Kenapa Ramai Yang Menggunakan Blog?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza untuk persoalan apa itu blog. Namun bagi saya blog samalah seperti website biasa, cuma terdapat beberapa perbezaan yang saya akan kemukakan pada post pada kali ini. Antara perbezaan blog ialah:
Artikel Disusun Mengikit Urutan Kronologi
Artikel disusun mengikut urutan kronologi di sini bermaksud artikel terbaru akan berada di atas. Ini merupakan elemen wajib bagi setiap blog yang pernah saya lawati. Tajuk artikel terbaru akan berada di atas dan kemudian diikuti dengan isi kandungan artikel tersebut. Istilah blog ini di ambil daripada nama “weblog” yang bermaksud diari ataupun journal online. Jadi blog menggunakan konsep diari kerana diari yang ditulis adalah berdasarkan tarikh.
Namun, bercakap mengenari diari, pada masa kini blog bukan sekadar untuk menulis diari tetapi anda boleh menulis apa sahaja. Contohnya blog Majalah IM ini, saya tidak membuat post tentang haiwan peliharaan saya ataupun apa yang saya makan untuk sarapan pagi tetapi saya fokus kepada tajuk yang saya pilih iaitu Perniagaan Internet.
Senang Untuk Menambah Maklumat Terbaru
Ini merupakan faktor dominan mengapa ramai orang menggunakan blog adalah kerana blog senang untuk digunakan. Anda tidak perlukan kemahiran teknikal untuk menambah maklumat terbaru di blog anda. Ini kerana mereka telah menyediakan satu sistem untuk memaparkan maklumat anda kepada seluruh dunia yang sangat senang untuk digunakan oleh pengguna Internet.
Untuk memasukkan maklumat terkini ataupun artikel yang terbaru di blog anda, samalah anda menulis emel untuk kawan-kawan anda. Jadi, sesiapa sahaja boleh menggunakan blog!
Maklumat Baru Dipaparkan Dengan Lebih Kerap
Sebelum kewujudan blog, ramai yang mempunyai website yang tidak diupdate untuk berbulan-bulan lamanya. Ini kerana website biasa sangat susah dan leceh untuk dikemas kini kerana anda perlu mengetahui HTML, PHP dan bagaimana untuk menggunakan FTP.
Sekarang dengan menggunakan blog, maklumat terbaru dapat dikongsikan dengan hanya beberapa klik. Kini website dapat dikemaskini dengan lebih kerap dan hanya bergantung kepada kerajinan pemilik blog tersebut sahaja
Orang Boleh Meninggalkan Komen
Ini merupakan perbezaan ketara di antara blog dan website biasa kerana setiap artikel yang dipaparkan di blog, maka pembaca boleh meninggalkan komen. Ini secara tidak langsung mewujudkan perhubungan dua hala di antara pemilik blog dan pembaca dan ini merupakan kelebihan mutlak blog berbanding website biasa.
Jika anda tidak percaya maka anda boleh cuba tinggalkan komen bagi post pada kali ini menggunakan ruangan di bawah
Pelawat Lebih Mempercayai Blog
Inilah hakikat yang kita semua perlu terima iaitu pelawat lebih mempercayai blog berbanding website biasa. Ini kerana jika anda gabungkan semua sebab-sebab di atas, sudah tentu akan menghasilkan satu kepercayaan.
Penulis blog yang bagus juga sudah pasti akan mempunyai pelawat yang tersendiri yang sememangnya sangat mempercayai penulis blog tersebut. Mereka akan datang berulang kali ke blog anda semata-mata untuk membaca informasi terkini daripada anda. Dengan blog juga pelawat seolah-olah dekat dengan penulis blog tersebut kerana hari-hari mereka akan membaca penulisan anda.
Itu sahaja beberapa sebab kenapa pada masa kini ramai yang mula berjinak-jinak untuk memiliki blog sendiri dan ramai yang menukar dari website statik kepada blog. Saya juga berharap anda semua tidak sangsi lagi untuk memiliki blog sendiri.


Betul tu…
Dulu saya minat bina website
tapi sekarang lebih minat berblog
setuju 100%..ingat kan blog leceh rupa2nya buat website lagi laaa prrggg bukak file satu2…ade blog lagi mantap..kena yg wordpress tu lagi bagus guna .com sendiri
Saya sokong sangat dengan apa yang diperkatakan
Salam..hm,betul tu. Blog sangat penting pada akhir2 baik berbayar atau pun percuma. Semoga ramai yang berblog tapi yang ilmiah la jangan merapu lak.hehe
blog dah menjadi trend kepada penduduk di muka bumi
Huhu…Dah menjadi kebiasaan..biasnye golongan muda dah ramai yang ada personal blog..
Betul tu pakai blog senang nak update dimana sahaja.
Sudah 5 bulan saya terjun dalam dunia blog ,apa yang saya nak katakan dunai blog memang berwarna-warni ..sungguh indah !!
