Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran

Blog Sebagai Medium Pemasaran

Sepertimana yang kita tahu, pemasaran merupakan nadi utama dalam perniagaan. Namun dalam perniagaan internet pula, terdapat 1001 kaedah yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Ini termasuklah menjadikan blog sebagai medium pemasaran utama anda.

Penggunaan blog kini menjadi satu keutamaan terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kerana potensi pemasaran melalui kaedah ini telah terbukti dapat meningkatkan penjualan secara drastik. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyokong kenyataan ini, antaranya:

Meningkatkan Komunikasi Bersama Para Pelanggan

Dengan mempunyai blog, anda kini lebih mudah untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan anda walau dimana jua mereka berada. Kewujudan blog juga dapat memberikan anda peluang untuk meningkatkan komunikasi antara peniaga dan pembeli. Jadi, bagi mereka yang menjual produk (digital dan fizikal) atau perkhidmatan di internet, pastikan anda mempunyai blog untuk memudahkan para pelanggan berkomunikasi dengan anda.

Menjadi “Market Leader” Dalam Niche Yang Diceburi

Apabila kita membina sebuah blog, kita berpeluang untuk menjadi peneraju dalam niche yang diceburi. Sebagai contoh, kita sendiri dapat lihat bahawa terdapat beratus-ratus blog berkaitan dengan perniagaan internet. Namun kajian menunjukkan hanya 1% sahaja yang berjaya menjadi “market leader” dalam niche tersebut.

Untuk menjadi “market leader” dalam niche yang diceburi, anda perlu mempunyai keunikan yang tersendiri dan utamakan manfaat yang boleh diberi kepada para pelawat blog anda. Ingat, perkara ini perlu diambil serius kerana pelawat yang melawat blog boleh beredar daripada blog anda dengan hanya sekali klik sahaja jika anda tidak berjaya menarik perhatian mereka.

Mendidik Para Pelanggan Anda

Dengan mempunyai blog, anda perlu mengutamakan post-post yang dapat membantu para pelawat untuk memahami perniagaan yang anda jalankan. Sebagai contoh, anda boleh menulis sebuah artikel berkaitan cara-cara penggunaan produk atau perkhidmatan anda dimana ia sekaligus dapat memudahkan bakal pembeli untuk membuat keputusan untuk membelinya.

Teknik ini juga dikenali sebagai “soft-sell”. Jika anda sentiasa mengutamakan manfaat yang boleh diberikan kepada para pembeli, maka kepercayaan mereka akan meningkat untuk membeli sesuatu yang anda tawarkan.

Menjadi Salah Satu Media Utama Dalam Pengiklanan

Blog juga boleh dijadikan sebagai media utama dalam pengiklanan berkos rendah. Dimana jumlah kos yang diperuntukkan tidak sampai RM100. Disini saya senaraikan beberapa contoh agar anda dapat memahami jumlah minimum yang perlu anda laburkan untuk menjadikan blog medium pengiklanan produk atau perkhidmatan anda:

  • Kos domain + hosting – RM100
  • Professional Blog Themes (Boleh didapati secara percuma atau berbayar) – RM90 hingga RM500
  • Penulis (Dilakukan sendiri atau mengupah orang lain) – RM10 hingga RM100
  • Pemasaran (Percuma atau berbayar)  - RM10 hingga RM1000

Jumlah diatas hanya sekadar cadangan sahaja. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan yang memerlukan kos seperti pembelian themes blog yang professional, mengupah penulis dan pemasaran blog anda. Walaubagaimanapun, penggunaan domain dan hosting yang dibayar amat disarankan untuk meningkatkan taraf perniagaan anda.

Bagi anda yang mempunyai peruntukan yang banyak, maka saya amat sarankan supaya anda mengupah penulis terlebih dahulu agar anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pemasaran blog anda dimana ia adalah bahagian yang paling penting untuk meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan anda.

Diharap anda dapat membina sebuah blog dot com anda sendiri setelah membaca artikel ini. Bagi anda yang masih menggunakan hosting percuma seperti blogspot dan wordpress, saya amat menyarankan agar anda mencipta revolusi pada tahun 2010 dengan menggunakan domain dan hosting yang berbayar. Percayalah bahawa pelaburan untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran dapat memberikan keuntungan  jangka masa panjang untuk perniagaan anda.

{ 20 Komen }

Mengenai Penulis : Aqif

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan usahawan internet dan tugas beliau adalah membantu prospek membina perniagaan dengan sistem yang dinamakan 7 Figure Venture . Sebuah sistem MLM yang membantu usahawan menerangkan peluang perniagaan dengan lebih beretika, professional dan efektif. Untuk maklumat lanjut, sila layari AqifStrategi.com

20 Responses to “Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran”

  1. mzm says:

    Terima kasih dengan perkongsian yang ringkas dan padat..
    saya pun baru berjinak-jinak dengan blog..
    saya setuju dengan bro bahawa blog juga merupakan salah satu cara pemasaran yang berkesan.. dan saya baru belajar tau tentang ‘market leader’ bila baca post bro.. satu palajaran yang baru untuk saya.. chaiyok !!

    • Aqif says:

      Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini.

      Sekadar berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada para pembaca setia majalahIM. :D

  2. bluedianthus says:

    Terima kasih di atas perkongsian ini..kebanyakan orang yang menjadikan
    blog sebagai medium pemasaran ini adalah mereka yang pada mulanya
    menjadikan blog sebagai aktiviti sampingan untuk berkongsi aktiviti mereka
    seharian….kebanyakan IM luar negara seperti US saya lihat trend mereka
    yang menggunakan blog lebih menarik lebih ramai pelawat setia..;)

    • Aqif says:

      Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat yang bernas.

