Krew
Team FlareBiz
Team FlareBiz di anggotai oleh 2 orang anak muda iaitu Zhafran dan Adly yang merupakan usahawan Internet sepenuh masa. Model perniagaan mereka lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk digital seperti ebook, audio, sistem dan sebagainya yang lebih tertumpu kepada market tempatan.
Mereka mengasaskan Majalah IM dengan matlamat ingin menyedarkan para pengguna Internet tentang potensi untuk menjana wang di Internet dan mereka telah berusaha menyatukan semua para usahawan Internet tempatan untuk sama-sama mengembeling tenaga demi untuk menjayakan hasrat murni tersebut. Semoga mereka terus dapat menjayakan Majalah IM ini dan anda boleh melawat laman blog mereka di FlareBiz.com
Bob Media
Mohd Rusdy Ahmad atau lebih dikenali sebagai Bob merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa. Beliau sememangnya pakar dalam penghasilan web-web berlandaskan sistem wordpress dan menjualnya kembali kepada yang berminat. Beliau pernah menjual satu blog sehingga mencecah RM60 ribu.
Kini beliau bekerjasama dengan Team FlareBiz dalam menjalankan perniagaan Internet kerana mereka ini saling melengkapi di antara satu sama lain. Anda boleh melayari laman blog beliau di Bob.my
Nizam “Mystic” Ahmad
Nizam ‘Mysticmind’ Ahamada adalah merupakan seorang Web & Multimedia Designer yang sangat professional. Beliau telah banyak menghasilkan design bagi web-web akhbar online, majalah dan sebagainya.
Kini beliau merupakan designer bagi Majalah IM yang sentiasa mendapat perhatian para pembaca. Ramai para pembaca yang memuji hasil kerja beliau yang sememangnya membuat hati terpikat dan ini memberi kelainan kepada penghasilan Majalah IM. Anda boleh melawat laman blog peribadi beliau di NizamAhmad.com
Cik Mal
Norakmal Jasni aka Dik Mal, merupakan pengasas kepada blog Motivasi Kejayaan. Mempunyai minat yang tinggi dalam Ilmu Pembangunan Diri, Seni dan Perniagaan. Dan berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia celik perniagaan internet. Atas dasar itu, beliau sukarela memberi khidmat untuk produksi majalahIM.
Kini beliau merupakan ketua editor bagi Majalah IM dan merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Anda boleh melawati laman blog beliau di DikMal.com
Waida
WaidaKmy atau nama penuhnya Rawaida Kamarudin, berasal dan menetap di Bangi,Selangor. Kesukaannya bermain komputer sedari kecil, mendorongnya berkongsi tips mudah komputer untuk wanita,lantas mengasaskan blog Wanita dan Komputer.
Memiliki perniagaan sendiri dan kebebasan kewangan adalah antara matlamat utama hidupnya kini. Percaya bahawa “Life is about making choices. You are what you are now, from what you choose before”. Kini beliau merupakan penolong editor bagi Majalah IM yang sangat komited dalam melakukan kerja.
Hairul
Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani atau lebih dikenali sebagai Hairul, merupakan pemilik blog hairul.net. Beliau adalah seorang pelajar kejuruteraan elektrikal di sebuah universiti swasta. Minatnya amat mendalam dalam bidang perniagaan internet dan menjadi seorang jutawan adalah matlamat hidupnya. Beliau bukan sahaja mahu kaya dengan harta, tetapi mahu juga kaya dengan pahala.
Kata Hairul , “Aku manusia, kau pun manusia. Aku ada akal, kau pun ada. Aku berfikir, kau pun berfikir. Tapi, aku lain, kau pun lain. Realiti kita nyata berbeza.” Anda boleh melawat blognya, hairul.net untuk mengalami keghairahan yang ada dalam setiap entri tulisannya.
Nasrun
Nasrun atau nama sebenar beliau, Ahmad Nasrun Mohamad Nor merupakan seorang Internet Markerter (IM) sepenuh masa. Mula menceburi bidang ini sejak bulan Mei 2008. Beliau lebih banyak menghabiskan masa belajar selok belok perniagaan online dan offline serta berharap untuk membina empayar perniagaan sendiri.
Beliau berpegang kepada prinsip, “Tiada Yang Mustahil Dalam Dunia Ini”.Oleh itu tiada istilah berputus asa dalam kamus hidup beliau. Anda boleh melawati laman blog beliau di MakmalCyber.com
Catzer

Zamroszita bt Buang, lebih dikenali dengan panggilan Catzer merupakan salah seorang “reversed-engineer”. Bermula dengan sifar pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pemasaran online, beliau meninggalkan perniagaan keluarga demi memenuhi impian memulakan empayar perniagaan sendiri.
Percaya bahawa “You can achieve anything you wish in life as long as you don’t care who gets the credit”. Kini, beliau sebagai wartawan luar dalam Majalah IM dan anda boleh melayati laman blog beliau di CatZer.com
Nabieel
Nabieel Syed Retos berasal dari Skudai, Johor dan kini telah menetap di Pulau Langkawi. Anda juga boleh memanggil beliau Biel. Beliau amat meminati perniagaan internet, dan kini mula membina nama di blog beliau sendiri di Nabieel.com
Tubuh bersaiz kecil dan mempunyai semangat yang tidak putus asa walaupun masih baru lagi di dalam dunia perniagaan internet ini . Juga bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri, baik secara online mahupun offline. Motto kehidupan beliau adalah “Jangan berputus asa selagi anda belum mencubanya”.





