…
saya ni baru lagi mengenal buat duit di internet memang banyak duit
saya labur utk ceburi bidang ini tapi saya anggap ini semua baru
permulaan walaupun saya belum ada laman web lagi tapi saya akan
bina itu impian saya harap semua dapat menyokong saya.
sy masih tercarik peluang menjadi seorg IM. Ya Allah tunjukan jalan.
101Rahsia Google Adsense dah beli, la ni tengah dok baca je, lepas tu try, try and try. sebab bukan pakar - belajar dari vedio je.
masih lagi membaca buku-buku yang dibeli, acik ni orang lama lambat pickup.
Impian nak jadi usahawan memang terbuku dikalbu. Ayat seribu dinar dah nak seribukali baca. Tunggu signal dari atas. Ok, salam buat semua.
Salam Labnon,
Dalam bisness di alam nyata petuanya ada TIGA /3S aja:
1.SASARAN biar betul,tepat dan detail.
2.STRATIGI biar tau tujuan,lakaran,kekuatan,kelemahan
dan cara mencapai sasaran/kejayaan.
3.SIKAP kita yang positif,kerja keras,cari ilmu ,bentuk
ketakwaan,tolak ansur , keikhlasan dan jangan putus asa
anda pasti berjaya.
Kalau di internet pun sama aja kan Labnon?
Terima Kasih.
http://www.jblesen2u.com/lesen memandu di jb.
Kalau dah malas tue susah la… buat apa pon takkan jadi nyer… hangat-hangat taik ayam tak boleh la dalam dunia internet nih…
dah takde rezeki kut, huhu
ada pepatah mengatakan.
Assalammualaikum dan salam ceria…
Bagi firadila biar kita tak pandai asalkan rajin berusaha…Setiap perkara yang diusahakan mesti ada kejayaan.Cuma kesabaran yang penting…Yang paling penting kenalah senyum selalu…….
Senyum dan ceria selalu…
ni saya nak sharing sikit dengan kekawan semua, ada sesiapa yang nak buat bisnes online boleh lah klik di http://www.alphalipidbiz.com/rosli di mana kita menjana pendapatan disamping menjaga kesihatan diri.