      Memang benar IM luar negara menggunakan blog sebagai media pemasaran utama disamping mendekatkan diri mereka dengan para pembeli produk / perkhidmatan mereka.

      Kesimpulannya, personal touch jika ingin meningkatkan kualiti produk / perkhidmatan jangka masa panjang.

    • Aminjohar says:

      Hi Bluedianthus :-)

      Jumpa lagi :D

      Yup AJ sokong aja.
      Sistem Weblog Wordpress lebih banyak digunapakai bukan sahaja untuk konsep blog semata2x ia juga sehingga mampu menjadi sebuah web Cart. :-)

      Memandangan sistem CMS (Content Management System) adalah setanding dengan Joomla @ Drupal, mesra pengguna pulak tu, so tak jadi masalahlah kalau pengguna baru nak menggunakannya. :-)

      Disamping itu SEO friend dan terdapat berpuluh-puluh ribu plugin yang telah tersedia dari pakar2x programmer2x menyokong Weblog Wordpress. Tema pun berlambak lambak sampai tak terlarat nak memilih.. hehehe :D

  3. hasbulaqill says:

    perkara pertama saya lakukan dalam IM ini juga berblogging
    cuma jikalau tiada minat, susah juga berjaya dalam blogging ini
    contoh-kurang update blog
    tu masalah sejak dlu lagi tetapi slow2 atasi selepas baca tips dari irfan khairi
    http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/berapa-kerap-kita-perlu-menulis-di-blog/

    p/s-blog niche paling saya suka -jurnalsem.com
    banyak tips seo
    ;)

    • Aqif says:

      Masalah untuk update blog ini pasti akan dirasai oleh mereka yang baru berblogging.

      Oleh itu, amatlah penting untuk mengenalpasti minat kita ketika berblogging. Ia boleh juga dijadikan sebagai tanggungjawab untuk mendidik para pembaca. :)

      • yuzafi says:

        “Tanggung jawab mendidik para pembaca”-saya sangat berkenan dengan ayat tersebut.Sesungguhnya,ramai penulis blog terlupa akan perkara itu..mereka menjadikan blog mereka sebagai “medan” meletakkan iklan tetapi pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberikan informasi berguna kepada pengunjung blog mereka.

        • Aqif says:

          Meletakan iklan tidak salah, cuma apabila ia dijadikan sebagai keutamaan, maka secara tidak sedar kita telah lupa apakah fungsi blog sebenarnya iaitu tidak lain tidak bukan iaitu “berkongsi maklumat yang bermanfaat kepada para pembaca lain.”.

  4. Amin says:

    Aqif…saya dah lama berblog guna blogspot. saya cuma nak tahu, macam mana kita nak buat blog dot com?kena beli domain dan hosting ke? saya tengok, kebanyakan mereka yang memiliki perniagaan online, pasti ada blog dot com. adakah kalau kita beli domain dan hosting, kita akan dapat blog dan website perniagaan? harap mesej yang saya usulkan, sampai maksudnya kepada aqif. harap aqif boleh jawab ye

    • Aqif says:

      Salam Amin.

      Berkenaan soalan saudara. Semestinya memerlukan domain dan hosting. Pembinaan blog boleh dilakukan menggunakan aplikasi dalam cPanel (akan disediakan dalam hosting dan domain yang dibeli) secara automatik.

      Dengan kata lain, ia amat mudah dilakukan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada saya. :)

  5. zawzal says:

    yup. blog memang salah satu platform yang cukup bagus untuk pemasaran.

  6. Aminjohar says:

    Blog juga adalah Social Network sebenarnya. Jika blog korang berjaya memainkan peranan dapat berkomunikasi dan mempengaruhi pelawat sudah tentu blog korang boleh menjana pendapatan yang memberangsangkan.

    Untuk berblog, pilihlah platform blogging yang terbaik beserta penggunaan domain berbayar kerana matlamat blogging bukan untuk jangka masa yang singkat, ia untuk jangka masa panjang.

    Memperoleh pendapatan secara pasif melalui aktiviti berblog adalah memerlukan masa dan usaha yang banyak. Penggunaan domain.com berbayar dapat meningkatkan keyakinan diri kepada si pemilik dan semakin tinggi pelawat tetap yang hadir keblognya, semakin tinggi Rangking Alexa, semaking tinggi Page Rank(PR) maka semakin mudahlah untuk anda menjana pendapatan melalui blog.

  7. mislee says:

    Salam..

    saya menyokong 100% tentang blog sebagai salah satu medium pemasaran. Telah ramai orang yang mempunyai blog mereka sendiri samada untuk perniagaan, hobi dsb.Saya antara org yg baru nk belajar tentang blog nie. Disini kita boleh berkongsi maklumat dgn bloger2 lain. Satu perkongsian maklumat yang amat berguna bg saya yg baru nak belajar berblogging nie. Terima kasih di atas ilmu yang dikongsikan.

  8. [...] Malah, mungkin lebih dari itu. Segalanya masih dalam bentuk perbincangan. Sementara itu, ikuti tip-tip Internet Marketing dari [...]

  9. kaiba910 says:

    Blog sememangnya antara senjata promosi yang hebat. Jika anda dapat bersabar dalam mengharungi suka duka blogger, maka anda dapat meraih pendapatan yang agak hebat. :D

  10. ida says:

    Bisnes Online Yang Mudah – Hanya Promosi Web Replika Anda.Pelan Pemasaran Yang Lumayan Sehingga 100% Komisyen.

  11. SHUK says:

    Blog juga untuk memasarkan produk perniagaan secara online…. dapatkan segera Album Mahabbah dari Kum Rabbani secara online sambil jana pendapatan

  12. Jutawan muda says:

    bagus idea2 tersebut……..
    semoga maju BIZ saya……..

    http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)