Adakala menulis blog boleh jadi ketagih bila dah syok…:)
Ia mudah dan praktikal untuk menjadi medium komunikasi yang efisien
Wordpress blog memang menakjubkan ! it bukan saja senang dipasang di server kita sendiri malah, Wordpress memang fleksible dengan bermacam-macam plugin yg berguna. Kalau nak tukar theme pun memang tak susah ..
saluran maklumat melalui blog kadang kala lebih tepat berbanding berita di tv. dengan blog juga kita boleh perbandingan maklumat.
pada saya blog memberi kemudahan untuk tambah maklumat dan website pula ada banyak pilihan.
baru aje setup blog berbayar guna wordpress…masih belum siap….buat masa ni masih gunakan blog free lagi…
salam,
ya, dengan blog mudah (walaupun saya kena keluar RM untuk beli e-book, kerap try and error dan masih belajar mencuba). dengan bantuan banyak ebook saya dah ada blog berbayar sendiri. terima kasih semua IM.
blog asalnya adalah versi ‘diari digital’ – seronok sebab ada bling-bling, ada plug in, ada flash. Tapi sekarang kebanyakan IM gunakan blog untuk promosi produk masing-masing.. cubalah!
Blogging memang best. Tempat untuk bersuara dan membina kredibiliti. Tapi paling best kalau guna Wordpress ni buat ala-ala webzine. Tapi nak cari bloggers yang sanggup tolong tu memang susah.
eBookSentral.com – Online Resource For eBooks
Saya new blogger pun…
sudah jatuh cinta berblog…
harap akan kekal lama…
saya mula berminat untuk ada blog bila kawan saya selalu sgt pomot url blog dia kt saya..dari situ saya pun teringin ada blog sndri juga..hehe
=====================================
serlahkan penampilan diri anda dengan tudung dan selendang dari kami, harga berpatutan. Mata anda akan nampak meyerlah dan menawan dgn GEO lens kami
ada lebih 63 pilihan warna di sini
inilah kelebihan blog yang membantu kita unblock kita punya pemekiran.Rasa release tension bila dapat menulis dalam blog nih.Blog nih telah mencungkil bakat penulisan yg sebelum nih hanya menulis surat cinta ataupun kt tandas..
Get Free E-Book&PLR Articles Here
akuchey..ko punyer blog menarik lahh wpun guna blogspot..nape ko xgune .com sendiri ya?kan adly da pesan gune .com sendiri…ko jgn ambik ati aku rase blog ko memang bagus sgt…ti..
takot tetibe google sambar tanpa sebab kan rugi..kawan2 jom masuk blog akuchey aku suke sebab ape yg aku cari2 selama ni ade kat blog dia ni..
hehe.
thanks ya for sharing!
ya..
setuju tu..
blog lagi senang diurus..
Assalamualaikum.. Apa habaq semua ? Ni post aku yg pertama di sini. Rasa nak komen, lagi pun bolan posa baru ni ada beli produk Pakej Ramadhan. Aku mula mengenali HTML pada tahun 1996. Masa tu mana ada blog lagi. Masa tu, kalau nak update web memang kena upload setiap file. Teknologi masa tu lebih kepada Perl (cgi-bin) kalau nak buat dynamic page. Bila mai open source, web dah menjadi semakin mudah.
Mula2 blog digunakan oleh orang, aku sangat anti ngan blog. Sebabnya, aku buat web guna cara lama (design from scratch), lebih2 lagi mamat tu baru reti setup blog (bukan team flarebiz), sudah eksyen dalam web. Tak salah nak cakap pasai web, tapi kita kena saling bertukaq2 fikiran.
Kelebihan blog (lebih2 lagi wordpress) ialah SEOnya. Aku yg anti ni pun terpaksa ikut teknologi ni. Aku cuma kurang setuju kalau kita hanya yakin sepenuhnya pada blog. Blog lebih sesuai utk luahan idea, atau perkongsian pendapat. Sebab tu ada tarikh. Tidak semestinya web statik tidak berkesan. Maybank2u, AirAsia pun tak setup blog di muka depan, tapi depa still ada blog. Sungguh pun teknologi blog sudah dominan sekarang ini, tidak bermakna teknologi lain tak power. Contohnya CMS (content management system) macam PHP-Nuke, satu ketika dulu orang gila dok guna script ni.
Bila kita pakai CMS (wordpress, phpnuke, joomla, vbulletin, dll), satu masalah akan timbul, iaitu nak edit ikut yg kita suka. Kita terpaksa ikut law coding CMS tersebut, sedangkan kita nak buat jadi simple2. Tak boleh nak think out of the box, melainkan buat guna WYSIWYG editor macam frontpage, dreamweaver atau Nvu.
Takat ni dululah, nanti kalau rajin, aku komen lagi. Tak mau guna ’saya’ bukannya eksyen, cuma rasa cam formal la pulak, ‘aku’ lebih rasa cam memba2. Wassalam..
Satu perkara lagi, yang penting blog sekarang digunakan untuk hentam kerajaan. Ini yang tidak baik bagi blog. Kadang-kadang, ada yang sanggup menabur fitnah. Harap, saudara setuju dengan saya.
Saya mula meminati blog sejak beberapa hari yang lepas.Sebelum nie asyik ngan Facebook sahaja. bagus juga ada Facebook tapi lebih bagus kalau ada blog sendiri.Sekurang-kurangnya saya dapat mencurahkan perasaan,idea dan nukilan atas hamparan elektronik…Dalam masa yang sama saya ada juga belajar buat website.Cuma ada leceh sedikit sebab nak hosting,pakai FTP dan sebagainya berbanding blog. Sebelum buka blog sendiri tu….lakarkan isi kata dalam note pad…copy dan paste.Dalam masa 5 minit boleh siap..