Ulasan Produk

Pelajari Langkah SEO Paling Mudah Dan Berkesan!

SEO atau Search Engine Optimised adalah satu pengetahuan yang wajib diketahui semua usahawan internet. Untuk menjana pendapatan dengan penjualan produk, blog ataupun affiliate kemahiran SEO sangat diperlukan.... Seterusnya →

Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini. Seperti yang anda ketahui,... Seterusnya →

Mencipta Produk Digital Dengan Rahsia 10K

Akhirnya produk Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan oleh saudara Adly Mukhtar (Labanon) bersama Team Flarebiz dan telah menghasilkan jualan yang hebat. Saya telah meniliti dan membaca keseluruhan produk... Seterusnya →

Kenapa Ramai Yang Menggunakan Blog?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza untuk persoalan apa itu blog. Namun bagi saya blog samalah seperti website biasa, cuma terdapat beberapa perbezaan yang saya akan kemukakan pada post pada kali ini. Antara perbezaan blog ialah:

Artikel Disusun Mengikit Urutan Kronologi

Artikel disusun mengikut urutan kronologi di sini bermaksud artikel terbaru akan berada di atas. Ini merupakan elemen wajib bagi setiap blog yang pernah saya lawati. Tajuk artikel terbaru akan berada di atas dan kemudian diikuti dengan isi kandungan artikel tersebut. Istilah blog ini di ambil daripada nama “weblog” yang bermaksud diari ataupun journal online. Jadi blog menggunakan konsep diari kerana diari yang ditulis adalah berdasarkan tarikh.

Namun, bercakap mengenari diari, pada masa kini blog bukan sekadar untuk menulis diari tetapi anda boleh menulis apa sahaja. Contohnya blog Majalah IM ini, saya tidak membuat post tentang haiwan peliharaan saya ataupun apa yang saya makan untuk sarapan pagi tetapi saya fokus kepada tajuk yang saya pilih iaitu Perniagaan Internet.

Senang Untuk Menambah Maklumat Terbaru

Ini merupakan faktor dominan mengapa ramai orang menggunakan blog adalah kerana blog senang untuk digunakan. Anda tidak perlukan kemahiran teknikal untuk menambah maklumat terbaru di blog anda. Ini kerana mereka telah menyediakan satu sistem untuk memaparkan maklumat anda kepada seluruh dunia yang sangat senang untuk digunakan oleh pengguna Internet.

Untuk memasukkan maklumat terkini ataupun artikel yang terbaru di blog anda, samalah anda menulis emel untuk kawan-kawan anda. Jadi, sesiapa sahaja boleh menggunakan blog!

Maklumat Baru Dipaparkan Dengan Lebih Kerap

Sebelum kewujudan blog, ramai yang mempunyai website yang tidak diupdate untuk berbulan-bulan lamanya. Ini kerana website biasa sangat susah dan leceh untuk dikemas kini kerana anda perlu mengetahui HTML, PHP dan bagaimana untuk menggunakan FTP.

Sekarang dengan menggunakan blog, maklumat terbaru dapat dikongsikan dengan hanya beberapa klik. Kini website dapat dikemaskini dengan lebih kerap dan hanya bergantung kepada kerajinan pemilik blog tersebut sahaja ;)

Orang Boleh Meninggalkan Komen

Ini merupakan perbezaan ketara di antara blog dan website biasa kerana setiap artikel yang dipaparkan di blog, maka pembaca boleh meninggalkan komen. Ini secara tidak langsung mewujudkan perhubungan dua hala di antara pemilik blog dan pembaca dan ini merupakan kelebihan mutlak blog berbanding website biasa.

Jika anda tidak percaya maka anda boleh cuba tinggalkan komen bagi post pada kali ini menggunakan ruangan di bawah :D

Pelawat Lebih Mempercayai Blog

Inilah hakikat yang kita semua perlu terima iaitu pelawat lebih mempercayai blog berbanding website biasa. Ini kerana jika anda gabungkan semua sebab-sebab di atas, sudah tentu akan menghasilkan satu kepercayaan.

