Perniagaan Internet & Reka Bentuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Reka Bentuk Salah Satu Web Jualan

Pepatah Inggeris ada berbunyi “Don’t judge a book by its cover” yang bermaksud jangan menilai sesuatu benda daripada segi luaran sahaja. Setiap peribahasa ini mempunyai satu tujuan iaitu untuk menasihati masyarakat agar menjadi lebih baik dalam kehidupan. Secara logik, pepatah Inggeris ini tercipta kerana adanya masyarakat yang memang menilai sesuatu dari segi penampilan luaran sahaja.

Kalau di lihat pada masyarakat kita sekalipun, terlalu ramai yang hanya menilai sesuatu perkara dari segi penampilan luar sahaja. Oleh itu, kita sebagai usahawan perlu melihat perkara ini dengan lebih serius kerana majoriti daripada masyarakat dunia “judge a book by its cover!”. Seperti biasa, perniagaan Internet pun tidak boleh lari daripada situasi ini.

Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa di dalam bidang perniagaan Internet dan buat duit online, reka bentuk sesuatu laman web ataupun produk memainkan peranan yang cukup penting. Saya telah melakukan banyak kajian dan split test, nyata hasil yang diperolehi adalah sangat berbeza.

Perkara paling penting di dalam perniagaan Internet adalah soal kepercayaan dan tahukah anda bahawa reka bentuk sesebuah laman web boleh mempengaruhi kepercayaan orang? Analogi mudah, kebiasaanya kita akan lebih percaya dan yakin dengan orang yang berpakaian kemas berbanding orang yang berpakaian selekeh. Betul tak? ;)

Saya pernah mencuba melakukan pemasaran affiliate untuk pasaran luar dan reka bentuk web tersangatlah memainkan peranan yang penting. Contoh kita hendak mempromosikan produk berkaitan wanita, jadi reka bentuk dan pemilihan warna laman web kita perlu memahami ciri-ciri wanita. Barulah kita akan berjaya meyakinkan mereka dan seterusnya mempengaruhi mereka untuk membeli melalui link affiliate yang kita tetapkan.

Rumusan ringkasnya ialah cuba perkemaskan reka bentuk laman web jualan anda untuk meningkatkan jumlah jualan. Jika anda tidak pandai untuk menghasilkan web jualan yang menarik, keluarkanlah sedikit wang untuk mendapatkan khidmat terbaik daripada designer yang boleh dipercayai. Kami sendiri sentiasa menitikberatkan soal ini dan contoh bagi projek terbaru kami iaitu Pakej Promosi Ramadhan, kami telah menggunakan khidmat reka bentuk saudari Luvlee. Alhamdulillah, hasil yang diperolehi adalah cukup memuaskan hati sehinggakan Zhafran tidak menang tangan untuk memproses order. :)

Sekian.

P.S: Pakej Promosi Ramadhan hanya tinggal 30 unit sahaja lagi dan bagi anda yang berminat, bolehlah buat tempahan dengan segera.

{ 14 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

14 Responses to “Perniagaan Internet & Reka Bentuk”

  1. Aqif says:

    Bagi saya reka bentuk memainkan peranan yang penting bagi menarik perhatian para pelawat yang melawat web jualan. Ini kerana kita kena terima hakikat bahawa ramai yang “judge the book by its cover”. Mereka selalu melakukan assumption terhadap sesuatu.

    Jadi bagi para IM di luar sana, reka bentuk laman web jualan dan produk perlu ada “uummph!”.

    Kalau rasa x boleh nak buat, leverage. :)

  2. rahmanbasri says:

    Saya memang tertarik dengan design yg dihasilkan oleh LuvLee utk Pakej Promosi ni, sb tu la sy try create satu banner baru utk Pakej Photoshop (produk saya) yang lebih kurang sama dgn design Pakej Promosi ni.. :-)

    Boleh tgok hasilnya kat dlm blog saya:

    => http://rahmanbasri.com/blog (bukan spam erk) :-)

    cuba lihat kat side sebelah kanan dalam blog saya tu, walaupun design tak dapat mgalahkan design LuvLee, tapi boleh tahan juga la kan… iyela, design oleh newbie..

    :-)

  3. samdaddycool says:

    Satu amanat yang perlu diberi penekanan oleh semua yang ingin berkecimpung dalam perniagaan (offlne / online). Thanks Labanon.

  4. Hasbul Aqill says:

    ya..saya amat merasai kepentingannya
    sepeti pilih awek la
    labanon nk ke awek yang comot??(soalan sentimental yang labanon suke):D

  5. Nikuve says:

    Bagi saya kuali lebih baik pada penampilan. Namun untuk terikan, faktor luaran juga perlu diambil kira untuk menarik pelanggan.

  6. x-po says:

    mmg btl apa yg dickpkan tu..mmg secara keseluruhannya mempengaruhi sesuatu jualan tu..yg pnting kne kreatif

  7. nashriq says:

    hurm…design rekabentuk mmg powerful!
    btul, kata orang, “dnt judge a book by its cover”
    tapi nak kenal, 1st impression always come 1st…
    dh bukak, dh belek, barulah boleh tau kualiti tip top / tidak.
    tq labanon utk info ini~

    p/s dah nak dekat raya dah ni. ada pakej duit raya free dari flarebiz x? hehe :D :)

  8. zool says:

    Betul tu kadang2 pembeli mudah tertipu dengan rekabentuknya

  9. Abdul Rahman says:

    Adly, siapa yang buat design untuk pic dalam post ko tu?

  10. kenapa team flarebiz tak design sendiri ministe?

  11. syahsuke says:

    REKA BENTUK memainkan peranan juga..kalau nak promote sesuatu tak kan PAGE kosong je…konferm tak akan laku-laku,.tengok je HYPERBULK,, menyerlah**

  12. Jutawan muda says:

    betul itu syahsuke……..reka bentuk merupakan salah satu cara utk memajukan perniagaan kita………

    http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)