Kepentingan OTO Di Dalam Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

One Time Offer

Ramai usahawan Internet yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan OTO di dalam perniagaan Internet mereka. Konsep penggunaan OTO ini sangat luas dan jika anda bijak menggunakannya, maka anda akan dapat menambah lagi keuntungan yang sedia ada.

Sebelum kita pergi jauh, adakah anda tahu apa itu OTO?

Pekerja Mc Donald's

OTO adalah singkatan bagi “One Time Offer”. Konsep ini bermaksud anda memberi atau menyediakan satu tawaran hebat sekali sahaja dalam proses jual beli kepada pelanggan anda. Tawaran yang disediakan pula biasanya sangat membunuh kerana ia adalah satu tawaran sahaja dalam proses jual beli. Saya mula terkena dengan konsep ini sejak daripada sekolah rendah lagi ketika membuat pembelian di Mc Donald’s.

Adik hanya perlu tambah RM1 sahaja untuk mendapat pakej yang besar,” kata kakak cun yang menjaga kaunter.

Baiklah saya tambah RM2 untuk mendapatkan pakej yang lagi besar!” jawab saya bersemangat  setelah terpukau keayuan kakak tersebut.

Erk, RM2 mana boleh dik, just RM1 sahaja okay?” tegur kakak tersebut manja.

Kakak simpan RM1 tersebut sebagai kenangan kita berdua yer! Oh!” jawab saya dengan macho dan cuba menggatal. :D

Secara tidak langsung kakak tersebut telah berjaya membuat saya menerima One Time Offer tersebut oh! Itulah serba sedikit penerangan mengenai konsep OTO dimana pihak peniaga menyediakan apa sahaja tambahan untuk mengaut keuntungan daripada para pelanggan mereka yang sudah bersedia untuk mengeluarkan wang. Anda juga perlu tahu bahawa syarikat-syarikat francais makanan seluruh dunia seperti KFC, Mc Donald’s, Pizza Hut dan sebagainya telah untung berbillion-billion ringgit setiap tahun hasil daripada konsep OTO ini.

Bagaimana dengan pengalaman kami menawarkan OTO di dalam perniagaan Internet?

OTO Pakej Ramadhan

Saya dan Zhafran biasanya menggunakan konsep OTO ini hampir dalam setiap kali pelancaran produk kerana kami tahu konsep ini boleh memberikan kami “wang lebih” kepada kami. Biasanya apabila para pelawat masuk ke dalam web jualan kami dan mereka berminat untuk membeli, maka mereka akan klik butang “beli sekarang” dan mereka secara automatik akan dibawa ke page OTO terlebih dahulu sebelum dapat lengkapkan pembayaran.

Berdasarkan pengalaman kami, lebih daripada 50% akan menerima One-Time-Offer (OTO) yang telah ditawarkan dan nilai peratusan ini dapat ditingkatkan dengan teknik-teknik yang tertentu. ;) Nak tahu bagaimana anda boleh meningkatkan nilai peratusan OTO ini?

Pembelian Pakej Ramadhan

(Pakej B menunjukkan tempahan yang menerima tawaran hebat.)

Salah satu cara yang berkesan ialah dengan menyediakan tawaran yang berkaitan dengan produk utama anda. Contoh anda menjual kain pasang batik secara online. Anda boleh menawarkan OTO kain tudung yang dapat matching dengan kain pasang tersebut dengan berkata “Anda hanya perlu tambah hanya RM10 untuk mendapatkan tudung bawal ini“. Saya pasti lebih ramai akan menerima tawaran anda kerana ia adalah satu tawaran yang berkaitan dengan produk utama anda.

Berbeza pula apabila anda menjual e-buku berkaitan bagaimana untuk mencari jodoh kemudian OTO anda menawarkan e-buku bagaimana untuk membaiki komputer. Kemungkinan peratusan yang akan menerima tawaran hebat anda tersebut menurun kerana tiada langsung kaitan tawaran tersebut dengan produk utama. Itu sahaja buat entri kali ini dan apa yang boleh saya katakan ialah sangat rugi andai kata anda tidak menyerapkan konsep OTO ini di dalam perniagaan anda. Akhir kata, lu pikir la sendiri!

Sekian.

p.s: Jom sertai dan sokong Malaysia Internet Summit yang julung-julung kalinya di adakan pada 21 Februari ini di PWTC.

{ 16 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

16 Responses to “Kepentingan OTO Di Dalam Perniagaan Internet”

  1. Amir says:

    Satu teknik yg baik utk meningkatkan pendapatan di samping memberikan ‘value added’ kpd bakal pelanggan.

  2. shah says:

    bagimana pula kalau offer yang diberi itu berterusan, dan bukan hanya one time? Contohnya Lot.my beri sistem e-commerce secara percuma dan pada saya ia offer yang menarik. Adakah offer yang berterusan ini kurang impak berbanding dengan offer one time?

    • Adly a.k.a Labanon says:

      Yeah sudah tentu. Ini kerana OTO ini hanyalah one time offer dalam proses jual beli. Contoh kalau produk berharga RM999, then ada OTO yang menarik. Kalau pelanggan tolak, that mean kalau nak balik tawaran tu, dia kena beli produk bernilai RM999 tu balik. :)

      Berbandinga dengan tawaran biasa yang bila-bila masa boleh grab.

  3. alip says:

    Thats we call the power of bussiness

  4. Zairi Zaidi says:

    Teknik memang sangat menjadi…

  5. aRmin says:

    Mana boleh tahan labanon..OTO yang dibuat oleh IM2 otai ni kadang-kadang kita tak boleh nak tolak..Rasa rugi kalau tak grab, mungkin kita fikir benda ni dah tak di offer lagi di masa depan, so baik sambar sekarang..

    OTO yang paling buat saya tak boleh tolak adalah masa ammar zahar tengah promo seminar terakhir beliau bulan 12 lepas..Mana taknya harga seminar tak sampai seratus tapi limited offer yang ammar tawarkan tu yang buat kita klik2 sampai order mencecah hampir RM200..

    Memang irresistable!! =)

    • Adly a.k.a Labanon says:

      Yeah, saudara Ammar Zahar merupakan seorang usahawan internet yang betul-betul maximizekan penggunaan OTO. :) Kita semua patut belajar daripada beliau.

  6. hasbulaqill says:

    saya pernah penangan OTO masa subscribe ppcclassroom
    first time kenal kewujudan OTO dari situ la :D

  7. bagus teknik ni..
    thanx..

  8. kaiba910 says:

    OTO ni bagus sbb kita boleh maximize income….huhu

  9. syahsuke says:

    OTO ni bergantung kepada kretiviti kita kan,..kalau beli 1 percuma 1 tu oto jga ke?

  10. hanani radzi says:

    teknik ini akan memanipulasikan kuasa membeli seseorang…

  11. info yang berguna untuk orang seperti aku yang begitu dahagakan ilmu pemasaran internet…
    Web Melayu Terhangat….

  12. mzm says:

    info menarik..
    nk tya oto dengan back end produt ni sama ke..
    nmpak +- sama je..

  13. sangtikus says:

    T.ksih Lab d’atas info2.

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)