Penulis blog yang bagus juga sudah pasti akan mempunyai pelawat yang tersendiri yang sememangnya sangat mempercayai penulis blog tersebut. Mereka akan datang berulang kali ke blog anda semata-mata untuk membaca informasi terkini daripada anda. Dengan blog juga pelawat seolah-olah dekat dengan penulis blog tersebut kerana hari-hari mereka akan membaca penulisan anda.

Itu sahaja beberapa sebab kenapa pada masa kini ramai yang mula berjinak-jinak untuk memiliki blog sendiri dan ramai yang menukar dari website statik kepada blog. Saya juga berharap anda semua tidak sangsi lagi untuk memiliki blog sendiri.

16 komen “Kenapa Ramai Yang Menggunakan Blog?”

  1. (1) Zairi Zaidi : November 19th, 2008 at 4:17 pm

    Betul tu…
    Dulu saya minat bina website
    tapi sekarang lebih minat berblog

  2. (2) Janet12 : November 19th, 2008 at 4:26 pm

    Saya sokong sangat dengan apa yang diperkatakan

  3. (3) Muhamaad Faiz : November 19th, 2008 at 4:58 pm

    Salam..hm,betul tu. Blog sangat penting pada akhir2 baik berbayar atau pun percuma. Semoga ramai yang berblog tapi yang ilmiah la jangan merapu lak.hehe

  4. (4) Richie : November 19th, 2008 at 5:09 pm

    blog dah menjadi trend kepada penduduk di muka bumi :)

  5. (5) afham : November 19th, 2008 at 5:10 pm

    Huhu…Dah menjadi kebiasaan..biasnye golongan muda dah ramai yang ada personal blog.. :P

  6. (6) Yatie : November 19th, 2008 at 5:23 pm

    Betul tu pakai blog senang nak update dimana sahaja.

  7. (7) pakar clickbank : November 19th, 2008 at 5:53 pm

    Sudah 5 bulan saya terjun dalam dunia blog ,apa yang saya nak katakan dunai blog memang berwarna-warni ..sungguh indah !!

  8. (8) nazri : November 19th, 2008 at 5:58 pm

    Adakala menulis blog boleh jadi ketagih bila dah syok…:)

  9. (9) hazman : November 19th, 2008 at 7:31 pm

    Ia mudah dan praktikal untuk menjadi medium komunikasi yang efisien

  10. (10) Internet Marketing Advice : November 19th, 2008 at 7:59 pm

    Wordpress blog memang menakjubkan ! it bukan saja senang dipasang di server kita sendiri malah, Wordpress memang fleksible dengan bermacam-macam plugin yg berguna. Kalau nak tukar theme pun memang tak susah ..

  11. (11) Liz : November 19th, 2008 at 8:40 pm

    saluran maklumat melalui blog kadang kala lebih tepat berbanding berita di tv. dengan blog juga kita boleh perbandingan maklumat.

  12. (12) samsuri : November 19th, 2008 at 10:51 pm

    pada saya blog memberi kemudahan untuk tambah maklumat dan website pula ada banyak pilihan.

  13. (13) chonji : November 20th, 2008 at 9:40 am

    baru aje setup blog berbayar guna wordpress…masih belum siap….buat masa ni masih gunakan blog free lagi…

  14. (14) udin : November 20th, 2008 at 10:02 am

    salam,

    ya, dengan blog mudah (walaupun saya kena keluar RM untuk beli e-book, kerap try and error dan masih belajar mencuba). dengan bantuan banyak ebook saya dah ada blog berbayar sendiri. terima kasih semua IM.

  15. (15) samdaddycool : November 30th, 2008 at 11:53 pm

    blog asalnya adalah versi ‘diari digital’ - seronok sebab ada bling-bling, ada plug in, ada flash. Tapi sekarang kebanyakan IM gunakan blog untuk promosi produk masing-masing.. cubalah!

  16. (16) Aleem : December 4th, 2008 at 4:01 pm

    Blogging memang best. Tempat untuk bersuara dan membina kredibiliti. Tapi paling best kalau guna Wordpress ni buat ala-ala webzine. Tapi nak cari bloggers yang sanggup tolong tu memang susah. :(

    eBookSentral.com - Online Resource For eBooks

Tinggalkan Komen